Berputiknya cinta

Romance Completed 9609

BAB 12 : BERPUTIKNYA CINTA

selesai kelas tambahan...Mia , Diana dan rai menuju ke tempat parking kereta sambil bersembang.... Mia lupa kalau dia kan dijemput oleh encik suami....
Mereka menaiki kereta Aisyah dan menuju ke sebuah cafe untuk meneruskan tugasan mereka...
Sampai di cafe...mereka langsung duduk dan datang seorang pelayan untuk mengambil pesanan..

"korang perasan tak tadi, cikgu johan asyik mengamuk jer" ujar Diana
"ehh, betul lah kata kau tu... Aku pun perasaan "balas aisyah
"mungkin datang bulan agaknya" jawab mia sambil ketawa

Sementara itu , di hadapan sekolah... Farezz yang setia menanti kemunculan isteri tercinta nya itu,sehingga hampir 1 jam...

Tiba-tiba datang pengawal keselamatan dan bertanya

"encik tunggu siapa yer"
"saya tunggu, adik saya yang ada kelas tambahan " Farezz terpaksa berbohong

Tak kan nak cakap tunggu isteri pulak.. Ada pulak pengawal tu pengsan pulak...

"tapi encik, semua pelajar dah balik dah..
"dah balik" terperanjat Farezz mendengar
"yer encik"
"tak per lah kalau macam tu, saya gerak dulu yer" ucap Farezz sambil membuka pintu kereta...
Di cafe...

Telefon mia berdering dan terpapar nama "Abang" di skrin phone mia... Sejak bila pulak dia save mane Farezz "abang"
Mia baru teringat Farezz yang ingin menjemput dia pulang dari kelas tambahan...abis lah mia lunyai kena dengan Farezz ...
Mia jawab panggilan Farezz dengan perasaan yang serba salah...

"Assalamualaikum sayang"
"walaikumsalam, yer abang"
"sayang kat mana, abang tunggu depan sekolah tapi sayang tak ada...pakcik guard tu cakap semua orang dh balik."
"sayang ada dekat cafe dengan kawan-kawan tengah bincang pasal tugasan.. sayang minta maaf sebab tak bagi tahu abang awal-awal..."sayang dekat cafe mana, nanti dah selesai abang jemput boleh sayang" dengan nada manja
"sayang dekat 'Cinta Cafe', okey kalau abang nak jemput..sayang tak kesah... "

Amboi dah bahasakan diri tu sayang lah, dah mula jinak dengan suami lah tuu... Panggilan itu selesai dan mia kembali bergabung dengan kawan-kawannya..

"sapa call" tanya Aisyah
"biasa lah" jawab mia dengan senyuman

Selepas 2 jam, akhirnya tugasan mereka selesai dan mereka jugak sudah keluar dari cafe....

Diana bertanya pada mia..

"kau balik sekali dengan kita orang kan"
"tak, ada orang jemput aku kat sini"
"okey lah kalau macam tu, kita orang balik dulu.. Bye mia"
"Bye "sambil melambaikan tangan ke arah kawannya...

Tidak lama kemudian,tiba-tiba ada tangan yang mencuit bahu mia yang membuatkan mia melayangkan penumbuknya ke arah muka Farezz ...

"aduh sakitnya" jerit Farezz
"ya Allah,abang...Mia minta maaf,Mia tak sengaja"

Farezz tidak membalas ucapan Mia tetapi menarik tangan Mia masuk kedalam kereta dan menuju pulang ke rumah...saat di dalam kereta,Mia hanya berdiam diri sahaja kerana berasa bersalah telah menumbuk suaminya....

Setibanya di rumah,Farezz yang terus menuju ke arah bilik dan meninggalkan Mia di hadapan pintu masuk...bukan kerana Farezz kecewa tetapi ingin memberi pelajaran kepada isterinya..

Mia yang rasa bersalah pergi ke dapur mengambil air dan ais untuk tuam bengkak yang ada di wajah Farezz ...Mia berjalan menuju bilik dan membuka pintu...Mia melihat Farezz yang sedang baring di atas katil,sambil menutup mata...
Mia membuka pintu secara perlahan kerana tidak mahu Farezz terjaga dan duduk di sisi Farezz sambil.mengambil tuala untuk tuam bengkak di wajah Farezz ...

Farezz yang sebenarnya tidak tidur,melihat semua yang Mia lakukan termasuk meletakkan minyak pada wajahnya yang bengkak serta luka itu....
Tiba-tiba tangan Mia di pegang oleh Farezz yang membuatkan mia terkejut....melihat ke arah Farezz dan Mia berkata....
"abang..maafkan Mia yer,Mia tak sengaja tumbuk abang"
Hanya senyuman yang terukir di bibir Farezz ...tiada kata yang dia ucapkan membuatkan air mata Mia mengalir membasahi pipi...Farezz yang melihat isterinya menangis langsung bangun dan memeluknya dengan erat...

"Abang tak marahkan sayang,jangan nangis yer sayang nanti tak comel"

Mendengar ucapan Farezz ,Mia menangis sambil memeluk kembali suaminya itu dengan erat...setela setelah penat menangis Mia tertidur dalam pelukkan suaminya...

Farezz membaringkan Mia disebelahnya sambil memeluk kembali Mia..Mia yang sebenarnya sudah mencintai Farezz tetapi tidak pernah untuk mengakuinya...maklumlah malu lah kalau mengaku suka suami sendiri...padanlah boleh jer mengaku suka dan cinta kan Farezz tetapi Mia ego...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience