“ betul ke ni Maleek .. Raisya..?.., alhamdulilah.. gembiranya hati umi.. sampai hajat umi nak bermenantukan Raisya..”
Datin memegang tangan Raisya dengan wajah gembiranya.. dan mata memandang suaminya
“ alhamdulullah… abi pun tumpang gembira.. akhirnya umi kamu ni dapat apa yang dihajatnya selama ni..” kata dato sambil senyum memandang isteri tersayangnya..
Raisya tersenyum dan membalas pegangan dari datin.. dan memandang ke arah Maleek yang dari tadi tersengeh memanjang…Raisya memberi satu jelingan pada Maleek.. dan berkata didalam hati ..” bukan main lebar senyum.. suka la tu.. suka hati dia je buat keputusan.. apalah nasib aku ni…”
Maleek menghampiri.. mendekat ditelinga Raisya…lalu berbisik..” umi abi dah restu.. siap sedia.. abang nak kita kawin cepat.. hehehee..”
Raisya hanya memberi riak muka geramnya pada Maleek… apabila Maleek melihat Raisya begitu.. makin meleret gelaknya.. puas hatinya dapat menyakat Raisya… dalam masa yang sama.. Maleek memandang Raisya dengan penuh kasih dan cinta..
Kini Raisya sudah sah menjadi tunang kepada Maleek.. sejak itu.. pargi balik kerja.. Raisya akan dijemput dan dihantar oleh Maleek.. berita pertunangan Maleek dan Raisya diketahui oleh Suzie…
Suzie sangat tidak berpuas hati dengan berita yang di dengarinya..
“ ishhh… geramnya aku… dalam diam Maleek dah bertunang dengan perempuan tu.. tak sukanye… aku kene buat sesuatu.. Maleek akan jadi milik aku.. arghhh.. “
————————————————-
Razif telah pergi ke pejabat Maleek bekerja.. dia juga mengetahui pertunangan Maleek dan Raisya.. dia tumpang gembira apabila kawannya akan menamatkan waktu bujangnya..
“ tahniah bro.. tak sangka aku cepat kau bertindak.. , tak sabar aku nak makan nasi minyak…” kata Razif sambil berjabat tangan dengan Maleek
“Thanks bro.. , alhamdulillah.. doakan semuanya dipermudahkan nanti.. mestilah aku kene cepat.. bahaya.. takut aku nanti kene sambar orang lain.. hehehee…”
“ alahh.. kau tak payahlah bagi alasan kene sambar orang lain.. aku tahu.. kau dah tak tahan kan.. hahahhahaaa..”
“ ishh.. kau ni.. takde fikir lain ke haa..?..aku ikhlas dengan Raisya.. aku betul betul sayang kan dia..”
“Hehehehee… ook .. ok.. sorry.. , aku gurau je.. so sekarang.. jom kita keluar makan tengahari.. aku belanja hari ni.. “
“ haa.. pasal belanja makan aku on .. jom.. tapi aku nak bawa Raisya sekali.. “
“ ehh.. boleh je.. Kau dengan Raisya bukan orang lain.. kawan aku juga.. jom lah..
Hmmm.. bila tengok korang nak kawin ni.. teringin pulak aku.. bilalah masa aku akan tiba ni..”
“ apalagi.. buat macam aku.. tak ada tapi tapi.. tak ada nanti nanti.. mesti dengar dan ikut kata aku.. , hahahhaa.. tengok.. terus ja jadi…”
“ elehhh… yeke .. macam tak caye je aku.. hahahaa..”
Maleek dan Razif ketawa bersama.. sambil menunggu Raisya di depan pintu lif pejabat..
Dalam mereka berdua tidak sedar.. Raisya sudah tiba di belakang mereka…
“ hahhh.. ni cerita apa?? Cerita pasal Sya ke? Ke mengata Sya..?..
“ ehh.. hahahahaha.. ni ha Maleek ngumpat pasal Sya.. “
“ woii… gila ke apa..?.., hehehe.. tak lah yang.. Razif ni ha.. dia cakap dia nak kawin juga..”
“ woii.. kau ni..”
Razif dan Maleek ketawa lagi.. Raisya pula mengerutkan dahinya.. memandang Razif dan Maleek silang ganti..lalu berkata…” ohhh.. nak kawin juga.. haa baguslah.. kawin cepat.. tapi ingat.. bincang dulu baru buat keputusan.. jangan jadi macam orang tu.. tak bincang ape dah buat keputusan…” Raisya menjeling Maleek dan memandang ke pintu lif yang sudah terbuka…
Maleek dan Razif berpandangan.. memasing mengangkat angkat kening mata lalu ketawa lagi…
Maleek menghampiri Raisya.. lalu berbisik.. “ tak macam orang tu.. tak suka tapi suka.. hahahaa..”
“ ishhh.. abang ni..” .. raisya menyiku Maleek..
Razif melihat kebahagiaan Maleek dan Raisya.. terdetik hatinya menginginkan kebahagiaan begitu.. dia pernah cuba untuk menawan hati Raisya.. tetapi Raisya seperti mengelak.. dan dia faham Raisya seperti sudah ada seseorang di dalam hatinya.. cuma masa itu dia tak tahu siapa..
Mereka bertiga keluar makan tengahari bersama… dalam mereka tidak sedari.. mereka telah diperhatikan oleh seseorang yang sedang cemburu… mata merenung tajam pada Raisya.. tangannya menggenggam kuat..
“ aku akan pastikan kau tak akan kahwin dengan Maleek.. hehhh..! “ Suzie meneruskan pemanduannya..
———————————————
Sejak kebelakangan ini… Raisya selalu saja dapat mesej berunsurkan ugutan.. dia hanya mendiamkan sahaja mesej tersebut.. dalam masa sama juga.. dia takut.. dan kemana saja dia pergi.. dia akan memastikan keadaan keliling selamat..
Ugutan itu hanya di ketahui oleh Siti.. , Siti juga agak risau dengan Raisya..
“ weii Sya.. aku rasa kau kene beritahu Maleek.. , Maleek mesti tahu mesej ugutan ni.. Maleek boleh buat sesuatu..untuk lindungi kau..”
“ aku tak nak risaukan dia.. kau tahu la kan Maleek tu macam mana.. nanti aku nak keluar macam ni dengan kau susah tau.. tak nak lah aku..”
“ hmmm.. tapi kalau untuk kebaikan kau.. tak apalah.. kau ingat aku tak risau ke..?”
“ ye.. aku faham dan aku tahu.. kau risaukan aku.. insyaallah.. aku akan jaga diri aku.. kau jangan risau ya..” jawab Raisya dan tersenyum melihat Siti..
Raisya dan Siti keluar berjalan di KLCC .. dalam sibuk mencari pakaian di I-SETAN .. tampa sedar mereka berdua telah di ikuti oleh 3 orang lelaki..
“ Siti.. , aku rasa nak pergi tandas la kejap.. kau nak join atau kau nak tunggu sini..?.. “
“ tak apalah.. aku tunggu depan pintu besar tu.. dah sudah nanti kau cari aku dekat situ.. aku tak ada rasa nak ke tandas..hehehe…”
“ ok .. ok.. nanti jumpa situ ya.. aku pergi kejap je..”
Dalam perjalanan hendak ke tandas.. 3 orang lelaki tadi mengikuti Raisya dan menghampiri Raisya.. , Raisya terkejut.. apabila 3 lelaki itu rapat dengannya.. Raisya tidak selesa mula tidak sedap hati..bila melihat lelaki itu..makin lama makin rapat dengannya.. segera Raisya menjerit.. jeritan Raisya mendapat perhatian orang ramai.. semua memandang ke arahnya.. setelah Raisya menjerit.. ke tiga tiga lelaki tersebut berpecah meninggalkan Raisya di situ… Raisya terus pusing tidak jadi ke tandas dan terus mendapatkan Siti…
“ weiii.. cepatnye kau pergi tandas..”
“Siti.. jom kita balik.. aku tak sedap hati..”
“Ehh.. dah kenapa pula ni.. kita makan pun belum lagi la..”
“ aku tak ada mood nak makan lah.. jom lah.. aku tak sedap badan lah.. jom lah..”
“ kau ni biar betul Sya.. tadi aku tengok kau ok je..”
“ iyaa.. betul la ni.. lain kali kita shopping.. aku tak sedap badan ni..”
“ ok .. ok.. jom balik.. , sebelum balik kita singgah dulu beli makan drive-thru .. aku lapar tau tak..”
“ yelah.. aku belanja tanda sorry .. , puas ..?”
“ hehehehe.. ook.. aku setuju.. kau belanja..”
Siti dan Raisya segera ke tempat parking kereta.. walaupun mereka parking kereta area wanita.. tapi hati Raisya tidak rasa senang.. dia merasakan dia masih diperhatikan oleh seseorang.. Raisya memegang lengan Siti.. mengajak Siti jalan cepat..
“ ishh.. kau ni kenapa Sya.. sabarlah.. nak laju sangat jalan.. tak larinye de kereta tu..”
“ aku tak tahan la Siti.. tak sedap badan.. aku rasa macam aku nak period ni.. aku nak balik cepat.. rasa tak selesa sangat .. “kata Raisya sambil mata memandang keliling…
“ lahh.. nak datang bulan je kot.. macamlah tak biasa.. ishh kau ni.. oklah.. aku cepat la ni..
—————————————————-
Berada di rumah .. Raisya mendapat mesej ugutan lagi…
———————————-
< aku tau kau siapa.. aku tahu kau duduk
di mana..>
< aku akan pastikan kau tak bahagia..>
———————————-
“Ishh… sapa orang ni..? Mana dia dapat nombor talifon aku.. ishh.. orang gila ke ape ni..” Raisya merungut sendiri…
Dalam keadaan gelisah.. hp Raisya berbunyi.. tertera nama Maleek di screen hp..
“ hello yang.. dekat mana? .., dah balik rumah ke ? ..” tanya Maleek di talifon..
“ abang.. ya.. dah balik dah.. tadi lagi.. Sya balik awal tadi.. , kenapa ? “
“ tak ada apa.. saja abang tanya.. abang rindulah dengan Sya.. , yang.. kalau kita kahwin cepat boleh ?
“ ishh abang ni.. tak larilah gunung kalau di kejar.. dia duduk situ ja.. tak kemana pun..”
“ hahahahha.. amboi sayang abang sekarang dah pandai menyakat abang…”
“ alah.. ingat abang sorang je yang pandai menyakat orang.. Sya lagi pandai tau..”
“Hmmm ni yang buat abang lagi geram dengan Sya ni.. hehehee.. “
“ mengada lah abang ni.. “
“ sayang… sayang… sayang… , tengok tu.. abang panggil tak jawab..”
“ ye abang.. ada apa.. Sya ada ni..” Raisya menahan senyumnya..
“ abang sayang dengan sayang.. , sayang abang ni sayang abang tak..? “
Raisya diam.. tak mahu menjawab.. dia tersenyum sendiri lagi.. dalam hati berkata.. “ gila la kalau Sya tak sayang abang..”
“ tengok tu.. tak jawab lagi.. , Sya.. abang tanya kan.. Sya sayang abang tak..?.. kalau macam ni abang balik sana sekarang.. “
“ ehh… abang.. ye Sya sayang abang.. sayang sangat.. “ Raisya malu sendiri.. dia menekup mulutnya.. tak sangka dia memberi jawapan itu..
“ alhamdulillah.. akhirnya.. abang dengar Sya jawab Sya sayang abang.. tq sayang.. “ Maleek rasa sangat gembira..
“ hmm.. terima kasih juga pada abang.. terima Sya dan sayang Sya.. “
“ oklah.. esok pagi abang ambil ya.. bye sayang.. i love u sayang..”
“ love u too abang..”
Raisya tak menyangka .. dia akhirnya meluahkan apa yang tersimpan selama ini..
Dari awal dia kenal Maleek .. dia sudah ada persaan terhadap Maleek.. perasaan itu di simpan rapi.. takut tidak berbalas..
———————————————-
Kebahagiaan yang dinanti.. Kekacauan yang tak diduga Mampukah Maleek Idham dan Raisya lalui..
Share this novel