bab 10

Romance Series 10268

Setelah balik dari Terengganu.. masa Raisya banyak di habiskan di tempat kerja.. setiap projek baru yang dia dapat harus di selesaikan dengan segera… bagi memudahkan orang bawahannya menyiapkan seperti yang dikehendaki oleh pelamggannya..

Balik dari kerja.. kelihatan datin dan dato sedang duduk minum petang di meja luar depan rumahnya..

“ Assalamualaikum .. umi ..abi..” sapa Raisya sambil memberi senyuman manis pada dato dan datin..

“ waalaikumsalam.. Sya.. marilah kita minum sekali… Mak Munah buat cekodok pisang ni… sedap… sini duduk dengan umi abi..” jawab datin .. mengarahkan kerusi kosong untuk Raisya..

“ ya Sya…. Mari sini.. duduk dengan abi umi .. kita minum minum dulu..” ajak dati dato pula ..

Pantas Raisya duduk di kerusi di depan datin dan dato… menjamah cekodok pisang yang telah sedia di hidang dan secawah teh-o .. oleh Mak Munah…

“ macam mana kerja sekarang.. ok semua..?”
Tanya dato pada Raisya..

Pantas Raisya menjawab…” alhamdulillah abi.. semua berjalan dengan lancar…projek pun bertambah.. kadang tak menang tangan nak hadap.. ada masa kalut juga dengan pelanggan yang nak ubah apa yang mereka nak.. dengan ketegasan abang Maleek lagi.. seram Sya..” terang Raisya sambil terenyum…

“ hmmm.. Maleek dengan garangnye tu memang tak boleh nak buang dah umi rasa… ade je benda tak betul.. cakap jelah elok elok.. ni tidak.. nak marah marah.. penat umi tengoknye…” datin mula berceloteh…sambil memandang suaminya…

“ alahh… biar ajalah… Maleek kene tunjuk sikap tegas.. terutama di tempat kerja.. kalau dia tak tegas.. macam mana nak memimpin orang bawahannnya… “ jawab dato pula..

“ betul apa yang abi cakap tu umi… abang Maleek tak marah tak tentu pasal.. ada masa dia ok.. tp bila ada kesalahan tu baru dia marah… bagi Raisya.. ok je.. Sya dah biasa dah tengok mood abang macam tu… “ jawab Raisya ingin meyakinkan… dan memberi senyuman pada datin..
“Oklah umi abi.. Raisya nak masuk dulu.. Sya tak solat asar lagi ni… “ kata Raisya denganmuka serba salahnya…

“ lahhh… tak solat lagi.. oklah.. dah pergi masuk.. solat mandi ke ape patut…” ..jawab datin.. manakala datuk hanya menganggukkan kepala nya saja…

“ abang… kalau kita tanya terus terang dengan Raisya saja .. abang setuju tak?” ..tanya datin pad datuk..

“ boleh.. tapi abang rasa kita kene tanya anak kesayangan awak tu dulu… kalau dia betul ada hati dengan Raisya.. barulah kita tanya Raisya pula… nanti kalaunya Raisya setuju… anak bujang kita tidak.. susah juga..” jawab datuk sekilas… dan terus mengambil cawan untuk minum..

“ betul juga apa yang abang katakan tu.. tunggulah.. saya nak tanya Maleek dulu… haraplah Maleek setuju.. kalau tak.. terlepaslah saya nak bermenantukan si Raisya tu…” jawab datin..

————————————————-

Selesai makan malam… Maleek duduk dinruang tamu bersama abinya… duduk sambil berbincang tentang perkembangan syarikatnya..
Datang datin membawa 2 cawan milo untuk suaminya dan juga anak bujangnya… Raisya pula .. selepas makan dan mengemas dapur.. dia terus naik ke biliknya..

“ Abang.. minum lah.. borak apelah dengan anak bujang awak yang sorang ni… ni kan rumah… cerita kerja tu tak payah bawa kat rumah.. cerita dekat pejabat je.. “ .. omel datin dan di jelingnya cik suami dan anak bujang nya itu..

“ alahh awak ni .. saja saya nak tahu hal tempat kerja .. lama saya tak ambil tahu.. rindu pulak nak masuk pejabat tu..” jawab datuk dengan senyuman menyakat pada isterinya..

Pantas Maleek menjawab… “ tak ada apelah umi… saja ja Maleek nak minta perhatian abi.. kan Maleek ni anak kesayangan abi umi .. “ kata Maleek sambil memeluk uminya dari tepi..

“ haa.. dah terlanjur Maleek cakap anak kesayangan umi kan… ni umi nak tanya satu benda dengan Maleek dan Maleek kene cakap jujur dengan umi depan abi..” datin memandang tepat pada Maleek dengan muka yang mengharap..

“ ada apa ni umi abi.. apa yang nampak penting sangat ni…” jawab Maleek hairan..

“ umi nak tanya… Maleek suka Raisya tak? “

Terdiam Maleek apabila di ajukan seolan itu.. muka tetiba beriak hairan dan memandang tepat umi dan abinya… sungguh dia tak menyangka soalan itu yang uminya tanyakan…

“ kenapa umi tanya Maleek soalan ni.. ? Tanya Maleek sambil menenangkan riak mukanya..

“ sebab umi suka dengan Raisya.. umi teringin nak bermenantukan Raisya.. sebelum umi tanya Raisya.. umi dengan abi nak tanya Maleek dulu… Maleek suka Raisya tak?.. tanya datin lagi…

“ hmmm… Maleek .. “

Tak sempat Maleek bersuara.. datin mencelah… “ terus terang ja dengan umi.. kalau Maleek suka dengan Raisya.. umi nak pinangkan Raisya.. umi tak nak tunggu lagi.. kawan umi asik tanyakan Raisya tu sudah berpunya ke belum… umi sayang Raisya.. kalau boleh umi nak Raisya sentiasa ada dalam keluarga kita…” kata datin dengan penuh mengharap.. sambil memandang suaminya juga ..mengharapkan suaminya pun menyokong nya…

“Tujuan abi dan umi bertanya ni bukan apa.. nakkan kepastian dari Maleek.. apa perasaan Maleek pada Raisya… abi umi tak memaksa.. kalau Maleek suka dan terima Raisya.. umilah yang paling lega dan bahagia… macam abi.. abi ikut saja.. asalkan semua gembira…” terang dato pada Maleek…

Maleek menunduk seketika… dalam kepala ligat berfikir… “ ya.. aku suka Raisya… tapi sukakah dia pada aku? .. “ kata hati Maleek

Maleek memandang umi dan abinya… dan berkata ..” Maleek .. suu..” kata kata Maleek terhenti.. apabila matanya ternampak Raisya yang sedang berjalan menuruni anak tangga hendah turun kebawah… terus maleek berbisik di telinga uminya di sebelah… “ bagi Maleek masa umi.. nanti Maleek beritahu umi semula… “

Datin memandang Maleek.. seperti faham ape yang Maleek maksudkan.. datin tersenyum… lalu menoleh memandang Raisya pula…

“ Raisya.. mari duduk sini dengan umi abi dan abang Maleek ni … kite borak borak .. lama rasanye kita tak berkumpul macam ni… mari lah … duduk sebelah umi ni…” arah datin pada Raisya

Raisya memandang dan senyum pada datin apabila namanya di seru… “ baik umi.. tapi Sya nak kedapur dulu.. nak minum air kejap… “ lalu Raisya pantas jalan menuju ke dapur..

Datin menoleh semula memandang Maleek .. lalu berkata … “ umi serahkan selebihnya pada Maleek… ape perlu buat.. Raisya tu baik dengar kata.. tak pernah pun dia melawan kata umi abi.. umi memang berkenan sangat … Maleek jangan hampakan umi …”

Dato mencelah pula …” awak ni.. tu dah macam paksa anak awak ni.. kalau betul dia suka si Raisya tu… tahulah dia nanti .. kalau lambat.. alamat melepas lah anak teruna awak yang sorang ni…” dato senyum menyindir .. memainkan kening mata pada isterinya

Apabila Maleek mendengar kata kata umi dan abinya… dia berasa segan.. senyum meleret tak tahu nak berkata apa dan hanya menganggukkan saja kepala..

—————————————

Raisya terlewat bangun hendak pergi kerja… bergegas bangun mandi menyiapkan diri…
Dengan berbaju kebaya putih susu bersulam emas di lengan .. mengenakan make-up yang simple .. ya.. Raisya seorang yang tidak berapa suka ber make- up tebal.. cukup baginya hanya memakai lipstik di bibir , blusher di pipi , eyeliner , eyebrow dan maskara dibahagian mata.. rambut ikal paras bawah bahu dilepaskan… dan akhir sekali.. sedikit semburan perfume di kiri kanan leher nya… Raisya senyum sendiri di depan cermin… lalu berkata ..” ok perfect ! “

Keluar dari bilik.. kaki Raisya terhenti seketika apabila bertembung dengan Maleek yang baru saja hendak keluar dari biliknya juga.. terhenti langkah Maleek.. melihat Raisya…
Dalam masa yang sama menegur “ morning abang “ sambil senyum…

Maleek kaku seketika.. hanya menjawab.. “ hmmm “ sambil mata tak lepas memandang Raisya yang neneruakan jalannya turun kebawah .. dari belakang malik mengikuti Raisya.. atas ke bawah Maleek memandang Raisya… hatinya berdegup laju.. seperti ada perasaan yang kuat pada Raisya..

Setiba di bawah.. kelihatan datin dan dato sedang menjamah sarapan pagi yang di sediakan oleh Mak Munah…Raisya menegur “ selamat pagi umi ,abi Mak munah…” sambil tersenyum manis…

“ ehh .. dah turun dah anak umi ni.. “ jawab datin dengan muka yang ceria.. melihat Raisya dengan penuh kasih sayang.. di ikuti pula di belakang Raisya.. muncul Maleek .. terus Maleek menyampuk.. “ amboi umi.. Sya sorang je ke anak umi.. Maleek ni lupa ke??” Maleek berseloroh..

“ tah nyelah umi ni… kan dah merajuk anak teruna awak sorang ni.. “ menyampuk pula dato menyakat isterinya yang sudah buat muka geramnya…

“ ape abang ni.. sama ja perangai dengan Maleek ni.. tak habis habis suka sangat menyakat saya… Maleek pun anak umi lah… Raisya pun anak umi… dua dua umi sayang.. kalau kawin lagi lah umi sayang.. teringin umi nak anak cucu ..” pantas datin menjawab sambil mengenakan Maleek semula… manakala dato tergelak besar bila melihat keletah isterinya itu…

Raisya yang sedang hendak minum .. terhenti dan tercengang seketika.. apabila mendengar omongan uminya itu…

Manakala Maleek batuk tersedak apabila mendengar kata kata uminya… lalu terus berkata… “ umi doa doakan ajalah.. manalah tau berkat doa ibu semua menjadi kenyataan…” .. Maleek berseloroh lagi.. sambil mata memandang ke Raisya…

Raisya bagaikan terkelu seketika.. cuba menghadam apa yang dimaksudkan oleh Maleek dan memandang dato dan datin seperti mahukan penjelasan… dato dan datin hanya melepaskan gelak mereka.. apabila melihat cuak wajah Raisya…

“ ok dah sudah.. kesian umi tengok Raisya ni ha.. pipi dah merah.. lagi bertambah pulak merahnye umi tengok ..” datin tersenyum memandang Raisya sambil mengambil tangan Raisya .. dan menepuk nepuk lembut atas tapak tangan Raisya..
“ Cantik anak umi hari ni… jaga jaga Maleek.. jangan sampai melepas… umi dah beri amaran ni … “ omel datin pada Maleek… dan Maleek hanya memberi senyuman pada datin dan menyembunyikan anggukannya daripada Raisya…

Dato hanya melebarkan gelaknya melihat keletah isteri dan dan anak bujangnya itu.. manakala Raisya masih dengan muka hairan ..

Alhamdulillah.. dapat juga menyiapkan bab 10..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience