bab 4

Romance Series 10268

5 tahun berlalu..

Sekarang Raisya sudah pun masuk tahun akhir pelajar degree jurusan perniagaan di universiti awam di Kuala Lumpur .. final
Exam sudah dekat.. sikit hari lagi akan tamat pengajiannya… Raisya dan siti masih belajar bersama dalam jurusan yang sama juga… persahabatan mereka memang rapat dan akrab.. kemana saja mesti berdua..

Siti …” Raisya.. lepas ni apa plan kau.. jadi ke kau bekerja dengan abi kau tu?

Raisya..” nampak gaya nye yelah.. abi aku suruh aku bekerja di syarikat dia tu… umi pun suruh aku terima tawaran yang abi aku beri.. aku memang tak ada alasan lain untuk tolak… ni lah masanye aku boleh balas setiap pengorbanan yang abi umi beri pada aku… lagi pun abang Maleek tak balik lagi dari UK..

Siti… “ lama nye abang kau tu kat sana… bila dia nak balik tu…?

Raisya… “ tak tau aku.. tapi aku ada dengar haritu… umi ada beritahu abi yang abang Maleek akan balik lagi 2 bulan.. aku bila dengar dia nak balik.. tetiba je aku akan rasa seram… takut kot… dia garang tau tak… ingat aku masa sebelum dia nak berangkat ke sana… macam macam pesanan dia beri… “

Siti… “ hahahhaa… alahh tu dia beri pesanan sayang kat kau tu… kalau dia tak sayang.. takdenye dia nak pesan macam macam kat kau.. baik dia biar je ape kau nak jadi.. “

Raisya…” ahhh gila la kau.. takde maknenye pesanan sayang…hmm dah lah.. jom balik.. aku tak solat asar lagi ni.. nanti jalan jam pulak… “

Siti …” ok lah.. jom kite gerak sekarang.. sian kat kau.. nanti tak sempat asar… aku ni lain lah.. aku cuti .. kihkihkihhh”

—————————————-

Berakhir sudah pengajian Raisya di universiti… dengan keputusan yang cemerlang.. Raisya berasa sangat bangga dengan diri nya… dato dan datin juga gembira dengan kejayaan Raisya dan juga sudah menamatkan pengajian nya…

Bermulalah perancangan percutian antara Raisya dan Siti… mereka hendak pergi bercuti untuk melepaskan segala kepenatan memerah otak ketika belajar…

Siti… “ Sya.. kita plan nak kemana? Tak sabar aku tau… nak pergi bercuti dengan kau ..kau rasa negeri mana kita nak pergi??”

Raisya… “ aku rasa macam nak jalan jalan cari makan sekali tau… bercuti dan makan makan… mesti best kan… kau rasa mana tempat yang menarik??”..

Siti …” apakata kita jalan jalan pantai timur.. paling dekat Kuantan lah… ok tak kau rasa..?”

Raisya… “ Kuantan ..hmmm macam ok juga.. kenelah dengan bajet kita yang tak keje ni … hahahhaa…”

Siti…” haaa tau tak pa… dah keje nanti ada duit sendiri.. baru kita plan yang jauh jauh punya… heheheehee…”

Raisya… “ oklah.. kita ke Kuantan… yeahhh…Kuantan.. kau tunggu kami datang… huhuhuuu”

———————————————

Percutian pendek ke Kuantan yang dirancang oleh Siti dan Raisya berjalan dengan lancar sekali… dengan hanya memandu sendiri ke sana…

Dalam hari yang sama juga Maleek Idham pulang ke Malaysia…di sambut oleh umi dan abi nya… sesampai di rumah… Maleek seakan mencari seseorang… kerana orang itu dari tadi dia sampai kerumah tidak nampak lagi…nak tanya umi abi .. segan la pulak… nak tanya Mak Munah.. lagi lah pulak … bertambah tebal malu dimuka…

Maleek Idham… “ kemana budak sorang ni.. dah tak duduk lagi ke kat rumah ni…tak nampak dari tadi… yang aku ni nak cari dia dah kenapa… ishhh… Maleek… kau dah kenapa..” Maleek tersenyum sendiri…

Datin …” Maleek cari sapa??… dari tadi umi nampak.. Maleek macam tak senang duduk tengok sana sini…cari apa dari tadi? … ke Maleek cari Raisya…kalau cari Raisya.. dia tak ada… dia pergi jalan jalan dekat Kuantan dengan kawan dia…”

Maleek Idham… “ Kuantan… jauhnya dia pergi jalan jalan umi… pergi dengan sapa?..

Datin…” ohh.. dengan kawan dia siti .. diaorang baru habis belajar.. tu jalan jalan la sebelum masuk dunia pekerjaan… yang kamu ni macam mana pulak?? … plan terus masuk opis abi atau nak rehat rehat lagi…cukup cukup lah rehat tu Maleek… masa untuk tolong abi pulak… abi tu patut pencen da tau…”

Maleek Idham… “ hmmm… nanti Maleek fikirkan dulu umi… Maleek kan baru balik… penat travel pun tak hilang lagi… takkan nak terus masuk kerja… nanti bila Maleek dah sedia.. Maleek terus masuk opis abi ya umi… “
Kata maleek sambil peluk memujuk umi nya dari belakang .. dengan ciuman pantas di pipi uminya…. dan terus melangkah ke tangga naik menuju kebilik nya…

Berada di depan pintu biliknya.. Maleek memandang pintu bilik Raisya… tergerak hati hendak membuka pintu bilik Raisya… pintu di buka..semerbak bau wangi bilik Raisya… keadaan bilik yang kemas .. Maleek berhenti di meja belajar Raisya… memandang frame gambar yang terusun di atas meja…mata nya melekat pada satu gambar… di mana gambar itu gambar Raisya yang sedang duduk di tepi batu sambil tersenyum … bibir Maleek mengukir senyuman bila melihat gambar itu… “ lawa juga kau ni ya…” kata Maleek perlahan…
Maleek keluar dari bilik Raisya terus ke biliknya… “aduhhh penatnya.. “ Maleek melabuhkan badan atas katil .. terus lena ..

——————————————-

Dua hari berlalu…. Raisya pulang dari percutiannya… seronok dia dengan siti… jalan jalan sambil cari makan… percutian dengan sahabat baiknya.. antara kenangan yang akan di simpan….

Siti… “ balik ni nanti kau mula keje ke Sya?”

Raisya…” hmmm tak pasti lagi.. bergantung pada abi aku macam mana… kalau abi kata aku masuk kerja awal… aku ok je..takde lah aku buang masa tak ada buat apa apa.. boring juga kalau duduk rumah tak buat ape apa…”
Kau macam mana pula Siti… ape perancangan kau lepas ni..?”

Siti… “ aku tak pasti lagi… mungkin akan tolong mama aku dekat butik… mama aku bising juga tu.. “

Raisya…” yelah.. tentu lah mama kau bising.. anak dia asik rilex ja… hahahhaaa..”

Siti… “tentulah… bila lagi nak rilex jalan jalan… nanti dah kerja.. tah ada masa ke tak…hahahaa…oklah Sya… nanti kita plan lagi macam ni ya… jangan lupa aku tau… ?”

Raisya…” lupa kenapa pulak?? Raisya kehairanan melihat Siti…

Siti…” yelah… lupa belanja aku makan shopping lagi lahhh…. Hahahhaaaa..”

Raisya…” hmmm mengada la kau ni siti… kau tu.. jangan lupa aku juga… hahahaa”

——————————————-

Raisya turun dari kereta Siti… mengeluarkan bag pakaiannya dari bonet kereta…berdiri di depan gate rumah.. sambil melambai kearah Siti yang meneruskan jalan balik ke rumahnya…

Raisya masuk ke rumah.. kelihatan kereta abinya tiada… dia membuka pintu.. kelihatan Mak Munah datang ke arahnya ingin membantu mengangkat bag baju Raisya…
“ Mana abi Mak Munah… kereta abi tak ada dekat depan?…”

Mak Munah…” ohh…. Dato dan Datin keluar pergi kenduri rumah kawan Dato… mereka lewat balik malam nanti…Raisya dah makan?.. Mak Munah ada masak tadi… kalau Raisya nak makan Mak Munah sedia kan…”

Raisya… “ tak apalah Mak Munah… Sya masih kenyang lagi… nanti Sya lapar Sya ambil sendiri… ni ada keropok Sya beli dekat kuantan… Mak Munah simpanlah.. nanti umi abi balik boleh masakkan..”

Raisya terus naik ke biliknya… untuk menyegarkan badandan berehat setelah 3 jam perjalanan dr kuantan ke kuala lumpur…

—————————————

Raisya terjaga dari tidur… bergegas dia bangun apabila dia hampir terlepas waktu maghrib.. segera dia masuk ke bilik air untuk mengambil air sembahyang…

Selesai solat isyak… Raisya keluar dari biliknya.. terus turun ke bawah untuk makan..
Perutnya sudah memberi petunjuk kelaparan..
Dengan berbaju tshirt labuh dan berseluar pendek.. atas paras lutut.. laju dia menuruni tangga terus ke dapur… alamgkah terkejutnya dia melihat Maleek berada di dapur sedang makan..
“ aa .. abang… bila abang balik? …”

Terkejut Maleek Idham.. terhenti seketika apabila dia hendak menyuap nasi ke mulutnya… Maleek memandang Raisya.. dari atas ke bawah.. keadaan diam seketika… lalu Maleek berdehem.. cuba hendak menjawab pertanyaan Raisya…
“ jumaat haritu… “ .. ringkas saja jawapan Maleek.. tak tahu nak cakap apa… fikirannya seperti kosong seketika… seperti tak tahu nak cakap apa lagi… dia hanya terus habiskan makanan nya…dalam masa yang sama.. dia mencuri pandang ke Raisya… dia sungguh tak sangka.. apabila melihat Raisya sangat lain .. Matanya seperti terpukau.. melihat perubahan Raisya yang sudah menjadi wanita dewasa.. dengan rambut yang panjang melebihi bahu.. tinggi dan berkulit putih .. manis mata memandang…

Raisya pula.. cuba buat seperti biasa… hati nya berdegub laju.. cukup dia tak sangka Maleek berada di depannya… kelihatan Maleek sangat lain… berkumis dan berjambang nipis… hampir juga tak kenal di buatnya…
Raisya mengambil pinggan dan mencedok nasi kedalam pinggannya.. dan duduk di depan Maleek…dalam keadaan yang gemuruh… Raisya cuba beriak seperti tak ada apa apa…

Mak Munah… “ ehh Sya dah turun… maaf Mak Munah lupa nak beritahu Sya .. yang Maleek dah balik tadi… “

Raisya…” tak apa Mak Munah… “ raisya senyum ke arah Mak Munah… rasa lega hati dia bila Mak Munah ada .. rasa hilang sikit gugup bila berhadapan dengan Maleek…

Maleek Idham cuba mencelah… “ orang pergi berjalan.. memang tak ambil tahu pun ape berlaku kat rumah… dia tau dia seronok sorang… ni umi abi tak ada ni pun tah tah tak tau umi abi pergi mana…”

Raisya hanya diam.. tidak menjawab… dia cuba menghabiskan makanannya dengan cepat.. tak mahu duduk lelama satu meja dengan Maleek…

Mak Munah…” ishh Maleek ni.. Raisya tahu lah mana dato datin pergi.. Mak Munah beritahu Raisya petang tadi… ni ha keropok yang Maleek makan ni.. Raisya lah yang beli.. sedapkan.. dari tadi Mak Mudah perasan Maleek leka makan…” senyum Mak Munah melihat gelagat Maleek yang sedikit tersedak dan mencapai cawan untuk minum..

Raisya hanya tersenyum dan cuba bersikap bersahaja… terus bangun setelah selesai makan..

Selamat membaca semua.. cerita semakin menarik… Adakah Maleek Idham mempunyai perasaan terhadap Raisya??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience