Seperti yang di arahkan.. Raisya menunggu Maleek.. di ruang menunggu luar bilik pejabatnya.. menunggu Maleek selesai dengan kerjanya…dalam masa menunggu.. Raisya mengingati hal pagi tadi ketika berada di dalam bilik pejabat Maleek.. mengingatkan debaran apabila Maleek mendekatinya… tak tahu nak marah atau pun sebaliknya.. dia tak mengerti akan perasaannya pada Maleek..
“ apa yang tak kene dengan aku ni..? .. kenapa pelik saja hati aku ni..? Aku suka dia ke..? “
Raisya menarik nafasnya dalam.. dan melepaskan dengan perlahan… lalu meletak handbagnya ditepi kerusi dan duduk sambil mata memandang kearah pintu bilik pejabat Maleek.. dan Dalam tak sedar.. Raisya tersenyum.. lalu menunduk ..
Maleek keluar dari bilik pejabatnya… memandang Raisya duduk menunggunya… lega hatinya melihat Raisya di situ… lalu segera menghampiri Raisya…dan berkata…
“.. maaf.. abang selesaikan kerja dulu tadi.. dah jom.. kita gerak sekarang… tapi sebelum balik rumah umi.. abang nak ke apartment abang dulu.. nak ambil barang.. malam ni abang tido rumah umi…”
Raisya memandang Maleek.. seperti tak percaya dengan apa yang dia dengar dari Maleek..tak tahu nak jawab apa.. hanya mengikut saja…
Berdiri di depan pintu lif… Maleek memandang Raisya.. dia tersenyum.. manakala Raisya leka dengan Hp nya… pintu lif terbuka… Maleek meletakkan tangannya di belakang pinggang Raisya.. mengarahkan Raisya supaya masuk kedalam lif.. Raisya tersentak bila merasakan ada sesuatu di belakangnya…
Maleek tergelak bila melihat reaksi Raisya ..
“ hahahhaa.. itulah.. leka sangat dengan Hp.. lif dah buka pun boleh tak perasan.. boleh abang tahu.. Sya mesej sapa? “ .. tanya Maleek pada Raisya..
“ Sya mesej Siti beritahu tak dapat jumpa dia lepas kerja.. sepatutnya Sya jumpa dia dan kawan lain petang ni.. ada perbincangan nak buat .. tapi bila abang ajak balik sekali ni.. Sya terpaksa batalkan.. jadi Sya bincang dalam mesej je lah..” jawab Raisya dengan muka hampanya..
“Jumpa dengan Siti.. yang lagi sorang tu sapa pulak…” Maleek cuba memancing soalan…
“ kawan kite orang masa dekat Universiti.. “
“ sapa..? .. lelaki ke perempuan..? ..tanya Maleek lagi..
Pantas Raisya menjawab dengan nada perlinya..
“ kawan lah… , hmmm… kenapa abang nak tahu..? Kawan Sya semua ok ok lah abang.. tak ada yg jahat jahat pun.. semua baik .. hensem .. cakap pun baik baik je dengan Sya.. tak pernah nak kasar kasar dengan Sya…”
Tak sempat Maleek hendak menjawab.. pintu lif telah buka… lalu Maleek dan Raisya melangkah keluar menuju ke kerata ..
Dalam kereta Maleek merapatkan dirinya dengan Raisya lalu menjawab.. “ kasar..? itulah beza antara abang dengan orang kat luar tu semua… abang ni limited edition .. sapa yang dapat abang ni.. bertuah tau tak.. abang ni seorang yang tegas tapi sangat romantik orangnye… “ Maleek berseloroh..
Raisya terdiam seketika.. apabila Maleek mendekatinya…buntang matanya bila mendengar jawapan dari Maleek… lalu ketawa apabila mendengar jawapan dari Maleek itu..
“ kenapa Sya ketawa..? .. betullah apa abang cakap.. betul kan..? Abang ni limited edition... hensem.. pujaan ramai.. “ Maleek cuba mengusik lagi..
“ hahahaa.. tak sangka Sya.. abang kuat perasan.. jejaka perasan.. angkat bakul sendiri.. hahahha..”
“Ohh pandai ya .. nak mengata abang.. haa .. sini.. memang Sya nak kene… sini.. cakap apa tadi.. kata abang jejaka perasan ya.. ooo… ni jejaka perasan dah datang…”
Maleek menarik Raisya.. mencucuk cucuk pinggang sehingga Raisya tidak tahan kegelian..
“ ok ok .. dah abang.. stop.. gelilah.. abang.. dah.. hahhaaa..stop.. tadi abang kata nak balik kan.. dahh .. jom.lah.. start kereta.. nanti lambat sampai rumah…“ Raisya menahan dan menangkap tangan Maleek.. dan cuba menghentikan kelaku Maleek..
Maleek berhenti dan merenung Raisya .. dia mendekati Raisya.. memberi satu ciuman pantas di pipi Raisya…
Raisya tersentak.. pantas tangannya naik memegang pipinya… lalu berkata.. “ abang.. ape ni.. cepat je kan ambil kesempatan…” dengan tak sengaja nada suara manja Raisya keluar…
Buntang mata Maleek bila mendengar… lalu berkata “ apa… Sya kata abang ambil kesempatan.. tak ada maknanye abang ambil kesempatan.. Sya milik abang.. Sya akan jadi isteri abang.. abang boleh buat apa saje…dan satu lagi.. jangan buat suara manja macam tadi lagi… Sya buat abang geram.. bahaya.. terseksa abang …” kata Maleek sambil menyepit hidung Raisya dan menggoyangkan kiri kanan..
“Ishhh .. abang ni.. sakit hidung Sya… dah lah.. nanti lambat sampai rumah..” sambil memegang hidungnya dan membetulkan duduknya lalu memakai tali pinggang tempat duduk…
Maleek senyum meleret.. lalu memulakan pemanduannya keluar dari tempat parking meninggalkan bangunan tempat kerjanya…
Raisya memandang luar kereta.. dia tersenyum sendiri… dia tidak menyangka Maleek yang dia kenal dulu.. seorang yang dingin.. tetapi sekarang sangat berlainan… Raisya memandang Maleek sekilas… lalu menyembunyikan senyumannya… takut Maleek perasan…
Maleek perasan.. Raisya memandangnya.. lalu dia mengambil tangan Raisya.. di genggamnya kuat.. dan membawa tangan Raisya.. kemulutnya lalu di cium lembut… dan berkata .. “ janji dengan abang.. Sya akan jadi teman hidup abang sampai bila bila..”
Raisya menunduk malu.. di biarkan tangan nya dalam genggaman Maleek… Raisya hanya tersenyum manis.. dan berkata.. “ Sya bukan tak nak terima abang.. tapi Sya takut.. sya risau.. sebab abang garang.. kadang marah Sya tak tentu pasal..”
Maleek menoleh memandang Raisya apabila mendengar kata kata Raisya…lalu berkata..” itu abang mengaku… ya dulu abang memang bersikap dingin dan selalu saja marah tak tentu pasal.. tapi sekarang abang tak macam tu lagi.. abang sayang dengan Sya.. abang cinta Sya.. abang nak Sya jadi isteri abang..”
Dalam mendengar pujukan Maleek.. Raisya perasan.. hala tuju kereta menghala ke arah lain..
“Kita nak kemana abang.. kata tadi balik rumah umi..? ..”
“ singgah apartment abang kejap.. abang nak ambil barang sikit.. malam ni nak tidur rumah umi… abang dah beritahu kan tadi.. “jawab Maleek
—————————————
Setiba di tempat parking apartment Maleek.., Maleek mengajak Raisya turun dari kereta sekali..
“ ok .. dah sampai.. jom naik dulu..”
“ haa… naik.. taknak lah Sya.. Sya tunggu sini je.. abang naik lah..”
“ ehh.. tak ada.. jom naik sekali nak tunggu sini sensorang kenapa.. ? .. tak ada orang sini.. bahaya.. jom ikut abang…” arah Maleek lalu menarik tangan Raisya supaya mengikutnya…
Raisya hanya mengikut.. dalam masa yang sama juga dia merasa takut… Raisya memandang sekeliling.. sunyi tak ada sesiapa pun..
Maleek menoleh memandang Raisya di sebelah.. mendekatkan mulutnya di telinga Raisya.. lalu berkata “ jangan takutlah.. tak ada ape pun .. abang tahulah .. takkan abang nak buat apa apa kat Sya.. dah kahwin nanti baru abang buat apa apa yang patut.. hahahhaa..” Maleek gelak bila melihat wajah Raisya berubah riak…
Raisya geram dan pantas tangannya mencubit lengan Maleek..
Maleek gelak tak henti.. bila berjaya menyakat Raisya… pantas cubit manja pipi Raisya dan berkata ..
“ comel.. geram abang..”
Sedang menunggu pintu lif terbuka.. tiba pula Razif dari belakang…yang baru balik dari kerja..
“ yoo bro.. amboi.. nak kemana dan dari mana haa…” tegur Razif..
“ ehh bro.. dari tempat kerja nak ke atas lah.. hehehehee..”
“Razif memandang Raisya… “ Hai Raisya… hmmm nak kemana ni.. ? Razif menegur Raisya dengan nada mengusik..
Raisya kaku beku seketika… malu dengan usikan Razif..
“ hmmm.. ni ha .. abang Maleek ni.. ajak naik apartment dia.. Sya nak tunggu bawah je.. dia degil jugak nak Sya ikut dia naik…, .hmm abang Razif duduk sini juga ke?
“ ya.. duduk sini juga.., oh ni nak tengok apartment Maleek ke.. amboii kau Maleek.. tak elok tau berdua dalam rumah.. hahahhaa…”
“ gila ke kau.. aku kejap jelah.. nak ambil barang.. nak balik rumah umi aku.., takkan aku nak biarkan Sya kat bawah sorang sorang.. kene ngorat dengan pak guard tu nanti.. macam mana.. aku tak sanggup.. Sya aku punya… “ kata Maleek dengan menaikkan tangannya di bahu Raisya…
“ ahahhha… betul jugak tu.. tak ke nanti melepas kau.. hahahaa..” ketawa Razif
Raisya geram apabila dia dijadikan bahan lawak.. sempat dia menyiku perut Maleek..
Maleek dan Razif ketawa lagi.. lucu bila melihat Raisya tidak puas hati..
Pintu lif terbuka.. mereka bertiga masuk bersama.. Razif bertanya lagi.. “ bila la rasanye aku nak dapat makan nasi minyak ni..”
Maleek dan Raisya berpandangan.. seketika.. Maleek menjongkitkan kening matanya.. dan tersenyum… Raisya malu menunduk…
Pantas Maleek menjawab… “ aku kalau boleh nak cepat.. aku tak boleh tunggu dah.. risau aku.. takut kene sambar kat orang..”
“ amboi kau Maleek.. hahahha… “
Raisya hanya diam dalam geram.. apabila dirinya dijadikan bahan untuk menyakat..oleh Maleek dan Razif..
Pintu lif terbuka.. mereka keluar bersama.. Razif menuju arah kiri .. manakala Raisya dan Maleek menuju ke kanan… sempat lagi Razif memesan..
“ Maleek.. tolong jangan lelama kat dalam apartment kau tu nanti.. aku perati je ni tau.. kau tu bukan boleh di percayai…hahahaaa “
Pantas Maleek pula menjawab.. “ kalau aku buat ape pun kau bukan nampak pun.. suke hati akulah.. bakal isteri aku kan.. heheheee..”
Terhenti langkah Raisya.. memandang Maleek dengan muka tak puas hati.. dan memandang ke Razif pula.. tajam matanye menjeling ..lalu pantas tangannya mencubit lengan Maleek..
“ aduhh yang… sakit..” Maleek menggosok gosok lengan yang kene cubit…
Razif pula ketawa lagi melihat Maleek kesakitan..lalu berkata… “ apalah nasib .. hahahahh .., oklah.. aku pergi dulu.. Raisya.. jaga jaga…hahahaha..”
“ abang jangan nak buat bukan bukan ya.. kalau abang buat bukan bukan.. Sya lari jauh dari abang..” kata Raisya dengan muka geramnye dengan tangan menunjuk ke Maleek..
“ ishh.. tak adalah.. dengarlah cakap Razif tu.. dia suka menyakat.. terutama kat sayang abang sorang ni..mulut muncung je bila kene nyakat.. geram je abang tengok…hehehee”
“ eee menyampahnye Sya.. dah la.. cepat ambil barang abang.. lepas tu kite terus balik.. nanti umi tanya pulak kenapa lambat..”
“ ok .. ok.. kejap je.. abang ambil lepas tu kita terus balik rumah umi..”
__________________________
Happy reading .. Maleek Idham dan Raisya..
Share this novel