bab 11

Romance Series 10268

Hari ini .. Raisya pergi kerja menaiki kereta bersama Maleek …
Suasana di dalam kereta sunyi tiada kata kata .. tumpuan Raisya hanya pada hp melayan mesej dari rakannya Siti.... manakala Maleek berdehem membetulkan tekaknya yang kononnya kering itu…untuk memulakan bicara …
“ eheemm.. “ sambil mengosok lehernya dan dengan sekilas memandang Raisya…

Raisya memandang Maleek .. terus bertanya… “ abang Maleek ok? ..

Maleek pantas menjawab… “ ya ok.. abang ok… abang ada benda nak cakap dengan Raisya ni..”

Raisya hairan seketika… dalam hati berkata “ abang?.. sejak bila dia gelar diri dia abang” ..
Dan masih lagi memandang Maleek..
“ abang nak cakap apa? “ Raisya bertanya lagi…hp sudah di simpan di dalam handbag..

Dalam masa yang sama… kereta laju memasuki kawasan tampat khas parking kereta syarikat .. Maleek masih diam.. sesudah masuk saja petak parking kereta.. Maleek hentikan enjin kereta.. dan berpusing mengadap Raisya di sebelah… pandangan yang dalam.. di tenungnya Raisya sekejap.. lalu berkata … “ Hmm.. tak apa.. nanti .. dah sampai tempat kerja dah ni.. masa tak sesuai .. hari ni Sya sibuk tak? ..

Raisya membalas renungan mata Maleek.. berderau darah .. laju jantungnya..betapa dia suka dengan pandangan mata itu … tetapi Raisya kalah dengan pandangan itu.. di larikan matanya memandang jam di tangan… lalu menjawab soalan Maleek… “ hari ni Sya ada temujanji pukul 3 petang dengan En.Badar dari syarikat maju sdn bhd .. diaorg nak tengok contoh perabot baru yang syarikat kita tawarkan… kenapa abang .. ada hal penting ke abang nak cakap.. ? .. Sya tengok dari tadi abang macam nak cakap sesuatu.. tapi tak cakap apa pun..”

Maleek Idham masih memandang Raisya lagi.. apabila mendengar jawapan Raisya.. terus dia bertanya lagi ..“ En.Badar.. jumpa di mana?” inginkan kepastian dan Maleek tidak senang hati apabila nama En.Badar itu.. ya .. Maleek memang tak suka bila nama itu di sebut.. sebab dia tahu perangai seorang lelaki yang bernama Badar… seorang lelaki kaki perempuan yang pantang melihat wanita berdahi licin.. terutama Raisya.. yang kini memakai baju kebaya.. menunjukkan bentuk lekuk tubuhnya yang langsing itu..

“ ohh.. dekat bilik masyuarat opis kita ja.. kenapa abang tanya..? ..ada ape ape yang perlu Sya tahu ke ? “ .. riak Raisya berubah cemas seketika.. risau dia melihat Maleek sebegitu…

Maleek Idham masih tak lepas matanya memandang Raisya.. dengan bauan perfume yang Raisya guna menusuk di hidungnya… kuat hatinya ingin mengambil kedua tangan Raisya... tapi di tahan.. “sabar Maleek..” ..kata di dalam hati… terus Maleek berkata.. “ tak ada apa.. dah jom .. nanti lambat pula.. “ Maleek mengajak Raisya keluar dr kereta dan melangkah ke arah lif untuk naik ke pejabat..

Sambil menunggu pintu lif terbuka.. Maleek bersuara .. “ balik nanti tunggu abang.. kita balik sekali..”

Raisya yang sedang membalas mesej dari kawannya Siti terus terhenti… Raisya pantas menjawab… “ tapi petang ni lepas kerja Sya ada janji dengan kawan nak jumpa.. nanti kawan Sya hantar Sya balik..”

Riak muka Maleek Idham berubah perasaan cemburu tiba.. apabila mendengar jawapan dari Raisya ..” Sya keluar dengan siapa? .. tanya Maleek tertinggi suara..

Raisya tersentak… “ Sya .. keluar dengan Siti.. kenapa abang ni.. tetiba nak tinggikan suara.. Sya ada buat salah ke..” jawab Raisya kehairanan dan memandang tepat pada Maleek ..

Tak sempat Maleek menjawab… pintu lif sudah terbuka.. dengan perasaan sakit hati .. Raisya bergegas keluar.. melulu ke bilik pejabatnya… sambil mengomel sendiri .. pelik dengan perangai Maleek yang kejap sejuk dan kejap panas..
Maleek mengeluh apabila melihat Raisya begitu.. “ aduhhh.. kenapalah dengan aku ni… kawal Maleek.. kawal perasaan kau tu.. jangan cepat nak cemburu..” kata Maleek dalam hati.. dan terus melangkah kaki menuju ke bilik pejabatnya…

———————————-

Maleek keluar dari bilik pejabatnya… menuju terus ke bilik pantry hendak minum air… sebelum melangkah ke bilik itu.. Maleek terdengar suara seseoramg didalam bilik itu … kedengaran perbualan pekerjanya yang asyik bercerita tentang Raisya ..

P1“ pagi tadi cik Raisya masuk kerja masam je muka dia.. tak pernah tengok dia masuk keja macam tu.. “

P2 “ iyalah.. aku pun perasan tadi.. kenapa agaknye tu kan “

P1 “ tapi kan.. kau tau tak.. si Ramli tu ada hati tau dengan cik Raisya.. haritu aku perasan yang Ramli ada bagi hadiah dekat cik Raisya…”

P2 “ haaa .. yeke.. tak sangka betul dengan Ramli tu.. dalam pendiam dia tu ada hati dengan cik Raisya..

P1 “ yelah.. tapi aku suka cara cik Raisya tau.. dia tak pernah layan buruk pada pekerjanya.. walaupun si Ramli tu cuba nak ngurat cik Raisya… cik Raisya biasa je.. aku rasa cik Raisya tu ada boyfriend lah… tp tak pernah nampak pulak... yang biasa nampak dia datang dan balik kerja dengan bos ketat kita tu..

P2 “ tah tah mood pagi tadi tu baru lepas gaduh dengan boyfriend dia kot…

P1 “ entahlah… ye la kot.. tak pernah pernah masuk keje masam macam tu…

Mereka berdua gelak bersama.. Tanpa mereka sedar Maleek mendengar di balik pintu…
Dalam leka mereka berbual dan ketawa.. mereka terdiam apabila mendengar deheman seseorang di balik pintu.. lalu bergegas menghabiskan minum ingin keluar… terkejut mereka apabila di dapati di depan pintu wajah bos ketat mereka .. terus mereka berdua menyapa.. “ selamat pagi bos “ .. lalu segera pergi ke meja memasing…

Pantas Maleek menjawab..” hahh… bergosip je lah kamu kalau masuk sini..” kata Maleek sambil menggelengkan kepalanya.. terus masuk mengambil secawan air..
Dalam masa yang sama.. Maleek ingat akan perbualan pekerjanya tadi… “ Raisya dah ada boyfriend ke? .. tak boleh jadi ni.. aku kene buat sesuatu..” getus hati Maleek

————————————-

Siti sudah menunggu di tempat parking hadapan bangunan syarikat tempat Raisya bekerja.. dia mengomel sendiri… “ dah pukul berapa ni… kata pukul 5 .. dah 5.15 tak keluar lagi ke? ..Mesej tak jawab ada yang aku call nanti ni ..”

Baru saja hendak mencari nombor talifon Raisya… tingkap kereta Siti di ketuk dan pintu di buka.. Raisya duduk menghempaskan punggungnya dengan kasar… terus memakai tali pinggang dan berkata.. “ dah… jom kita pergi.. “ sambil mata memandang ke arah pintu kaca bangunan dia bekerja…

“ uishh… terkejut aku… apesal kau lambat ni .. ehhh .. ehh kejap.. kau dah kenapa ni… asal muka masam je ni… kau tengok sapa? Ada orang kejar kau ke ni…?.. bertalu talu Siti menyoal .. merasa pelik dengan perangai Raisya…sambil memandang arah pandangan Raisya..

“ ahh.. tak ada apa.. dah jomlah.. nanti lambat pulak… “ jawab Raisya ringkas… dalam hatinya rasa tak puas hati apabila Maleek Idham melarang dia keluar dan menyuruh balik ke rumah dengannya..

“ kau kenapa ni Raisya .. ada masalah ke ni..?” Siti bertanya kerana tak puas hati apabila Raisya masih lagi diam dari tadi..

“Tak ada apa… aku lapar lah.. jom kita makan.. lepas tu kita shopping.. aku ada nak cari baju lah…” jawab Raisya bersahaja…

—————————-

Raisy … “ aku macam nak makan nasi ayam lah… kau ok tak? .. tengahari tadi aku tak sempat makan.. ada meeting dengan client tadi… aku lapar gile ni..”

Siti… “ hmmm.. ok juga..jomlah.. kita pergi chicken rice shop ..”

Sedang menunggu makanan… Siti masih tidak puas hati.. kerana Raisya seperti mengelak apabila dia bertanya tentang ape yang terjadi… lalu dia bertanya…” Raisya.. kau tak cerita lagi dengan aku.. ape jadi tadi? .. kau masuk kereta dengan keadaan marah.. sapa buat kau marah ni? .. cuba cerita dengan aku..”

Raisya… “ aku tak puas hati dengan abang Maleek.. sakit tul hati aku dengan dia hari ni..”

Siti… “ lahh.. dah kenapa pulak? .. dia buat apa? ..

Raisya …” aku tak faham dengan dia harini.. tak pernah pernah ambil tahu pasal aku.. tapi hari ni .. ade je yang tak kene.. aku buat keje dengan staff aku si Ramli tu .. dia boleh kata aku tak buat keje.. asik borak je … aku meeting dengan En.Bahar pun dia sibuk duduk dalam bilik meeting .. alasan nak pastikan aku buat kerja dengan betul .. ni aku nak balik.. di tahannye aku supaya ikut dia balik.. ade ke dia kata aku nak tayang badan pakai baju ni.. ape.. baju ni tak ok ke? .. cuba kau tengok.. aku tayang badan aku ke?…

Gelak besar Siti apabila mendengar bebelan Raisya.. sungguh dia berasa kelakar apabila mendengar rungutan kawan nya itu… terus berkata…” aku rasa bab kerja tu biasalah.. dia kan bos.. dah tentu dia nak pastikan orang bawahannya bekerja betul betul.. tapi tang bahagian baju tu… aku ada sokong sikit la .. hahahahhaa.. yelah… kau pakai baju kebaya kot.. ketat melekat kat badan kau yang ehem ehem ni.. hahahaa.. menarik perhatian orang ramai.. dah tentulah Maleek tu dok menjaga kau.. tapi kan.. aku pun pelik ni.. ke dia suka kat kau Sya? ..

Pantas Raisya menjawab… “ ishh kau ni.. celupar mulut.. aku ni bukan sapa sapa pun .. aku sedar diri aku ni.. takde nye abang Maleek tu suka dengan aku… lagipun dia ada girlfriend.. “

Siti …” haaa.. yeke.. sapa girlfriend dia? Kau kenal? …

“ iya.. aku kenal.. dan kau pun kenal juga..” jawab Raisya ringkas…

“ haaa.. iya ke.. sapa? “ tanya Siti tidak puas hati…

“ Kawan sekolah dia lah.. si Suzie yang kau cerita pada aku tu…” jawab Raisya..

“ lahhh… Suzie ke.. hmmm .. aku ingatkan kau.. hahahhaa..” Siti berseloroh..
Alahh kau jangan risaulah… takdenye lah Maleek tu suka dengan Suzie.. dari sekolah lagi.. Suzie tu yang terhegeh hegeh dekat Maleek.. siap ngaku dia girlfriend Maleek lagi.. tapi Maleek buat tak tau je… takkanlah sekarang Maleek terima Suzie tu pulak… “

“ entahlah.. aku malas nak fikir.. dah lah.. cepat makan.. aku nak shopping lagi ni.. nanti lewat pulak.. ada pulak orang yang marah aku nanti..” Raisya menggesa Siti supaya cepat habiskan makanan

“Hahahaa.. orang tu marah bersebab.. dia nak jaga orang kesayangan dia.. kalau dia tak jaga.. nanti melepas .. hahahhaa…. “ balas Siti sambil ketawa puas mengenakan sahabat nya itu…

Raisya … “ kau ni .. malaslah aku nak cerita lagi.. suka sangat nak kenakan aku ..

Maleek Idham ingin memiliki Raisya … Raisya pula.. masih menahan hatinya.. Sampai bila nak menyembunyikan perasaan…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience