bab 6

Romance Series 10268

Setelah 2 minggu bekerja Raisya telah di tugaskan sebagai eksekutif pemasaran.. manakala Maleek Idham telah memgambil tempat abinya.. CEO syarikat M.A Holding… syarikat pembekal perabot yang terkenal …
Raisya sangat tekun bekerja.. dia dan team nya.. sentiasa akan mencari idea dan juga mencari clien baru untuk mempromosikan dan menengahkan barang barang baru syarikat…
Manakala Maleek pula memastikan semua stafnya bekerja seperti apa yang dia mahukan…

Raisya seorang yang mudah mesra dan seorang yang tegas juga di tempat kerja.. sikapnya sangat disenangi oleh pekerja yang bekerja dibawahnya… malahan.. menjadi tarikan dan tumpuan bagi pekerja lelaki disyarikat itu… keadaan itu menyebabkan Maleek tidak senang dan tidak suka..

—————————————

Waktu rehat tengahari .. Raisya bersama 3 orang rakan kerjanya .. julia , chong dan rahim… keluar rehat makan tengahari di restoran yang berdekatan dengan tempat kerjanya..
bagi mereka mudah pergi restoran berdekatan.. tak perlu menaiki kenderaan… mereka berjalan berempat sambil berbual dan ketawa.. dalam tak sedar.. gelagat mereka diperhatikan ..

Maleek yang baru keluar dari lif untuk keluar makan bersama rakannya Razif yang menunggu di restoran berdekatan juga … Maleek melihat Raisya dengan rakan kerjanya berjalan arah tujuannya juga… dia memerhatikan Raisya.. yang cuba di dekati oleh rahim… tajam matanya memandang dengan sedikit marah… marah apabila Raisya hanya membiarkan rahim berjalan seiringan dengan nya.. Maleek hanya berdiri di situ.. memerhati sehingga kelibat Raisya hilang dari pandangannya… dalam hati maleek merungut …” Raisya.. tolong jaga diri kau....” ..maleek menggeleng geram… pelik dengan dirinya pun ada juga…
Tangan di angkat.. melihat jam di tangan.. sudah pukul 1.. baru teringat Razif sedang menunggunya di restoran..

Tiba di restoran itu.. kelihatan pula Razif sedang berbual dengan seseorang.. “Raisya..!”..Maleek berkata dalam hati..
Laju Maleek menuju ke arah mereka… dan berkata .. “ sorry.. aku lambat Zif ..” .. Maleek menarik kerusi terus duduk…
Raisya dan Razif berhenti barbual.. dan memandang Maleek… Maleek membuat muka yang bersahaja.. tetapi dalam masa yang sama.. hatinya cemburu melihat kemesraan Razif dan Raisya berbual…

Razif…” heiii.. kenapa lambat bro..? .. lama aku tunggu.. nasib jumpa Raisya ni.. tak la aku boring.. dapat teman yang cantik…” senyum Razif memandang Raisya.. sambil kenyit mata ..

Raisya… “ ishh… ape lah abang Razif ni.. kebetulankan jumpa.. Raisya pun keluar dengan kawan opis raisya tu ha.. nampak abang Raisya tegurlah.. nanti kata Raisya ni sombong.. oklah.. Raisya pergi ke meja kawan sya… nanti lambat order lambat makanan sampai.. lambat pulak masuk kerja nanti…” balas Raisya sambil mata sempat memandang ke Maleek..

Maleek memandang Raisya pergi.. lalu berkata pada Razif… “ aku lewat sikit je… bukan lama sangat pun.. aku ada hal tadi..” dan mereka mula membuka menu makanan yang ada di atas meja…

Sedang menjamah makanan yang di pesan.. sempat Razif mengatakan minatnya pada Raisya… Maleek merasa tidak senang apabila mendengar pujian Razif pada Raisya.. jelas cemburu rasa di hati Maleek.. apabila Razif mengatakan ingin cuba menawan hati Raisya…dan dia tersenyum puas apabila Razif mengatakan Raisya pernah menolak dan hanya menganggap Razif seperti abang dan sahabat… Maleek merasa lega mendengar cerita Razif…sambil memandang Raisya yang sedang makan di meja di sebelah sana…

Raisya sempat menoleh ke arah meja Maleek dan Razif.. sempat dia bertentang mata dengan Maleek… pandangan Maleek sangat dalam ke arahnya… terasa berderau darah dan laju jantungnya berdegup.. seram sejuk rasa … tangan kanan Raisya naik menyentuh dada dan berkata dalam hati.. “ ya allah.. kenapa dengan aku ni… ?” Kata Raisya dalam hati..

Selesai saja makan… Maleek hendak kembali ke opisnya semula… begitu juga dengan Razif.. dalam perjalanan keluar restoran.. Maleek terlanggar bahu seseorang yang ingin masuk ke restoran itu juga…

Suzie ..” heii .. tak nampak orang ke?..” .. marah Suzie apabila handbag nya terjatuh di lantan…

Maleek dan Razif memandang wanita itu… buntang mata Razif apabila melihat .. rakan zaman sekolahnya Suzie .. orang yang pernah dia suka dulu… manakala Maleek hanya beriak biasa..dan memandang wanita tersebut…

Suzie… “ heiii u.. dah langgar orang.. minta maaf pun tak .. “ marah suzie pada orang yang melanggar bahunya… dalam keadaan marah tu.. suzie terdiam seketika… terus menyebut … “ ehhh Maleek dan Razif kan?..

Pantas Razif menjawab…” haa ye lah.. aku dan Maleek.. wahh… bukan main lagi kau sekarang.. makin lawa..”

Suzie tersipu malu dengan pujian dari Razif…
“ala u ni… i biasa biasa je lah.. sama ja macam dulu.. u dua orang pun boleh tahan juga.. masih hensem macam dulu… hmmm jomlah kita minum minum dulu..boleh cerita cerita.. u dua orang buat apa sekarang ni…”kata suzie yang teruja apabila berjumpa dengan Maleek dan Razif..

Manakala Maleek hanya memberikan senyuman…matanye memandang ke arah Raisya dan rakannya yang baru saja lalu melepasi mereka hendak balik ke opis… pantas Maleek berkata.. “sorry Suzie.. aku dah lewat.. Razif aku jalan dulu.. kau dua orang boraklah dulu.. nanti ada masa kita bertiga boleh keluar minum.. aku dah lewat.. “ ..laju Maleek melangkah meninggalkan Suzie dan Razif di situ… Razif hanya menggelengkan kepalanya.. tapi dalam hatinya berbunga bunga apabila muncul nya Suzie di situ.... orang yang pernah Razif di waktu sekolah dulu..

Suzie kelihatan hampa apabila Maleek cepat meninggalkan dia dengan Razif di hadapan restoran itu.. manakala Razif ambil kesempatan untuk mengetahui tentang Suzie setalah sekian lama tak berjumpa… dan mengajak Suzie kendalam restoran itu semula…

Razif…” alahh.. tak apalah.. biar je Maleek tu.. u ni macam tak biasa.. Maleek kan memang macam tu.. jomlah.. i belanja u minum.. kalau u nak makan pun boleh.. i temankan.. sebab tadi i dah makan… “ hehehee gelak Razif cuba memujuk Suzie…

—————————————

Pantas Maleek melangkah.. cuba mengejar Raisya.. yang sedang menunggu lampu hijau bagi penjalan kaki melintas jalan…
Tanpa Raisya perasan.. Maleek sudah berada di belakangnya…setelah lampu hijau menyala.. laju Maleek berdiri di sebelah Raisya.. tanpa sedar.. Raisya memegang lengan Maleek sambil melintas jalan… saja maleek membiarkan.. kerana ketika melihat Raisya melintas jalan ketika hendak pergi makan tengahari tadi... dia melihat Raisya teragak agak dan takut hendak melintas.. dan memegang lengan Rahim.. Maleek tak mahu itu terjadi lagi.. Rahim dan 2 rakannya lagi.. perasan apabila melihat ada bosnya Maleek ada di belakang.. lalu laju berjalan meninggal Raisya di belakang..

Ketika melintas jalan.. Raisya tersedar orang yang di pegangnya bukan Rahim.. dia melihat Rahim dan 2 rakannya tadi laju di hadapan.. meninggalkannya di belakang.. Raisya menoleh orang di sebelahnya.. “ ehh .. aaa…abang Maleek..” .. pantas Raisya menarik tangannya semula lalu berkata.. “ maaf abang.. Raisya tak sengaja..”
Manakala Maleek pun menjawab..” dah kenapa pulak tak sengaja.. kalau Rahim sengaja ke? ..” Maleek memandang Raisya sekilas…dan terus memegang tangan Raisya melintas jalan.. Raisya pula terkejut dengan tindakan Maleek yang tiba tiba itu.. dan hanya mengikut saja..

———————————

Kuat debatan hati Raisya.. kerana hanya dia dan Maleek di hadapan pintu lif.. Raisya berasa segan bila teringatkan hal sebentar tadi… tak tahu apa nak kata.. Raisya hanya diam menunggu pintu lif buka.. hatinya berkata ..” harap tak adalah rakan opis nampak dan perasan… malumyee lah rasa.. “ merah padam pipi Raisya…

Maleek pulak berlagak seperti tak ada apa berlaku.. matanya leka memandang talifon bimbitnya… dalam masa sama sempet menjeling sekilas ke Raisya.. dia menyembunyikan senyumnya…

Maleek Idham…” hari ni kau balik naik apa?.. “ sambil menyimpan hp ke dalam poket dan memandang tepat pada Raisya…

Raisya…” haaa… emm sya balik dengan kawan.. macam biasa.. kenapa abang?… “ tanya Raisya semula dengan nada pelik..

Maleek Idham… “ tak ada apa.. saja nak tahu..
Balik tu balik terus ke rumah.. jangan nak merayap balik lewat.. jaga diri tu.. kau tu perempuan..”

Raisya…” haaa… ya abang..” ringkas jawapan Raisya..cuba untuk memandang Maleek.. tetapi.. dia menoleh ke arah lain apabila mendapati Maleek sedang memandangnya..

———————————

Setiba di perkarangan pejabat.. Raisya di datangi rakan pejabatnya julia…” wahhh Raisya.. ada apa apa ke dengan bos kita tu..? Siap bos kita tu pegang tangan u bila nak melintas jalan…terkejut tau tadi .. i , chong dan ramli terus ja jalan laju.. tinggalkan u jalan dengan bos..” perli julia sambil gelak perlahan

Raisya…” ishh u ni .. tak payah nak buat cerita sangat.. tak ada apa apa pun.. yang u dengan yang lain tinggalkan i kenapa…ni tidak.. tengok tengok u ,rahim dan chong dah kedepan…” geram raisya sambil tangan nye sempat mencubit pinggang julia…

Julia…” hahahaa.. alahh dia dah malu .. i pulak di salahkannya… tapi apasalahnye… klu u dengan bos ada apa apa pun .. sepadan i tengok.. sesuai tau.. “

Raisya…” ishh u ni julia.. dah lah.. stop cerita cerita macam ni… ni tempat kerja.. bukan tempat nak bergosip ok..dahh.. sambung keje..” .. jeling Raisya .. malu bila di usik julia..dalam masa yang sama juga .. Raisya tersenyum sendiri.. lucu rasa hatinya bila memikirkan semula apa yang julia katakan..
“ aku dengan abang Maleek… biar betul.. macam langit dan bumi kot..” kata Raisya dan gelakkan diri sendiri… pantas mata memandang ke arah pejabat milik Maleek…dan menggelengkan kepalanya…

Telefon di atas meja Raisya berdering.. pantas Raisya angkat … “ Raisya.. masuk opis aku kejap.. ada benda nak bincang tentang projek hotel dekat terengganu… bawa sekali file projek tu..” .. kedengaran suara Maleek mengarahkan Raisya masuk ke bilik opisnya…
Pantas Raisya jawab..” baik.. kejap lagi Raisya masuk…”

Tiba di bilik pejabat Maleek.. Raisya duduk di kerusi berhadapan Maleek..
“ sabtu ni kita kena ke terengganu.. projek hotel di terengganu sudah hampir siap.. lakaran hiasan dalaman sudah dipersetujui dan kita sudah boleh plan jenis jenis perabot yang sesuai untuk di gunakan… “ terang Maleek pada Raisya…

Raisya hanya mengiyakan saja.. dah memang dia juga antara orang yang terlibat dalam projek tersebut.. “ Razif pun ada sekali ke ?” Soal Raisya pada Maleek sambil senyum .. apabila soalan itu yang keluar dari mulut Raisya.. Maleek terus mengangkat muka nya memandang tepat pada Raisya…terus Maleek menjawab.. “ kenapa kau tanya Razif ada ke tak.. kan aku kata kita.. maksudnya kau dan aku pergi… Razif tu owner hotel.. dah tentulah dia ada kat sana.. tak perlu tanye pasal Razif tu…yang kau tanye pasal dia.. kenapa.. kau suka dia ke?? .. “ balas Maleek dengan nada geram..
Mati senyuman Raisya bila memdengar omongan Maleek…” tak ada abang.. Raisya dengan Razif hanya kawan…tak lebih dari itu..” jawab Raisya meyakinkan Maleek..
Tidak selesa dengan soalan yg Maleek tanyakan.. Raisya terus minta diri keluar dari bilik pejabat Maleek… Maleek hanya menjawab “hmmmm… “.. dan cuba mengalihkan pandangan memandang laptop di depannya… apabila Raisya memegang tombol pintu ..Maleek mengangkat mukanya memandang belakang tubuh badan Raisya sehingga hilang dari pandangannya…setelah Raisya keluar… Maleek duduk bersandar dan memusingkan kerusinya mengadap pemandangan luar pejabatnya dan berkata dalam hati… “aku suke Raisya ke..?”..

Apekah perasaan antara Raisya dan Maleek Idham ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience