Razif…! mana Maleek ni.. u kata Maleek datang.. ni tak nampak pun… dah pukul berapa dah ni.. u jangan tipu i Razif.. “ tanya Suzie dengan perasaan tidak puas hatinye…
“ alahhh… u ni tak reti nak sabar ke.. kejap lagi sampai la tu..tadi i call dia.. dia baru nak keluar dari tempat kerja .. biasalah.. waktu orang balik kerja ni kan… “ jawab Razif dengan menjulingkan mata rasa menyampahnye ..
Sejak balik dari terengganu .. Suzie belum berjumpa lagi dengan Maleek …. Suzie sering bertanya dengan Razif … bila dan dimana Razif dan Maleek akan berjumpa untuk lepak bersama…
Suzie membalas dengan jelingan tajam pada Razif … sangat tak suka dia apabila Razif sering memberi harapan palsu padanya dimana Maleek tidak munculkan diri …
“I peliklah tengok u ni Suzie… dah terang terang Maleek tu tak suka pada u.. yang u beriya iya sangat kejarkan si Maleek ni dari dulu .. apelah yang istimewanya Maleek pada pandangan u ? .. kalau nak kata kaya… i pun ape kurangnya… nak kata Maleek tu hensem.. i pun hensem juga.. “tanya Razif mahukan kepastian dan memandang tepat pada Suzie..
Suzie seperti berfikir sebentar.. memikirkan jawapan yang perlu dijawab…
“ I suka Maleek.. i suka sesuatu yang mencabar.. Maleek seorang yang susah nak dapat.. jadi i rasa sangat tertarik .. macam u ni .. mudah sangat..hahahha “ terang Suzie dengan gelak menyindir pada Razif..
“ ohh itu yang u cari.. ok.. i faham.. tapi i nak ingatkan u.. jangan sampai benda yang u kejar berciciran tak dapat .. dan benda didepan mata hilang begitu saja..” Razif memberi senyuman sinis pada Suzie…
Terdiam Suzie apabila mendengar omongan Razif.. terkesan hatinya seketika dengan sindiran Razif…
“ U .. janganlah cakap macam tu.. doakanlah benda baik untuk i.. I bukan tak suka u.. tapi hati i ni.. tah la.. “ pantas Suzie menjawab dengan menundukkan mukanya..tak tahu nak kata apa..
Razif mencapai tangan Suzie lalu menggenggam lembut … “ I suka u dari kita sekolah lagi Suzie.. Maleek memang tak akan terima u.. dalam hati dia sudah ada orang lain.. “ Razif cuba meyakinkan Suzie.. agar tidak terus berjarap dan mengejar Maleek.. kerana Razif tahu.. dalam hati Maleek hanya ada Raisya seorang…
Suzie tergamam dan tak terkata dengan tindakan Razif… tersentuh hatinya .. serta membalas pandangan Razif dengan senyuman manis …
——————————————
“Woww… ada drama ni.. betul ke aku tak mengganggu kau orang berdua ni… kalau kau orang nak dating.. kenapalah ajak aku…” kata Maleek yang tiba tanpa Razif dan Suzie sedar…dan terus melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan Razif dan Suzie…
Terkejut Razif dan Suzie… pantas Suzie menarik tangannya semula..dan membuat muka biasa seperti tak ada apa yang berlaku… manakala Razif pulak senyum kemenangan.. merasakan dirinya akan memiliki hati Suzie…
“ Kau lah.. ape yang lambat sangat.. kite orang dah tunggu lama tau tak.. tapi kalau tadi kau tak datang macam biasa ok juga…hahahahaa… “ gelak Razif sambil sekilas memandang Suzie…
“ U ni Razif.. jangan nak melebih ya…” pantas Suzie menjawab.. sambil memberi jelingan tajam pada Razif…
Razif ketawa lagi… bila melihat Suzie cuba menyembunyikan wajah malunya.. lalu berkata.. “ alahh… betullah ape i cakap.. kalau Maleek tak datangkan lagi elok.. tak ganggu i dengan u dating…” sambil turun naikkan kening matanya memandang Suzie…
Maleek ketawa dengan dan terus berkata.. “ lain kali cakap awal awal.. tak ada lah aku pergi masuk parking kat depan tu.. aku boleh terus melencong tempat lain… selesaikan urusan aku yang bertangguh ni…”
“ Kau nak pergi mana.. tugas ape yang tak selesai lagi ni…? ..tanya Razif pada Maleek..
“ haaa… hmm tak ada apelah.. ehh kata nak belanja aku makan.. tunggu apa lagi.. cepat lah.. aku lapar ni…tadi bukan main lagi call aku.. kata nak ajak makan.. nak belanja bagai… ni aku datang.. order pun tak lagi.. sebok je dengan drama kasih sayang korang…” Maleek membalas..
Suzie pula hanya memerhatikan 2 orang sahabat di depannya.. dan berkata dalam hati… “ dari zaman sekolah sampai lah sekarang ni… sama je tak berubah perangai… hmmm “
Razif hanya memerhati Maleek yang kelihatan pelik .. dalam hati berkata .. “ hmmm.. ni mesti masalah dengan Raisya… hahahha.. Maleek ooo Maleek.. “ Razif menyembunyikan senyumannya…
Manakala Maleek hanya diam.. mengelamun mengingati luahan hatinya pada Raisya yang tiada jawapan ..
———————————————-
Imbas kembali…
“Abang nak cakap sikit dengan Raisya…” Maleek mendekati Raisya..
“ nak cakap pasal ape..? Pantas Raisya menjawab.. dengan perasaan gugupnya..
“Abang nak ajak Sya kawin..” kata Maleek dengan muka tegasnya…
“ haaa… kawin..?.. tapi kenapa ?.. bukan abang dah ada kekasihkan..?.. Suzie kekasih abangkan..? .. Sya tak nak jadi penghalang hubungan abang dengan Suzie..”
..pantas Raisya menjawab.. kaku berdiri di hadapan Maleek…
“ abang nak ajak Sya kawin.. abang nak Sya jadi isteri abang .. Suzie bukan kekasih abang… dan tak pernah langsung jadi kekasih abang.. dia hanya kawan sekolah abang…” jawab Maleek cuba meyakinkan Raisya..
Raisya terkejut dengan kenyataan dari Maleek.. hati berasa gugup.. melihat Maleek yang beriya iya meyakinkannya.. seram sejuk rasa badannya… tak tahu nak jawab ape… Raisya menunduk dan cuba bersuara… “ beri Sya masa abang.. benda ni terlalu mengejut.. bagi Sya…” pantas Raisya mengambil handbag di mejanya… dan melangkah keluar dari pejabat..
Belum sempat Raisya melangkah… pantas Maleek memegang dan menarik lengan Raisya supaya dekat dengannya dan berkata… “ tolong balik rumah dulu.. tukar baju ni.. baju ni tak sesuai…”
Raisya menarik lengannya kasar… “ suke hati Sya lah nak pakai baju ape pun.. nak pergi mana .. dengan siapa pun.. Sya bukan milik sesapa pun.. “ laju Raisya pergi meninggalkan Maleek di situ..
Maleek berasa geram dengan jawapan Raisya… tengkuk di gosok kasar menahan marah… “ haishhhhh… jangan degil Raisya..” bentak hati Maleek..
————————————-
“Betul ke abang Maleek suka aku.. ? ..betul ke dia nak kawin dengan aku…? “
Raisya berkata dalam hatinya sendiri .. rasa bingung.. seperti tidak percaya apa yang didengarnya tadi..seperti yang dia tahu.. Maleek Idham seorang yang dingin dengannya.. dari mula dia datang dalam keluarga datin dan dato.. Maleek sangat tidak menyukainya… sehingga sekarang.. dia masih tak faham kenapa Maleek tidak menyukainya.. tapi sekarang Maleek seperti sudah berubah.. perangai dinginnya sudah menjadi mesra…malah sikap mesra Maleek mencuit hatinya.. sorang yang mengambil berat..tegas dan kuat mengawal …
“ hehh… nak kawal aku.. macam lah aku nak ikut..hahahaa” .. ketawa Raisya dalam hati..
Tanpa Raisya sedar.. Siti memerhatikannya.. lalu Siti berkata dalam hati..
“ asal pulak kawan aku ni senyap je tiba tiba ni? ..
“Hei Raisya… kenapa kau diam je ni..?.. aku tengok kau termenung ja dari tadi… kau fikir apa ni..? “ tanya Siti apabila melihat Raisya hanya mendiam diri memandang luar tingkap kereta sejak dia bergerak meninggalkan mall tadi…
“ haaa… ohh .. tak ada apelah.. aku tengok luar ni.. pelik aku .. rasa macam lambat pulak nak sampai rumah.. perlahan sangat ni kau bawa kereta..” jawab Raisya sambil menahan gelaknya ..
“Haaa… hello kawan.. ni kau kata perlahan.. kau nak aku kene saman ke? ..yang ni termenung tiba tiba kenapa? .. ke kau ingatkan jejaka hati ..” Jawab siti menyindir ..
“Pantas Raisya menjawab.. “ ishh kau ni Siti.. dah lah.. tu tumpukan perhatian kau pandang depan.. memandu elok elok.. aku belum nak eksiden lagi tau.. kawin pun belum lagi tau tak..”
“Hahahhahaa… alo lo looo kawan aku yang sorang ni… belum kawin ya? .. kalau macam tu… cepat cepat kawin… boleh aku jadi pengapit kau.. aku nak makan nasi minyak.. uishhh… mesti seronok lah..hahahaa…” jawab Siti menyakat lagi..
“ kau kalau bab menyakat dan nak kenekan aku.. memang juara… “ jawab Raisya dengan nada geramnya..
—————————————
Turun saja dari kereta.. Raisya terus masuk ke kawasan rumah banglo milik datin Aisyah dan dato Mohtar .. sebelum masuk sempat Raisya memandang keliling .. “ ehh.. tak balik lagi ke?” Kata hati Raisya..
Kaki terus melangkah.. membuka pintu utama .. masuk saja dalam rumah.. kelihatan datin sedang duduk di ruang rehat menonton tv… terus Raisya mengangkat pergelangan tangannya.. melihat jam di tangan… “ dah pukul 10 malam… umi tak tido lagi “ kata hati Raisya lagi..
“ assalamualaikum umi.. tak tido lagi..? “Raisya menegur datin ..
“ waalaikumsalam.. ehh Raisya dah balik.. lambat balik ni.. pergi mana? “
“ ohh.. tadi Sya keluar dengan Siti..makan dan beli barang sikit.. lepastu balik tadi jalan banyak kereta.. jam .. tu lambat sampai..
Ni kenapa umi tak tido lagi..? Abi mana ?“
“ ohh.. abi dah naik bilik dah… hmm.. umi tunggu Maleek.. “ jawab datin sambil senyum ke arah Raisya..
“ abang Maleek tak balik lagi ke umi..?”
“Haahh.. tak balik lagi.. itulah umi ingat Maleek keluar dengan Raisya .. ni Raisya dah balik.. Maleek belum.. bukan la camtu…” datin menyembunyikan keluhannya…
“ Ohh.. tak apalah umi.. Sya naik dulu.. nak mandi..” jawab Raisya serba salah..
Datin Aisyah seperti memahami.. dan mengiyakan permintaan Raisya untuk masuk kebiliknya…
Pantas Raisya berjalan.. menaiki tangga.. menuju ke biliknya.. berkata dengan dirinya sendiri… “ kemana pulak abang Maleek ni pergi.. tak balik balik lagi ni.. dan dah kenapa pulak umi menunggu abang Maleek.. tak penah penah macam ni…”
Pintu bilik dibuka.. Raisya masuk terus meletakkan handbag dan barang yang di belinya di atas katil.. Raisya duduk di hujung katil.. terus membaring badannya .. melepaskan keletihannya yang dia rasa..
Memandang jam di tangan .. terus mengeluh.. “ argghh.. penat ye badan.. macam malas nak mandi ja.. tapi badan melekit ni…” .. terus Raisya bangun.. menggapai tuala yang berada di penyangkut… dan berhenti berdiri dihadapan meja soleknya… terus memandang pantulan dirinya sendiri di cermin.. terus dia teringat akan perbualannya dengan Maleek di tempat kerja tadi… lalu berkata sendiri.. dengan senyuman terukir dibibirnya..
“ abang Maleek suka aku? ..” lalu pantas Raisya menuju ke bilik mandi..
Maaf.. lama menyepi.. bz sikit.. Maleek Idham sudah mulakan misinya.. Raisya masih lagi dengan tak percayanya… berjayakah Maleek?? Kita tungguu…
Share this novel