bab 10

Romance Completed 3795

SELESAI juga aku basuh pinggan di dapur. Habis basah baju kurung yang aku kenakan selepas salin baju pengantin di hotel tadi. Nak buat macam mana, inilah gaya nya kalau dah habis basuh pinggan.

"Saya masuk dulu, ya kak?" Kata aku kepada seorang pembantu rumah di sisi aku.

"Baiklah, cik."

Aku melalui ruang tamu sebelum sempat aku naik ke tingkat atas dengan menggunakan tangga yang ada.

"Ayna!"

Nama yang diseru itu buat aku datang mendekat. "Ya, ibu?"

"Tengoklah tu. Kan ibu dah cakap tak payah susah-susah nak basuh pinggan. Habis basah baju tu."

"Alah, boleh cuci balik lah ibu. Ibu tak perlu risau pun."

"Tapi ibu tak suka lah bila Ayna buat kerja rumah ni. Biar bibik je yang buat. Apa guna bayar diorang kalau diorang tak boleh buat kerja."

"Sekali-sekala. Lepas ni.. Ayna pun kena jaga rumah Ayna sendiri dengan Razif."

Ibu senyum manis pada aku.

"Dahlah, Ayna naik.. mandi lepastu rehat, ya?" Ujar ayah.

"Okey, ayah. Ayna naik dulu, ya? Selamat malam."

"Selamat malam."

Sebaik saja aku hendak melangkah pergi, Razif berdiri di belakang aku yang buat aku melanggar dadanya dan hampir jatuh. Namun mujurlah dia menyambut aku dengan memegang kedua-dua lengan aku.

Tangan yang aku letakkan ke dada dia buat aku rasa tak keruan. Lebih-lebih lagi aku menatap wajah manisnya. Ya Allah, kenapa hamba-Mu yang seorang ini sering buat aku tak keruan?

Aku melepaskan pegangannya apabila Raya di sofa yang sama berdeham mengusik.

"A.. Ayna minta maaf."

"Tak apalah. Kami faham sebab kamu berdua ni pengantin baru. Pergilah masuk bilik dan berehat." Kata ayah.

"Ayna mandi dulu." Aku segera berlalu pergi meninggalkan Razif.

Di tangga, aku mengeluh lemah. Dada yang turun naik itu aku pegang dengan baik. Aku tak boleh terlalu beri muka pada Razif sebab aku tahu ia takkan membuahkan hasil. Hanya pada aku seorang saja nanti.

Disaat aku ingin melangkah, aku mendengar Razif dan keluarganya berbual dan menyebut tentang abang aku bertiga.

"Apa yang kamu dengan abang-abang Ayna bualkan?" Tanya ayah.

"Tak ada apa-apa lah."

"Mustahil tak ada apa-apa. Raya tengok.. abang macam kena ugut je dengan diorang. Kenapa? Diorang.. ugut abang kalau sakitkan hati kak Ayna, abang akan dipukul? Dibunuh?"

"Hisy, apa Raya ni cakap sembarangan!" Marah ibu dengan cara Raya berbicara.

Aku tahu Raya mesti dimarahi dengan teruk dan kerana itu dia diamkan diri.

"Kalau betul lah apa yang adik kamu cakap tu, ayah nak kamu ambil benda ni sebagai satu panduan untuk kamu bawa Ayna dan bimbing dia ke jalan yang benar."

"Diorang cuma minta.. Razif jaga Ayna dengan baik je. Dia tak nak Ayna ingat apa yang jadi lagi. Keperitan tu diorang nak Razif buat Ayna lupakannya."

"Baguslah."

"Tapi.. Razif takut Razif takkan dapat terima apa yang jadi pada dia suatu hari nanti."

Hati aku runtun. Jadi benarlah yang dia bukan ikhlas menerima aku. Itu semua kerana dia terpaksa.

"Jangan jadi itu sebagai alasan, Razif. Kamu dah pernah cakap kan yang kamu akan terima dia seadanya. Jadi ayah tak nak kamu ungkit balik semua ni bila fikiran kamu bercelaru."

"Betul tu, Razif. Ibu sukakan Ayna. Dia baik sangat dan dia sesuai untuk Razif."

"Jangan buat dia terluka Razif. Kalau tak.. kamu yang akan dapat susahnya. Kamu yang akan menyesal jika cinta ada dalam diri kamu buat dia dan dia dah berputus asa pada kamu. Ayah tak nak dengar kamu lepaskan dia sebab alasan yang tak masuk akal."

Daripada perbualan yang aku dengar ini, ayah memang seorang yang garang. Mungkin Razif takut dengan dia.

"Razif akan cuba untuk cintakan dia, ayah. Maafkan Razif kalau Razif tak berjaya yakinkan hati Razif kalau Razif cintakan dia. Bukan mudah untuk Razif terima dia."

"Kenapa tidak?"

"Ayah pun tahu Razif dah lama tak bercinta, kan? Jadi Razif.. takut je."

"Tak perlu takut Razif. Apa yang perlu kamu buat cuma yakin je. Tak susah untuk bina rumahtangga kalau kamu betul-betul dah bersedia."

Betul kata ayah.

Namun aku berfikir tentang perasaan Razif. Aku saja yang suka kan dia. Tapi dia kahwin dengan aku sebab dia taat pada keluarganya seperti yang dia katakan. Bukan kerana dia dah tahu aku lah wanita yang dia akan kahwini.

Disaat aku mendengar tapak kaki Razif datang mendekat, aku mula gelabah untuk naik.

Tak disangka aku boleh jatuh pula dan Razif melihat aku.

"A.. awak buat apa ni?"

"S.. saya.. saya tak tahu bilik awak kat mana." Nasib baik aku ada alasan yang kukuh.

Dia mengeluh berat. Dia mendekati aku dan badan aku diangkat ke udara. Aku kini berada di dangkapannya.

"A.. awak buat apa ni? Lepaslah! Malu tahu tak kalau Raya, ayah dengan ibu tengok kita macam ni!"

"Kita kan dah kahwin. Diorang mesti faham sebab kita kan dah dipisahkan selama seminggu lepas akad nikah. Sekarang ni majlis persandingan kita dah berakhir dan inilah malam pertama kita."

"Awak jangan nak mengarut lah. Lepaskan saya!"

"Cubalah lepaskan diri awak."

Aku meronta-ronta dalam dangkapan dia tetapi itu tak menjadi masalah sebab dia terus mengangkat aku sehingga tiba juga di bilik dia.

Diri aku diletak baik-baik di atas kerusi meja solek dia. Dia kini melutut sebelah aku.

"Apa kat kaki awak ni?"

Aku melihat. Ada pelekat yang melekat di kaki aku yang aku sendiri tak menyedarinya.

Dia berlalu pergi untuk membuangnya dan datang semula dengan peti kecemasan.

"Belum apa-apa lagi dah luka." Bebel dia sambil meletakkan minyak gamat sikit ke kaki aku yang berdarah sikit itu.

"Awak juga lah!"

"Saya pula yang dipersalahkan? Perempuan macam ni lah. Semuanya nak salahkan lelaki."

"Eh, kalau awak tak terkejutkan saya, beritahu saya bilik awak kat mana, tak adalah saya jatuh!"

Dia senyum. "Okey.. saya salah dan saya minta maaf."

"Ha, kan bagus minta maaf untuk kesalahan awak. Tahu awak salah dan tak perlu nak salahkan saya pula."

Tiba-tiba saja dia menatap aku dalam ke anak mata dan buat aku takut dengan tatapan dia. Dia perlahan-lahan mendekatkan diri nya dengan aku.

"A.. awak buat apa ni? Dah malam tau ni."

Dia tak menjawab pertanyaan aku dan segera mendekati aku.

Akibat terlalu takut, aku pejamkan mata dan melarikan wajah aku ke kanan. Aku memegang bahunya yang mendekati aku dan cuba menolak nya jauh.

"Selamat malam." Bisik dia di telinga aku dan berlalu pergi.

Aku melihat dia sudah duduk di katil dan berbaring dengan selimut yang diselimuti badannya.

Perlahan-lahan aku duduk di atas katil sebelahnya. Aku menyelimuti bahagian pinggang aku dan menyandar kan kepala aku ke kepala katil. Aku mengerlingnya beberapa kali.

"A.. apa yang abang Ngah, abang cik dengan abang long cakap kat awak tadi?"

Dia tak menjawab.

"Razif!"

"Kenapa awak nak tahu?"

"Saja je. Beritahu lah saya apa yang diorang cakap kat awak tadi?"

"Tak perlu tahu. Itu hal lelaki je."

Aku mengeluh. Memang sah dia takkan beritahu aku sampai bila-bila pun.

Dia memusingkan badannya ke arah aku. Anak mata dia menatap aku.

"Saya minta maaf."

Berkerut kening aku. "Untuk apa?"

"Atas apa yang saya buat dan saya tak tahu itu salah. Selama tempoh seminggu ni saya mungkin.. ada buat sesuatu yang awak tak suka dan saya minta maaf. Kalau saya tak boleh jumpa awak, saya minta maaf."

Hati aku terubat.

"Tidurlah sebelum saya buat apa-apa yang awak tak suka. Saya masih lagi tak ngantuk sekarang ni."

"Hisy!" Marah aku lalu aku pun berbaring sambil menyelimuti diriku sendiri.

Aku dengar dia ketawa senang sebelum dia kembali memusingkan badannya bertentangan dengan aku.

Semakin lama aku biarkan mata aku, semakin aku lena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience