bab 2

Romance Series 10268

Sampai saja dirumah… kelihatan Dato Mohtar dan Datin Aisyah sedang duduk di meja rahat depan kolam ikan dihalaman rumah… sambil minum petang ..

Raisya… “ assalamualaikum umi abi… sambil tersenyum..”

Dato… “ Waalaikumsalam Raisya… lambat Raisya balik.. “

Raisya.. “ya abi.. Raisya ada kelas tambahan hari ni.. tu yang lambat .. Raisya naik dulu umi abi.. nak segarkan badan dulu berpeluh..“

Datin.. “ yelah.. pergi mandi dulu.. rehat.. penat tu jalan kaki pergi sekolah… nak suruh pak amid jemput .. kamu tak nak.. kata dekat.. dekat dekat pun bila jalan kaki tu jauh juga…”

Raisya..” baik umi.. alahh umi jangan risau.. memang dekat pun sekolah tu.. selang 5 rumah je nak kesekolah.. tak penat pun.. lagi pun Raisya balik dengan kawan Raisya siti…”

Dato…” alah awak ni .. biarkan lah.. tahu lah dia jaga diri dia.. sekolah pun tak jauh.. Maleek dulu pun jalan kaki juga kesekolah.. elok je dia.. selamat sampai rumah…”

Datin…” abang.. Raisya tu perempuan.. Maleek lelaki.. tak sama… saya sayang Raisya tu macam anak sendiri tau.. tu jelah anak perempuan yang saya ada.. nanti Maleek sambung belajar.. taklah saya sunyi…”

Dato…” hmmm ye lah sayang… Raisya tu dah di amanahkan ke kita.. tanggungjawab kita jaga dia.. sehingga dia dah kawin… ni awak sibukkan pasal Raisya… Maleek nye mana.. dari saya balik kerja tadi.. tak nampak pun dia.. dia keluar lagi ke?

Datin..” ya la abang.. dia keluar tadi.. nak cari barang dia dan jumpa kawan sebelum dia berangkat ke UK nanti..kejap lagi balik la tu… “

—————————————————
Selesai solat isyak.. Raisya keluar dari bilik terus ke dapur.. kelihatan Maleek berada di ruang tamu sambil menonton tv bersama abi nya…
Di dapur.. Raisya melihat umi dan Mak Munah sedang menyediakan meja makanan untuk makan malam…

Raisya..” wahh sedap lauk malam ni umi..”

Datin..” Raisya sukakan lauk ni.. daging salai masak lemak cilipadi… ni umi belajar dengan arwah ibu Raisya tau.. dan umi ingat ibu Raisya ada kata Raisya suka lauk ni…”

Raisya..” yeke.. terima kasih umi.. “ terus Raisya memeluk dan cium pipi datin.. hatinya tersentuh apabila mendapat layanan mesra dari umi..

Maleek tiba dengan muka masam .. melihat kemesraan umi dengan Raisya… terus berkata.. “ umi.. maleek tak makan lah lauk pedas.. umi kan tahu Maleek tak makan pedas.. kenapalah masak lauk ni.. sepatutnya.. umi masak lah lauk kegemaran Maleek… sebelum Maleek nak ke UK.. maleek nak makan makanan yg umi masak.. ni tidak.. masak lauk untuk budak ni..“

Datin.. “ adalah.. umi ada masak untuk Maleek juga… Maleek suka ayam merah kan.. ada.. umi masak juga… takkan lah umi lupa .. “ jawab datin sambil menyakat anak bujang nya..

Dato..” sudahlah.. jom kita makan.. pasal makanan pun nak marah merajuk.. dah besar bujang … dah nak pergi belajar jauh .. perangai masih lagi macam budak budak.. ade je tak puas hati… “ dato mencelah..

———————————————-

Selesai makan malam.. Raisya membantu Mak Munah mengemas meja makan..

Mak Munah…” Raisya.. dah la.. biarkan situ.. Mak Mudah buat.. Raisya pergi naik .. buat kerja sekolah ke.. belajar ke.. tadi petang balik lewat.. rehat.. esok nak sekolah lagi…”

Raisya..” tak apa Mak Munah.. Raisya tolong.. sikit je ni… dah siap nanti Raisya naik lah…

Maleek ..” ha bagus.. buat keje ape patut.. jangan nak goyang kaki bila duduk sini.. ingat sikit.. ni bukan rumah kau.. kau tu menumpang tau tak..?..

Mak Munah… “ ishh.. tak baik cakap macam tu Maleek… kesian Raisya..

Maleek…” biar je.. dah la menumpang.. senang je goyang kaki tak buat ape keje.. ni klu Maleek tak ada ni.. lagi lah dia besar kepala..”
Selepas melepaskan geram ke Raisya.. Malek terus naik ke bilik nya.. dengan hati yang masih panas.. “apelah yang umi nak sangat ambil budak tu jadi anak angkat.. “.. kata maleek dalam hati..

Raisya hanya diam bila Maleek mula menyakitkan hati dia.. dia hanya meneruskan kerja nya membasuh pinggan yang masih ada di singki…mula bercakap dalam hati…” aku taulah sapa aku.. kau tak payah nak ingatkan.. ishhh… bila la dia nak pergi jauh ni.. menyampah aku nak hadap muka dia ni… muka je hensem.. perangai buruk.. depan aku bukan main lagi berani… depan umi abi bukan main lagi lembut bercakap…”

Mak Munah.. “ dah la Raisya.. sabar je dengan Maleek tu.. dia mulut je macam tu.. tp sebenarnya hati dia baik..”

Raisya..” tak apa.. Raisya tak kisah.. Mak Munah.. umi abi terima Raisya ni pun dah cukup.. tak terbalas jasa umi abi terhadap Raisya..

Terima kasih yang sudi membaca.. akan cuba perbaiki .. maaf atas typo yang ada

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience