Jam menunjukkan sudah pukul 11.30 malam.. Raisya masih lagi membuat ulangkaji pelajaran… tekak sudah rasa kering… air di dalam cawan sudah habis… Raisya keluar dari biliknya turun ke dapur… dalam keadaan cahaya antara terangan dengan tak… dia terus menuju ke dapur … hanya lampu dapur saja yang menyala … dengan laju Raisya berjalan… langkah terhenti apabila Maleek ada di dapur sedang menuang air di dalam cawan… mereka memandang antara satu sama lain…
Raisya rasa gugup.. tak berani nak bersuara…
Pandangan di larikan memandang cawannya.. dan berdiri menunggu Maleek selesai minum..
Maleek… “ kau ni .. mana aku ada mesti kau ada kan….” Rungut Maleek ..
Raisya… “ Raisya nak ambil air…dahaga .. nak minum.. “dengan gagap Raisya menjawab… dia takut dengan pandangan marah Maleek padanya…
Dalam tak sedar juga.. Raisya tak perasan yang dia keluar dari bilik hanya memakai baju tido mickey mouse bewarna putih paras lutut… pantas Maleek melarikan matanya memandang ke lain dan menghabiskan air minumannya dengan cepat.. dan segera naik ke biliknya tanpa sebarang kata kata…
Raisya… “ dah kenapa .. tadi macam marah sangat.. “.. Raisya kehairanan…
Maleek duduk dikerusi meja belajar sambil termenung sendiri… mengingati saat dia terserempak dengan Raisya di dapur tadi… dia tak tahu kenapa jantung nya berdegup laju bila melihat Raisya di dapur tadi…
“Pelik aku ni.. dah kenapa jantung aku ni… aku bukannya suka dia pun.. ishhh… ape ni..”
kedua tapak tangannya menekup muka .. sambil berkata…” gila aku ni”… sambil tersenyum sendiri…
————————————————-
Seperti biasa .. setiap hari sabtu.. Raisya akan bangun awal untuk membantu umi di dapur menyediakan sarapan pagi.. lempeng bawang sudah sedia di meja makan… di hidang dengan sambal bilis ataupun dimakan dengan gula..
Mak Munah… “ wahhh.. rajin Raisya pagi ni.. siapkan sarapan pagi… nampak sedap ..”
Raisya … “ alaa Mak Munah ni… bukan selalu Raisya buat sarapan.. saja hari ni kan tak ada kelas tambahan pagi.. hari ni cikgu kasi cuti.. tu yang Raisya buat sarapan ni… umi dengan abi tak turun lagi kan..?”
Mak Munah… “ya dato dan datin belum turun lagi… kejap lagi turun la tu…dan kalau Raisya nak tau.. lempeng ni kesukaan Maleek tau ..ni nanti dia turun mesti dia makan banyak… “
Raisya … “ iya ke.. kalau dia suka bagus lah.. sekurang kurangnya… angin dia ok lah bila tengok Raisya… ni tidak.. setiap kali Raisya ada.. muka dia masam mencuka je.. hairan Raisya.. ape yang dia tak suka sangat dengan Raisya… Raisya ada buat silap kat dia ke??”
Mak Munah … “ Raisya jangan ambil hati sangat dengan Maleek tu.. dia tu cemburu bila umi dia dapat buah hati baru… yelah.. tak penah penah umi dia layan dan sayang orang lain.. sekali Raisya muncul.. tak ke dia rasa makan hati.. Maleek tu sebenarnya manja orang nye.. “
Tiba tiba dari belakang.. Datin Aisyah menyambung apa yang Mak Munah katakan tadi… “ ya betul tu Raisya… abang maleek tu cemburu dengan Raisya.. tu sebab dia berkelakuan macam tu.. tak padan lelaki dan dah besar bujang… nak bermanja manja lagi dengan umi ni…”
Mereka bertiga ketawa bersama…
Datin … “ Raisya buat sarapan ke ni.. wahh pandai Raisya masak.. tu yang buat umi sayang sangat dengan Raisya ni.. dah la cantik.. tinggi .. kulit putih .. lemah lembut.. dan pandai pulak masak.. “ kata Datin Aisyah sambil memeluk Raisya dan memegang kedua dua pipi Raisya dan memberi ciuman sayang di dahi Raisya…
“Untung umi dapat anak macam Raisya..” ..
Raisya …” terima kasih umi.. Raisya yang beruntung dapat umi penganti ibu.. Raisya pun sayang umi..” .. Raisya membalas ciuman Datin Aisyah di pipi…
Dato Mohtar..” amboii.. mesranye dua beranak ni.. borak ape la tu…haa dah siap dah ke sarapannya? ..
Datin …” sudah la abang.. pagi ni Raisya masak.. dia buat lempeng.. ada sambal bilis lagi ni.. mesti sedap ni… Maleek mana Mak Munah..? Dia tak bangun lagi ke? .. ni ada lempeng ni.. mesti dia suka…
Mak Munah …” belum lagi datin.. “
Dato…” tak mengapalah.. tahu lah nanti anak bujang awak tu turun.. dah besar .. pandailah dia nanti nak cari makan sendiri.. sampai bila nak berhidang depan mata dia.. haa ni nanti.. nak pergi sambung belajar.. tu sume kene tahu cari makan sendiri.. biar dia belajar berdikari sikit..suka sangat melayan karenah sorang tu..”
Datin… “ alaaa abang ni.. anak saya tentulah saya ambil tahu.. dah dia ada depan mata saya.. nanti dah belajar dan keje kat luar tu lain lah..”
Raisya hanya tersenyum melihat umi dan abi berbicara..teringat dia pada ibu dan abahnya…
Sedang Raisya dan umi abi bersarapan…Maleek turun menuju ke meja makan..
“ wahh umi buat lempeng pagi ni.. sedapnye..ada sambal bilis.. mmm pedas tak sambal tu umi ?”
Datin …” tak pedas pun.. cuba la dulu.. sedap tau.. makan banyak sikit..”
Sambil memandang Maleek yang sedang berselera makan lempeng.. dato menanyakan persiapan Maleek untuk melanjutlan pelajarannya di UK..
Dato … “ Maleek dah siap kemas? Semua barang sedia? .. jangan nanti ada barang yang tinggal.. ni jauh .. tak boleh nak ulang alik .. pastikan semua barang ada..”
Maleek Idham ..” sudah abi.. semua dah masuk bag.. tinggal benda benda kecik saja lagi…hmmm rindulah nanti dengan lempeng umi ni.. Maleek nak makan puas puas.. “
Raisya hanya tersenyum bila mendengar Maleek berkata begitu.. dalam hati “ tau pun sedap… dalam tak suka aku.. makan juga lempeng yang aku buat..”
Datin…” uishh.. bukan umi masak sarapan pagi ni lah.. Raisya yang masak.. sedapkan .?”
Tersedak Maleek bila mendengar cerita ibu dia…”ohh Raisya yang buat.” Maleek yang dari tadi cuba tidak menghiraukan Raisya yang duduk di depannya.. kini mata nya memandang tepat pada Raisya…
Raisya hanya menahan senyumnya… bibir di kemam.. tidak mahu menunjukkan dia tengah menggelakkan Maleek.. dalam hati dia tergelak puas… hahahhahaaa.. padan muka..
Panas hati Maleek bila dia melihat Raisya menahan gelak .. dia tahu Raisya gelakkan nya… “kurang asam budak ni… nasib lempeng ni sedap.. kalau tak .. kau yang aku ngapp…”
Maleek Idham…” hmm sedap.. pandai kau masak.. macam ni barulah berbaloi ambil kau duduk sini.. boleh tolong umi masak.. jangan tau duduk makan tido je kau tahu…”
Datin …” Maleek Idham… jaga bahasa tu.. umi tak suka .. “Besar mata datin memandang Maleek… mana kala maleek buat muka selamba nya..
Raisya menunduk memandang lempeng di pinggannya.. walaupun sedih dengan kata kata Maleek tadi.. dia juga buat muka biasa saja.. seperti tak dengar ape yang dikatakan Maleek tadi…
——————————————-
Raisya duduk di ruang tamu sambil menonton tv.. tanpa Raisya sedar .. datang Maleek duduk di sofa sebelah sofa Raisya duduk… Maleek berdehem.. seperti mahu cakap sesuatu.. Raisya rasa tidah senang.. sebelum Maleek memulakan kata katanya… Raisya pantas bangun.. mahu pergi kebiliknya…
Maleek Idham…” nanti.. tunggu dulu.. aku ada nak cakap sesuatu..”
Langkah Raisya terhenti apabila Maleek melarang Raisya pergi…
Raisya…” ada apa abang?? .. raisya memusingkan badannya memandang Maleek yang masih duduk di sofa…
Maleek Idham…” yang kau masih berdiri kenapa… duduklah dulu.. aku ada benda nak cakap ni..
Dengan pantas Raisya pergi ke sofa tempat dia duduk sebentar tadi..dan menanti ape yang akan Maleek hendah cakapkan padanya…
Maleek Idham…” dua hari lagi aku akan bertolak ke UK.. tak ada sapa lagi yang aku boleh harapkan untuk tengokkan umi dan abi di sini… selama aku tak ada.. kau yang akan jaga umi abi.. tengokkan kesihatan diaorg..aku tak nak dengar apa apa cerita yang boleh merisaukan umi dan abi tentang kau..kalau aku dengar cerita yang bukan bukan tentang kau… tak teragak agak aku akan halau kau dari rumah ni… kau jangan ingat aku jauh aku tak boleh buat… jangan ambil kesempatan ape yang umi abi beri pada kau… tolong ingat sikit kau tu sapa dalam rumah ni…kau faham tak apa yang aku cakap ni?”…
Raisya menunduk.. dia tak sangka Maleek akan berkata begitu… buruk sangatkah perangainya.. jahat sangatkah diri dia… air mata mula bergenang di mata Raisya…
Dengan perlahan… Raisya menjawab…” baiklah abang.. Raisya dengar.. Raisya akan jaga dan tengokkan umi abi sementara abang tak ada disini.. Raisya sayang umi abi seperti ibu abah Raisya…”
Meleleh air mata Raisya… pantas Raisya lap air mata dipipinya..cuba memandang arah lain.. tidak mahu bertentangan dengan Maleek yang masih memandang tajam ke arahnya…
Maleek Idham .. “ yang kau nak menangis ni dah kenapa.. bukannya aku pukul kau pun.. cakap sikit nak nangis… benci betul aku tengok kau ni… kalau umi abi nampak.. tak pasal aku yang kene marah… sudah.. pergilah masuk bilik kau… nyemak je aku tengok kau macam ni…
Bergegas Raisya bangun.. terus jalan dengan laju.. naiki tangga terus ke biliknya…di bilik.. Raisya terus rebahkan dirinya di atas katil… menekup muka di bantal..menangis sepuas puasnya…” buruk sangat ke aku ni.. jahat sangat ke aku ni.. teruk sangat ke aku ni…baiklah… aku akan buktikan yang aku ni seorang mengenang budi dan jasa orang yang manjaga aku… kau jangan risau Maleek.. aku tau siapa aku dalam keluarga kau…” Raisya bercakap dalam hati…
Terima kasih kerana membaca… masih berusaha lagi…
Share this novel