bab 11

Romance Completed 3795

LENA betul aku tidur di atas katil besar Razif ni dengan tilam yang empuk dan udara yang nyaman sehingga aku tak sedar waktu sudah menunjukkan pukul berapa.

Aku hanya dengar samar-samar bunyi azan di telinga. Tapi bunyi azan ini terlalu dekat dengan telinga aku sehingga aku pun tak tahu kenapa dia boleh dengar begitu jelas. Kemudian aku mimpikan aku mati dan tak sempat nak berdoa kepada Allah untuk meminta keampunan dari-Nya.

Dengan rasa terkejut sebegitu, aku pun bangun dan terpinga-pinga memandang ke sekeliling. Aku melihat seorang lelaki bersongkok, berbaju Melayu dan berkain pelekat sedang duduk bersila di sebelah aku.

"A.. awak buat apa ni?"

"Selamat pagi. Saya ingatkan awak dah dirasuk sampai liat sangat nak bangun pagi."

Aku mengusap muka dan mengeluh berat. "Awak buat saya terkejut tau. Macam mana kalau saya mati je tadi?"

"Tapi awak masih hidup, kan? Jadi bersyukurlah kepada Allah yang awak masih diberi kesempatan untuk nikmati bumi ciptaan-Nya. Kalau ditakdirkan awak takkan dapat tengok bilik ni lagi, macam mana?"

"A..awak.. jangan lah buat saya takut."

"Tahu pun takut! Dia dah ingatkan awak supaya ingatkan Dia. Jadi awak kena lah buat apa yang dah dia perintah kan."

Betul kata Razif. Selama ni pun aku selalu saja tinggal solat subuh sebab terlalu mengantuk. Kalau terjaga aku solat lah. Kalau tak terjaga, nak ambil wuduk pun aku malas. Tak solat lah aku.

Jadi aku menurut kata Razif. Aku ke tandas dan berwuduk. Selepas itu aku duduk di tikar sejadah dan memulakan solat dengan Razif mengimamkan aku untuk pertama kalinya selepas perkahwinan kami.

Selesai saja dia membacakan doa, dia berpaling memandang aku dan menghulurkan tangannya.

Mula-mula aku sedikit ragu hendak menyentuh tangannya. Namun aku sedar yang itulah tanggungjawab aku. Aku pun bersalaman dengannya.

"Boleh kita batalkan air sembahyang sekarang?"

Aku menutup separuh badan aku dengan sejadah. "M.. maksudnya?"

"Batalkan sesi air sembahyang kita lah."

"Eh, awak jangan macam-macam heh? Saya ni nampak je lemah macam ni! Tapi saya belajar silat dengan atuk tau. Sekali saya angkat kaki, melayang awak keluar."

"Wah, hebat nya isteri saya! Tapi tak salah kan?"

"Salah! Memang salah! Kita kahwin sebab keluarga tau. Saya tak cakap pun saya akan bagi jiwa dan raga saya kat awak, kan?"

Dia bangun dan melipat sejadahnya. "Gurau pun tak boleh."

Gurauan dia itu buat aku rasa sakit hati saja. Apa dia ingat aku ni senang-senang nak bagi apa yang aku ada kat dia? Sorry naik lori lah!

Selepas aku membersihkan diri aku dan selesai juga menyarungkan pakaian aku dalam bilik air, aku menyarungkan tudung pula. Gaya aku cukup biasa. Sebab aku pakai tudung, masih tak elok untuk bapa mertua aku tengok rambut aku sekarang ini. Jadi aku perlu jaga batas aku.

Sewaktu aku ingin melangkah, aku melihat Razif sedang duduk di kerusi sambil membaca buku di tangannya.

Disebalik buku itu, aku dapat melihat anak mata dia dan bahagian hidungnya. Begitu fokus dia dengan bacaan dia. Hati aku tak dapat berhenti daripada memuji dirinya. Aku senyum manis dan khayal seketika.

Dia berdeham. "Kalau nak batalkan sesi air sembahyang.. datang lah sini."

"Eee.. tak ingin pun lah! Gatal betul lah awak ni." Aku pun berlalu pergi.

Ketawa kecil aku dengan hal itu.

Sebaik saja aku turun, aku melihat ibu sedang menyiapkan sarapan untuk seluruh orang dalam rumah ni.

"Ibu, nak Ayna tolong tak?" Tanya aku.

"Tak payahlah Ayna. Ayna duduk je kat ruang tamu tu, ya?"

"Alah, Ayna bosan lah asyik nak duduk je. Ayna tolong ibu kali ni je, ya?"

Ibu menatap aku yang sedang berada di meja bertentangan dengan dia. "Semalam pun Ayna dah tolong ibu sampai buat ibu rasa tak senang hati. Sekarang Ayna nak tolong ibu juga?"

"Kan Ayna dah cakap yang Ayna bukannya jenis yang suka duduk diam."

Ibu senyum manis. "Meh lah sini!"

Aku segera mendekat dengan rasa yang gembira sebab aku boleh tolong dia buat kerja juga akhirnya.

"Ayna tolong umi potongkan timun ni."

"Okey."

Aku mengambil tempat untuk memotong timun yang ada. Aku hiris dia baik-baik supaya tak kena tangan sangat.

"Ibu nak masak apa ni?"

"Nasi lemak. Semalam ibu dah tumiskan kuah nya."

"Oh." Balas aku.

"Ayna tahu masak?"

"Sikitlah. Dulu umi pun selalu je ajar masak sebab Ayna satu-satunya anak perempuan dia. Dia nak Ayna warisi bakat memasak dia lah. Kalau masakan susah tu.. Ayna tak tahu masak sangat."

Ibu mengangguk mengerti. "Ayna tahu masak.. rebung masak lemak?"

Baru pertama kali aku mendengar masakan itu. "Rebung masak.. lemak?"

"Ya."

"Tak tahu lah pula."

Aku dengar ibu ketawa.

"Itu makanan kegemaran Razif. Dia pernah beli rebung masak lemak tu dekat kawasan kedai sini. Boleh dikatakan.. hari-hari lah dia beli sejak dua tahun lepas. Itu dah jadi makanan kegemaran dia."

"Oh.. pelik betul."

"Kan? Tak ada orang kat dalam rumah ni suka makanan yang macam tu. Dia suruh ibu masak sekali-sekala. Ibu pandai lah juga masak dan nasib baik kena dengan selera dia. Kalau Ayna nak belajar, ibu boleh ajarkan."

"Boleh juga."

"Besok kita masak, ya? Hari ni tak boleh sebab ibu kena pergi butik."

"Tak apa, Ayna faham."

Bukannya aku tak tahu yang mak mertua aku ni ada buka kedai butik dia sendiri. Malah aku dah tahu sejak aku buat keputusan untuk kahwin dengan Razif.

"Macam mana lepas.. sehari Ayna kahwin dengan Razif? Dia layan Ayna baik tak?"

"Alhamdulillah."

"Baguslah. Ibu... tahu Ayna mungkin akan salah faham dengan dia. Ibu cuma nak cakap yang Ayna takkan faham perasaan dia. Tapi belajar lah untuk faham."

Aku menatap ibu pelik.

"Even.. ibu sendiri pun tak boleh faham perangai dia macam mana. Dia terlalu.. sorokkan hal peribadi dia. Dia tak pernah nak beritahu ibu apa yang ibu patut tahu. Jadi ibu tak pernah nak faham perasaan dia. Sebab tu ibu nak Ayna faham perasaan dia."

"Dia.. memang kawan rapat dengan Damia?" Entah kenapa aku nak sangat tahu hal itu.

"Ya. Itu perkara biasa sebab dia memang berkawan dengan Damia. Diorang ni macam animasi Cat & Dog tu. Tak boleh dipisahkan. Damia tolong dia dan dia tolong Damia."

Terlalu istimewa persahabatan mereka.

"Diorang tak pernah.. suka kan satu sama lain sebelum ni?"

"Itu tak mungkin lah! Hati Razif tu dimiliki selama berpuluh tahun ni. Dia tak pernah cakap siapa perempuan tu. Tapi dia ada simpan lukisan perempuan tu. Cuma dia sorokkan sampai tak ada sesiapa tahu."

Itu mesti Damia. Mustahil hubungan yang dah lama seperti itu malah saling membantu tak wujudnya kasih sayang antara mereka. Aku yakin Razif sukakan Damia.

Aku membantu ibu menghidangkan jamuan untuk pagi ini ke atas meja.

"Wah, sedapnya!" Raya turun dengan beg dan jaket dibawanya.

"Sedap tu memang lah sedap. Nak tolongnya tak nak."

Raya menarik muncung yang buat aku senyum manis.

"Nasi lemak!"

Aku melihat Razif begitu senang dengan jamuan hari ini. Dengan aku-aku sekali naik gembira melihat dirinya.

"Duduk lah." Aku menarik kerusi untuknya duduk.

Dia duduk di kerusi yang aku tarik.

Aku membantunya sendukkan nasi lemak ke pinggan dia, mengambil beberapa jenis lauk buat nasi lemak dan tuangkan air ke gelas dia. Tak sangka aku berjaya jadi isteri mithali untuk dia seketika.

"Awak.. makan lah."

"Terima kasih, sayang."

S.. sayang? Biar betul dia ni? Buat aku lemah lutut sajalah dengan panggilan dia itu.

"Awak okey? Kenapa muka merah je?" Tegur dia.

"M.. mana ada! Makan lah."

Dia mengangguk lalu menyuapkan nasi lemak ke mulut dia.

"Ayna pun duduk lah makan. Ibu pergi panggil ayah kejap. Entah apalah dia buatnya kat atas tu." Kata ibu lalu melangkah pergi.

Aku turut duduk di sebelah Razif dan menyendukkan makanan aku sendiri. Aku suapkan dan tersenyum senang dengan masakan ibu. Memang sedap sungguh.

"Abang, akak..."

Aku dan Razif menatap Raya di hadapan kami serentak.

Senyuman penuh makna nya buat aku tertanya-tanya. "Macam mana? Okey tak malam pertama?"

"Ibu! Tengok Raya ni tanya soalan yang bukan-bukan ni."

"Eh, janganlah panggil ibu! Dahlah Raya pergi dulu lah. Bye, kak Ayna!" Dia berlalu pergi.

Aku tersenyum dengan perwatakan nya.

"Kalau lah dia tahu yang tak ada apa yang menarik, mesti dia tak suka dengar juga semua ni."

"Maksud awak apa, hah?"

"Cakap je."

"Selagi saya tak dapat terima awak, selagi tu saya tak boleh bagi apa yang awak nak. Saya harap awak boleh faham dan.. janganlah mendesak saya."

Razif senyum ke arah ku. "Tak apa.. sayang. Saya faham kedudukan kita sekarang. Saya tak kecil hati malah tak akan mendesak awak sampailah awak sendiri yang terhegeh-hegeh nak bagi kat saya."

Aku memukul bahunya. "Awak nak cakap yang saya akan tunduk pada awak lah?"

"Negatif lah awak ni fikir."

"Eleh, saya dah tahu dah lah orang macam awak ni fikir macam mana?"

Sakit hati pula aku dengan dia. Tak tahu lah kenapa emosi aku asyik bertukar bila dengan dia. Marah ada, sedih ada dan gembira pun ada.

Selepas ayah selesai makan, dia berangkat ke tempat kerja. Razif pula ke tingkat atas dan seperti biasa dia akan baca buku kata ibu. Aku dengan ibu saja yang ada kat bawah. Tapi ibu akan ke butik dia tak lama lagi.

Aku melihat ibu membuat semua kerja rumah. Dia kini mengemop lantai dan jam di dinding dah menunjukkan pukul sebelas pagi.

"Mana bibik kat rumah ni?"

"Diorang datang tengahari. Semalam ibu ambil bibik lebih sikit supaya diorang boleh sediakan makan malam Ayna dengan keluarga. Bibik kat rumah ni cuma ada dua orang aje. Cuma diorang kerja 12 tengahari nanti."

"Ibu kan dah lambat nak pergi ke butik. Biar Ayna jelah buat kerja ni semua."

"Eh, banyak ni! Tak apa biar ibu buat."

"Alah, ibu pergi lah siap-siap. Ayna pun dah biasa buat kerja rumah. Ibu jangan risau lah. Nanti ibu lambat pula."

Aku tahu ibu memang lambat. Dia kerling jam dan merelakan aku untuk buat semua kerja rumah.

Selepas ibu pergi, aku uruskan kerja rumah dengan baiknya dan pastikan keadaan rumah bersih. Kata ibu dia akan balik petang nanti dan mungkin lebih awal sikit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience