CEPAT betul masa berlalu sehingga hari yang aku tak nantikan sekali lagi telah kembali. Mungkin sedikit lah aku menantikan hari ni. Namun selebihnya, aku tidak menantikannya.
Apa yang aku lihat itu masih segar di ingatan aku sehingga tidak mampu untuk aku melupakan setiap gambaran yang ada. Rasanya begitu sakit bila suami sendiri berpegangan tangan dengan perempuan lain.
Aku tahu dia tak sukakan aku. Namun janganlah buat dosa di belakang aku. Aku ingin menerima dirinya sepenuh hati aku dan lupakan tentang masa silam aku. Jadi buat lah aku percaya yang cinta dia melampaui batas. Jangan pernah sesekali membuat semangat aku runtun dengan hal itu. Aku ingin dia belajar memahami aku jika aku tak mampu untuk ajari dia.
Pintu dikuak oleh kak Farah.
Air mata yang merembes tadi, aku usap. Aku jadi sebak memikirkannya. Hati aku rapuh, tapi kenapa terlalu mudah? Tolonglah ya Allah, jangan biarkan aku terlalu mencintai dia.
"Hei, kenapa ni?" Kak Farah duduk di samping aku.
"Tak ada apa-apa lah."
Kak Farah mengeluh. "Semalam.. abang Ngah ada cakap dengan abang cik Ayna pasal apa yang jadi dua hari lepas. Akak pun dengar sekali dan.. akak faham apa yang Ayna rasa."
"Ayna tak rasa apa-apa pun lah, kak. Ayna rasa... bagus lah kalau dia dah tunjukkan apa yang dia nak sebenarnya. Sekurang-kurangnya kami ada alasan untuk melepaskan satu sama lain suatu hari nanti."
"Janganlah cakap macam tu. Apa kata Ayna bincang dulu dengan dia? Akak yakin yang dia mesti ada penjelasan disebalik semua ni."
Aku senyum nipis. "Dia tak perlu jelaskan pun, kak. Ayna bukannya siapa-siapa dalam hati dia dan.. Ayna sedar akan hal tu. Jadi biarkan masa tentukan takdir rumahtangga kami. Ayna tahu.. bukan mudah untuk jatuh cinta."
"Tapi..."
"Akak, biarlah Ayna uruskan semuanya. Ayna bukannya tak nak bantuan akak ataupun abang Ngah dan abang cik. Tapi Ayna nak.. bahagia."
"Betul ke ni Ayna tak nak.. abang Ngah, abang cik ataupun semua orang tolong Ayna?"
"Ya, Ayna tahu apa yang Ayna buat."
Kak Farah mungkin tak yakin dengan aku. Dia menatap aku dalam ke anak mata. Mungkin dia cuba hendak mengerti perasaan aku.
Aku memandang ke tempat lain. Aku berpura-pura sibuk membaiki gaun putih aku sempena majlis persandingan kami yang seterusnya. Tudung yang tak berapa senget, aku sengaja baiki lagi.
"Kalau Ayna dah cakap macam tu... akak tak kisah lah."
Berjaya juga aku mengalihkan perhatian dia.
"Jom lah turun. Nanti.. majlis dah nak mula. Ayna kena ada depan pintu dengan dia."
Aku mengangguk.
Aku dibawa berdiri di hadapan pintu dewan hotel yang mengarah ke arah pelamin kami. Majlis persandingan diadakan di hotel saja kerana ia lebih besar dan akan dapat sambut ramai tetamu yang tak sempat datang masa majlis akad nikah itu.
Lengan yang diberi ruang buat aku memeluk, aku pandang. Wajah Razif terus ke depan tanpa menoleh ke arah aku langsung. Aku menyarungkan tangan ku ke lengan dia dan turut memandang ke depan.
Di kiri dan kanan aku ada Raya dan Khai sepupu aku. Mereka akan jadi pengapit kami berdua.
Pintu terbuka juga. Terbentang luas karpet merah yang membawa kami ke pelamin. Di kiri dan kanan karpet tersebut ada beberapa pasu bunga yang dihiasi sepanjang karpet tersebut. Ruang yang lebih ada meja-meja tetamu yang bulat. Mereka semua memandang kami.
Aku dan Razif berjalan setapak demi setapak. Gaun aku di belakang dibantu oleh Raya untuk mudah aku berjalan.
Aku perasan wajah keluarga aku dan keluarga Razif di dua buah meja berbeza. Aku turut melihat wajah terkejut Ain, Salma dan Ila di sebuah meja apabila dia melihat aku dan Razif. Mungkin Ain dan Salma tahu Razif ialah suami aku.
Namun wajah yang aku lebih tercari-carikan, aku tak jumpa. Wajah seorang wanita yang telah membuat semangat aku lemah tiba-tiba.
Damia.
Kami duduk di kerusi yang disediakan. Tangan aku, aku letakkan di atas sebuah bantal kecil yang berpetak dan lebih keras daripada bantal biasa. Itu kerana dia diperbuat daripada gabus dan dihiasi dengan kain pelamin.
Angin yang rasa dan tak rasa itu dikibaskan oleh Raya di kiri aku. Aku senyum padanya dan dia membalas senyuman aku.
Majlis diteruskan dengan ucapan pengacara yang diupah itu. Banyak acara dan ragam orang berucap buat kami. Ada yang buat lawak sampai tak kering gusi, ada yang mengusik aku dan ada yang memalukan kami. Siapa lagi kalau bukan abang Ngah aku?
Kini acara di mana tapak tangan kami akan ada bunga yang diletakkan dan kami direnjis sedikit dengan air.
"Tahniah. Abang Ngah ucapkan.. selamat pengantin baru."
Aku mencebik. "Cepatlah!"
"Hei, gelojoh betul lah. Tak sabar-sabar heh nak berdua-duaan dengan Razif?"
Aku menjelingnya.
Entah kenapa abang Ngah nampak peramah pula dengan Razif. Dia tak kesian ke dekat aku yang dah melihat Razif curang depan mata aku sebelum ni? Biasanya kalau ada yang khianat atau buat benda tak baik kat aku, dia yang akan marah lebih. Kali ni berbeza pula.
"Abang cik ucapkan tahniah kat kau." Kasar nada suara abang cik.
"Terima kasih."
"Kau kena belajar jadi isteri yang baik lepas ni. Jangan jadi pemalas sangat."
"Tak payah kut nak cakap macam tu. Ayna tahu lah nak jadi isteri macam mana. Takkan nak kena buat research juga kalau nak jadi isteri? Lain lah macam kerja abang cik yang semuanya kena ada pengetahuan am."
Kami berdua menyakitkan hati masing-masing. Tak kira lah abang cik ke ataupun aku.
"Menjawab je kerja kau." Kata dia dan beralih ke arah Razif pula.
Kesemua ahli keluarga aku dan pertama sekali orang tua kami selesai, tibalah saat saudara-mara pula.
Kini sesi menjamu selera pula. Kami akan makan beradab di atas meja. Sebagai pengantin, kami perlu menjaga maruah kami dengan tak terlalu gelojoh menikmati makanan yang disediakan. Perlu perlahan-lahan saja.
Aku memegang perut aku yang agak lapar sebenarnya bila aku tengok banyak makanan yang ada depan aku. Tapi nak makan, aku sendiri yang akan malu nanti.
Sekeping daging diletakkan ke pinggan aku dan dicucuk sekali dengan garpu. Aku menoleh ke arah Razif yang senyum nipis.
"Makanlah. Sikit je tak apa."
"Awak makan jelah dulu." Kata aku dengan dingin.
"Saya tahu awak lapar. Sikit pun jadi lah."
Mendengar pujukannya buat aku menyuapkan sekeping daging itu ke mulut aku. Memang sedap dan lembut dagingnya.
Aku perasan Razif senyum ke arah aku.
"Kenapa? Nak ejek saya makan banyak?"
"Memang pun. Kan lebih baik awak fikir untuk berdiet pasal pipi awak tu dah macam bola pingpong saya tengok."
Aku mengetap geram.
"Oh ya.. baba ada cakap yang awak betul-betul suka dengan hadiah yang saya bagi tu. Cakap tak makan coklat. Awak habiskan juga sekotak coklat saya."
Aku mengerling baba yang ada di meja ini tetapi dia sedang sibuk berbual dengan umi. Buat malu jelah baba ni!
"Kalau saya tak makan, membazir pula. Kan lebih bagus kalau saya makan je!"
"Ego betul! Saya tak kisah lah kalau awak nak makan coklat tu. Itulah yang saya harapkan. Saya pun tak suka orang membazir makanan ni."
"Lain kali tak payah dah bagi saya coklat. Saya tak suka."
"Habistu awak suka apa?"
"Sesuatu yang.. bukan makanan. Kejujuran."
Sindiran itu buat aku senang. Aku melihat wajah terkejut dia. Padan muka! Dia dah sakitkan hati aku, biar dia rasa sindiran aku yang begitu tepat mengenai dirinya.
"Mana Damia? Saya tak nampak pula dia."
"Dia tak jadi datang sebab dia kena lawat adik dia kat Ipoh."
Suka tu memang suka. Tapi bila aku tengok dirinya yang macam lesu, aku sakit hati. Kenapa nak kena sedih kalau Damia tak datang? Hebat sangat ke dia?
Selesai makan, sesi potong kek pula bermula. Aku dan Razif berdiri di hadapan sebuah kek bertingkat yang nampak cantik hiasannya. Aku dengan kagum nya menilik dan buat Razif ketawa.
Tak puas hati aku dengan gelak tawa dia.
"Sorry. Awak nampak macam.. Nobita dalam filem Doraemon Stand By Me 2 tu."
"Kalau saya Nobita, awak tu Giant tahu tak? Menyakitkan hati, kaki buli dan badan besar."
"Hei, saya badan fit tau. Mana ada badan besar."
Aku mencebik.
Kami memegang pisau itu bersama-sama. Tangan nya dan tangan aku menyentuh buat sekian kalinya. Aku dapat rasa kulit lembut dia dengan urat-urat yang timbul di tangannya.
Kekok rasanya apabila aku diminta menyuapkan dia kek yang dah dipotong. Dia juga menyuapkan aku kek yang sama dan sempat bergurau dengan selek kan sikit krim ke hidung aku.
Aku berpura-pura ketawa sambil membersihkannya dan menjilat semula krim itu ke mulut aku. Walaupun aku tak suka gurauan seperti ini.
Sebaik saja semua acara selesai dan majlis pun dah sampai ke penghujungnya, aku dan Razif menghantar semua tetamu pulang dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka di muka pintu ruang ini.
"Terima kasih sebab datang." Ucap aku.
Semua tetamu dari kalangan wanita aku bersalaman, berlaga pipi dan ukirkan senyuman manis. Pada tetamu dari kalanga lelaki, aku hanya ukirkan senyuman manis dan tunduk kemudian berkata 'terima kasih kerana sudi datang' kepada mereka.
"Doktor,"
"Ain! Saya minta maaf sebab tak dapat layan awak sangat tadi."
"Tak apalah. Saya tak kisah pun sebab.. saya tengok doktor pun busy juga."
Anak mata yang dikerling ke arah Razif yang sedang menyapa tetamu yang dia kenal itu buat aku segera menangkapnya. Aku menepuk bahunya lembut.
"Doktor tak cakap pun suami doktor tu.. Encik Razif. Padan lah doktor cem..."
Aku meletakkan jari telunjuk ke bibir aku supaya Salma tak meneruskan kata-katanya.
Razif berada begitu hampir dengan aku dan mustahil dia takkan dengar jika Salma meneruskan kata-katanya.
"Saya faham. Saya minta maaf."
"Tak apa. Saya... saya nak buat suprise sebenarnya kat awak semua. Sekarang awak dah tahu suami saya siapa.. okey lah, kan?"
"Betul! Saya doakan semoga doktor dengan Encik Razif berkekalan hingga ke jannah."
Aku senyum manis.
"Awak tak cemburu... saya dah kahwin dengan dia?" Usik aku.
"Hisy! Tapi... sikitlah."
Aku, Salma dan Ain ketawa senang.
"Seronoknya. Ketawakan apa tu?" Sebaik saja kenalan dia pergi, Razif mula menyampuk perbualan aku dengan Ain dan Salma.
"Tak ada apa lah."
"Mengumpat saya, heh?"
"Eee.. perasan je!"
Aku melihat senyuman Razif.
"Encik.. Razif, ingat saya tak?" Salma bersuara.
"Mestilah. Awak Salma.. bekas student kat kolej saya dulu, kan?"
"Tak sangkanya Encik Razif akan ingat saya. Saya ingatkan Encik.. takkan ingat saya dah lepas saya habis belajar. Yelah, masa saya jadi student encik pun, encik masih baru lagi kat sana."
"Saya tak pernah lupakan student saya."
Aku ketawa sinis. "Ke sebab.. Salma ni perempuan? Awak mestilah tak lupakan perempuan. Nak, nak.. yang cantik macam Salma."
"Jealous ke?"
"Tak kuasa lah."
Salma dan Ain ketawa dengan perangai aku. Rasa malu pula bila tunjuk perangai kebudak-budakan aku ni.
"Doktor jangan lah cemburu pula. Saya dah.. terima kenyataan dah. Saya doakan semoga korang bahagia."
"Betul tu."
"Dan.. saya nak ucapkan ribuan terima kasih sebab sudi datang." Balas Razif.
"Sama-sama."
Ain menilik jam tangannya. Dia mengeluh. "Kami kena balik lah. Malam ni kami ada shift. Tak boleh lambat-lambat."
"Yelah."
Ain dan Salma memeluk aku lagi lalu mereka pun melangkah pergi.
Aku melihat Ila datang mendekat dengan wajah dingin biasa dia.
"Tahniah saya ucapkan."
"Saya tak.. perasan pula awak. Ingatkan awak dah balik."
"Siapa je yang perasan saya, kan?"
Lagi sekali dia menyindir aku.
Dia mengerling Razif dan menatap aku. "Boleh tahan.. suami doktor. Tak tahulah pula dia ni pensyarah terkenal kat TV tu."
"Saya pun tak sangka."
"Saya balik dulu lah. Saya nak kena jumpa keluarga saya pula ni. Jumpa lagi."
"Ya."
"Jangan masuk kerja lambat sangat, ya doktor? Saya.. tak tahan buat kerja sendiri. Tak tahan bila ramai yang bertanya pasal doktor kesayangan mereka."
"Baiklah."
Ila kemudiannya berlalu pergi.
Aku mengeluh tenang.
"Siapa tu? Menakutkan je."
"Eh, tak baik lah cakap dia menakutkan! Dia tu staf saya tau. Jadi awak tak boleh cakap sembarangan."
"Sorry."
"Dia memang macam tu lah. Tapi dia baik."
Razif mengangguk tenang.
Share this novel