BERITA tentang aku yang dah kahwin kini melebar luas di dalam hospital. Kejutan buat aku sebab ramai yang ucapkan ucapan tahniah di atas perkahwinan aku. Tak aku sangka mereka semua baik-baik belaka.
Dan... kerana berita ini juga lah, aku umpama artis terkenal yang baru saja mengeluarkan sesuatu kenyataan sehingga pihak media mula berminat nak menemu ramah berkenaan berita tersebut.
Kalau difikirkan balik, memang kelakar. Aku jadi terkenal kerana berita perkahwinan aku dah melebar luas dan ramai ingin mengetahui keseluruhan cerita akan apa yang mereka dengari. Ke mana-mana saja aku pergi hari ni, aku mendapat pertanyaan.
Tadi pun masa aku tengah periksa laporan di kaunter, Ain jururawat yang paling peramah di sini menatap aku dengan senyuman.
Aku memandangnya dengan curiga dan tahu apa yang dia fikirkan. "Biar saya teka. Awak nak.. tanya pasal perkahwinan saya?"
"Mana doktor tahu?"
Aku dah agak dah. Bosan juga nak cerita benda yang sama. Tapi aku tak nak lah imej sebagai doktor paling baik di hospital ini terjejas kerana aku tak nak terangkan hal sebenarnya.
"Hari ni.. ke mana-mana saya pergi, ramai yang akan berhenti sebab nak berbual dengan saya. Soalan diorang, 'betul ke doktor dah kahwin? Bila doktor kahwin? Macam mana suami doktor? Boleh kami kenal tak?.' Itu jelah soalan yang saya dapat."
"Memang betul pun apa yang.. saya nak tanya kat doktor."
Aku tersenyum manis. Aku menutup fail laporan aku dan menatapnya senang.
"Baiklah.. kaunter pertanyaan dah terbuka. Awak nak tanya apa, jururawat Ain?"
"Saya nak tanya.. macam mana doktor kenal dengan dia?"
"Lagi sekali saya kena jawab soalan tu."
"Alah, beritahulah."
Aku ketawa kecil mendengar suara memujuknya itu supaya aku beritahu dia cerita sebenarnya.
"Tak ada apa-apa yang menarik pun dengan cara kami berkenalan."
"Beritahu jelah. Doktor tak perlu nak merendah diri."
"Yelah, yelah.. saya beritahu awak."
Ain bertepuk tangan. Dia duduk di hadapan aku dengan tak sabar-sabarnya nak mendengar cerita aku.
"Saya kenal dengan dia.. masa kami berada di atas pelamin."
"Biar betul?"
"Terkejut, kan? Kalau awak tak sangka, saya lagi tak sangka."
"Lepastu?"
"Mula-mula saya.. memang tak sukakan dia. Sampailah akhirnya saya nampak muka dia. Dia ada ciri-ciri lelaki idaman saya. Anak mata yang cantik, personaliti yang baik dan dia.. seorang yang sesekali buat saya rasa annoying tapi... rindu."
Ayat terakhir tu aku agak kekok nak nyatakannya. Tapi itulah isi hati aku yang sebenarnya selepas akad nikah.
"Wah! Dengar doktor punya cerita ni buat saya rasa macam nak kahwin je."
Aku ketawa.
"Tapi.. doktor tak rasa takut ke kalau hubungan doktor dengan dia akan berakhir nanti?"
Ketawa aku hilang. Itu mungkin ketakutan aku sekarang. Tapi aku tahu yang aku tak cukup sempurna untuk bersama dengan dia. Perbezaan kami seperti langit dan bumi. Dia begitu tinggi dan indah di awanan manakala aku rendah dan sering dipulaukan.
"Saya tak bermaksud nak buat doktor kecil hati."
"Tak apalah.. saya faham. Entahlah macam mana hubungan kami. Tapi saya harap ada jalan penyelesaian yang terbaik."
Aku melihat Ain mengangguk setuju.
"Kalau doktor dengan dia ada anak, macam mana lah rupanya nanti, kan? Tak sabar saya nak tengok."
Malu aku jadinya kalau bercakap pasal anak sekarang. Rasa macam terlalu awal untuk fikir semua tu.
"Ada-ada je."
"Oh ya, doktor tak ada ke gambar dia untuk saya tengok muka dia? Mana tahu mungkin.. saya kenal dia ke?"
"Tak ada."
Wajah dia jelas kecewa dengan hal itu.
"Kalau awak tetap juga nak tengok, datanglah ke majlis sanding saya minggu depan dengan yang lain-lain. Lokasi nya, nanti saya beritahu awak balik."
"Boleh ke?!"
"Mestilah boleh. Saya tak kisah pun siapa yang akan datang ke majlis saya. Saya lagi suka kalau ada ramai orang. Sekurang-kurangnya... dapatlah memeriahkan lagi majlis."
"Kalau doktor dah cakap macam tu, saya pun senang. InsyaAllah.. saya akan datang kalau tak ada halangan."
Aku ukirkan senyuman manis aku pada dia.
"Saya buat kerja dulu lah, ya? Nanti.. lambat-lambat kan, marah pula pengarah."
"Baiklah."
Dia kembali fokus dengan kerjanya yang tak siap itu meninggalkan aku sendirian di kaunter.
Bosan juga aku jika nak kembali sekarang.
Aku buat keputusan untuk keluar dari bangunan hospital dan duduk di bangku luar saja. Lebih segar kalau dapat hirup angin semula jadi yang dianugerahkan oleh Allah buat semua umat manusia.
Sebaik saja aku duduk, aku menatap tenang ke hadapan aku yang hanya ada beberapa pesakit, pelawat dan juga tumbuh-tumbuhan yang mengelilingi nya. Tenang sungguh rasa keindahan alam.
"Ayna."
Aku menoleh dan melihat Wani tiba.
Wani duduk di sebelah aku dengan senyuman. "Kau kenapa duduk kat luar ni? Tak ada kerja ke apa?"
"Aku dah siap dah semuanya. Hari ni pun tak ada patient sangat. Jadi.. aku tak tahu nak buat apa. Aku ada banyak masa terluang."
"Laa.. yeke?"
"Kau pula.. tak ada kerja?"
"Aku baru je lepas train kaki pesakit aku. Sekarang ni dia tengah berehat."
Aku mengangguk mengerti.
"Bila kau balik rumah dengan abang Ngah?"
"Kau macam tak suka je aku tinggal kat rumah umi."
Aku ketawa. "Memang pun! Abang Ngah tu tak habis-habis nak ganggu aku dan buat aku rimas, tahu tak? Jadi sebab tu lah aku nak kau balik cepat supaya dia tak menyusahkan aku sangat."
Aku tahu Wani ambil kata-kata aku pun dengan gurauan. Dia tahu aku tak pernah maksudkan nya.
"Nanti lepas majlis sanding kau dengan Razif, aku balik lah. Lagipun abang Ngah kau tu ada kerja kat office dia."
"Tak kisahlah bila kau balik dengan dia. Tapi kau pesan lah kat dia supaya tak malukan aku depan keluarga Razif."
Wani ketawa. "Dia cakap kau betul-betul malu bila dengan Razif. Dia senang tau bila kau berkeadaan macam tu. At least dia tahu yang kau selesa dengan Razif."
"Eleh!"
Aku takkan mengaku aku selesa dengan Razif, mahupun sukakan dia sepenuh hati aku. Aku nak ia kekal sebagai rahsia saja sekarang ni.
"Aku dengar.. seluruh hospital bercakap pasal kau. Yelah, diorang mesti tak sangka yang doktor paling cantik kat sini dah kahwin. Jadi berita hangat lah. Lebih-lebih doktor lelaki yang sukakan kau. Frust lah diorang."
"Kau ni mengarut jelah!"
"Betul lah. Takkan kau tak tahu pasal Doktor Ali, Doktor Syafiq ataupun Doktor Amar? Diorang bertiga sukakan kau."
"Tapi aku tak sukakan diorang. Aku minta kau hentikan semua ni, heh?"
Wani senyum manis. Dia memang sama macam abang Ngah yang suka tengok aku gelabah, takut dan malu bila diusik.
"Kau.. happy kan?"
"Kenapa kau tanya?"
"Aku risau jelah, Ayna. Bukannya aku tak kenal kau sebelum ni. Sebab aku terlalu kenal dengan kau lah.. aku takut hati kau yang rapuh tu akan sekali lagi terluka."
Aku faham maksud dia. Selama ni pun, Wani selalu ada untuk aku dan dia lah yang peka dengan masalah aku.
"Kalau boleh.. aku nak tengok kau bahagia dengan Razif. Dia terima kau seadanya dan itu.. cukup buat aku. Kalau kau ada masalah dengan dia, aku harap kau boleh share dengan aku. Aku kan kawan kau."
Sebak aku mendengarnya. Aku segera memeluk dia erat yang buatnya membalas pelukan aku.
"Malu lah orang tengok." Dia meleraikan pelukan secara sengaja supaya situasi takkan haru dan pilu seperti ini.
"Kau ni! Kita kan kawan baik. Biarlah orang tengok."
"Eh, tak malu pula kau. Aku malu tau bila orang tengok aku dengan kau atas bawah je."
Aku menarik muncung, berpura-pura merajuk.
Tangan aku dipegang Wani dan diukirkan senyuman manis. "Sebelum aku lupa... kau tahu tak yang hospital kita ni akan ada doktor baru yang kelulusan universiti England?"
"Oh ya? Tak tahulah pula."
"Orang kata dia ni.. boleh tahan lah muka dia. Lelaki dan masih bujang. Umur dia lebih kurang umur kau dan dia pernah kerja part-time dekat Kopitiam tiga belas tahun lepas."
Terpaku aku mendengarnya. Lelaki? Sama umur dengan aku? Pernah kerja di Kopitiam tiga belas tahun lepas? Kenapa aku rasa macam itu dia? Orang yang aku benci? Kenapa meluat-luat hal itu dalam diri aku? Betul ke dia?
"Hei, kau okey tak?"
Wajah aku yang pucat mungkin buat Wani tertanya-tanya.
"A.. aku okey."
"Yeke? Asal nampak macam terkejut sangat je."
"Tak ada apa-apa lah." Aku cuba ukirkan senyuman padanya supaya dia tak salah anggap.
Aku tahu sebagai kawan baik, Wani lebih peka dengan perasaan aku. Dia mungkin tahu apa yang aku fikir dan rasakan. Namun aku takkan tunjukkan segala-galanya.
"Eh, aku.. masuk dulu lah. Aku terlupa aku tak siapkan lagi laporan akhir tu. Bye!" Tak nak buat Wani terus curiga, aku memilih untuk pergi.
Aku harap dia tak perasan dengan keadaan aku. Aku tak mahu diriku disangka lemah oleh orang sekeliling hanya kerana hal itu.
Menjelang ke petang, aku pulang ke rumah.
Di rumah, tak ada orang sangat melainkan anak-anak buah aku, umi dan baba aje. Semua orang pergi bekerja.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam. Ha, dah balik? Penat ke?" Tegur umi.
"Sikitlah. Ayna nak pergi joging kejap, ya?"
"Yelah. Jangan lupa.. beberapa hari je lagi majlis sanding. Jangan terlalu sibuk bekerja sangat, ya?"
"Baiklah, umi. Ayna pergi dulu."
Sebelum keluar bersenam di taman perumahan rumah umi dan baba, aku menyalin pakaian yang lebih selesa. Setelah itu barulah aku bersenam di sepanjang taman perumahan untuk menyihatkan diriku.
Dalam fikiran aku, tak henti aku memikirkan tentang lelaki yang Wani katakan. Minda aku katakan itu bukan dia. Namun hati sebaliknya berkata itu memang dia.
Entah jawapannya apa.
Share this novel