Enam: Ketibaan

Drama Series 1335

Perjalanan yang memakan masa hampir dua jam akhirnya mendarat. Iman yang semestinya menantikan ketibaan hari ini bersorak di dalam hati. Jejak sahaja kakinya di bumi kenyalang itu bermakna dia berpeluang untuk bertemu dengan 'gadis itu', peluang yang amat jarang didapati. Dia akan pastikan hajatnya untuk berjumpa dengan 'gadis itu' tercapai.

Wijdan dan Raihanah dikumpulkan di balai ketibaan. Mereka bergerak beramai-ramai seperti mereka ialah rakan sekelas yang sedang mengikuti rombongan sekolah. Biarpun begitu, mereka masih belum beramah mesra sesama mereka. Ada yang mencuri pandang, tetapi setelah menyedari perbuatan mereka menjadi perhatian, terus lirikan mata dilarikan. Eh macam lirik lagu pula!

"Kita dari zon selatan je ke yang dah sampai?" tanya Iman kepada Kimi. Setahu Iman, Kimi, Mat dan Zar'am lebih arif bab pemerhatian sekeliling.

"Aku rasa ya," Mat menggaru dagunya yang tidak gatal, "Tapi boleh jadi juga peserta dari zon lain dah sampai, tapi dah dibawa ke Kolej Sains Kuching."

Zar'am dan Kimi mengangguk tanda setuju. Ikhwan mengingatkan mereka untuk menyemak barangan mereka jika ada yang tertinggal di kargo atau tercicir di mana-mana. Semuanya memeriksa dengan teliti kerana barangan yang hilang sukar untuk dicari semula.

Saidah dan Shafinaz memeriksa kotak peralatan muzik Raihanah manakala Siti, Aqilah, Miela, Alyna dan Rahmah memeriksa beg ahli Raihanah. Ada beberapa orang antara mereka yang pergi ke tandas. Mereka kemudian menanti kehadiran yang lain sebelum menaiki bas.

Siti dan Ina merupakan orang terakhir yang menaiki bas. Raihanah sudah duduk di sepanjang barisan tempat duduk bas yang belah kiri manakala Wijdan duduk di bahagian yang kanan. Namun, bagasi Raihanah yang terlebih muatan terpaksa diletakkan di belah dalam dan tempat duduk yang tinggal hanyalah di barisan Wijdan, yakni di hadapan sekali.

Sempat Iman menjeling siapa gerangan yang duduk di hadapannya. Eh, tidak sengaja bertentang mata dengan Siti pula! Terus Iman melarikan pandangan matanya ke arah lain. Siti pula terus duduk tanpa berfikir panjang. Kejadian di tandas di KLIA2 masih belum luput dari ingatan.

"Semua dah ada ya? Raihanah, tolong semak ahli," Ikhwan selaku wakil Wijdan berdiri di ruang hadapan bas, seperti selalu.

Shafinaz mengira ahli Raihanah, termasuk Siti dan Ina di hadapan Iman dan Zar'am. "Raihanah, cukup!" umum Shafinaz sambil memberi tabik spring.

"Bagus. Okey encik, bas boleh gerak sekarang," ujar Ikhwan kepada pakcik pemandu bas.

Deruan enjin bas membelah suasana kampung di sepanjang jalan ke Kolej Sains Kuching. Nyaman kampung sangat asli. Kenderaan di jalan raya juga kurang. Siti terpesona melihat keindahan perkampungan di Kuching. Seumur hidupnya, dia hanya tahu Kuching memiliki tugu kucing dan bandar yang menarik pelancong. Telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluar.

Ingin benar Iman melonjak tinggi mengenangkan yang 'gadis itu' semakin dekat dengannya. Sama ada 'gadis itu' sudah sampai atau belum, mereka pasti akan bertemu di Kolej Sains Kuching. Galak Iman membayangkan pertemuan mereka yang dia percaya boleh mengubah persepsi terhadap masa depannya.

Sambil memgelamun, Iman merebahkan kepalanya ke cermin tingkap bas tatkala terdengar seseorang sedang bercakap melalui telefon. Sangkanya itu suara Faris yang duduk di belakangnya. Namun sangkaannya tersilap apabila si pemanggil menggelar dirinya 'bukan Faris'.

"Siti dah selamat sampai, ibu. Alhamdulillah. Kejap lagi Siti makan. Kat sini bersih dan cantik, ibu. Rasa macam mahu turun dari bas dan tangkap gambar."

Iman tidak sengaja mendengar perbualan antara Siti dan ibunya sehingga panggilan dimatikan. Lantas dia menongkat dagu dan mencampakkan pandangannya ke luar tingkap.

Benar, ciptaan Allah itu cantik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience