Akhirnya

Romance Completed 9609

BAB 21 : AKHIRNYA

Melissa memutuskan untuk kembali ke London selepas mendengar penjelasan daripada farezz...dia tahu bahawa farezz telah membuang semua perasan yang dulunya mekar tetapi kini telah layu akibat perbuatannya sendiri....Melissa tahu sekarang hati dan cinta farezz hanya untuk isterinya sahaja...

Mia tidak kena alahan tetapi Farezz yang terkena alahannya..kesian farezz sebab kena tanggung alahan tu..Mia tersenyum apabila melihat kerenah farezz yang lesu akibat muntah....

"Hubby okey tak nie,sayang tengok teruk sangat nie..kita pergi klinik nak tak"
"Hubby okey sayang cuma" berlari ke bilik air

Mia tersenyum melihat gelagat Farezz...Mia mengambil minyak angin untuk sapu pada dada dan kepala farezz..farezz sememangnya tidak boleh jauh daripada Mia kerana takut muntah lagi..semenjak mengandung Mia jarang terkena alahan tetapi Mia sangat manja dengan farezz..paling best sekali Mia suka bau badan farezz walaupun farezz baru balik kerja...

""Assalamulaikum Hubby..."
"Walaikumsalam sayang,ada apa whatsapp Hubby nie"
"Bila Hubby nak balik...sayang rindu lah"
"Ala sweetnya sayang Hubby nie...Hubby balik lambat sebab ada metting lah"
"Mmm tak per lah...Hubby sambung lah kerja tu yer"
"Baik sayang"

Mia sebenarnya sakit hati sebab farezz sibuk dengan kerja dan abaikan dia dekat rumah...farezz sebenarnya saja nak kenakan Mia sebab dia tahu Mia memang manja dengan dia sejak mengandung...Mia duduk dekat ruang tamu sambil menikmati buah-buahan sambil membaca buku...farezz sudah sampai rumah ingin buat kejutan tetapi gagal kerana Mia dapat bau farezz daripada jauh dan Mia tunggu depan pintu masuk...farezz terkejut apabila melihat Mia di depan pintu rumah..

"Sayang"

Mia menjeling sebab farezz tipu dia...Mia terus duduk dekat ruang tamu semula dan membaca buku...farezz tahu yang Mia merajuk dengan dia dan mestilah kena pujuk kan...farezz duduk dekat sebelah Mia dan peluk mia untuk bermanja...

"Sayang..jangan lah marahkan Hubby"
"Tak ada lah"
"Hubby ada suprise untuk sayang"
"Apa"

Farezz menhulurkan coklat kesukaan mia dan berharap Mia sukakannya..Mia tersenyum apabila mendapat jambangan bunga beserta coklat kesukaannya....

"Hubby" sambil peluk farezz
"Suka tak suprise Hubby"
"Mesti lah suka Hubby..tapi kenapa Hubby cakap Hubby balik lambat tadi"
"Memang lah lambat tapi sikit jer..Hubby belikan Bunga dengan coklat untuk sayang"
"Ouhh...sweetnya Hubby sayang nie"
"Sweet kan sayang "

Mereka menikmati hidangan buah-buahan sambil bermanja...Mia selalu tertidur dalam pelukkan farezz yang sememangnya baginya bergitu nyaman...waktu berjalan bergitu pantas,dan tak sedar kandungan Mia kini mencecah 9 bulan..farezz yang kini sudah mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi situasi jika Mia bersalin...

"Sayang...Hubby gembira sangat sebab dulunya sayang tak cintakan Hubby tapi sekarang sayang sudah cintakan Hubby dan sanggup mengandungkan anak Hubby"
"Hubby..sayang minta maaf sebab dulu sayang selalu lawan cakap Hubby dan tak dengar cakap Hubby...bukan sebab benci tetapi masa tu sayang tak boleh terima lagi Hubby dalam hidup sayang"

Tiba-tiba Mia terasa sakit yang tak mampu di tahan...farezz yang kelang kabut membuatkan mia marah sangat...farezz memanggil papanya kerana Mia hendak bersalin...mereka membawa Mia ke hospital menggunakan kereta kerana tidak sempat untuk menghubungi ambulans....farezz yang menemani Mia sewaktu dalam perjalanan ke hospital....Mia menarik rambut farezz kerana tidak tahan sakit..

"Hubbyyy sakitnya"
"Hubby tahu sayang"
"Macam mana Hubby boleh tahu"
"Hubby pun tak tahu"
"Sakitnya....papa....mama....sakit..."
"Sabar Mia...mengucap banyak-banyak...kejap lagi sampai hospital.."

Tiba di hospital...Mia terus dimasukkan ke dalam dewan bersalin yang ditemani oleh suaminya....farezz melihat Mia yang sedang menahan sakit untuk melahirkan seorang anak mengalirkan airmata kerana tidak sanggup melihat isterinya bergitu...kead keadaan yang tadinya tegang kini sudah tenang dan hanya bunyi tangisan bayi yang baru sahaja dilahirkan....

Diluar dewan bersalin...terdapat beberapa orang yang menunggu berita gembira....farezz yang keluar dari dewan bersalin dan terus memeluk papanya....tengku Idris dan tengku Salam pelik melihat kelakuan anaknya...

"Papa....daddy..mama...alhamdulillah Mia selamat bersalin anak pertama kami"
"Alhamdulillah.....tahniah farezz...kamu dah jadi papa sekarang nie" ucap daddy
"Anak lelaki ke perempuan" mamanya
"Suprise..kita tunggu Mia sedar dulu"

Di dalam wad...terlihat Mia yang sedang berbaring lemah selepas penat melahirkan...farezz setia menunggu Mia sedar di sisinya...Mia yang membuka mata pun memanggil farezz yang berada disisinya...

"Hubby"
"Sayang dah sedar"
"Baby mana"
"Baby ada..nanti nurse datang bawak kat sini"
"Kita dapat baby boy Ker girl Hubby"
"Baby girl sayang...sama cantik macam mama dia"

Air mata yang tak mampu Mia bendung lagi..kini mengalir membasahi pipi...farezz yang melihat Mia menangis pun mengelap air mata Mia...farezz memeluk Mia dengan bergitu erat sekali dan berkata...

"Sayang..terima kasih sebab sudi lahirkan zuriat Hubby..Hubby tak sanggup melihat keadaan sayang masa sayang bersalin tadi..Hubby tak mampu menahan air mata tengok sayang sakit sampai macam tu tadi...Hubby janji akan sentiasa jaga sayang dan anak kita sampai akhir hayat Hubby walaupun nyawa Hubby menjadi ganti" air mata farezz mengalir

"Hubby...sayang sanggup buat apa sahaja asalkan Hubby gembira dan bahagia..sayang tak kesah kalau Hubby nak ramai anak...sayang sanggup asalkan Hubby sentiasa ada dengan sayang...sayang tak nak Hubby cakap macam tu lagi okey..sayang tak suka" sambil mengelap air mata farezz....

Nurse membawa masuk baby kepada mereka..semasa itu Tengku Idris,tengku Tengku Salam dan Tengku Mariam sudah ada di dalam bilik untuk melihat cucu mereka...Tengku Idris peluk Mia sambil mengalir air mata....perasaan yang pernah dirasai semasa Mia dilahirkan kini kembali dirasai apabila cucunya lahir...

"Papa sayangkan Mia sangat-sangat...jadilah seorang ibu yang baik dan bertanggungjawab macam mama..papa doakan Mia bahagia bersama farezz dan cucu papa" sambil cium dahi anaknya...

"Apa nama anak kamu nie farezz" tanya mamanya
"Tengku Alisya Ariana Binti Tengku Farezz Syazwan " sambil tersenyum memandang Mia
"Sedap namanya"
"Tengku Alisya"
"Pandai kami berdua pilih nama"
"Nama tu Mia yang pilih tapi farezz tambah 'Ariana' dalam nama tu...supaya Alisya akan sentiasa sama macam mama dia"
"Terima kasih Hubby"
"Sama-sama sayang..

Terlihat kebahagiaan yang selama ini dicari kini telah lengkap tanpa ada yang terkurang...Tengku Alisya Ariana telah melengkapi kehidupan mereka...mereka menikmati keindahan dalam perkahwinan...

"Mama..sekarang Mia dah jadi seorang ibu..Mia dapat rasakan apa yang mama pernah rasakan bila mama lahirkan Mia dulu..mama,Mia sedih sebab Mia tak dapat nak bahagiakan mama..dulu Mia selalu sangat nakal dan tak dengar cakap..Mia doakan mama tenang disana...nanti kalau ada masa,Mia akan bawak Tengku Alisya Ariana jumpa dengan mama..mama,Mia sayangkan mama walaupun mama tiada di sisi Mia"

Perkahwinan yang dulunya di rancang oleh keluarga dan terpaksa..kini bahagia kerana cinta yang telah disemai dalam perkahwinan itu..Mia dan Farezz bahagia mengharungi kehidupan dalam perkahwinan...

Tak lupa jugak pada kawan baik Mia...Aisyah yang kini sambung belajar di Australia dalam bidang engineering selama 3 tahun dan sekarang Aisyah telah menjadi seorang engineer yang berwibawa....Aisyah menamatkan zaman bujangnya dengan kawan satu pejabatnya dan kini dikurniakan zuriat...usia kandungan Aisyah baru masuk 8 bulan...

Dania telah tamat pengajian di Eropah dan kini mengambil alih syarikat papanya...Dania menjadi single lady kerana telah kecewa dengan percintaan yang lalu..Dania kini berjaya menjadi ahli perniagaan yang berjaya di dunia...

Si Julia sudah jadi model di Indonesia....sememangnya itulah cita-citanya...Julia kini menetap di Indonesia dan akan terbang ke Jepun untuk fashion show di sana...

Melissa kini berjaya menjadi model terkenal seluruh dunia....kini Melissa kembali ke pangkuan keluarga selepas 7 tahun berada di London...Melissa berkahwin dengan sepupunya yang sudah lama memendam rasa cinta padanya...

Mereka mempunyai kisah yang berbeza tetapi pengakhiran yang bahagia...Semem Sememangnya tak semua hubungan akan sentiasa bahagia tetapi bersabarlah dalam menghadapi segala cabaran dalam kehidupan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience