Sembilan: Gambar

Drama Series 1335

Debaran kian terasa. Wijdan dan Raihanah duduk sambil lutut masing-masing menggeletar hebat. Dalam hati segala ayat suci dibaca sambil mata dipejam rapat. Sebanyak mana pun latihan, kalau cemas, tetapi mengganggu konsentrasi semasa pertandingan nanti. Maka semuanya sedang mencuba menenangkan diri sendiri.

Iman bangun dari duduknya dan keluar dari dewan untuk ke tandas. Sebaik sahaja dia keluar dari pintu dewan, ada dua orang budak perempuan sedang melangkah masuk. Iman tanpa berfikir panjang terus menahan budak itu.

"Hai, Lufya," tegurnya dengan senyuman sumbing. Bukan memerli. Dia sedikit kekok dengan budak perempuan di hadapannya itu.

Budak yang dipanggil Lufya melarikan anak matanya dari bertentangan dengan Iman. Iman perasan tingkahnya namun dia sekadar membiarkan sahaja." Esok kita semua akan pergi bersiar-siar di Dataran. Kita jalan sama-sama, nak?"

Kawan Lufya terjungkit kening mendengar ajakan Iman. Siapakah jejaka ini yang tidak tahu malunya mengajak seorang budak perempuan berjalan bersama? Lufya menyembunyikan apa-apakah?

"Saya sudah katakan yang kita tiada apa-apa lagi, Iman," jawab Lufya sambil mahu mengorak pergi dari situ.

"Berkawan saja boleh, kan?" Iman masih belum berputus asa, "Hanya ketika di sini sahaja."

"Saya tak nak bagi harapan kat awak, Iman. Saya akan ditunangkan dengan orang lain sekembalinya saya ke semenanjung," Lufya tidak suka dengan sikap Iman yang agak terhegeh-hegeh itu. Hubungan mereka sudah setahun tamat. Nampaknya Iman belum melupakan hubungan mereka itu.

"Saya terima awak akan jadi milik orang lain, Lufya. Tapi, untuk momen di sini saja," perlahan dam lembut, tetapi cukup untuk menggambarkan perasaan Iman yang kepingin mahu bersama Lufya lagi. Kemaruk betul!

Kawan Lufya memegang lengan Lufya yang nampak tidak keruan. Lufya menelan liur sambil berfikir," Baiklah, esok sahaja. Balik saja dari Dataran, berjanjilah yang kita tidak akan menegur."

Pada masa yang sama, Haziq bangun juga untuk pergi ke tandas sementara menunggu majlis bermula. Dia terlihat pertemuan Iman dan Lufya itu, maka dia melambatkan langkah dan cuba untuk tidak dilihat oleh kedua-duanya. Kebetulan pula ada sekumpulan nasyid yang sedang berkumpul di hadapan pintu, maka peluang itu digunakan untuk Haziq mencuri pandang dan cuba mengamati gerangan yang bercakap dengan Iman itu.

Siti yang terlalu cuak bangun untuk pergi mencuci mata. Matanya tidak dikenakan sebarang mekap, maka hanya matanya sahaja yang boleh kena air. Dia juga ternampak adegan Iman dan Lufya itu. Dia mendengus.

"Aduh, masa ni lah ada drama pintu," rungut Siti seraya mendekati pintu.

Haziq perasan kewujudan Siti dalam kawasan itu mahu menahan gadis itu dari 'mengganggu' Iman, tetapi dia tidak sempat. Siti terlebih dahulu menegur Iman dan Lufya untuk melintas di hadapan mereka. Manakan tidak, boleh pula berbual di muka pintu utama dewan? Siapa yang tidak marah?

"ASSALAMUALAIKUM, MAAF MENGGANGGU NAK TUMPANG LALU SEKEJAP," Siti tidak menempik, tetapi suaranya dikuatkan untuk melawan riuh rendah kumpulan nasyid yang berkumpul dekat dengan pintu.

Iman, Lufya dan mereka di sekitar tercengang kerana suara Siti kuat dan jelas. Tidak mungkin mereka tidak mendengar. Iman pun beralih ke tepi. Peluang yang tersedia menyebabkan Lufya dan kawannya terus meluru ke dalam dewan lantas melepasi Siti yang membuat muka toya. Kecil mata Iman melihat Siti yang terlebih selamba itu. Kacau daun betul!

Haziq yang menyaksikan kejadian itu tergelak melihat gelagat Siti. Tidak sangka langsung gadis itu berani berbuat demikian kepada Iman.

"Menarik juga Siti ni," bisik Haziq seraya keluar dari dewan apabila Iman sudah hilang dari pandangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience