bab 13

Romance Series 10268

Pagi seperti biasa.. awal Raisya bangun.. menyediakan sarapan sebelum bersiap pergi ke tempat kerja… setelah semuanya sedia di atas meja.. Raisya bergegas naik kebiliknya..untuk bersiap pula…langkahnya terhenti di hadapan bilik Maleek.. pelik rasanye bila pagi tu bayang Maleek tidak kelihatan seperti biasa.. tapi Raisya cuba untuk menyingkirkan perasaan itu… lalu terus kebiliknya… pagi ini Raisya memakai baju kurung moden.. bewarna biru lembut berbunga pink .. kelihatan terletak cantik di badannya.. dalam fikiranya.. masih terngiang ngiang kata kata Maleek tentang pakaiannya… Raisya membelek dirinya.. memandang depan tepi dan belakang di depan cermin… lalu berkata..
“ aku pakai baju kurung hari ni.. kalau kata aku nak tunjuk badan juga lagi tak tau lah … takde pun seksi.. elok je aku tengok..” sambil mengelengkan kepalanya..
Setelah puas hati dengan penampilannya… Raisya mengambil handbag nya.. dan keluar dari bilik..

Tiba tiba.. langkah Raisya terhenti apabila ada suara yang memanggil namanya… Raisya memusingkan badannya.. memandang ke arah suara itu.. kelihatan Maleek yang baru saja keluar dari biliknya… datang menghampiri Raisya.. dalam keadaan yang sudah siap untuk ke tempat kerja.. cuma masih tidak lengkap memakai tali leher…

“ Raisya.. boleh tolong abang… pakaikan ni untuk abang..” arah Maleek lembut sambil senyum memandang Raisya..

“ hahh.. kenapa tetiba je ni.. biasakan abang boleh pakai sendiri…” Raisya cuba berdalih.. dan melangkah kebelakang apabila Maleek yang cuba mendekatinya rapat..

“ abang nak Sya pakaikan untuk abang…cepatlah.. nanti lambat pergi kerja..” jawab Maleek yang masih tidak putus asa..

Maleek mendekati Raisya rapat.. merenung Raisya lama… Raisya pula gugup apabila dipandang begitu.. dalam masa yang sama.. laju tangannya mengikat kemas tali leher di leher Maleek.. apabila melihat Raisya begitu.. Maleek tersenyum sendiri… dan merapatkan mukanya di telinga Raisya.. lalu berkata ..
“ tak sangka Sya pandai ikat tali leher.. nanti lepas ni.. abang nak Sya buatkan.. terima kasih sayang..” .. Maleek senyum puas.. berbunga bunga hatinya.. lalu berjalan turun kebawah…

Raisya seakan tersentak dengan tindakan Maleek… berderau jantungnya.. laju berdegup.. Raisya memandang Maleek.. seperti terpukau.. kaku tak bergerak ..

Maleek menoleh memandang Raisya… dan berkata … “ tunggu ape lagi tu.. jom lah turun.. ke nak abang dukung bawa turun bawah.. nanti kalau abang dukung tak jadi pergi kerja lah abang nanti.. abang terus bawa pergi jumpa tok kadi.. nikah terus..”

Lagi terlopong mulut Raisya apabila mendengar Maleek berkata begitu.. terus dia bergegas jalan menuruni tangga .. dalam hati Raisya berkata..” ishhh… dah kenapa abang Maleek ni… eeee…malunye aku.. “
manakala Maleek meleret senyum.. melihat Raisya begitu…dia merasa puas hati..

——————————————

“ haa.. anak dara umi ni lambat turun.. umi abi dah sarapan dah.. mana Maleek..? Lambat nanti pergi kerja.. jalan jam lagi..” tegur datin..setelah melihat Raisya tiba…

Tak sempat Raisya nak menjawab… Maleek tiba di belakangnya…terus menarik kerusi dan duduk… lalu terus mengarahkan Raisya… “ Sya.. ambilkan abang nasi goreng.. abang nak makan nasi goreng pagi ni.. “

Dato dan datin berpandangan.. merasa pelik apabila melihat Maleek begitu… dato tersenyum.. manakala datin kelihatan bertambah ceria diwajahnya…

Raisya buat muka geramnya… menjeling sekilas ke arah Maleek..dalam masa yang sama.. nasi goreng di cedok kedalam pinggan… air kopi di tuang kedalam cawan.. dan dihulur kepada Maleek…

Maleek berkata “ terima kasih sayang… emmm sedap.. sayang masak nasi goreng ni kan pagi tadi..?

Raisya langsung tidak menjawab…. Di kerutkan dahinya.. kecik mata memandang Maleek.. geram hatinye bila Maleek berkata begitu di depan umi dan abi…
Mengomel sendiri di dalam hati…
“ ishhh… geramnye aku.. kenapa dengan abang Maleek ni… pelik pelik je perangai.. ishhh.. rasa macam nak cekik je dia ni .. patut tadi aku ikat tali leher tu kuat kuat…”

Besar mata datin.. melihat perangai anak bujangnya itu.. langsung tak ada segan silu bercakap seperti itu.. lalu berkata..
“ hmmm.. ni nampak gaya ada orang nak kene kawin cepat ni abinye… lain macam dah ni saya tengok.. “ mata mendang ke arah dato..

“ saya rasa pun macam tu juga uminye.. teringat saya masa muda muda dulu..” dato ketawa memandang datin sambil mengenyit mata…

Pantas Maleek menyampuk… “ kalau boleh hari ni juga Maleek nak kawin umi.. tapi orang tu senyap je.... “ Maleek memandang Raisya ..

Raisya kaku .. mata memandang Maleek.. dan memandang dato dan datin.. dan memandang Maleek semula .. Raisya tunduk.. rasa malu .. mulut bagaikan terkunci untuk bercakap..

———————————————

Dalam perjalanan ke tempat kerja.. Raisya hanya mendiamkan diri.. masih rasa geram di hati dengan Maleek…

Maleek yang sedang memandu.. memandang sekilas ke arah Raisya.. melihat Raisya begitu.. hatinya tidak tenang.. Maleek bertindak tidak terus ke tempat kerja.. Maleek memandu kearah jalan lain… pantas dia mengambil hp nya .. dan menelefon pembantunya di pejabat dan memberitahu dia dan Raisya akan masuk lewat ke tempat kerja..

Raisya terkejut dengan tindakan Maleek… terus menoleh memandang Maleek seperti inginkan penjelasan.. “ abang nak bawa Sya pergi mana ni… Sya nak masuk kerja.. Sya ada bnyak kerja hari ni..” Raisya memandang depan semula.. dalam tak sedar.. Raisy memegang tangan Maleek kuat..

Maleek Idham menyedari pegangan kuat Raisya.. Maleek hanya membiarkan…
“ abang nak bincang dengan Sya tanpa ada gangguan.. antara Sya dan abang saja.. kita pergi satu tempat ..

“Abang nak bincang ape.. dekat opis pun kita boleh bincang.. tak nak.. Sya nak balik opis..sekarang… hantar Sya pergi opis abang.. abang.. “ sambil mengoncang lengan Maleek..

Maleek menoleh ke Raisya.. lalu memberhentikan kereta di tepi jalan..dan menghadap ke arah Raisya lalu pantas menarik Raisya dekat padanya.. dan menyambar bibir Raisya sekilas… lalu berkata..” mulut ni.. kalau tak berhenti bercakap.. abang cium lagi..”

Raisya tersentak.. pantas menutup mulutnya dengan tangan.. menjauhkan badannya dari Maleek menyandar di pintu kereta..

Setelah melihat Raisya diam tak bersuara.. Maleek memandang ke hadapan.. dan memulakan kembali pemanduannya.. dia bertekat.. kali ini dia akan pastikan Raisya menerimanya.. sambil memandu.. Maleek menoleh lagi .. memandang Raisya .. lucu rasa hatinye melihat Raisya .. “ hmmm.. baru tahu diam.. tu je ubat orang banyak cakap..” kata hati Maleek..sambil ketawa sendiri..

————————————-

“Abang nak tanya Sya… Sya dah ada teman lelaki..? “ soal Maleek pada Raisya sambil memandang tepat pada Raisya…

“ hahhh… hmm.. kenapa abang tanya.. “ Raisya jawab sambil menundukkan mukanya…

Maleek Idham.. mendongakkan muka Raisya dari menunduk.. “ tengok abang Sya… jawab soalan abang.. Sya dah ada boyfriend ? ..

Raisya memandang tepat pada Maleek.. mata mereka berdua bertentangan… Raisya diam tak berbunyi.. menunduk kembali.. melihat pegangan tangan Maleek…

Maleek senyum manis melihat Raisya… di gapai kedua tangan Raisya .. lalu berkata .. “ abang cintakan Sya.. abang nak Sya jadi isteri abang… “

“Tapi.. abangkan tak suka Sya.. abangkan benci dengan Sya… “ jawab Raisya sekilas..

“Takk… itu dulu.. abang sendiri pun tak tahu kenapa abang boleh cakap macam tu.. masa tu abang tak matang.. dan tak faham dengan perasaan abang sendiri… “

“ tapi.. abangkan dah ada teman wanita.. tu Suziekan girlfriend abang? .. “ Raisya berdalih lagi..

“ dah.. dahh… banyak sangat tapi ni.. Sya dengar sini .. Suzie tu kawan sekolah abang.. dan abang tahu.. mesti Sya dah tahu ceritanya kan? .. Abang hanya anggap dia kawan sahaja.. tak lebih dari itu.. dan kalau Sya nak tahu.. Razif suka dengan Suzie dari zaman sekolah lagi.. jadi.. kita kasilah peluang pada Razif ..hehehee… “

“Haaa.. Razif..? .. pelik.. kenapa Sya tak penah dengar cerita ni dulu.. semua orang kata Suzie tu girlfriend abang tau tak… “

“ hahahahaaa… kan abang dah agak.. mesti ramai bergosip tentang abang.. hmmm.. apelah nasib bila jadi pelajar hangat di pasaran.. “

“ alahhh… kuat perasan .. takde maknenye nak bergosip tentang abang.. banyak je cerita lain lagi… “ Raisya menjeling dan terus memandang kearah lain.. malu rasa bila dapat ditangkap oleh Maleek ..

Maleek Idham memandang Raisya .. sejuk hatinye melihat Raisya begitu… “ Sya .. jadi ya.. setuju ya.. jadi teman hidup abang…” sambil memegang erat tangan Raisya..

Raisya membalas pandangan Maleek… “ bagi Sya masa boleh abang.. benda ni terlalu mengejut bagi Sya.. bagi Sya fikir dulu boleh..? Raisya jawab dengan nada lembut.. takut dengan jawapannya boleh menyinggup hati Maleek..

“ haa.. kenapa nak kene fikir dulu.. Sya ada teman lelaki ke?? Cakap dengan abang.. siapa lelaki tu… “ jawab Maleek dengan nada tidak menerima jawapan Raisya…

“ tak.. tak .. abang.. Sya cuma ..” Raisya terhenti dan memandang tepat pada Maleek…

Pantas Maleek memotong kata kata Raisya..
“ ok .. ook.. abang beri Sya masa.. tapi jangan buat abang tertunggu lama .. “ Kata Maleek mengharap…

Raisya tersenyum lega bila melihat reaksi tenang Maleek .. “ ok.. Sya janji.. sampai masanya nanti .. Sya akan beri jawapan pada abang…”

——————————————-

Maleek Idham melancarkan misinya.. Raisya meminta masa untuk memberi jawapan.. Suzie masuk jarum .. Razif ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience