Malam tadi Raisya susah hendak melelapkan mata.. hatinya resah dan risau.. menunggu Maleek tetapi batang hidung Maleek masih tak kunjung tiba.. awal dia turun kebawah… menyediakan sarapan.. dibantu oleh mak Munah…
“ Sya ni kenapa.. mak Munah tengok gelisah semacam je ni…” tanya mak Munah pelik dengan tingkah lagu Raisya..
“ tak ada apa mak Munah.. Sya ok je ni… hmmm… malam tadi abang Maleek tak balik ke mak Munah?.. “
“ ohh .. ni gelisah sebab Maleek tak balik lagi ke? ..usik mak Munah.. dengan senyum meleret..
“ mana ada.. mak Munah ni.. saja je kan.. nak kenekan Sya pepagi ni…”
“Alahhh.. apa salahnye kalau Sya risaukan si Maleek tu… hihihiii”
“Malaslah nak layan mak Munah…” Raisya menunduk malu..
“ amboii… ape yang diborakkan tu.. bukan main lagi umi dengar....” tiba tiba datin mencelah…
“ ehh .. umi.. tak ada.. ni lah mak Munah ni.. pagi pagi dah asyik menyakat Sya je…” jawab Raisya pula..
Pantas mak Munah pula menjawab..
“saja je datin… menceriakan keadaan… datin dah nak sarapan ke? Saya sediakan..”
“ boleh juga mak munah.. kejap lagi dato turun la tu.. masak apa pagi ni..?..”
“ Raisya masak sarapan pagi ni datin.. dia masak nasi goreng .. awal dia bangun hari ni… cuti cuti pun bangun awal.. bagus ni datin buat menantu..” usik mak Munah lagi…
“ mak Munah ni… ade ade je..” Raisya menjawab dengan nada manja dan muka merah malu di usik mak Munah…
“ itulah.. saya memang berkenan sangat mak Munah.. tulah nak tunggu orang bertindak macam lambat je ..” datin pula mencelah…
Tiba tiba dato menyampuk dari belakang…
“ haa.. cerita ape pagi pagi ni.. sampai ke depan saya dengar kecohnye ni…”
“ tak adelah abang.. borak borak biasa je ni.. di pagi yang ceria ni..”
“ ohhh… , ha ye.. ni tadi Maleek talifon abang beritahu dia nak beli apartment..”
“ haa.. apartment..? Asal saya tak tahu ni.. sejak bila pula dia mencari apartment.. mana dia abang..?..”
“ Maleek cakap tadi dengan abang.. dia tido dekat rumah kawan dia malam tadi… apartment yang dia nak beli tu pun dekat apartment kawan dia juga … tu yang hari ni dia nak perti tengok .. dan maleek beritahu.. kalau berkenan dia nak beli..”
Datin mengeluh… “ hmmm… dah nak duduk luar dah anak bujang saya tu.. “
“ alahh.. biarlah sayang.. Maleek tu pun dah besar.. patut ada kehidupan dia sendiri.. sampai bila nak dia duduk dekat kita.. satu hari nanti dia akan ada keluarga dia sendiri..” jawab dato lagi..
Raisya terkejut bila mendengar Maleek hendak membeli apartmen ..
“ haaa.. kenapa tiba tiba abang nak duduk luar.. abang marah Sya ke.. “ kata Raisya dalam hati.. Raisya diam tak berbunyi.. hanya mendengar cerita dari dato .. timbul serbasalah dalam hatinye.. dan menganggap punca Maleek keluar dari rumah ini disebabkan dirinya..
Raisya hanya menguis nguis nasi di dalam pinggan.. tiba tiba hilang seleranya pagi ini..
Dato dan datin perasan akan kelakuan Raisya.. lalu dato menegur..
“ kenapa tak makan Sya.. dari tadi abi perasan tak berusik pun nasi tu…”
Datin mencelah.. “ yelah.. kenapa Sya.. tak sihat ke? ..” datin meletakkan belakang tangannye ke dahi Raisya…
“ ehh.. Sya ok umi abi.. Sya tak demam.. cuma Sya tak ada selera pulak.. mungkin Sya tak lapar lagi..”
——————————————
Pagi ini seperti biasa .. Raisya ke tempat kerja menaiki grab .. sejak Maleek tidak duduk di banglo umi abi nya.. Raisya jarang berjumpa Maleek .. mereka berjumpa pun bila ada makan malam di rumah dato dan datin.. dan juga semasa meeting bersama ditempat kerja .. Maleek seperti tidak menghiraukan Raisya.. manakala Raisya pula cuba mengelak dari bertembung dengan Maleek.. Kecuali hal berkaitan dengan kerja..
Kalau berjumpa di rumah pun.. Raisya tidak banyak bercakap.. selesai saja makan Raisya akan naik ke biliknya.. dan keluar bila Maleek sudah tiada…
Tiba di pejabat pagi ini.. Raisya mengenakan baju kemeja putih dan skirt hitam paras lutut.. dan memakai kasut hitam bertumit tinggi ..turun dari grab.. dia terus bejalan menuju ke dalam bangunan tempat dia bekerja.. sementara menunggu pintu lif terbuka… tiba Ramli menegurnya dari belakang..
“ Hi cik Sya… baru sampai…? .. cantik cik Sya hari ni..” Tegur Ramli setelah tiba dan berada di sebelah Raisya menunggu pintu lif terbuka..
“ ehh .. Ramli… ye saya baru sampai.. terima kasih atas pujian..” Raisya jawab dengan memberi senyuman ..
Setelah menjawab pertanyaan Ramli… Pintu lif pun terbuka.. apabila Raisya hendah melangkah masuk ke dalam lif.. kelihatan Maleek berada dalam lif itu juga… mata mereka bertembung.. tiba tiba senyuman Raisya di matikan… mata Maleek memandang Raisya dari atas ke bawah.. dan bertukar pula memandang Ramli di sebelah Raisya… Maleek cuba melawan perasaan tak senang melihat Raisya dengan Ramli
Masuk saja dalam lif.. Ramli menegur pula Maleek … “ selamat pagi taun “ sambil senyum..
Maleek mejawab ringkas …” ya selamat pagi..”
Raisya hanya mendiamkan diri.. melihat pandangan Maleek tadi sungguh dia tidak selesa dan gugup.. takut Maleek akan tiba tiba memarahinya..
Tiba tiba Ramli memulakan perbualan .. apabila dia perasan Raisya hanya mendiamkan diri… “ Cik Sya… dah sarapan..? Kalau belum .. jom lah kita sarapan dulu.. ada bnyak masa lagi ni..”..
Pantas Raisya menjawab.. “ ehh tak apa Ramli.. saya dah sarapan pagi tadi sebelum keluar.. dan ada bawa bekal sikit.. saya bawa sandwish .. kalau awak belum sarapan.. kita boleh minum dekat pantry opis je..” jawab Raisya pula..
“Ohh Cik Sya ada bawa bekal ke..? Kalau macam tu ok juga.. dapat rasa air tangan cik Sya..” jawab Ramli berseloroh..
Maleek Idham hanya mendiamkan diri di belakang.. melihat Raisya menjawab pertanyaan dan memberi senyum pada Ramli.. hatinya cemburu..
“ alahh .. awak ni Ramli.. makanan biasa je ni.. nanti kalau nak makan ambil je dekat pantry.. saya letak situ nanti… boleh je ajak rakan rakan lain minum sama.. saya bawa lebih sikit hari ni..”
“ baiklah cik Sya… terima kasih.. makin semangatlah saya nak buat kerja hari ni…”
Jawab Ramli dengan senyuman puasnya…
Bila mendengar Ramli cakap begitu.. lagi panas hati Maleek.. lalu dia berdehem .. Raisya dan Ramli menyedari dehem Maleek .. Raisya hanya mendiamkan diri.. manakala Ramli menoleh memandang Maleek.. “ ehh lupa pula saya taun ada.. maaf tuan.. saja je saya bergurau dengan Cik Sya ni.. bukan selalu dapat nak bergurau dan berbual dengan Cik Sya ni.. “
Pintu lif terbuka.. pantas Raisya melangkah keluar.. di ikuti Ramli dan Maleek dari belakang.. Raisya terus ke bilik pejabatnya… manakala Ramli pula terus ke ruang mejanya..
Maleek yang berjalan di belakang Raisya.. laju melangkah menyaingi sebelah Raisya.. lalu berkata.. “ masuk bilik abang sekarang..”
Raisya tersentak.. dan mengangguk mengiyakan .. dia mengikut di belakang Maleek menuju ke bilik pejabat Maleek..
Masuk saja dibilik pejabat Maleek.. Maleek sudah duduk di kerusinya… memandang Raisya tajam..
“ ya abang… ada apa abang panggil Sya? ..” tanya Raisy bila dapati Maleek tidak lepas memandangnya.. tiba tiba dia rasa panas di situ..
Maleek tidak menjawab.. dia bersandar di kerusinya.. mata masih tidak lepas memandang Raisya.. sakit hatinya bila Raisya melayan Ramli di dalam lif tadi…
Hampir 2 bulan dia cuba mengelak dan tidak mempedulikan Raisya.. tapi dia tewas.. kerana semakin hari semakin hatinya tak senang melihat Raisya mesra dan berkawan dengan lelaki lain.. perasaan cemburunya makin membuak… dia teringatkan gambar yang dia terima sebelum ini… gambar itu sentiasa bermain dalam fikirannya.. dia ingin tahu siapa lelaki itu..
———————————————-
[imbas kembali]
Dalam perjalanan Maleek keluar dari bangunan pejabat hendak pulang ke apartment nya… dia ternampak Raisya sedang berjalan dengan seorang lelaki .. Maleek memperlahankan kereta.. cuba mengekori kemana tuju Raisya dengan lelaki itu.. Maleek cuba mencari tempat patking kreta.. setelah dapat.. dia keluar dari kereta dan mengekori Raisya dan lelaki itu..
Raisya dan lelaki itu masuk ke dalam restoran.. Maleek pun masuk ke dalam restoran itu juga.. dan duduk dimeja yang agak tersorok sedikit.. matanya tak lepas memerhati.. melihat Raisya berbual ketawa bila berborak dengan lelaki tersebut… Maleek memandang lelaki itu.. dia seperti pernah nampak lelaki itu sebelum ini.. dia mula berfikir.. dan akhirnya dia ingat lelaki itu adalah lelaki dalam gambar yang dia dapat hari tu.. Maleek merasa marah.. tapi cuba di kawal.. Maleek bangun dari tempat duduknya.. keluar meninggalkan restoran itu..
——————————————
Raisya melihat Maleek hanya diam dan tidak lepas memandangnya… Raisya tidak selesa dengan pandangan Maleek… lalu memanggil Maleek lagi…
“ abang… abang… abang Maleek.. “ tinggi suara Raisya apabila dia dapati Maleek seperti tengah mengelamun ..
Maleek tersentak dengan panggilan Raisya.. lalu dia menegakkan posisi duduknya… berdehem membetulkan tekaknya ..
“Balik nanti tunggu abang.. kita balik sama.. abang nak balik rumah umi..”
“ haa.. emm tapi ..” kata Raisya terhenti apabila Maleek memintas…
“ dah kenapa ada tapi.. Sya nak pergi mana.. nak pergi jumpa sapa… abang tak benarkan.. balik sama abang petang ni.. abang tak nak dengar jawapan tapi atau tak dari Sya ..” Maleek mula meninggikan suara..
“ kenapa dengan abang ni… abang sendiri yang mengelak dari berjumpa dengan Sya kan ?… ni tiba tiba abang berubah .. mula nak mengawal Sya.. mana Sya nak pergi.. dengan sapa Sya nak jumpa.. itu hak Sya.. abang sendiri yang menjauhkan diri dengan Sya.. tak faham la Sya macam ni…”
Maleek bangun dari tempat duduknya… berjalan kearah Raisya… Raisya melangkah kebelakang.. apabila Maleek mendekat lalu berkata…
“ Apa yang abang suruh.. apa yang abang katakan.. Sya mesti dengar.. ya betul mana Sya nak pergi.. dengan sapa Sya nak keluar.. itu hak Sya… tapi .. Sya dengar apa abang nak cakap ni… Sya milik abang.. milik abang seorang .. jadi.. kemana dan dengan siapa pun Sya keluar… mesti minta kebenaran abang dulu…” ..
Raisya tergamam dengan kata kata Maleek… dengan keadaan yang begitu rapat.. Raisya kaku tidak bergerak.. seram sejuk dirinya… jantung berdegup laju… kata kata Maleek seperti melekat di fikirannya… terasa darah naik ke kepalanya… lalu pantas menjawab ..
“ baiklah abang.. Sya keluar dulu..” .. Pantas Raisya pusingkan badannya.. hendak keluar dari bilik pejabat Maleek… tak mengerti dengan perasaannya sendiri.. sama ada malu atau pun marah…
Apabila Raisya memusingkan badannya… pantas Maleek menahan dan memegang tangan Raisya… lalu berkata..
“ nanti.. abang nak bekal yang Sya bawa tu.. abang tak sarapan lagi…”
Makin bertambah pelik Raisya dengan kelaku Maleek… tak tahu nak memberi reaksi macam mana… ringkas Raisya menjawab…
“ haa… emm nanti Sya hantar .. abang nak Sya buatkan air ..? “
“ kopi ..” ringkas saja jawapan Maleek..
Keluar saja Raisya dari bilik Maleek.. Raisya mengeluh pelik … “ dah kenapa lah dengan abang ni.. sebelum ni buat tak tahu ja dengan aku… aku tegur pun tak jawab.. ni tiba tiba je .. nak arah arah aku dengar kata dia.. “ kata Raisya dalam hati dan mengingat kembali hari hari sebelum ini..
——————————————
[imbas kembali]
Apabila Raisya mendapat tahu Maleek telah membeli apartment dan keluar dari banglo umi dan abinya.. Raisya rasa tidak senang hati.. dia merasakan Maleek buat keputusan itu adalah kerana nya.. macam mana pun.. Raisya mesti berjumpa dengan Maleek..
Di tempat kerja.. Raisya cuba untuk berjumpa dengan Maleek..
“ abang.. Sya ada nak cakap sikit dengan abang.. boleh Sya jumpa abang sekejap… abang.. kenapa abang jauhkan diri dari Sya.. ? .. kenapa abang tak hiraukan Sya.. ? .. apa silap Sya..? ..Sya ada buat salah ke..? … abang.. abang dengar tak…? …
setiap kali Raisya cuba untuk berbicara… Maleek akan cuba mengelak dan menyibukkan diri nya dengan kerja.. Apabila Raisya melihat Maleek begitu.. dia cuba lagi.. tetapi Maleek masih tidak memperdulikannya…
Begitu juga apabil Maleek balik ke banglo umi abi nya.. Maleek langsung tidak bercakap dengannya.. Raisya cuba untuk bercakap dengan Maleek… Maleek tidak memberi perhatian pada soalan … ianya membuatkan Raisya berasa hati.. dengan sikap Maleek itu..
Apabila usaha Raisya tidak berjaya.. Raisya hanya membiarkan saja.. Raisya tahu Maleek tidak mahu bercakap dengannya lagi… dan Raisya hanya buat seperti biasa.. mengikut rentak laku Maleek .. Raisya mula mengelak dari bertemundengan Maleek..
————————————————
Maleek memandang Raisya keluar dari bilik pejabatnya… Puas hati Maleek apabila Raisya mendengar kata.. Maleek duduk menyandar di kerusinya semula.. tersenyum puas.. dia bertekad.. kali ini dia akan memiliki Raisya..
—————————————-
Maleek Idham Raisya.. Apa kisah selanjutnya…?
Share this novel