bab 13

Romance Completed 3795

MALAM itu, aku terjaga.

Mungkin sebab terlalu sejuk aku rasakan angin luar. Aku mengiring ke kanan aku dan aku rasa kosong. Pelik sebab di kanan aku, Razif sedang berbaring.

Dengan mata yang memberat, aku cuba untuk buka. Aku melihat Razif di balkoni yang sedang memegang telefon dan melekapkan nya ke telinga dia. Dia ketawa, berkata-kata dengan suara manisnya akan perkataan yang aku tak dapat faham. Mungkin juga kerana aku terlalu mamai.

Namun dengan jelasnya aku dapat mendengar dia menyebut nama 'Damia' yang segera buat mata aku jelas menatap dia.

"Ya, I pun tak sabar nak ke sana."

Ke sana? Ke mana?

Aku kembali mengiringkan badan aku ke tempatnya. Dalam hati yang kecewa, aku mengeluh berat. Sampai bila kau nak berpura-pura Razif? Sakitkan hati aku dan buat aku rasa dipinggirkan?

Semalaman aku memikirkannya. Tak sudah sampaikan mata yang memberat kembali ringan.

Pagi tiba.

Aku dan Razif seperti biasa akan solat subuh bersama-sama. Selepas itu aku lah orang yang akan turun ke tingkat bawah.

Aku melayan perasaan aku yang sakit sehingga aku tak menghiraukan dia. Aku rasa sakit hati bila dia telefon perempuan lain lewat malam semalam. Apa yang dia nak? Kenapa dia telefon perempuan lain sedangkan di bilik itu ada isterinya? Itu ke yang dinamakan suami terbaik?

"Selamat pagi."

Aku maniskan wajah aku kepada ibu dengan Mak Biah yang sedang siapkan sarapan.

"Selamat pagi. Mak Biah.. pun ada sekali?"

Mak Biah menoleh dan wajah dia yang terkejut, buat aku pelik.

"Mak Biah.. Mak Biah tak apa-apa ke?" Ibu menyedari hal itu dan dia segera bertanya.

Ketara benar perubahan pada wajahnya.

"O.. okey."

"Ayna ni cantik, kan? Macam yang saya ceritakan kat Mak Biah pasal dia."

"Y.. ya.. dia memang cantik. Tak pernah berubah."

Aku sedikit pelik bila dia cakap, 'tak pernah berubah' itu. Terasa seperti aku dan dia mengenali satu sama lain cukup lama.

"Ya, saya tahu. Ayna juga baik orangnya. Akhirnya Mak Biah dapat juga jumpa dengan dia."

"Mak Biah dah lama ke kerja kat sini?" Tanya aku sekadar cuba nak memulakan perbualan.

"T.. tak lama sangat. Sembilan ke sepuluh tahun je."

"Sembilan ke sepuluh tahun... je? Cukup lama lah tu. Mak Biah masih kuat lagi."

Dia senyum manis.

"Selalunya bukan Mak Biah pun buat kerja berat-berat kat rumah ni. Anak perempuan dia yang akan tolong. Namanya.. Afiya."

"Afiya? Cantik nama tu."

"Ya. Budaknya pun masih muda lagi. Dia dengan Raya... tua dia dua tahun."

Aku mengangguk mengerti.

Mesti susah nak cari kerja sekarang. Sebab tu dia kerja dekat dengan Mak Biah sendiri. Mungkin juga dia risaukan Mak Biah.

"Oh ya, ibu nak ucap terima kasih sebab Ayna dah tolong bersihkan rumah ni semalam. Tak sempat nak cakap dinner semalam."

"Hal kecil je."

Ibu senyum manis. "Razif pun ada beritahu yang Ayna masak sedap sangat untuk dia semalam."

Aku tak gembira akan hal itu sebab hati aku ni seperti tiada penawarnya untuk kesalahan dia.

"Razif.. tak bangun lagi?"

"Dah bangun dah. Ada je kat atas tu."

"Ni mesti dia tengah baca buku lagi tu."

"Mungkin."

Aku perasan tatapan ibu yang memahami isi hati aku tetapi curiga.

"Ada.. apa-apa tak yang Ayna boleh tolong untuk ibu?"

"Tak payahlah. Ayna dah buat kerja semalam, kan? Razif cakap Ayna nampak penat buat kerja semalam. Hari ni.. Ayna rehat je."

"Tapi.."

"Ayna, bila Ayna ada rumah baru nanti, Ayna mesti ada banyak benda yang Ayna nak kena buat. Jadi lebih baik Ayna berehat je kalau kat rumah ibu ni. Jangan paksa ibu untuk benarkan Ayna buat semua kerja rumah."

Bila amaran ibu itu begitu jelas pada diriku, aku pun tak mampu nak terus membantah permintaan dia.

Jadi aku terus menunggu saja dia memasak makanan buat kami semua.

Selesai saja, aku melihat Mak Biah masukkan nasi goreng ke mangkuk kaca. Aku segera mendekatinya.

"Biar saya bawakan."

Aku tahu ibu tak ada sebab katanya dia nak kejutkan Raya. Jadi boleh lah aku buat kerja tanpa pengetahuan dia.

"Tak apa, Afiya boleh bawakan. Ayna.. pergi je tunggu kat depan tu."

"Tak apalah, Mak Biah. Saya tolong Mak Biah bawakan. Afiya tu.. mesti ada kerja-kerja lain yang dia kena buat. Jadi biar saya tolong dia."

Mujurlah Mak Biah bukan lah jenis yang suka membantah apa yang aku nak. Dia berikan mangkuk kaca berisi nasi goreng itu kepada aku.

Aku membawanya ke meja depan. Aku melihat seorang gadis yang dikatakan. Mungkin nama dia Afiya. Dia sedang menuangkan beberapa cawan teh.

"Assalamualaikum."

Afiya mendongak. Reaksi dia sama seperti Mak Biah yang nampak terkejut melihat aku.

"Adik ni.. Afiya, ya?"

Dalam rasa terkejut, dia mengangguk.

"Akak Nayna Arissa. Boleh panggil kak Ayna je."

"W.. waalaikumusalam. Selamat berkenalan."

Tangan yang dia hulurkan itu, aku sambut dengan tenangnya.

"Selamat berkenalan. Afiya ni.. anak perempuan Mak Biah, ya?"

"Ya. Satu-satunya anak dia."

Aku mengangguk mengerti dengan informasi yang tak aku tanya itu.

"Dah.. lama kerja dekat sini?"

"Habis SPM empat tahun lepas, saya mula bekerja. Nak tolong mak lah katakan. Kami pun bukannya.. orang senang. Hidup pun dengan duit yang ada. Kalau saya tolong mak, dapatlah tampung hidup kami."

Kesian pula aku dengar semuanya.

"Kalau mak ada anak lain pun... tak guna!"

Pelik aku menatapnya.

"Afiya!"

Mak Biah tiba. Dia seakan-akan memarahi Afiya akan sesuatu yang tidak dapat aku dengari.

"Maafkan Afiya. Dia ni.. memang ringan mulut sikit. Cik Ayna makan lah sarapan tu. Kami minta diri dulu, ya?"

"Oh, jangan panggil 'cik' kat saya ni. Saya tak pernah terima panggilan yang macam tu. Panggil saya Ayna cukup."

"Baiklah. Mak Biah.. pergi dulu, ya Ayna?"

Aku mengangguk membiarkan Mak Biah dan Afiya pergi dalam rasa pelik. Kenapa mereka seperti rahsiakan sesuatu daripada aku?

Tak payahlah ambil tahu Ayna. Kau buat hal kau je.

Aku duduk dan menanti yang lain turun untuk makan sekali. Tak sopan pula kalau aku makan dulu.

Sebaik saja Razif sekeluarga turun, Afiya membantu menyendukkan nasi goreng kepada kami walaupun aku tak diajar untuk orang lain bantu aku angkat senduk dan masukkan ke dalam pinggan. Kalau sampai macam tu, umi aku pun boleh marahkan aku.

Selepas Afiya selesai menghidangkan kami makanan, dia pun berlalu pergi meninggalkan kami.

"Ayna, Razif.. dah fikir ke tentang perancangan korang nak honeymoon dekat kampung halaman Ayna?" Tanya ayah akan soalan yang tidak disangka-sangka itu.

"Razif tak kisah sebenarnya. Ingat nak pergi.. lusa."

Ayah mengangguk. "Ayna setuju ke lusa? Nampak macam Ayna dengan ibu macam tak boleh berenggang je."

"Memang pun. Kalau boleh.. ibu tak nak lepaskan Ayna. Tapi tak boleh lah macam tu, kan? Jadi ibu tak kisah Ayna nak pergi bila sekalipun."

Aku senyum manis. "Urhm.. okey lah kalau.. kalau Razif cakap lusa. Lagipun Ayna akan start kerja lagi seminggu. Kalau lambat-lambat, mesti teruk pula Ayna kena marah dengan pengarah."

"Okeylah tu. Lagi cepat, lagi bagus."

Selepas kami selesai memutuskan bila kami akan pergi ke kampung aku, kami kembali menikmati sarapan kami.

Selesai makan, ayah berangkat ke tempat kerja seperti biasa.

Aku melihat Razif sedang bercakap dengan telefonnya di laman. Sekali lagi hati aku terluka tengok dia seperti itu. Dia langsung tak tahu cara nak menjaga hati aku dengan baik.

"Ayna, tengok apa tu?" Ibu menegur aku apabila aku hanya diam menatap di tingkap rumah mereka yang mengarah ke arah laman.

"Urhm.. tak ada apa-apa lah."

Terlambat sudah sebab ibu perasan wajah siapa yang aku tatap. Dia senyum nipis. "Razif tu sibuk dengan kerja dia. Dia sayangkan pelajar-pelajar dia dan.. dia takkan tinggal kerja dia. Mungkin susah sikit bagi dia bila dia kena cuti lama lepas perkahwinan dia ni."

Bukan itu yang aku fikir. Aku tak fikir dia tengah bercakap pasal kerja atau sewaktu dengannya. Tapi aku percaya yang dia mesti bercakap tentang Damia. Bukankah cuma Damia yang ada dalam hatinya?

"Tak payahlah nak fikirkan sangat pasal hal tu. Ibu yakin Razif akan bagi masa kat Ayna sikit."

"Oh.. Ayna tak kisah pun. Dia kan.. pensyarah terhebat di Malaysia ni dan mesti lah kerja dia pun kena hebat juga."

"Ibu faham apa yang Ayna fikir. Ayna duduk kat sofa tu, teman ibu tengok rancangan bual bicara. Mana tahu kita akan dapat pemahaman isu semasa."

Aku ikutkan saja.

Tak aku sangka betapa bosan nya pengulasan tentang ibu yang kuat mengongkong. Aku tak merasai pengalaman dikongkong malah umi sentiasa bagi aku apa yang aku nak dan izinkan apa saja yang aku mahukan. Dia tak pernah membantah. Jadi isu ini memang tidak tepat sekali untuk aku.

Apa yang lebih aku fikirkan hanya pasal Razif dan Damia. Hati isteri mana yang tak tergugat bila suaminya ada orang lain di hatinya? Aku sendiri rasa marah dan sakit hati akan hal itu.

"Nayna!"

Aku menoleh dan melihat Razif di belakang aku. Mujur sebenarnya dia datang.

"Ha, Razif! Dah habis bercakap dengan lecturer lain ke?"

"Haah."

"Baguslah. Luangkan masa dengan Ayna. Jangan nak tinggalkan dia macam tu je hanya disebabkan kerja kamu yang tak sudah tu."

"Sebab tu lah Razif datang ni. Ayna, jom teman saya basuh kereta."

Aku berkerut kening menatapnya.

"B.. basuh kereta? Tak nak lah. Saya baru je lepas mandi, tukar baju. Takkan lah saya nak tukar baju lagi sekali hanya disebabkan nak tolong awak cuci kereta awak?"

"Apa salahnya? Nanti kita boleh mandi sama-sama?"

Aku ketawa sinis. "Jangan nak mengarut lah. Awak pergi jelah!"

Aku dengar dia mengeluh. Dia kemudiannya bisikan sesuatu di telinga ku.

"Unless.. awak nak dengar ulasan pengacara tu tentang isu yang awak tak nak dengar ni?"

Bagaikan dia tahu membaca fikiran aku saja sampai dia boleh tahu apa yang aku fikir tadi.

"Yelah, yelah. Janji tak basahkan saya tau. Kalau saya basah, siap awak!"

"Janji. Jom."

Aku mengikutinya keluar dari rumah untuk mencuci kereta dengannya.

Daripada aku duduk di dalam dan tengok siaran televisyen di rumah, baik aku tolong dia buat satu kerja. Ini boleh bina daya tahan badan aku sendiri. Barulah sihat.

Aku celupkan span ke dalam air sabun. Kemudian aku letakkan span berisi air sabun dengan biasa ke atas bonet depan kereta.

"Hei, hei! Awak buat apa tu?"

Berkerut kening aku. "Urhm.. cuci kereta lah. Kan awak suruh saya tolong tadi."

"Saya tahulah awak tengah cuci kereta. Tapi awak tak pernah cuci kereta ke sebelum ni?"

"Pernah. Macam ni lah saya cuci kereta."

Dia mengetap. "Padan lah kereta awak sama macam tuan nya."

Ini buat aku marah. "Apa maksud awak, hah?"

"Bukan begitu cara cuci kereta, Nayna."

"Habistu, macam mana lagi?"

"Mula-mula, celupkan span ke dalam air sabun. Lepastu perah. Letak span ke atas bonet kereta secara perlahan-lahan. Pernah tengok cerita Karate Kid tak?"

Aku mengangguk.

"Wax on, wax off. Wax on, wax off."

Dia gerakkan tangannya ke kiri dan ke kanan. Sama macam cerita karate kid yang aku tengok.

Nak kena ikut jugalah permintaan dia. Kalau tak bising pula dia ni. Aku akur kan saja dan buat sampailah ke akhirnya. Tak kira dengan air sabun atau kain pengering.

Selesai saja membersihkan keretanya, aku pun duduk di kerusi yang ada. Penat pula rasanya lepas cuci kereta tadi.

Tidak aku sangka sewaktu aku mengelap peluh dengan kain yang ada, Razif duduk melutut satu lutut di hadapan aku dan menghulurkan sekotak coklat susu yang pernah diberikannya dahulu.

"Saya minta maaf."

Tersentuh hati aku dengan perilaku nya.

"Maaf.. untuk apa?"

"Saya tak tahu apa salah saya. Tapi apa-apa pun, saya minta maaf. Awak tak hiraukan saya hari ni. Saya takut kalau saya buat salah dengan awak. Jadi terima lah coklat pemberian saya?"

Entah kenapa begitu mudah aku memaafkan dia. Aku mengambil coklat itu dan menatapnya.

"Coklat? Awak ingat saya ni budak-budak ke, hah?"

"Habis.. awak tak suka?"

"Awak dah minta maaf, jadi saya terima lah. Terima kasih. Saya masuk dulu. Nak mandi."

Aku berlalu pergi dengan senyuman di bibir ku.

Tiba di dalam bilik, aku duduk di atas katil dan membuka kotak coklat tersebut. Aku pun mengambil sekeping daripadanya dan mengunyah nya. Senyuman tak lekang dari bibir aku.

Terdetik di minda aku untuk simpan setiap saat sebagai memori. Aku mencari kotak kosong yang mungkin boleh buat aku simpan kotak coklat ini.

Aku menemui satu kotak dan aku buka. Ia kosong. Aku letakkan sekotak coklat ke dalamnya dan kemudian aku menyimpannya ke dalam beg bagasi aku.

Aku takkan lupakan kenangan manis yang dia dah buat pada diriku. Ianya terlalu istimewa meskipun dia dah menyakiti hati aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience