Razif bertemu janji dengan Suzie di retoran terkenal di Kuala Lumpur.. lama mereka berdua tidak bertemu..
“ lama i tak jumpa u.. i mesej u pun , u tak jawab.. i call ni baru u jawab.. mana menghilang? ..”
“ alaa.. sorrylah Razif.. i kerja.. berada di luar kawasan.. line pun tak berapa ok.. ni dah balik.. baru lah dapat nak jawab panggilan u..”
“ ohh .. kalau macam tu ok lah..”
Perbualan mereka terhenti seketika.. datang seorang pelayan hendak mengambil pesanan.. setelah memesan makanan.. mereka saling berpandangan… dan Suzie memulakan pertanyaan pada Razif…
“ dah lama tak nampak Maleek.. u ada jumpa dia..?”
“ Maleek.. , Maleek Idham Mohtar..? Hmmm… ya ada .. dia sibuk sekarang ni ..” jawab Razif dengan nada mengeluh..
“ iya lah sapa lagi kalau bukan Maleek kawan kita tu.. , u ni.. buat tanya pulak… ye ke dia sibuk sekarang.. dapat projek baru ke?.. “
“ iya.. projek baru.. projek bina masjid..” jawab Razif lagi..
“ masjid..? , sejak bila pulak bisnes Maleek ni buat projek pembangunan … bukan syarikat dia pembekal barangan ke? ..” Tanya Suzie kehairanan..
“ uishh.. sekarang dia dah nak lebarkan sayap perniagaan dia.. tu yang dia nak bina masjid pulak.. i rasa pun i nak juga ikut jejak Maleek tu.. dapat pahala besar tau bina masjid ni..” jawab Razif berseloroh..
Suzie hairan lagi.. pelik dengan sikap Razif.. dia cuba menghadam maksud tersirat apa yang dikatakan oleh Razif..tapi dia masih tak faham.. dan membiarkan sahaja..
Razif pula.. hanya tersenyum.. melihat Suzie seperti tidak mengerti maksudnya..
Makanan yang dipesan sudah pun tiba.. perbualan mereka terhenti seketika.. makanan yang ada di depan mereka terus di jamah..
“ i rasa nak jumpa Maleek..” Suzie memulakan perbualan
“ dah kenapa u nak jumpa Maleek.. jumpa i je lah.. Maleek sibuk sekarang.. dia memang tak ada masa nak jumpa dan layan u..”
“ u ni kenapa nak larang i jumpa Maleek..? .. suka hati i lah.. i dah lama tak jumpa dia tau.. asik jumpa u je.. penat lah..” jawab Suzie bengang..
“ iyalah.. yang u tu macam tak ada oarang lain yang u nak cari.. cari je dah cukup.. i sentiasa saja ada untuk u…”
“Ishh.. tak naklah cari u .. i tetap nak cari Maleek..”
“ apa yang ada pada Maleek tu.. yang u beriya iya sangat nak cari dia… dari i yang setia menunggu u...? “
“ u ni.., u taukan.. i dah lama sukakan Maleek.. habis sekolah.. i ingat tu lah kali terakhir i akan jumpa dia.. tapi lepas i jumpa dia semula di depan restoran tu.. i yakin.. i ada jodoh dengan dia.. tu sebab i tak akan putus asa..”
“Hmm.. sebab itu je.. tapi u tak rasa ke.. u bukan jupa dengan Maleek je tau.. u jumpa dengan i sekali.. u tak rasa ke jodoh tu mungkin dengan i..?
“ dengan u..?.. ishh.. tak naklah.. i tak suka u.. u suka memaksa.. i tak suka..” jawab Suzie dengan nada yakinnya..
“ hahahaa… dah tentulah i suka memaksa u.. u ni degil.. tak dengar cakap.. nak kene paksa baru nak ikut.. hahaha..”
“ ha ni lah sebab i tak suka u.. u suka buat i macam ni.. dah lah.. i dah siap makan.. i nak balik.. malas i nak layan u..“ jawab Suzie dengan muka merajuknya..
Pantas Razif memegang tangan Suzie supaya tidak bangun dari duduknya..lalu berkata..
“ heii… kenapa ni.. merajuk la pulak.. ok ok.. i tak nyakat u dah.. sorry.. duduk la dulu.. habiskan minum ni .. nanti i hantar u balik..” Razif cuba memujuk Suzie
Suzie melihat pegangan Razif.. lalu dia mengikut duduk semula di hadapan Razif.. pegangan Razif masih tak lepas.. Suzie malu dengan tindakan Razif .. RaIf pula senyum meleret.. melihat riak wajah Suzie begitu..
“ maafkan i ok..? Dah.. habiskan minum ni.. lepas ni kita balik.. kalau tak nak balik .. kite jalan jalan..ambil angin ..atau kita dating kejap .. ok..? hehehehhee.. “
Besar mata Suzie bila mendengar Razif berkata begitu… di tarik tangannya dari pegangan Razif.. lalu berkata…” tadi kata nak hantar i balikkan.. ? .. jangan nak lebih lebih ya..”
“ hahahahaa… oklah.. i hantar u…” Razif ketawa lagi… lucu hatinya.. melihat Suzie begitu..
——————————————-
Setiba Maleek dan Raisya di rumah uminya.. mereka disambut oleh mak Munah di depan pintu masuk…
“ Assalamualaikum mak Munah..” Maleek memberi salam..
“ Waalaikumsalam.. haa.. Maleek .. Raisya.. dah sampai..sini mak Munah ambil bag nanti mak Munah hantar ke bilik.., Raisya dan Maleek dah makan..?… kalau belum mak Munah sediakan..”
“ tak apa mak Munah.. nanti Maleek bawa sendiri… , ya.. Maleek dan Raisya belum makan lagi.. ingat nak makan sekali dengan umi dan abi… mana umi dengan abi ..? Tanya Maleek pada mak Munah..dan matanya memandang Raisya yang melangkah naik tangga ingin kebiliknya..
“ oh .. datin ada kat atas.. baru je naik.. nak solat katanye.. nanti lepas isyak turun la tu.. boleh makan sekali nanti.., mak Munah kedapur dulu ya..”
“ ya .. baiklah.. , saya pun nak ke bilik dulu.. nanti saya turun semula..”
Raisya terus saja naik kebiliknya.. hendak membersihkan diri dan meninggalkan Maleek dibawah yang sedang berbual dengan mak Munah..
Raisya duduk dibangku meja soleknya.. dan memandang cermin.. handbag diletak ditepi meja.. dia merenung dirinya dihadapan cermin .., mengingatkan kata kata Maleek di dalam kereta ..
————————————————
[imbas kembali]
“ abang akan beritahu umi dan abi tentang kita..”
“ hahh.. cepatnya.. nanti lah.. Sya tak sedia lagi..”
“ tak sedia ..? .. kenapa.. Sya masih ragu ragu lagi dengan abang? “
“ Sya tak sesuai dengan abang.. tambahan pula abang kan dah ada Suzie.. “
“ Suzie ..? , Sya.. abang dengan Suzie tak ada apa hubungan.. abang dengan dia hanya kawan.. percayalah cakap abang…, abang cintakan Sya… abang nak Sya jadi isteri abang.. balik ni nanti.. kita bincang dengan umi.. abang tak nak tunggu lagi.. kalau boleh abang nak semua ni selesai cepat..”
“ tapi abang.. Sya..”
“ dah cukup.. tak ada tapi tapi lagi.. abang tak nak dengar.. Abang akan tetap kawin dengan Sya…muktamat…”
——————————————-
“ apa mimpi nye anak umi ni balik tido sini malam ni..? , bukan sebelum ni umi ajak pun tak nak.. macam macam alasan..” tanya datin pada Maleek..
“ alaa.. takkan Maleek dah tak boleh datang tido sini lagi.. rumah umi abi.. rumah Maleek juga kan.. “
“ hmmm .. ni macam ada sesuatu je .. nak apa ni.. cuba terus terang dengan umi..”
“ ishh awak ni yang.. cubalah nanti nanti dulu.. kita makan dulu.. habis makan baru sambung cerita.. , ni mana Raisya tak turun lagi.. sejuk pulak nanti lauk nasi ni..”
“ haahh.. mana Raisya .. tak turun makan lagi ni… , mak Munah.. tolong panggilkan Raisya.. suruh dia turun makan..”
Mak Munah bergegas naik ke atas menujuk ke bilik Raisya.. memanggil Raisya supaya turun ke bawah makan bersama sama dengan dato dan datin..
Raisya segera turun kebawah.. menyertai datin dato dan juga Maleek di meja makan..
Turun saja Raisya sudah merasa gugup.. melihat umi abi yang memandangnya seperti ada sesuatu yang hendak di perkatakan..
“ maaf umi abi.. tadi Sya terlelap lepas isyak .”
“ alaaa Sya tido ke.. awalnye anak umi ni tido.. penat sangat ke? , Maleek kasi banyak sangat kerja ke kat pejabat tu..” kata datin sambil mata memandang Maleek
“ ehh mana ada umi.. kat pejabat kerja macam biasa je.. “ Maleek menjawab
“ tak adalah umi.. Sya tertido je sambil tunggu nak isyak tadi.. sedar sedar dengar mak Munah ketuk pintu tadi..”
“ dah dah.. mari kita makan.. nanti lepas makan kita sambung lagi berbual..” dato menyampuk pula..
————————————————
Selamat bercuti cuti malaysia semua.. mesti ramai yang balik kampung dan jalan jalan kan.. Memandangkan semua tengah rehat rehat.. saya UP lah sedikit episod seterusnya… happy reading semua..
Share this novel