bab 5

Romance Completed 3795

CUTI aku berakhir selepas sehari perkahwinan aku dengan Razif. Aku tak boleh terus terperap di rumah dan nak cuti untuk beberapa tempoh yang lainnya. Aku kena bekerja keras untuk sara kehidupan aku dan aku tak boleh mengharapkan Razif seorang saja.

Meja makan dipenuhi dengan seluruh keluarga. Tak aku sangka yang dahulu aku selalu saja sendiri dan makan dengan umi dan baba, kini aku makan dengan kakak-kakak ipar dan abang-abang aku. Terasa lain.

"Pagi semua!"

"Pagi. Awal kau bangun?"

"Mestilah. Ayna nak kena pergi hospital sekejap lagi. Ada appointment dengan pesakit."

"Laa.. abang long ingat kau tak kerja."

"Mana boleh tak kerja. Lagipun minggu depan Ayna nak kena cuti balik. Habislah cuti tahunan Ayna kalau asyik cuti je. Jadi ada masa ni, Ayna kerja lah."

"Tak payahlah kerja. Kau tu pengantin baru. Duduk je kat rumah."

Tak faham aku. Kenapa setiap pengantin baru saja kena cuti? Tak boleh ke kalau mereka kerja selepas majlis tamat? Mengapa perlu mereka duduk terperap saja di rumah dan menghadap muka pasangan mereka 24 jam? Perlu ke?

"Bosan lah! Biar lah Ayna kerja. Bukannya Ayna buat benda tak elok pun. Ayna kerja je, kan?"

"Degil lah kau ni! Kan abang long cakap tak payah kerja. Yang susah sangat nak ikut, kenapa? Ikut jelah! Bukannya benda susah pun kitorang suruh buat. Kitorang suruh kau duduk kat rumah je, kan?"

Menyampuk saja lah abang cik aku ni.

"Suka hati Ayna lah! Abang cik boleh tak jangan nak menyampuk sangat? Abang cik tu kerja 24 jam. Tak kenal erti cuti pun. Sekurang-kurangnya bagilah adik abang cik ni rasa bekerja. Nanti mesti.. Ayna kena berhenti kerja juga kalau Razif minta."

"Tapi kau kan baru kahwin."

"Lepastu? Tak kisahlah baru kahwin ke tak. Ayna bosan dan Ayna nak juga.. pergi kerja. Boleh tak jangan nak halang Ayna sangat?"

"Degil lah!" Abang cik mula menghentak meja panas baran.

"Dah, dah." Baba menghentikan dia.

Aku menjeling abang cik. Selalu saja gunakan kemarahan dia untuk selesaikan masalah. Aku tak faham lah dengan abang cik aku ni. Selalu nak cari kesalahan aku saja.

"Ni, kau.. rindukan Razif tak? Kalau rindu, abang Ngah boleh bawa kau. Asalkan kau tak beritahu umi dengan baba lah." Bisik abang Ngah yang paling hampir dengan aku.

Aku menggerenyet.

"Abang Ngah tahu kau nak jumpa dia. Abang Ngah tahu dia kerja kat mana. Abang Ngah bawa kau pergi kolej dia. Kau buatlah alasan kalau kantoi dan.. kau juga yang beruntung."

"Apa abang Ngah merepek ni? Ayna masih ada maruah lah."

"Heh, ego nya kau ni! Jumpa jelah dia. Mana tahu... rindu kau terubat."

"Abang Ngah! Baba dengar tu." Dari tadi lagi baba pasang telinga. Dia dengar butir bicara abang Ngah.

Aku senyum kemenangan. Padan muka! Suka sangat usik aku.

"Maaf, baba."

"Jangan nak mengajar Ayna buat benda yang tak patut. Kita ni ada adat, ada maruah. Bila dah cakap seminggu lagi, seminggu lagi lah. Tak payah nak beri dia semangat supaya ikut apa yang kamu nak!"

"Abang Ngah bagi cadangan je. Manalah tahu kalau-kalau.. Ayna rindukan Razif. Lagipun mana ada pasangan yang sanggup dipisahkan masa baru kahwin."

"Betul juga."

Aku melihat umi memukul bahu baba.

"Abang dengan anak sama jelah! Abang Ngah, umi tak nak abang Ngah buat benda yang tak elok tau. Adik abang Ngah tu kena sabar. Dia tak boleh tergesa-gesa."

"Entah! Mengajar yang bukan-bukan je awak ni. Umi jangan risau. Wani akan perhatikan Ayna sepanjang dia kat hospital tu. Wani akan pastikan abang Ngah ni tak berani-berani nya nak bawa Ayna pergi dari hospital tu untuk jumpa Razif." Sampuk Wani.

"Hei! Kau nak salahkan aku ke? Kau nak cakap aku akan ikut abang Ngah bila dia ajak aku? Memang tak lah!"

"Mungkin kau pun akan terikut dengan hasutan abang kau. Kita tak tahu? Darah panas, macam tu lah."

"Eh, takkan lah aku nak bazirkan maruah aku semata-mata nak jumpa dia. Elok sikit lah! Aku akan pastikan aku masih waras nak ikut dia. Dah lah, malas aku layan kau. Pergi kerja dulu lah!"

Sakit hati pun ada dengan Wani dan seluruh keluarga. Tak mungkin aku taasub sangat dengan Razif sampaikan aku nak pergi jumpa dia. Aku tahulah macam mana nak kekalkan diri aku supaya tak terhegeh-hegeh nak kat dia. Aku masih ada maruah.

Jadi kereta aku pandu menuju ke bangunan hospital yang tinggi menggunung ini. Lebih dari lima tahun aku kerja kat sini. Hospital ni lah tempat aku praktikal dulu.

Impian nak jadi doktor bukanlah impian yang mudah bagi aku. Aku hampir putus asa sewaktu aku belajar di Matriks dulu. Susah nya bukan main dan waktu belajar pun singkat. Mujurlah aku berjaya juga lalui itu kerana aku ingat impian aku yang ingin berjaya.

Kini aku jadi salah satu doktor di sini yang merawat luka-luka pesakit aku yang mengalami nya.

Aku masuk ke dalam ruang pejabat aku. Aku menyarungkan kot makmal yang sering digunakan. Sebaik saja duduk, aku bersandar seketika akibat terlalu penat. Nafas aku hela perlahan-lahan sehingga lah akhirnya aku pun menatap komputer aku.

Entah kenapa pandangan aku ingin menatap ke arah coklat yang aku bawa bersama. Hadiah pemberian Razif buat aku semalam.

Aku mengambilnya. Ditatap lama coklat susu itu dan aku tersenyum.

'Perkahwinan kita dan untuk peringkat seterusnya yang akan jadi macam coklat ni.'

'Oh, awak nak cakap perjalanan perkahwinan kita yang akan sentiasa.. gelap?'

'Tak. Coklat ni apa yang awak suka padanya?'

Hal semalam terimbas di kepala aku. Kata-kata dia kini mula buat aku faham. Agak lambat aku menyedarinya. Namun sebaik saja aku faham kata-kata dia, aku tersedar akan hal itu. Ia indah sebenarnya.

"Saya suka coklat ni.. sebab dia manis. Perjalanan perkahwinan kita yang akan turut manis."

Itulah maksud dia. Lambat betul aku nak sedar semua tu.

Pintu diketuk oleh seseorang yang buat aku menyimpan coklat aku dan mula duduk biasa.

"Masuk!"

Jururawat Ila yang.. aku pun tak pasti sama ada dia sukakan aku ataupun tak. Sebab dia selalu bagi aku senyuman palsu apabila kami bersemuka. Aku faham macam mana senyuman palsu itu. Senyuman yang tak menampakkan garisan di bahagian matanya. Itulah senyuman yang diberikan kepada aku.

Tetapi sesekali dia baik dengan aku. Siapkan aku kopi sebelum aku sampai, selalu beri aku fail yang aku buat salah dan dia juga tak pernah berhenti untuk ingatkan aku tentang temu janji dengan pesakit.

"Apa khabar, Ila?"

"Baik. Ini kopinya. Dan.. ini appointment dengan Namron, pesakit kita yang kepala dia kena jahit hari tu."

"Ya. Terima kasih, Ila."

"Sama-sama."

Aku dan dia menatap satu sama lain. Tengoklah senyuman dia. Tak ikhlas langsung. Apa yang dia tak puas hati?

"Awak.. ada sakit hati dengan saya?" Soalan itu sering aku ulang.

"Tak adalah. Saya.. cukup gembira sebab saya dengar doktor dah kahwin."

Tetap tak nampak ikhlas.

"Tahniah saya ucapkan."

Aku senyum. "Terima kasih. Saya nak jemput awak ke sana.. saya takut awak sibuk. Kalau awak sudi, datang lah ke majlis sanding saya minggu depan. Nanti saya bagi lokasi kat awak."

"Tak apalah. Saya agak sibuk lah. Nak ambil cuti pun bukannya boleh sangat. Saya pun ada je selalu cuti."

"Oh..?"

"Tapi saya nak juga jumpa dengan suami doktor."

"Dia orang biasa je. Tak ada yang mengagumkan pun."

"Takkanlah. Doktor bukannya tak lawa. Suaminya mesti orang yang lawa-lawa juga. Saya yakin dia orang yang luar biasa."

Tak perlu puji dia sebegitu. Hanya aku saja yang boleh.

"Yang pasti doktor dah kahwin dan doktor akan lalui pengalaman yang susah dalam hidup doktor. Saya yakin yang doktor akan sengsara dengan semua ni."

"Kenapa pula.. saya nak kena sengsara?"

"Jangkaan saya je."

Nampak? Dia memang bencikan aku ni. Tapi aku tak tahu apa yang buat dia benci kan aku dan tak nak beritahu aku langsung.

"Saya dah siapkan kopi untuk doktor. Minumlah, ya? Nanti saya ingatkan doktor pasal pesakit tu. Saya minta diri dulu."

"Okey."

Sebaik saja dia keluar, aku segera mengambil gelas berisi kopi itu. Aku rasa suhu air di luar gelas panas. Itu salah satu tanda air ni tak disihir. Kalau dari segi sains, tak ada bau yang lain selain kopi.

Inilah yang aku selalu buat. Aku tak nak terkena sesuatu tak kena. Tapi tak baik juga menuduh. Cuma berhati-hati saja. Perangai manusia bukannya boleh dipercayai sangat.

Setelah memastikan air kopi tersebut selamat, aku pun menghirupnya selepas meniup nya.

Tibalah masa untuk aku merawat pesakit-pesakit aku. Aku bertemu dengan seorang pesakit yang baru-baru ini mengalami masalah luka yang teruk di bahagian kepala sehingga dia harus dijahit. Katanya dia nak tahu jika jahitan itu terbuka ataupun tak memandangkan dia sering menggaru bahagian tersebut.

"Saya nasihatkan.. awak kurangkan garu di bahagian ni."

"Tapi saya tak boleh tahan lah."

"Awak kena lah tahan. Kalau nak garu juga, perlahan-lahan. Jangan sampai jahitan ni terbuka lagi."

"Doktor tak boleh buat apa-apa ke?"

"Tak boleh. Saya cuma perlu nasihatkan awak dan ingatkan awak je supaya berhenti dari menggaru kepala awak dekat bahagian yang dijahit ni. Nanti semakin teruk lagi."

Aku dengar dia mengeluh berat.

"Kalau awak tetap degil, nanti saya terpaksa botakkan kepala awak lagi teruk lagi."

"Eh, janganlah! Saya dah puas diketawakan tau masa saya ada kepala botak kat bahagian luka tu. Saya tak nak ulang benda yang memalukan tu lagi."

"Tahu tak apa. Kalau tak nak benda tu diulang lagi, awak kena dengar cakap saya."

"Yelah, yelah. Bila jahitan ni akan sepenuhnya pulih?"

"Berbulan-bulan juga. Tapi awak jangan risau lah. Kalau awak pandai jaga, okey lah."

Aku duduk di kerusi aku.

"Ada tak rasa sakit-sakit atau pedih-pedih kat bahagian jahitan tu masa awak garu ia?"

"Sikitlah."

"Okey, yang tu awak sapu ubat je. Kalau diikutkan, luka tu tak perlu lagi dijahit sebab yang cabutnya takĀ  adalah banyak sangat pun. Awak cuma perlu berhati-hati supaya yang lain tak tercabut sama."

Dia mengangguk.

Pesakit aku itu pergi. Kini aku menerima pesakit lain pula.

Aku merawat setiap pesakit-pesakit aku dengan baik tanpa jerkahan ataupun apa-apa sengketa dengan mereka. Aku doktor dan aku kena jadi ramah. Kalau tak, macam mana aku nak tahan emosi aku dengan pesakit-pesakit yang bermacam ragam ini?

Menjelang ke petang, aku pun balik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience