TIBA saat untuk keluarga Razif pulang ke rumah mereka.
Aku dan Razif akan diasingkan buat seketika. Keluarga kami ingin mengikut adat. Sehingga majlis persandingan aku dan Razif, kami barulah boleh berjumpa semula dan hidup bersama selama mana kami mahu, berdua. Buat masa sekarang, aku mahupun Razif tak boleh jumpa satu sama lain.
Kalau diikutkan, ia satu idea yang bernas sebab aku tak perlu nak bergantung pada Razif sampailah majlis persandingan kami berdua. Bila tiba saat itu, aku perlu jadi isteri sepenuh masa untuk dia tanpa lelah langsung.
Tetapi sesekali fikiran aku rasa tak mahu jauh dari dia. Apatah lagi aku melihat dia yang kini membuka songkok dia dan hanya kenakan baju Melayu untuk majlis tadi.
Rambut dia yang kerinting sedikit dan ada rambut-rambut lain yang lurus. Ia nampak kusut tetapi masih segak dan kena pada gaya dia.
"Rasanya.. kami tak patut untuk pisahkan kamu berdua memandangkan kamu berdua pun dah berkahwin. Tapi ini adat dan kami nak kamu berdua ikut." Ujar baba di pintu masuk sewaktu menghantar Razif dan keluarga ingin pulang.
"Tak apa, baba. Razif faham dan Razif tak kisah pun. Asalkan.. perkahwinan kami dilakukan dengan sebaiknya."
"Bukannya apa.. kamu berdua ni menikah dengan cara dipertemukan di atas pelamin. Kami takut lah kalau kamu nak luangkan masa lebih lama bersama."
"Razif tak kisah. Lagipun.. Razif perlukan masa untuk terima perkahwinan ni dan begitu juga dengan.. Nayna. Betul tak?"
Aku angguk kan saja apabila nama aku dipetik sedangkan aku buat muka kosong tak ambil tahu.
"Kalau dah kamu cakap macam tu... baba tenang lah sikit."
"Memang patut pun baba tenang je. Tak perlu risaukan kami. Umi, ibu dengan ayah pun sama."
Cara layanan dia pada baba, umi, ayah dan ibu, cukup buat aku terpesona. Dia begitu sopan orangnya apabila bercakap dengan mereka. Seperti.. seseorang yang memang taat pada orang tua nya. Namun mustahil wujudnya manusia sebegitu.
Abang Ngah yang ada juga di sini menyenggol aku dari belakang. Dia senyum penuh usikan.
Aku menyiku perut dia yang buat dia menahannya.
"Oh ya.. bagus juga kalau Nayna dan Razif berbual sekejap berdua. Nanti datang balik dan barulah tenang Nayna atau Razif nak tidur." Kata ibu.
"Eh, tak apalah."
"Apa salahnya, kan? Nayna mesti ada banyak benda nak cakap dengan Razif. Razif pun.. mesti ada banyak benda nak bincang dengan Nayna. Bincang lah berdua. Kami akan tunggu kat sini."
Buat masalah lah ibu ni. Aku tak nak berdua-duaan dengan dia. Mereka bagi aku masa seminggu sebelum majlis persandingan pun dah cukup bahagia buat aku. Ni nak suruh bercakap berdua pula. Tak mungkin!
"Haah, kan? Bijak apa yang aunty cadangkan tu. Pergilah! Nanti kau tak boleh jumpa suami kau dah. Ada pantang larangnya. Masa ni lah nak jumpa. Dan.. tersilap langkah sikit je.. kami takkan marah."
"Pandailah kamu! Dah habis bercakap tu, datang sini balik." Balas baba.
Aku tahu abang Ngah memang suka mengenakan aku.
Aku menatap Razif yang hanya berdiri di sebelah ayah nya. Macam mana lah aku nak ajak dia pergi ke kolam ikan di halaman rumah aku? Nanti aku ajak depan-depan, ada pula yang menyakat.
"Malu-malu pula! Hulurkan lah tangan, berjalan bersama-sama ke kolam ikan. Duduk lama sikit pun tak apa."
Aku menoleh abang Ngah. Tatapan tajam penuh kebencian aku hadiahkan kepada dia.
Abang Ngah hanya ketawa senang.
Tak mengendahkan hal itu, aku melangkah pergi. Tak kisahlah kalau Razif nak ikut ke tak nak. Kisah apa aku dengan dia? Menjengkelkan! Nak juga aku yang ajak dia.
Sebaik saja tiba di pondok bersebelahan kolam ikan, aku silangkan tangan aku seperti Sharon Stone dalam filem Basic Instict.
"Besarnya kolam ikan ni. Ikan apa ada kat dalam?"
"Entah. Ikan emas kut."
Dia ketawa. "Boleh buat permintaan lah ni?"
Aku ketawa pura-pura. "Jangan nak buat lawak, boleh tak? Terus-terang je! Saya tak nak dengar apa-apa lagi sekarang selain awak explain kat saya, awak nak cakap apa."
"Saya tak nak cakap apa-apa pun."
"Buang masa lah kalau macam tu. Dahlah, saya pergi dulu."
Tiba-tiba saja diriku dihalang dengan lengan seseorang dan di tangannya dipegang sekotak coklat susu. Razif kini berdiri di hadapan aku sambil menatap aku.
Tatapannya buat aku cair.
"A.. apa ni?" Aku cuba bersuara biasa supaya tak terlalu lihat aku ni sukakan dia.
"Coklat? Takkan awak tak kenal coklat macam mana. Noob betul."
Kenyataan itu buat aku marah. Suka hati dia saja panggil aku noob. Kalau dia tak keluarkan coklat ni macam tu saja, tak adalah aku tanya.
"Saya tahulah ni coklat! Ada saya cakap.. ini durian apa?"
Dia senyum pada aku. "Ini coklat susu untuk.. awak."
"Sebagai tanda...?"
"Perkahwinan kita dan untuk peringkat seterusnya yang akan jadi macam coklat ni."
"Oh, awak nak cakap perjalanan perkahwinan kita yang akan sentiasa.. gelap?"
"Tak. Coklat ni apa yang awak suka padanya?"
"Sebab dia coklat lah!"
Dia ketawa kecil yang jelas buat aku bingung. Apa yang kelakar sangat dengan apa aku cakap?
"Ambil lah. Saya beli ni mahal tau. Jadi saya nak awak ambil dan makan. Ikhlas dari saya sempena hadiah untuk majlis perkahwinan kita hari ni."
Aku mengambilnya dengan hati yang sedikit berbunga-bunga.
"Saya tak makan benda manis."
"Tak makan benda manis sedangkan awak akan bakal rasa benda manis?"
"Maksudnya?"
"Tak ada apa-apa lah. Cuba je dulu. Kalau betul-betul tak suka, saya beli kan awak.. white chocolate je nanti."
"Tak payah beli pun tak apa! Saya tak suka kan coklat."
"Okey."
Keadaan sunyi seketika.
Aku menatap dia dan dia menatap aku. Sesuatu sangat dalam mata dia yang buat aku suka. Wangian dia menusuk ke hidung aku sehingga tak terhingga aku hendak menghidu wangian ini.
Kenapalah dia sering buat aku khayal dengan wangian dia? Adakah dia dah menyihir aku? Perlu ke dia jadi sekejam itu demi rasa?
Aku berdeham menghentikan kesunyian yang aku rasakan. "Baik awak balik sekarang. Kesian kat.. ibu penat sebab majlis hari ni."
"Okey."
Kaki aku atur. Tetapi langkahnya cepat menghalang.
"Tak nak salam dengan saya dulu? Nanti kalau keluarga awak tengok, diorang mesti tahu hubungan kita akan kekal. Tak adalah diorang curiga."
Aku menatap dia lama. Apa maksud dia? Tak kisahlah.
Aku hulurkan tangan dan huluran tanganku disambut. Terus aku cium tangannya seperti yang aku lakukan tadi. Dia menyentuh kepala aku dan sebaik saja aku mendongak, dia tak menatap aku.
Kami berdua tiba di tempat orang tua kami. Yang buat aku marah, abang Ngah masih ada di dekat umi dan baba.
"Ha, balik pun! Ingatkan dah singgah ke tempat lain tadi."
Aku memijak kaki nya. Dia cuba menahan kesakitan itu yang buat aku semakin suka.
"Wah, akak dapat coklat lah daripada abang!" Tegur Raya penuh kagum.
"Mestilah. Kak Ayna cakap dia suka kan coklat. Sebab tu pipi dia dah besar macam nasi lemak lima puluh sen."
Usikan dia tu betul-betul buat aku marah. Suka hati dia saja nak cakap pipi aku dah besar. Apa dia ada jawline macam tu, dia boleh kutuk aku? Tak guna punya suami.
"Dahlah. Kita kena balik ni. Dah malam dah."
"Betul tu. Nayna dan Razif perlu ingat yang korang tak boleh berjumpa sampailah.. minggu depan. Kalau terserempak, cuba bersapa saja, jangan buat lebih dari tu. Kami tahu kamu suami isteri. Tapi kami nak kamu berdua sah sepenuhnya dulu." Pesan ibu, panjang lebar.
"Baiklah ibu."
Aku mencium tangan ibu. Dia memeluk aku erat seperti dah lama tak jumpa aku. Apabila ayah menegurnya, barulah dia lepaskan pelukan.
Pada ayah, aku hanya berikan tundukkan lembut saja. Dia membalas nya dengan senyuman.
Keluarga Razif hilang dari pandangan dengan kereta Razif itu. Mereka sekeluarga sudah pulang ke rumah mereka. Rasa kehilangan tu hadir dalam diri aku.
"Makin rindu lah anak baba ni dengan suami dia tu. Nasib baik suami dia umpan coklat. Boleh lah gembirakan hati dia yang tengah duka dan lara tu."
Menyakitkan hati saja dengan sindiran abang Ngah ni.
"Nak sikit!" Dia merampas sekotak coklat yang Razif berikan kepada aku.
"Abang Ngah! Bagi balik!"
Aku mengejar dia ke sekeliling rumah untuk dapatkan coklat aku. Tapi tak berjaya. Sehingga ke tingkat atas, Wani menghentikan langkahnya.
"Apa ni?"
Dia bersembunyi di belakang Wani. "Tengoklah tu! Entah kenapa dia kejar saya tiba-tiba je."
Aku tahu Wani pun nampak kotak coklat di tangan abang Ngah. Dia mengeluh.
"Wafiy nak sikit."
"Ha, tengok lah tu! Tak pasal-pasal Wafiy nak. Nanti, Aira dengan Aidan pun terikut-ikut. Bak lah balik!"
"Alah, sikit je. Tak luak pun."
"Tapi itu coklat Ayna! Abang Ngah ni memang tak guna lah!"
Abang Ngah terus jelir kan lidah dia ke arah aku. Makin sakit hati aku saja.
"Awak bagilah balik. Wafiy ni dah gosok gigi tau. Nak kena makan benda manis pula. Pergi bagi balik dekat Nayna."
"Awak ni, saya bergurau sikit pun tak boleh."
"Awak tu.. kuat menyakat! Bagi balik coklat tu kat adik awak."
Abang Ngah berikan semula sekotak coklat pada aku. Aku senyum kemenangan dan turun ke tingkat bawah. Aku dengar Wani memujuk Wafiy yang ingin rasa coklat aku.
Di bawah, aku bancuhkan air dan aku duduk di luar rumah. Masih awal lagi untuk aku tidur. Lebih baik aku nikmati coklat yang diberikan.
Sebaik saja selesai membuka kotak nya, aku ambil sebiji coklat bulat-bulat itu dan aku masukkannya ke dalam mulut aku. Aku gigit perlahan-lahan coklat tersebut untuk aku hadam semuanya.
"Humph.. not bad. Manis. Pandai dia pilih citarasa aku."
Coklat ni memang manis. Ia semanis bahagia aku sekarang pada dia sang pujangga. Haih.. kenapalah hati aku ni mudah sangat jatuh cinta?
Tak lama selepas itu, aku tengok abang long aku dan baba duduk di kiri dan kanan aku.
"T.. tak tidur lagi?" Kelu aku melihat mereka.
Tidak semena-mena, coklat aku diambil sebiji seorang. Baba suapkannya ke mulut dia dan abang long suapkannya ke mulut dia. Mereka mengangguk-angguk seperti merasai beberapa campuran rasa dalam coklat itu.
"Manis. Sangat manis."
"Cukup untuk gambarkan isi hati anak perempuanku.. Nayna Arissa yang tengah angau sekarang."
Aku segera faham maksud mereka. Aku tersenyum manis.
Baba membalas senyuman aku. "Gembira, ya?"
"Apa baba mengarut ni? Dah dia bagi coklat, Ayna cubalah makan. Bukan salah Ayna pun."
"Tapi setahu baba, Ayna tak makan coklat, kan? Tiba-tiba je makan coklat."
"Tak baik tolak rezeki."
"Yelah tu. Bukan sebab Ayna gembira coklat ni dari dia?"
Aku diamkan saja diriku. Nak kata salah, semuanya betul. Nak kata betul, ada sesetengah yang salah. Aku pun tak pasti.
"Tak apalah. Baba senang.. dan gembira bila baba tahu Ayna bahagia. Selama ni apa yang baba fikir cuma Ayna je. Baba nak Ayna faham apa itu bahagia, apa itu cinta dan segala-galanya yang lain. Baba nak Ayna rasa semua tu."
"Tapi Ayna tak rasanya lagi. Kami baru je berkahwin. Tak mustahil hubungan ni takkan roboh."
"Kahwin untuk bercerai tu, baik tak payah kahwin. Baba rasa Ayna kena faham isi hati dia dulu. Lepastu barulah Ayna buat keputusan yang terbaik. Mana tahu cinta akan berputik dalam masa korang kenal hati budi masing-masing."
"Ayna rasa tak. Ayna rasa mustahil untuk Ayna faham lelaki macam dia. Jadi lebih baik Ayna berputus asa aje."
"Janganlah cepat sangat nak berputus asa. Kalau Ayna cepat sangat nak berputus asa macam ni, apa pun tak dapat. Perlahan-lahan kita fikirkan cara."
Aku tak yakin dengan hal ini. Macam mana kalau aku tak dapat tahan dengan dia? Sekarang mungkin.. ya.. aku sukakan dia. Tapi macam mana suatu hari nanti, perasaan aku berubah? Mungkin dia juga akan berubah.
"Fikirkannya baik-baik. Baba nak Ayna cuba faham dia dan baba tahu Razif akan faham Ayna juga. InsyaAllah.. perkahwinan yang terbina tanpa Ayna tahu ni akan pastikan Ayna berubah."
Aku senyum saja dengan apa yang baba katakan. Lebih baik aku dengar cakap baba.
"Baba masuk dulu lah. Dah malam ni. Kamu tu pun.. jangan duduk kat luar ni seorang-seorang. Ada hantu, baru tahu."
"Hisy, apa baba ni cakap pasal hantu pula!"
Aku cukup tak suka dengan benda-benda mistik macam ni.
Baba ketawa senang dan berlalu pergi.
"Abang long setuju dengan apa yang baba cakap. Abang long tahu kau tak suka kahwin dengan dia. Tapi Ayna, abang long nak kau tahu yang cinta tu mudah untuk dicapai kalau kau ikhlas."
"Abang long takkan faham apa yang Ayna lalui. Mungkin dia masih terima Ayna sekarang. Macam mana kalau dia akan rasa sia-sia terima adik abang long ni?"
"Kenapa pula dia nak rasa sia-sia?"
"Lelaki kan boleh berubah bila situasi tu terang dan jelas pada mereka. Hati diorang senang untuk diubah. Jadi Ayna tahu.. dia akan berubah."
Abang long ketawa. "Kau nak cakap lelaki ni.. lembab lah?"
"Mungkin?"
"Eeh.. cantik sikit! Lelaki bukan lembab sebab mereka berubah perasaan. Mereka berubah perasaan sebab.. buat apa nak terus kekal sedangkan mereka tahu apa yang menanti di hadapan mereka."
Nampak sangat yang kenyataan abang long tadi membela kaum lelaki dan bagaikan lelaki tak pernah buat silap.
"Apa-apa pun, kau dah kahwin sekarang. Cuba fikir untuk bahagia dengan dia. Ataupun perlahan-lahan cari cinta dalam rumahtangga korang. Nanti lepas majlis persandingan, kau akan hidup dengan dia. Jangan nanti berfikir untuk bercerai sudah lah."
Aku mengeluh.
"Lagi satu, bila ada masalah cuba untuk kongsikan. Jangan diamkan diri aje. Ada yang tak puas hati, beritahu depan-depan. Kalau dia buat silap, cuba belajar memaafkan. Kalau dia terus ulang benda yang sama, bincang dengan dia. Jangan fikir nak bercerai aje untuk selesaikan masalah. Dan kalau dia ada pendapat, cuba dengar. Salah ke betul, fikirkan kemudian."
"Tahulah! Tak payah nak nasihatkan banyak-banyak."
"Abang long nasihatkan ni pun.. demi kebaikan kau. Kau ni bukannya mudah mengalah, kan? Tak nak mengaku kesalahan dia."
"Tahu tak apa. Sebab tu Ayna takkan pernah mengalah kalau kami terlibat dengan perbalahan. Ayna nak dia minta maaf."
Abang long mencebik dengan perangai aku. Dia tahu aku cuma main-main saja. Dalam kata-kata aku, mungkin ada bahagian yang aku tak main-main.
"Jangan makan benda manis malam-malam ni! Tak elok. Abang long tahulah dia yang bagi. Tapi jangan makan banyak sangat. Gemuk nanti."
"Suka hati je cakap orang gemuk. Dahlah, masuk dulu. Abang long pun jangan duduk kat luar ni lama-lama."
Aku melangkah ke bilik aku selepas selesai mencuci sebiji gelas.
Share this novel