Tujuh: Peluang

Drama Series 1335

Semua peserta nasyid diminta untuk berkumpul di Dewan Utama Kolej Sains Kuching pada malam itu. Biarpun tarikh 7 April masih belum tiba, semuanya sudah berasa gusar sampaikan masa terasa bergerak begitu lambat. Ikhwan mencadangkan agar mereka bergerak seiring dengan Raihanah tetapi Raihanah tidak dilihat di mana-mana. Nombor telefon salah seorang ahli juga tiada.

"Tidak terfikir pula aku untuk dapatkan nombor telefon diorang," Mat menepuk dahi. Dia sudah duduk di sebelah pengurus Raihanah, Shafinaz tadi.

Pengurus Wijdan, Haziq, iaitu roommate Iman, melipatkan tangan ke dada. Dia juga berasa kesal kerana tidak berusaha untuk mendapatkan nombor telefon Shafinaz. Penerbangannya yang lebih lewat berbanding Wijdan menyebabkan dia berasa ketinggalan.

"Tak apa. Apa kata kita pergi ke dewan dulu? Mungkin diorang kat sana. Kalaupun diorang belum sampai, kita boleh chopp tempat untuk diorang sekali," cadang Kimi seraya mendapat anggukan persetujuan daripada Wijdan yang lain.

Mereka pun mengorak ke dewan utama. Dewan sudah dipenuhi para peserta kumpulan nasyid dari lima lagi zon; zon tengah, zon timur, zon utara, zon Sabah dan zon Sarawak. Setiap wakil zon berkumpul dalam kelompok masing-masing. Wijdan cuba mencari Raihanah jikalau mereka sudah selamat melabuhkan punggung.

Dalam pencarian, Iman ternampak 'gadis itu'. Gadis yang dimaksudkan sedang rancak berbual dengan rakan-rakannya. Nampak gembira dan tulus. Iman mengucapkan rasa lega dalam hati. Tentu kehidupannya telah berubah semenjak mereka tidak bersua lagi. Setahun sudah berlalu namun macam-macam boleh berlaku dalam tempoh itu.

"Diorang di atas," Ghafur menuding ke arah barisan kerusi belah atas. Suffian mengangguk laju tanda mengesahkan penglihatan Ghafur. Padahal kedua-duanya rabun teruk.

"Mari duduk kat belakang diorang," ajak Ikhwan seraya memulakan langkah. Wijdan turut mengekorinya.

Mata Iman tidak sudah-sudah merenung 'gadis itu'. Jarak mereka semakin dekat. Hatinya mendesak mindanya untuk memanggil dan menegur 'gadis itu'. 'Si dia' seperti belum menyedari kehadiran Iman dalam dewan itu, masih rancak bersembang.

"Hai, selamat bertemu lagi," Mat memulakan langkah pertama dengan menegur Shafinaz dan Saidah. "Nama saya Mat."

Biarpun berasa aneh, Saidah dan Shafinaz membalas juga sapaan Mat itu, "Hai Mat. Saya Shafinaz. Ini Saidah."

"Wuu Mat dah mula, Mat dah mula," Kimi menyiku perut Mat yang tersengih-sengih macam kerang busuk, "Hai Shafinaz dan Saidah, nama saya Kimi."

"Hai Kimi," Saidah menyahut tanda menyambut baik salam perkenalan Wijdan.

Ikhwan, Ghafur dan Suffian memerhatikan Mat, Kimi dan Syuk yang sudah mula bersembang dengan Saidah, Shafinaz, Hannah, dan Reena. Kerancakan perbualan mereka menarik perhatian baki Wijdan dan Raihanah yang lain.

Haziq yang duduk di kerusi paling hujung dalam barisan Wakil Nasyid Lelaki Zon Tengah ingin turut memasang telinga tetapi dia perasan salah seorang Raihanah yang duduk di hadapannya sedang menonton video Youtube. Sebelah tangan memegang telefon, sebelah lagi tangan menepuk paha. Dia seolah-olah sedang menepuk alat muzik mengikut suatu rentak yang asing di telinga Haziq. Tetapi masih berirama dan dari situ, tahulah Haziq bahawa budak perempuan itu sedang berlatih bergendang. Mulutnya juga terkumat-kamit menyanyikan lagu yang Haziq tidak tahu.

"Rajinnya dia berlatih dalam dewan walaupun alat muzik tak ada di depan mata," bisik Haziq kepada Iman di sebelahnya, "Bukan macam kau. Dahlah senang lupa, degil pula."

Haziq mencubit paha Iman setelah merasakan Iman tidak mendengar langsung omelannya. Dia menyoroti arah pandangan Iman yang asyik merenung seseorang. Siapatah yang dilihat Iman, Haziq tidak tahu. Yang pasti, budak perempuan di hadapannya telah berjaya menarik perhatiannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience