bab 9

Romance Completed 3795

KAMI sekeluarga tiba di rumah ibu juga akhirnya selepas majlis tamat.

Aku menaiki kereta dengan keluarga aku untuk ke sini memandangkan Razif akan bawa keluarganya naik kereta dia. Selepas itu, baba akan bawa aku ke rumah ibu kerana aku kena menetap di sana sebab kata baba aku dah menetap di rumah aku dan kenalah layan mak mertua aku pula.

Gemuruh betul aku nak duduk rumah ibu. Takut lah nanti perangai aku tak disenangi oleh ibu.

"Ayna ingat, bangun awal-awal pagi bila dengan keluarga diorang. Jangan nak bangun ikut suka Ayna je. Kalau Datin Farhana tu suruh Ayna buat kerja, jangan malas. Jangan terperap je dalam bilik. Sekali-sekala jumpa dia dan berbaik dengan dia."

Buat sekian kalinya, aku kena dengar baba bagi nasihat kat aku suruh buat itu dan ini bila di rumah ibu.

"Ayna tahulah, baba."

"Baba bukannya apa, risau kalau Ayna ambil apa yang baba cakap ni sambil lewa je. Ingat Ayna, Ayna dah jadi isteri orang. Tak ada lagi Ayna kena berpisah dengan Razif."

"Yang tu pun Ayna dah tahu. Baba tak payah lah risau. Ayna tahu macam mana nak jaga diri."

"Ikut suka hati kamu lah."

Aku memandang ke luar jendela dan melihat rumah agam ibu yang tersergam indah.

Dengan kagum nya, aku keluar. Aku duduk di antara abang cik dan abang Ngah yang turut kagum melihat rumah ini. Kami berempat menatap ia seperti sesuatu telah terjadi kepada bumi ini.

"Kamu berempat ni, memang sah adik beradik." Tegur umi.

Kami berempat pun menoleh.

"Tak payah nak tengok rumah orang macam tu."

"Cantik kut rumah dia. Siap ada laman besar lagi, dengan rumput hijau. Rumah pula mengalahkan manor house aje." Kata abang Ngah.

"Tak kisahlah. Diorang dalam perjalanan tu. Lain pula diorang fikir kalau kita tengok rumah diorang macam tu."

"Hisy, umi ni! Tengok je, bukannya nak satu pun. Abang cik boleh beli lah yang lain."

"Umi tak cakap pun macam tu, abang cik. Cuma jangan terlalu kagum sangat. Meh sini!"

Kami berempat melangkah ke tempat masing-masing. Kalau umi dah cakap macam tu, tak ada siapa yang berani melawan.

Lebih kurang lima minit kemudian, keluarga Razif tiba juga. Mereka masukkan kereta ke dalam halaman rumah dan orang tua Razif keluar dari kereta mendekati keluarga kami.

"Masukkan kereta kat dalam laman rumah ni." Kata ayah.

"Eh, tak apalah Ahmad. Aku dengan.. keluarga nak kena balik dah sebab kami risau kat budak-budak tu."

"Alah, sekejap je. Kami sediakan makan malam."

"Tak apa, Ahmad. Lain kali aku datang lagi, ya? Kami akan tinggalkan Ayna je kat sini."

Aku tak berapa setuju dengan hal tu.

"Alah baba, jom lah masuk! Makan malam kat sini lepastu baba dengan umi balik lah. Teman Ayna kali ni je. Lain kali.. Ayna tak boleh dah jumpa umi dengan baba."

"Mengadanya! Bukannya kamu tak boleh datang ke rumah kami." Kata umi.

"Sekejap je. Ayna janji yang Ayna takkan halang umi dengan baba nak balik. Kali ni je korang ikut makan kat sini sekali. Boleh kan.. ibu ayah?"

Ibu dan ayah tersenyum dan mengangguk.

"Ha, tengoklah! Ibu dengan ayah pun setuju. Umi dengan baba pun.. jom lah masuk sekali."

Aku melihat baba menoleh ke arah abang aku bertiga. Mereka mengangguk dengan senyuman kepada baba seperti mengizinkan baba untuk ikut kehendak aku.

"Kalau abang-abang kamu pun.. dah setuju, kami tak boleh lah nak bantah lagi."

"Ya, betul tu. Kami harap.. kami sekeluarga tak menyusahkan Ahmad dan Farhana sekeluarga lah." Balas umi pula.

"Tak ada menyusahkan pun. Lagipun dinner memang dah siap untuk korang. Jom masuk."

Kami mengikuti keluarga Razif masuk ke dalam rumah. Namun langkah aku terbantut apabila abang cik memanggil aku.

"Nah, beg kau! Bawa sendiri."

"Abang!" Marah Kak Farah dengan sikap abang cik itu tadi.

"Yelah, beg dia biar dia bawa sendiri lah. Bukannya beg abang, kan? Biar dia tahu cara berusaha sendiri sebab dia bukan lagi anak bongsu, satu-satu nya anak perempuan. Dia dah kahwin."

"Tapi minta lah dia bawa beg tu elok-elok. Bukan main letak je!"

"Entah! Kasar sangat lah abang cik ni!" Marah aku.

Abang cik mengeluh berat. Dia pamerkan senyuman penuh kepuraan kepada ku. "Wahai Puteri Nayna Arissa, hamba letak beg tuanku di sini, ya? Jadi tuanku bawa sendiri lah beg tuanku. Assalamualaikum."

Kecil besar, kecil besar jelah aku tengok abang cik aku ni semakin lama. Tak apa Nayna, sabar! Ada lori ada bas, ada hari aku balas!

"Biar kak Nat tolong, ya?"

Dengan baik hatinya Kak Natrah ingin membantu aku.

"Tak apa, biar saya tolong angkatkan beg isteri saya."

Namun suara yang tenang itu telah menyatakan hasratnya dari belakang aku. Dia mengambil beg yang ada di sebelah aku.

Hati aku sekali lagi seperti tidak keruan melihat dirinya. Baik sekali dia hendak membantu mengangkat kan beg aku. Semakin aku lihat urat-urat dia, aku tak tentu arah. Senyuman yang dia ukirkan kepada Kak Natrah, Kak Farah dan Wani mampu buat aku lemah.

"Awak boleh tengok saya lepas ni. Jom masuk."

Bisikan dia di telinga aku buat aku malu. Dia tinggalkan aku macam tu saja dengan Kak Farah, Kak Natrah dan Wani.

Tatapan mereka buat aku menjeling dan terus berlalu. Aku hanya mendengar mereka ketawa.

Sebaik saja masuk, ibu mendekati aku. Dia tersenyum dan aku membalas senyumannya. Tangan aku yang dipegangnya dibawa sehingga ke meja makan.

"Duduk sebelah ibu, ya?"

"Okey. Ibu pun duduk lah dulu."

Kami bersama-sama duduk di kerusi.

"Ayna nak makan lauk apa? Biar ibu ambil kan."

"Ayna tak kisah lauk apa sekalipun."

Ibu memilih lauk ayam masak merah buat aku. "Ini ibu yang masak tadi. Rasalah sedap ke tak."

"Okey, terima kasih."

Sebaik saja doa dibaca, aku pun menyuapkan ayam masak merah dan nasi ke mulut aku.

"Wah, sedapnya!" Puji aku.

"Yeke? Makanlah banyak-banyak. Nak lauk apa pun, Ayna ambil lah. Ibu tak kisah."

"Gemuklah Ayna macam ni."

"Gemuk pun tak apa! Ibu lagi suka. Ayna makan, ya?"

Aku mengangguk.

"Awak pun makan lah, Farhana."

"Haah. Tak best lah kalau Ayna sorang je makan." Kata aku pula.

Ibu pun menyuapkan makanan ke mulutnya. Kami sekeluarga betul-betul menikmati masakan di rumah ibu.

Aku melihat Razif yang diam menikmati makanannya di sebelah aku. Aku tahu dia mesti rasa kecewa sebab Damia tak datang ke majlis perkahwinan dia. Aku tahu perasaan dia macam mana. Memang aku takkan ada peluang dalam hati dia jika Damia ada di dalamnya.

Sebaik saja kami selesai makan nasi dan beberapa lauk yang lain, kini pembantu rumah mengambil semula lauk-lauk kami dan diletakkan pencuci mulut iaitu puding karamel dengan secawan teh.

Sewaktu aku sedang asyik menyuapkan puding karamel ke mulut aku, abang Ngah di sebelah hadapan aku memanggil aku dengan bunyi bisikan.

Aku menatapnya.

Dia mengisyaratkan Razif dan puding karamel. Tertanya-tanya aku apa maksudnya. Abang Ngah menunjukkan sudu berisi karamel dan menyuapkannya ke mulut dia lalu dia pun mengisyaratkan anak mata nya ke arah Razif.

Aku mengerti. Aku menggeleng dengan permintaan dia.

"Razif, buka mulut kejap." Katanya.

Terkejut aku bila abang Ngah tiba-tiba saja.

"Kenapa?"

"Buka jelah."

Razif menurut dan membuka mulutnya. Tak mahu tertunggu-tunggu, aku segera menyuapkan puding karamel ke mulutnya dan kemudian aku diam membisu. Agak malu sebenarnya.

Aku tahu yang lain mesti tersenyum dengan tindakan aku. Aku dengar ketawa abang Ngah yang kuat. Segera aku hadiahkan dia tatapan tajam.

"Cantik betul rumah aunty dengan uncle ni." Puji abang long yang pandai berbicara.

Mujurlah abang long ada untuk buka mulut dan tidak terlalu melayan rasa malu aku tadi.

"Terima kasih. Rumah ni... uncle yang design sebab.. katanya dia nak tinggal selama-lamanya kat sini."

"Bagus betul. Boleh lah saya ambil design uncle kat bahagian laman tu."

"Ambil je. Kami pun berharap dapat bagi inspirasi kepada sesiapa saja yang berminat."

Abang long tersenyum.

"Nanti abang Ngah boleh tolong design lebih lagi. Uncle dengan aunty pun kalau nak buat apa-apa binaan, panggil je saya."

"Boleh. Kalau kami tahu lama dulu, kami akan panggil kamu." Ujar ayah.

Mereka berbual tentang kecantikan rumah ayah dan ibu. Aku gembira mendengarnya sebab rekaan ini direka mengikut citarasa setiap keluarga. Nampak sangat keluarga mereka bahagia.

"Dulu saya buat landskap kat rumah atuk dengan nenek je. Lepastu dapat lah ilham untuk berjaya lebih. Sebab tu lah saya ambil bidang arkitek bahagian landskap."

"Oh yeke? Menjadi tak landskap tu?"

"Mestilah! Tengok lah tangan siapa." Kata abang Ngah bangga.

"Eleh, itu pun kau gagal beberapa kali, kan?"

Abang Ngah memarahi abang cik yang menyampuk.

"Sudahlah!" Marah abang long pula.

"Bercakap pasal.. atuk dengan nenek, diorang tahu tak Ayna dengan Razif dah kahwin?" Entah kenapa aku jadi rindu kat nenek pula.

"Dah. Diorang nak datang. Tapi Ayna tahu lah macam apa yang ibu cakap sebelum ni."

"Ayna rindu lah kat diorang. Kesian pula bila diorang tak boleh datang. Kenapa abang long tak ambil diorang?"

"Laa.. abang long kan sibuk."

Alasan tu saja yang boleh diberi.

"Kesian lah kat diorang."

"Nak buat macam mana?"

"Abang cik?"

"Tak ada yang beritahu, abang cik tak ambil lah."

"Takkan tu pun nak kena ingatkan?"

"Manalah abang cik tahu."

Aku merengus marah.

"Apa ni nak bergaduh pula? Tak payah risau lah. Nenek dengan atuk faham." Pujuk umi.

"Betul tu. Kan depan rezeki ni. Nak bergaduh apanya."

Peringatan umi dan baba buat aku tersedar yang aku bukan berada di rumah aku sendiri sehingga aku nak berperangai garang seperti ini. Aku dirumah mak mertua aku. Jadi aku kena pandai jaga perangai aku.

"Ayna minta maaf, ibu ayah." Segera aku meminta maaf pada kedua mertua aku.

"Tak apa, kami faham."

"Kalau awak kesian kan diorang, saya boleh bawa awak pergi rumah atuk dengan nenek. Anggaplah ia sebagai.. tempoh bulan madu kita."

Aku memandang Razif yang bersuara. Tatapan ikhlas dia buat aku tahu dia sudi nak bawa aku jumpa dengan nenek dan atuk.

"Bagus juga cadangan Razif tu. Razif tak pernah pergi kampung. Boleh lah Ayna tunjukkan dia kampung Ayna tu. Mesti Razif suka, kan?" Kata ayah.

Razif mengangguk.

"Kalau.. dah macam tu, okey lah."

Senyuman dihadiahkan lagi buat aku dan jantung aku berdegup dengan hal yang tak disangka kan itu.

Perbalahan aku dan abang-abang aku berakhir macam tu saja.

Aku menghantar keluarga aku ke luar rumah dengan keluarga Razif yang ingin mengucapkan selamat tinggal kepada mereka juga.

Aku bersalaman dengan umi dan baba. Aku memeluk umi amat lama sehingga umi meleraikannya secara paksa. Kalau diikutkan, aku nak peluk dia lama-lama supaya tak dapat dilepaskan lagi.

"Jangan nak mengada lah. Sekarang ni.. kamu tu dah jadi isteri orang. Perangai jangan budak-budak sangat. Buat macam orang dewasa sikit."

Aku mengetap. "Umi ni! Nanti Ayna rindu macam mana kat umi?"

"Rindu konon! Dah, jangan nak mengarut."

"Boleh tak Ayna nak jenguk umi lepas ni?"

"Ya Allah budak ni! Umi bukannya buang kamu pun. Kamu tu masih anak umi dan datang lah bila-bila masa yang kamu nak."

Aku ketawa kecil dan memeluknya lagi. "Umi jaga diri, jaga kesihatan tau. Bila-bila masa Ayna datang jenguk umi."

"Yelah."

Aku ukirkan senyuman manis kepadanya dan baba. Aku turut memaniskan wajah dengan Kak Farah, Kak Natrah dan Wani di samping umi.

"Mana budak bertiga tu?" Tanya baba.

"Tu."

Jari telunjuk Kak Natrah buat kami semua menoleh ke kanan dan terlihat abang Ngah, abang cik dan abang long berdiri di hadapan Razif. Kalau dilihat, mereka seperti memberi dia ugutan.

"Abang Ngah, abang cik, abang long!"

"Ya, Ba?" Jawab mereka serentak.

"Jom balik. Borak apa lagi tu?"

"Borak biasa je, Ba. Kejap okey?" Ujar abang long.

Lebih kurang lima minit kemudian, mereka pun datang mendekat.

Aku menatap wajah biasa Razif. Apalah yang abang bertiga aku tu cakap pada dia. Mesti ia sebuah ugutan.

"Kami balik dulu, uncle.. aunty dan Raya." Kata abang Ngah.

Kini keempat-empat buah kereta sudah tidak aku lihat di pandangan mata aku lagi.

"Ayna, jom masuk."

Ibu membawa aku masuk ke dalam rumah.

"Ayna tolong ibu bersihkan meja, ya?"

"Tak payahlah. Biar bibik je yang buat."

"Alah, Ayna suka buat kerja rumah. Jadi apa salahnya Ayna tolong?" Aku terpaksa menipu sikit supaya aku dapat buat kerja bagi membantu dia.

"Yelah."

"Ibu pergi rehat, ya? Biar Ayna dengan bibik je yang buat."

"Mana boleh."

"Ibu sayang Ayna, kan?"

"Mestilah!"

"Kalau macam tu, ibu rehat." Balas aku.

Ibu awalnya tak nak pergi. Tetapi aku terus mendesak dia sehingga akhirnya dia merelakan juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience