Coklat

Romance Completed 9609

BAB 19 : COKLAT

Dua bulan mereka berdua menjadi suami isteri dan pelbagai cabaran telah mereka tempuhi...farezz yang kini mula berkerja semula selepas cuti panjang....Mia seperti biasa menjadi suri rumahtangga dan memenuhi keperluan suami...sikap Mia mula berubah yang membuatkan farezz menjadi pening....asyik marahkan dia dan tak tahu nak buat apa lagi...

"Kamu nie kenapa farezz.."tanya tengku salam
"Ehh papa,bila papa sampai"
"Dah lama dah tapi kamu jer yang tak perasan"
"Farezz banyak kerja nak kena buat"
"Yer ker nie,banyak kerja..

Farezz tersenyum-senyum apabila mendengar kata-kata daripada papanya...sebena sebenarnya Farezz pening nak layan kerenah Mia yang asyik marah-marahkan dia sahaja...kesian farezz kena marah yer..tapi apa menyebabkan Mia marahkan farezz..

"Geram betul dengan Hubby nie...suka-suka jer makan coklat dalam peti ais tu...dia tak tahu ker tu coklat kesukaan aku,geram betul lah dengan Hubby nie...aku nak merajuk dengan dia....biar dia rasa dan padan muka..sapa suruh makan coklat tu" bebel Mia sambil mengemas.....

Rupanya sebab makan coklat jer,Mia marahkan farezz..kesian betul farezz kena marah dengan isteri sebab coklat...Mia tidak suka kepada sesiapa yang makan makanannya tanpa kebenaran termasuk coklat kesukaannya...pandai-pandailah farezz nak pujuk isteri awak tu yer...

"Apa yang hubby buat sampaikan sayang marahkan Hubby..apa dosa Hubby sayang...ermmm apa aku nak buat nie...pujuk bini pun tak tahu"
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur....

Terlihat seorang wanita berpakaian seksi menarik luggage merah menuju keluar...Melissa Elianna Tan Sri Irshad seorang model antarabangsa dan bekas kekasih Farezz...kepulangannya ke Malaysia kerana ingin mengejar cintanya kembali....apa yang akan jadi pada rumah tangga Mia dan Farezz...farezz yang gelisah di pejabat membuat keputusan untuk balik rumah sebab nak pujuk buah hati tersayang..

"Assalamulaikum sayang,Hubby dah balik nie" sambil membuka pintu bilik tetapi Mia tiada di bilik...
"Ehh...mana sayang nie...Hubby dah balikkk nie..."

Farezz pelik kerana tidak melihat Mia didalam bilik dan ruang tamu...farezz mencari Mia di seluruh rumah kecuali dapur...farezz mengendap-gendap melihat ke arah dapur...terlihat isteri kesayangan sedang memasak...farezz berjalan diam-diam dan mencuit pinggang Mia yang membuatkan mia terkejut dan jari Mia terhiris pisau...
"Auch....sakitnya..."
"Sayang...sorry Hubby tak sengaja sayang"
"Takpe,sayang okey jer"sambil memegang jarinya dan berjalan menuju ruang tamu...

Farezz mengikut mia sambil membawa peti kecemasan untuk mengubati luka isterinya....Mia duduk dan meletakkan ubat dilukanya itu dan membalut dengan palster....farezz sedih apabila Mia luka kerana dirinya...selesai letak ubat di jarinya,Mia bangun dan terus menuju dapur untuk sambung memasak...farezz yang masih lagi duduk di sofa sedang berfikir kenapa Mia berubah dan tidak seperti selalu...

Melissa yang baru tiba di depan pintu rumah sahabatnya iaitu Nor Hasliza dengan wajah yang gembira....Melissa yang sememangnya merindui sahabatnya lalu mereka berpelukan setelah 4 Tahun tidak berjumpa....mereka berdua bersembang....
"Liza kau macam mana sekarang"
"Alhamdulillah,aku okey dan sihat sahaja"
"Kau Mel macam mana...dah jadi model terkenal sekarang"
"Aish kau nie,mana ada lah...biasa jer tu"
"Biasa apa....aku selalu tengok fashion show kau"
"Liza...aku nak tanya sikit boleh "
"Emmm mesti kau nk tanya pasal farezz kan"
"Yer lah...dia ada datang cari aku lagi tak"
"Kau tak tahu ker Mel"
"Tahu apa..."
"Farezz dah kahwin 2 bulan lepas"
"Kahwin...."
"Yer kahwin...aku dengar pilihan keluarga..."
"Maknanya dia dah lupakan aku lah"
"Mungkin jugak..tapi hati orang kita tak tahu kan"
"Aku baru nak minta maaf dengan dia dan nak minta peluang untuk bersama dia kembali..tapi kalau dia dah kahwin,nak buat macam mana lagi...sia-sia jer aku balik Malaysia "
"Tak salah kalau kau nak minta maaf dengan dia..aku rasa di boleh jer maafkan kau..."

Selesai masak...Mia menghidang makanan di meja makan....Mia menyelesaikan segala persiapan untuk makan malam bersama keluarga....sebab keluarga mertua Mia nak datang makan malam di rumah...Mia meminta pembantu rumah menyediakan segala kemudahan dan peralatan yang bersih di atas meja...Mia merajuk dengan farezz sampai tak mahu bercakap dengan farezz...Mia masuk bilik dan membersihkan diri selepas seharian di dapur.....sedang Mia bersiap tiba-tiba farezz datang peluk Mia dari belakang...

"Sayang....apa salah Hubby dengan sayang sampai sayang tak nak cakap dengan Hubby"

Mia terus bersiap tanpa berkata sepatah pun dengan farezz...farezz bingung dengan sikap Mia lalu farezz mencium pipi Mia agar dia bercakap dengannya tetapi malang Mia tetap diam...kesian farezz sebab coklat,Mia tak nak cakap dan merajuk....bertabah lah yer farezz...Mia keluar dari bilik dan menuju ke meja makan untuk melihat segala hidangan...tidak lama kemudian,tengku salam dan isterinya tiba di rumah tengku Idris..mereka bersalaman dan menuju ke meja makan sambil berborak-borak....

"Mia macam mana..sihat ker" tanya tengku mariam
"Alhamdulillah mama...Mia sihat...mama dengan papa sihat"
"Sihat....dan bertambah sihat bila dapat jumpa Mia dengan farezz..."

Semasa mencedok nasi untuk semua....jari Mia yang luka menjadi perhatian semua...mereka pelik kenapa jari Mia berplaster...

"Mia jari tu kenapa"
"Ouhh..nie kena pisau masa masak tadi papa"
"Masak??"
"Yer lah papa....menantu papa yang masak semua nie untuk kita semua"
"Yer ker.....mesti sedap nie kalau menantu papa yang masak...untuk kau Idris dapat anak pandai masak"
"Mana ada pa...Mia pun masih belajar lagi...tapi papa selalu sokong Mia dari mula lagi"sambil memandang papanya

Mereka menikmati hidangan dengan seleranya kerana masakan Mia terlalu sedap sehingga habis semua hidangan...selesai makan,Mia kemas meja dan dibantu oleh farezz yang kini ingin mengambil hati Mia semula yang merajuk dengannya...farezz melihat wajah mia yang muncung sambil membasuh pinggan mangkuk,farezz peluk Mia dari belakang dan membantu mia membasuh pinggan mangkuk....mereka tidak perasan yang kejadian itu dilihat oleh orang tua mereka...mereka gembira melihat Mia dan Farezz sangat mesra...Mia menolak farezz yang berada dibelakangnya kerana tidak selesa untuk membuat kerja...farezz mencuit dagu Mia tetapi Mia tetap diam sehingga farezz menggosok mata menggunakan tangannya yang masih bersabun...

"Aduhh...pedihhh....pedihhh.."
"Ya Allah,Hubby "

Mia mengambil air dan menyapu di mata farezz yang terkena sabun agar kurang pedih dan sakit...hati Mia yang gelisah melihat farezz kesakitan....

"Pedihnya..."
"Basuh dengan air"
"Arhhh...leganya rasa...."
"Macam mana,dah okey belum"
"Sayang jugak sayang dekat Hubby kan"
"Hubby sengaja kan buat macam tu"
"Ya Allah sayang...mana ada sayang...mata Hubby memang pedih"
"Dah lah..pergi duduk depan layan papa dengan mama"
"Sayang marahkan Hubby Ker"
"Tak"
"Kalau tak marah kenapa sayang tak cakap dengan Hubby"
"Tak ada apa"
"Sayang,cakap lah apa salah Hubby buat kat sayang sampai sayang merajuk macam nie"
"Tak ada apa"
Farezz yang hilang sabar dengan Mia...memusingkan badan Mia dan mencium bibir Mia dengan lembut...farezz tahu ini adalah jalan terakhir untuk dia tahu apa salahnya terhadap Mia...
"Hubby"
"Kenapa...tak salah kan Hubby cium isteri Hubby"
"Memang tak salah...tapi ini bukan tempatnya"
"Kalau bukan kat sini...kat mana" tersenyum nakal
"Dah lah....pergi sana"
"Sayang marahkan Hubby sebab apa"
"Nak tahu sangat..."
"Yer lah...mesti Hubby nak tahu...Hubby tak boleh kalau sayang senyap dan tak cakap gan Hubby"
"Sebab coklat dalam peti ais tu"
"Coklat yang hubby makan semalam tu"
"Yes"
"Coklat tu sayang punya ke"
"Kenapa dah makan baru nak tanya...Hubby tahu tak tu coklat kesukaan sayang...Hubby boleh habiskan semua coklat tu...sayang beli pakai duit sendiri tau...lepas tu Hubby boleh makan tanpa tanya dulu...sapa jer tak marah...sayang tak marah kalau Hubby nk makan tapi bukan semua...sikit-sikit sudah..."
"Sayang...Hubby minta maaf sebab makan coklat sayang tak bagi tahu sayang...Hubby tak tahu tu coklat siapa,jadi Hubby makan jer lah...Hubby minta maaf sayang...Hubby sanggup buat apa sahaja asalkan sayang maafkan Hubby"

Farezz sanggup melakukan apa sahaja asalkan Mia maafkan dia sebab makan coklat dia...kesiannya kat farezz,bini marah sebab coklat...Mia yang mendengar farezz sanggup melakukan apa sahaja asalkan Mia maafkan dia....Mia apa lagi,suka lah bila farezz cakap macam tu...

"Sayang boleh maafkan Hubby tapi ada syarat"
"Apa syaratnya sayang"
"Syaratnya adalah Hubby kena beli coklat untuk sayang....boleh ker"
"Boleh,Hubby sanggup asalkan sayang maafkan Hubby...jangankan beli coklat,kilang coklat pun Hubby boleh belikan kalau sayang nak"
"Terima kasih Hubby " tersenyum dan mencium bibir farezz
Alhamdulillah dah berbaik daripada gaduh sebab coklat...nasib baik Mia nak jugak maafkan farezz,kalau tak...macam mana agaknya keadaan farezz bila Mia tak nak cakap dengan dia...kesian farezz....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience