bab 9

Romance Series 10268

Dua hari sudah berlalu.. segala urusan kerja di hotel kepunyaan Razif sudah selesai…seperti biasa.. selepas habis waktu bekerja.. Razif Maleek dan Raisya akan berada di cafe sambil minum petang… dalam masa yang sama juga.. Suzie akan turut serta minum petang bersama… seperti biasa.. Suzie cuba mendekati Maleek.. tetapi Maleek sedaya upaya mengelak dari Suzie… tumpuan Maleek hanya pada Raisya… kemana Raisya pergi.. Maleek pasti akan ada.. Suzie perasan perkara itu.. dalam hatinya kuat rasa cemburu… manakala Razif cuba mengambil perhatian dari Suzie .. supaya lupakan niatnya untuk mendapatkan Maleek… kerana Razif tahu.. Maleek ada perasaan terhadap Raisya…cuma Maleek tak pernah mengakuinya…

Seperti biasa.. sebelum balik ke bilik.. Raisya akan pergi ke pantai untuk melihat matahari terbenam.. memandangkan hari ini hari terakhir berada di hotel ini.. dia mahu jalan jalan sekeliling… kali ini.. Maleek menawarkan dirinya berjalan bersama .. dengan alasan .. esok dah nak balik kl … Raisya hanya menurut…

Suzie tak senang hati… terasa kedatangannya di sini hanya sia sia… melihat Maleek yang menjauhkan diri… melihat Maleek bersama dengan Raisya…hatinye berasa geram… timbul niat jahat di hatinya hendak mengenakan Raisya…

Raisya berjalan di tepi kolam renamg yang ada berdekatan dengan cafe di hotel itu.. datang Suzie… jalan di kawasan yang sama… Maleek dan Razif berada berdekatan sedang berbual… Suzie menegur Raisya… langkah Raisya terhenti di tepi kolam itu dan memusingkan badannya menghadap Suzie…

“ u nak pergi mana ni?.. nak ikut boleh..?” Tanya Suzie pada RIsya…

“Ohh .. i nak jalan jalan.. tak sempat nak jalan jalan tengok kawasan ni.. cantik..” jawab Raisya sambil tersenyum…

Suzie mula tersenyum sinis… melihat Raisya berdiri di situ… dengan akal jahat nya yang mula keluar.. Suzie buat buat tersandung hendak terjatuh.. terus menolak Raisya jatuh ke dalam kolam…puas hatinya bila Raisya jatuh dalam kolam.. dia menyembunyikan senyumannya…

Razif dan Maleek mendengar jeritan seseorang.. dan bunyi seperti ada orang yang terjun ke kolam…pantas mata mereka memandang ke arah Suzie yang berada di tepi kolam… Maleek bangun dari duduknya dan ternampak bayang Raisya yang terkapai kapai di dalam kolam…

Suzie pura pura panic.. memanggil Maleek dan Razif…dengan pantas Maleek berlari.. terus terjun ke dalam kolam menyelamatkan Raisya.. kerana dia tahu Raisya tidak tahu berenang… kuat pegangan Maleek.. memeluk Raisya .. membawanya ke tepi..
“ dah dah jangan takut.. aku dah dapat kau.. aku ada.. jangan nangis…” Maleek cuba menenangkan Raisya

Raisya ketakutan.. kuat dia merangkul leher Maleek .. dengan mukanya berada di bahu Maleek.. kuat tak mahu lepas.. lama juga mereka di dalam kolam itu… Suzie yang berada di situ berasa panas hatinya… benda lain yang dia plan.. benda lain yang jadi…
Razif yang tadi cemas.. sudah mula reda…

Maleek Idham…” kau dah ok?.. kita naik.. kau menggigil ni.. nanti kau demam..” kata Maleek.. dengan tangannya masih memeluk ketat di pinggang Raisya…

Raisya masih berdiam diri.. memeluk Maleek kuat .. dia sangat takut… teringatkan kisah masa kecilnya .. Raisya pernah jatuh kolam dan hampir lemas..sejak peristiwa itu dia memang takut mandi kolam..

Maleek memanggil nama Raisya berulang kali.. Raisya masih membisu.. Maleek cuba memandang muka Raisya.. “ Raisya… sya.. syaa.. heiii… kau ok tak ni…? .. tanya Maleek lagi..

Raisya tersedar dari lamunan nya … Raisya dan Maleek bertentangan mata.. rapat muka mereka.. Maleek menelan air liurnya sendiri.. tidak sangka begitu rapatnya dia dengan Raisya … dipandang wajah Raisya yang dalam kebingungan dan ketakutan.. mata hidung dan bibir kemerahan … menarik minatnya matanya meratah seluruh wajah Raisya…hampir hilang kewarasannya …
Raisya pula bagaikan tersentak dan terkejut.. baru dia perasan.. Maleek berada di hadapannya .. yang masih dalam keadaan berpelukan… perlahan dia melepaskan rangkulan tanganya di leher Maleek…dan cuba berpaut tepi kolam dan berjalan ingin keluar …. Maleek mengikuti Raisya dari belakang..

Dalam usaha Raisya hendak keluar dari kolam… pantas Maleek menarik Raisya mendekatinya semula … Raisya terkejut dan menjerit halus…mereka bertentangan mata lagi.. hati Raisya berasa gugup.. ketika Maleek memegang pinggang rampingnya dan merapatkan bibirnya di telinga…
Maleek berbisik “ nanti… jangan keluar dulu… kejap aku minta kain tuala dekat Razif… kalau tak boleh keluar lagi.. ramai orang ni…” jelas Maleek pada Raisya… sambil memandang keadaan sekeliling .. bukan mereka saja yang berada di situ.. ada juga orang lain yang datang menyaksikan drama kolam ini…

” kenapa abang… Sya nak naik.. “ jawab Raisya kehairanan…

Maleek Idham…” tunggu sekejap…“ Maleek tidak mahu beritahu.. dia tidak mahu Raisya rasa malu dengan keadaan dia sekarang…sambil matanya memberi isyarat pada Razif untuk dapatkan tuala…

Dalam kehairanan.. Raisya cuba menghadam maksud Maleek… dia pandang sekeliling.. dia pandang Maleek dan pandang dirinya juga… buntang mata Raisya.. apabila baru dia perasan yang dia memakai kemeja putih.. nampak jelas aset didalam bajunya…cepat cepat dia menarik rapat badan Maleek melekat dengan badannya .. cuba berlindung dari pandangan orang lain ..

“ Aduhh.. malunya sya..” .. omel Raisya yang hanya didengari Maleek ..dan cuba menyurukkan wajahnya lalu melekap didada bidang Maleek…

Maleek tersentak dengan tindakan Raisya… dia memandang keliling.. dia cuba menahan perasaannya yang bergelojak terhadap Raisya… wajah Raisya di tenung .. debaran jantungnya berdegup kencang .. dalam hati lelakinya kuat berkata “ aduhhh..apakah ini dugaan aku… Razif mana kau.. cepatlah..”

Razif datang.. membawa tuala dan di beri kepada Maleek.. Maleek mengarahkan Raisya.. untuk keluar dari kolam… dengan tuala yang sudah sedia di belakang untuk membalut badan Raisya dari pandangan orang lain.. Raisya berasa malu dengan orang yang berada di situ.. dia menggigil kesejukan.. sempat berkata ..” terima kasih abang .. selamatkan sya.. kalau abang tak ada tadi.. tak tahulah ape jadi pada Sya…” sambil mengelap airmata dipipi..

Suzie memandang geram.. hanya berpeluk tubuh memandang Maleek dan Raisya yang begitu rapat…

Razif datang mendekat…” Sya ok.. ada mana mana sakit? .. macam mana boleh jatuh ni.. nasiblah abang Maleek ni ada berdekatan…kalau tak tak taulah macam mana.. mungkin abang yang akan jadi hero penyelamat Sya…”
Kata Razif bernada sinis sambil gelak memerli Maleek yang ada di sebelah Raisya…

Raisya hanya diam.. tidak menjawab pertanyaan Razif.. dia hanya tersenyum.. tetapi matanya tajam memandang Suzie…
Manakala Suzie hanya beriak biasa .. seperti tak ada apa yang berlaku..
Pandangan Raisya beralih pada Maleek di sebelah dan Razif di depannya… Lalu berkata .. “ terima kasih abang.. abang Razif…bantu Sya… Sya nak balik bilik..“

Razif… “ alahhh… small matter Sya.. kalau abang yang jatuh.. Sya pun akan tolong abang juga kan…” .. jawab Razif dengan nada guraunya..

Maleek Idham ....” tak apa.. jom aku hantar kau balik bilik… Razif.. aku hantar Raisya dulu..” pantas Maleek bangun dan terus membantu Raisya

Suzie hanya memandang sinis Malek dan Raisya…lalu berkata di dalam hati… “ tak guna…kau rampas Maleek dari aku..” sambil menggenggam kedua tangannya..

Razif menoleh memandang Suzie… “ are u ok Suzie?…tanya Razif pada Suzie apabila melihat mukanya masam ..

Pantas Suzie menjawab… “ haaa .. oh ya.. i’m ok ... i nak balik bilik i.. jumpa nanti masa makan malam…” .. pantas Suzie melangkah meninggalkan Razif di situ..

Razif hanya memandang Suzie dan hanya menggelengkan kepalanya dan berkata perlahan… “ Suzie .. Suzie… i yang ada ni u tak nak.. Maleek tu jugak u nak kejarkan.. tak pasal pasal Raisya jadi mangsa… i tahu u yang tolak Raisya tadi ..”

—————————————-

Setiba di laluan pemisah antara bilik Raisya dan Maleek .. Raisay cuba menahan sebak hatinya bila teringatkan dia hampir saja lemas sebentar tadi tapi airmatanya tetap berat lalu jatuh di pipinya.… Maleek perasan Raisya menangis..lalu berkata .. “ Raisy..kenapa ni .. heii.. jangan risau.. aku ada .. aku akan jaga kau..” Maleek menarik Raisya dekat dengan nya.. lalu memeluk menggosok belakang badan Raisya.. cuba menenangkan dan memujuk Raisya ..

Setelah di pujuk.. Raisya mula tenang.. dia cuba melepaskan dirinya dari pelukan … Maleek melepaskan pelukannya .. dia cuba melihat wajah Raisya…tetapi Raisya menundukkan kepalanya… berasa segan bila di diperlakukan begitu oleh Maleek… mulut mula berkata… “ terima kasih sebab abang Maleek selamatkan dan membantu Sya tadi… dan Sya minta maaf jika Sya ada terlanjur perbuatan… “

Pantas Maleek menjawab…” tak mengapa .. memang tanggungjawab aku jaga kau… umi abi amanahkan aku jaga kau di sini… yang penting kau dah selamat…” kata Maleek sambil tangan di dagu Raisya ..lalu mendongakkan wajah Raisya supaya memandang nya…

Lega hati Maleek.. apabila melihat Raisya tidak menangis lagi… dipandangnya seluruh wajah Raisya… dari mata dan berakhir di bibir.. lama dia memandang di situ.. berdetik didalam hati Maleek…” bibir ini … buat aku gila…”

Raisya pula seperti terpukau dan kaku berdiri dihadapan Maleek…

Maleek pula menahan rasa debar dihati dan kembali di dunia nyata… Maleek menjarakkan dirinya dari Raisya… terus menyuruh Raisya masuk ke biliknya.. “ Sya masuk bilik dulu.. bersihkan badan.. rehat.. kalau badan rasa tak sihat.. beritahu aku.. jangan diam aja… demam nanti susah… esok kalau tak ada ape ape… kita balik kl awal sikit… dengar tak ape aku cakap ni…? .. Kata Maleek dengan nadanya yang risaukan Raisya..

Raisya menganggukkan kepalanya menunjukkan dia faham akan arahan dari Maleek … Maleek senyum puas apabila Raisya mendengar kata.. dia menghantar Raisya di depan pintu bilik.. Maleek beredar setelah Raisya selamat masuk kebiliknya…lalu Maleek mengundur sedikit dan berpusing melangkah kaki ke arah biliknya pula sambil tersenyum…

Setelah selesai mandi dan memakai baju… dengan rambut yang masih basah Raisya menyanggul tinggi rambutnya dengan tuala … Raisya membuka lebar pintu kaca dan keluar ke balcony biliknya.. Raisya berdiri mengadap pantai di depannya… mata di tutup menyedut udara yang nyaman … dengan perlahan.. nafas lega di lepaskan… dia tersenyum sendiri.. lucu hatinya apabila mengingatkan kisah drama tadi… betapa dia berasa malu dengan Maleek.. cukup dia tak sangka Maleek ambil berat terhadapnya.. berbunga hatinya .. seperti ada satu perasaan tersembunyi… Raisya pusing semula.. ingin masuk ke dalam biliknya… alangkah terkejutnya Raisya apabila pandangannya bertembung mata dengan Maleek di bilik sebelah… ternyata dia lupa.. Maleek duduk hanya di bilik sebelah.. kelihatan Maleek juga seperti baru mandi dan sedang mengeringkan rambut dengan tuala juga.. mereka hanya memandang antara satu sama lain… seperti tidak mengerti tentang perasaan apa yang menyinggah dia hati mereka…
“ adakah aku sudah jatuh cinta ? “
kata hati mereka berdua…

Renungan Maleek terhenti apabila hp nya berbunyi… Maleek menoleh memandang hp.. dan menoleh semula ke arah Raisya … Maleek mengeluh apabila Raisya sudah tiada di situ… dan terus mencapai hp di atas katil… di skrin tertulis nama umi.. pantas Maleek menjawab..

“ assalamualaikum umi… “

“Waalaikumsalam… Maleek.. umi call Raisya.. tapi tak dapat… Raisya ok tak tu? .. tak tahu kenapa hati umi rasa tak sedap ja.. umi teringatkan Raisya je dari tengahari .. Raisya ada dengan Maleek tak??”

“ ok umi.. Raisya ok.. rasa hp dia bateri habis tu… nanti Maleek pergi jumpa dia… nanti Maleek suruh dia call umi semula…”

“ ehh tak apalah.. umi nak dengar Raisya ok je.. Maleek jaga Raisya ya.. ingat pesan umi..”

“ baik umi.. Maleek akan jaga Raisya.. umi jangan risau.. “

“ ok lah… ni bila balik? Dah habis kerja kat sana? .. “

“ insyaallah esok balik .. kerja pun dah selesai .. kalau ada apa apa hal..Maleek call beritahu ..”

“ kalau macam tu baiklah.. kalau balik esok.. hati hati memandu..”

Panggilan dihentikan dan hp diletak semula di atas katil.. Maleek bersedia untuk menunaikan solat Maghrib ..
Maleek bersiap untuk mengajak Raisya keluar makan malam.. kali ini Maleek ingin makan luar hotel.. seperti yang sudah dirancang.. malam akhir mereka di terengganu.. mereka ingin mencari kedai ikan bakar bersama Razif ..

Keluar saja dari biliknya… langkah Raisya terhenti apabila kelibat Maleek membuka pintu biliknya…Raisya tersenyum.. dan Maleek membalas senyuman juga… meneruskan langkah menuju ke lobi hotel kerana sudah berjanji akan berjumpa Razif di situ.. sambil berjalan.. Maleek mulakan dengan bertanya kepada Raisya…

“ Sya ok? .. tadi umi call Sya.. tak dapat.. hp masuk air ke? “

“ alhamdulillah Sya ok .. alaaa ye ke umi call Sya ..? .. hp Sya rosak masuk air.. tak boleh guna dah.. nanti balik kl kene cari lain… “

“ Ohh.. tak apalah .. nanti call umi guna hp aku je.. kesian umi.. risau sangat dia tak dapat nak bercakap dengan menantu kesayangan dia ni… opsss..!” Maleek kemam bibirnya.. terlepas cakap .. dalam hati ..” aduhhh mulutt..”

Raisya tersentak apabila mendengar kata kata Maleek… pantas Raisya menanya… “ abang cakap ape??

Maleek menjawab.. “ haaa ehh tak ada apa.. jom lah cepat.. Razif dah tunggu kita.. nanti bebel pulak dia…” sambil menarik lengan Raisya..dan menyembunyikan senyum malunya..

Setiba Maleek dan Raisya di lobi.. kelihatan Razif sudah menunggu dengan Suzie..
sempat Razif menyakat…” adoii.. lamanya tunggu pasangan kekasih ni sampai… ingat tak jadi nak keluar makan sama.. nak dating je kat bilik tu…” kata Razif sambil ketawa

Suzie hanya menunjukkan muka menyampah.. bila melihat maleek dan Raisya..
manakala Maleek hanya ketawa saing dengan Razif.. terasa hatinya berbunga bunga ketika ini … dan Raisya pula.. tersenyum malu bila di sakat oleh Razif…

“Dah jom kita pergi …ikan bakar sudah menanti kita yang kelaparan ni…”
Pantas Razif mencelah…

———————————-

Alhamdulillah… selesai bab ni.. makin mencabar pulak bab bab seterusnya.. selamat membaca..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience