BEG aku dan dia dibawa oleh dia turun ke tingkat bawah. Kami sudah bersiap-siap selepas bersarapan sebab kami ingin bertolak lebih awal dan sampai lebih awal.
Hari ini demi untuk menghantar aku dan Razif, ayah ke pejabat agak lambat. Katanya dia mahu menemani ibu yang pasti kesunyian.
"Terima kasih.. sebab dah jaga Ayna selama Ayna kat sini. Seronok sangat duduk kat rumah ni." Ujar aku sambil tangan memegang tangan ibu.
"Ibu akan buat apa saja untuk Ayna. Ibu takkan pernah layan Ayna buruk, buat Ayna ni macam.. tak diperlukan dan ibu takkan jadi mak mertua yang tak guna kat luar sana. Ibu akan sentiasa anggap Ayna lebih dari seorang menantu."
Terharu sebenarnya bila diberi layanan sebegitu.
"Bila ada masa, Ayna datang lah ke rumah ibu sekali-sekala. Kalau Razif sibuk, Ayna datang je. Ibu tak kisah bila-bila masa pun."
"InsyaAllah. Ayna nak ibu jaga kesihatan ibu, okey? Jangan buat kerja banyak sangat."
"Yelah. Ayna memang tahu macam mana nak ambil hati ibu, kan?"
Aku tersenyum. "Ayna betul-betul maksudkan nya. Ayna nak ibu, jaga kesihatan ibu. Ayna tak nak.. ibu jejaskan kesihatan ibu."
"Ya, ibu akan jaga kesihatan ibu. Ayna jangan risau lah. Selama ni pun ibu sihat-sihat je."
Aku menoleh ke arah ayah pula. "Ayah pun jaga diri juga, okey? Jaga kesihatan ayah juga."
"Wah, tak sangka ayah pun diperlukan."
"Hisy! Seluruh keluarga ni kena jaga kesihatan."
Ayah ketawa besar. "Ya, Ayna. Ayah ni ada ibu. Kalau ayah tak sihat, ibu jaga ayah. Kalau ibu tak sihat, ayah jaga ibu. Tak ada beza nya. Kami nak.. kamu jaga diri kamu sendiri. Ia amat penting buat kami dan juga Razif."
Aku tersenyum dan mengangguk.
"Okey.. time's to go." Balas Razif yang menanti di belakang.
Aku dan ibu berpelukan seketika. Selepas itu aku bersalaman dengan Raya pula. Sempat aku toleh dan melihat Mak Biah sedang menatap aku dari pintu dapur. Aku ingin pergi ke arahnya dan bersalaman, tetapi Razif sudah membuka kan pintu kereta untuk aku.
Nampaknya aku perlu lupakan hal itu. Aku hanya ukirkan senyuman lalu melangkah masuk ke dalam kereta.
"Sedih?" Tanya dia selepas kami keluar dari perkarangan rumah.
"Mestilah. Awak tak sedih ke? Berpisah dengan ibu sendiri?"
"Nak sedih buat apa?"
"Awak ni memang tak hati dan perasaan langsung!"
Dia tersenyum. "Nah, coklat."
Huluran tangannya yang ada sebiji coklat buat aku mengeluh. Tetapi aku tetap mengambilnya juga.
"Asyik-asyik bagi coklat."
"Coklat lah penawar kesedihan. Bukan begitu?"
"Entahlah. Saya rasa macam.. familiar."
"Semua orang akan ambil coklat bila diorang sedih. Jadi tak mustahil lah kalau awak macam kenal je bila nampak plastik coklat."
Betul juga apa yang dia cakap.
Aku menyuapkan coklat tersebut.
"Saya tak sedih sebab saya yakin saya boleh jumpa dengan ibu lagi. Zaman sekarang teknologi yang memudahkan hidup manusia. Saya boleh video call dia, mesej dia ataupun telefon dia. Tak susah, kan?"
"Yelah, Encik Razif."
Makin lebar senyumannya bila aku bergurau begitu. Ia buat aku turut senang.
Dia memegang tangan aku yang ada di ribaan aku kemudiannya. Pelik aku menatapnya.
"Saya tak pernah pegang tangan orang masa bawa kereta. Pegang tangan saya, okey?"
"Eee.. mengada nya awak ni. Nak saya bacakan buku cerita sekali ke supaya awak senang nak bawa kereta?"
"Boleh!"
Aku mencebik dan tersenyum. Aku eratkan pegangan tangan aku dan dia. Sekali lagi dia buat aku bahagia. Harap sangat ia akan kekal selamanya.
Mungkin aku terlena bila separuh perjalanan. Mengantuk sangat sebab aku bangun awal sepanjang aku kat rumah ibu. Tak pernah aku tak bangun awak. Aku siap bantu ibu lagi sediakan sarapan. Memang penat.
Pada mulanya, aku rasa ada cahaya matahari yang menyuluh masuk sehingga menyilaukan pandangan aku meskipun aku menutup aku. Namun tiba-tiba saja cahaya matahari itu hilang.
Aku ingin membuka mata dan melihat. Tetapi aku terlalu mengantuk sehingga aku tidak dapat menyedari apakah itu.
Lebih kurang setengah jam kemudian, aku dapat rasakan pipi aku dimainkan oleh sesuatu. Aku membuka mata tetapi aku tidak melihat apa-apa pun selain Razif yang tenang memeriksa sesuatu di beg duitnya.
Di sekeliling aku pula cuma ada perhentian rehat.
"Ha, dah bangun!"
Aku menoleh ke arah dia. "Kita kat mana ni?"
"Kita baru je sampai kat perhetian pertama kita. Jauh lagi perjalanan. Tapi sekarang dah tengahari dan lebih baik kita.. makan kat sini dulu."
"Oh. Awak keluar lah dulu."
"Macam mana nak keluar kalau awak pegang tangan saya?"
Aku tahu yang aku memegang tangannya begitu erat. Segera aku lepaskannya. "Sorry."
"Tak apa." Aku lihat dia renggangkan tapak tangannya.
Mungkin aku pegang terlalu kuat sangat sampaikan menyakitkan tapak tangannya.
"Jangan... lama sangat make-up tu. Awak masih nampak okey. Kalau tak make-up pun, muka awak tak berubah."
"Apa maksud awak, hah?! Awak nak cakap saya ni hodoh?"
"Kalau itu yang awak rasa, teruskan lah. Tapi saya maksudkan lain."
Aku memukul bahunya. "Saya tak nak make-up pun lah! Saya cuma nak check aje muka saya ni ada ke tak tahi mata ke. Nanti awak juga malu kalau orang cakap isteri awak ni selekeh."
Di ketawa kecil dan keluar.
Tidak aku sangka dia membantu buka kan pintu kereta untuk aku keluar.
"Awak pergi tunggu kat meja dulu, okey? Saya nak pergi tandas sekejap. Kalau awak nak pesan apa-apa, pesan lah. Ini wallet saya."
"Saya ada duit lah."
Diletakkan dompet dia ke dalam tangan aku. "Ambil je, okey? Awak boleh beli semuanya! Satu kedai pun tak apa."
"Eee.. awak ingat saya makan banyak ke?"
"Pergi beli, okey? Nanti saya datang."
"Awak nak makan apa, nak minum apa?"
"Apa yang awak makan, saya makan."
"Betul ni?"
"Betul lah. Saya dah tak tahan ni. Saya pergi dulu!" Dia berlari anak pergi.
Aku menggerenyet. Pengotor betul lah dia ni.
Nak tak nak, aku pergi juga beli makanan dan minuman. Kemudian aku pilih meja yang agak dekat dengan kawasan keluar masuk supaya aku dapat lihat Razif dan dia pun dapat tahu meja aku kat mana.
Sedang aku menanti, telefon bimbit aku berdering. Segera aku mengambilnya sebab aku sangka kan Wani akan beritahu aku tentang doktor baru.
Malang sekali itu adalah panggilan daripada baba.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam. Ayna sihat?"
Aku tersenyum bila mendengar suaranya. "Alhamdulillah.. sihat-sihat je. Baba macam mana?"
"Baba macam ni lah. Sihat macam biasa je. Kalau umi kamu tu tak minta baba makan ubat, tak makan lah baba ubat tu."
"Makan lah. Jangan lah bahayakan diri baba tu. Ayna nak baba sihat-sihat je."
"Yelah."
Baba jenis yang susah nak dengar cakap. Tapi buat juga kalau dia dah rasa serabut sangat.
"Ayna ada kat mana sekarang?"
"On the way nak pergi kampung lah ni. Kan Razif dah janji yang dia nak bawa Ayna pergi honeymoon kat kampung."
"Laa.. takkanlah pergi kampung je untuk honeymoon? Tak nak pergi ke tempat lain?"
"Tak nak lah. Razif tak cakap apa-apa pun. Ayna nak terhegeh-hegeh pula. Nanti apa dia cakap."
Aku dengar nafas baba dihela berat. "Suka hati kamu lah. Apa-apa pun.. macam mana layanan dia setakat ni?"
Aku tahu ini lah yang baba risaukan sebenarnya. "Setakat ni... okey je. Tapi tak tahulah lepas lama-lama kahwin nanti macam mana. Takut lah kalau dia tunjuk belang dia."
"Hisy! Baba tak rasa Razif lelaki yang macam tu. Mustahil dia akan buat kamu rasa.. macam tu. Dia dah janji yang dia akan jaga kamu masa dia masuk meminang dulu."
Nak sangat aku tahu akan apa yang jadi masa mereka masuk meminang aku dahulu.
"Boleh tak.. baba cerita apa yang jadi masa hari diorang masuk meminang tu?"
"Razif tak ada beritahu ke?"
"Tak. Baba.. beritahulah."
Baba diamkan diri cukup lama.
"Ba!"
"Okey.. baba beritahu."
Aku tersenyum senang.
"Masa tu.. kamu pergi seminar dekat Johor. Keluarga diorang datang untuk masuk meminang. Macam apa yang kami sekeluarga dah rancang. Kami nak kenalkan kamu dengan dia. Tapi kamu tak ada. Datin Farhana dengan Datuk Ahmad waktu tu kena pergi luar negara. Tak nak lambatkan.. kami teruskan saja."
Aku mendengarnya dengan asyik.
"Lepastu kami ceritakan tentang kamu pada diorang, tunjukkan kamu gambar kamu dan diorang setuju nak jadikan kamu isteri kepada Razif. Baba ada bercakap dengan Razif berdua waktu tu. Dia janji pada baba yang dia akan jaga kamu tak kira apa yang jadi sekalipun. Dia takkan ceraikan kamu malah dia akan cuba memahami perasaan kamu."
Tersenyum aku mendengarnya.
"Sebab tu baba yakin.. untuk lepaskan kamu pada dia. Baba yakin dia akan jaga kamu tanpa sakitkan hati kamu walau sekali pun. Baba tahu dia budak lelaki yang macam mana. Dia yang terbaik dan sebab tu baba pilih dia untuk kamu."
Kecewa sikit kerana Razif pernah menyakiti hati aku dengan bercakap dengan perempuan lain.
"Baba harap.. kamu bahagia dengan dia. Bincang dengan dia elok-elok kalau ada benda yang kamu tak suka pada dia. Janji?"
"Janji."
"Baba dah nak kena pergi ni. Nak bawa umi pergi beli barang dapur. Nanti baba telefon lagi, ya? Assalamualaikum."
"Ya. Waalaikumusalam."
Kata baba mungkin senang sebab dia tak ada kat tempat aku. Yang rasa sakitnya aku. Janji Razif pada baba mungkin baba boleh percaya. Tapi jika janji dia pada aku, agak berat untuk aku percaya kerana hati Razif dimiliki. Aku tahu itu bukan aku.
"Hei, dah pesan?" Dia tiba.
"Haah. Duduklah makan."
Dia duduk dan menatap makanannya. "Nasi ayam?"
"Ha, ha! Awak cakap awak tak kisah kan apa yang saya pesan? Jadi awak kena makan lah. Jangan nak merungut pula! Saya dah pesan kan makanan untuk awak, bawa dua pinggan ni datang sini, pergi ambil air balik. Awak ingat tangan saya ni ada empat ke, hah?"
"Saya tak cakap apa-apa pun lagi lah."
"Bukan boleh percaya. Dengar nada suara awak tadi pun dah buat saya tahu awak tak suka."
"Terima kasih."
"Sama-sama."
Kami berdua menikmati makanan kami yang ada di depan selepas doa makan dibaca.
Share this novel