bab 1

Romance Completed 3795

GELOMBANG bunyi yang dihasilkan oleh perut tidak dapat aku tahan lagi. Ia nya asyik mengganggu aku tidak tentu arah.

Jangan salah faham. Bukan perut ni berbunyi sebab aku lapar ataupun aku sakit perut. Tapi perut ni menghasilkan bunyi yang lain dari yang lain. Seperti bunyi.. gugup..gugup... sebegitu lah bunyi nya. Tidak dapat aku tutup segala-galanya.

Aku menatap diriku di dalam cermin yang dipantulkan di dalam bilik tidur aku ini. Dapat aku rasa kecantikan diri aku semasa aku menatap cermin di hadapan aku dan terpantul nya diri aku yang aku tak sangka agak tinggi, lebih gemuk sikit dan aku memang nampak cantik dengan gaun yang aku kenakan.

Kalau tak puji diri sendiri, siapa lagi yang nak puji.

Aku berjalan ke balkoni. Aku melihat para tetamu sudah pun memenuhi setiap ruang laman rumahku. Ya Allah, ramai nya orang! Mereka semua kemas berbaju Melayu.

Aku kembali menatap diriku di pantulan cermin. Nafas aku hela berat. Diriku yang kini mengenakan baju kurung dengan kain yang tak kembang sangat, aku tatap dari atas ke bawah. Aku kenakan tiara di atas kepala ku yang bertutup dengan tudung aku dan juga kerudung yang ada di atasnya.

Kalau ada mesin denyutan nadi ni, dah sah denyutan nadi aku tak stabil. Nak buat macam mana. Aku terlalu gugup sampai tak tahu nak buat apa.

Pintu dibuka.

"Ya Allah, NAYNA ARISSA! Kenapa tak siap lagi ni?" Bercekak pinggang wanita berusia 50 tahun itu pada diriku.

"Nak siap apanya? Ayna dah pakai baju, siap kasut lagi. Nak siap apa lagi, umi?"

"Kalau dah tahu dah bersiap, turun lah."

Aku duduk di atas katil ku. "Dia dah datang ke?"

"Belum lagi."

"Ha, tak nak lah! Nanti kalau dia.. tergerak hati nak batalkan majlis pernikahan ni, Ayna dapat malu pula. Macam.. Ayna yang tergesa-gesa nak kat dia sampai tunggu dia kat bawah."

Pening Puan Sarimah ibuku dengan perangai aku yang suka berfikiran negatif apabila ada sesuatu yang aku tak suka.

"Jumpa pun belum lagi. Ni kan pula nak nilai dia macam tu aje. Jangan nak mengarut! Dia dah janji yang dia akan kahwin hari ni. Jadi dia takkan mungkiri janji dia."

"Mana umi tahu? Kenal sangat lah umi dengan bakal menantu umi tu! Jangan-jangan dia pakcik tua, perut buncit ataupun suami orang."

"Itu tak mungkin! Umi kenal dia. Sebab umi tahu dia baik lah, umi nak jodohkan dia dengan Ayna. Ha.. nanti dia boleh jaga Ayna."

Aku sinis. "Macam mana kalau dia tu.. perogol bersiri yang umi tak tahu? Mungkin juga lelaki psikopat. Umi nak ke badan anak umi ni disiat, dimakan macam Ted Bundy tu buat kat mangsa-mangsa dia?"

"Ni dah lebih dah ni! Dia bukan perogol bersiri, dia bukan psikopat atau Ted Bundy yang kamu cakap tu! Dia seorang pensyarah."

Aku kagum seketika dengan bakal suami aku. Pensyarah? Aku suka lelaki yang bekerjaya seperti itu kerana dia seperti seorang yang bagus untuk menjadi pembimbing.

Namun jika aku kata aku tak mahu, tetap aku tak mahu. Tak kisahlah dia kerja sebagai pensyarah ke, cikgu ke atau sebagainya. Aku tidak kenal dia dan dipaksa berkahwin dengannya. Serius lah?

"Jom turun. Nanti bila dah datang, kita boleh mulakan majlis secepat mungkin. Selesaikan cepat-cepat, habiskan cepat-cepat. Kamu juga yang beruntung nanti."

Usikan itu aku balas dengan jelingan.

Bibir ibuku mengherot pada diriku.

"Dah jom."

Tangan yang dia tarik itu, aku tarik balik. Aku memberatkan diriku supaya ibuku tidak dapat membawa aku turun ke tingkat bawah.

"Ayna, apasal degil sangat ni?"

"Sekejap lagi lah, umi. Kita tunggu sampai kita tahu keluarga dia dah datang. Ayna janji akan turun dengan umi. Sekarang aje.. kita tunggu kat sini, okey?"

"Apalah budak ni! Nak tunggu apa lagi nya? Kamu tahu tak semakin kamu tunggu kat sini, semakin orang sedap bercakap tau."

"Apa pula? Dahlah, biarkan!"

"Biarkan, biarkan. Umi dengan baba yang tanggung malunya. Kamu tak sayangkan kami berdua ke?"

Aku senyum melihat umi marah-marah pada aku. Aku menariknya dan memeluk dia erat.

"Takkanlah.. Ayna tak sayang kan umi dengan baba yang sentiasa ada dengan Ayna sejak dulu sampailah sekarang ni? Tak mungkin. Ayna sayangkan.. umi dengan baba dan Ayna takkan lupakan umi dengan baba."

Aku tahu hati umi akan rapuh apabila dia mendengar aku berkata begitu. Sesaat kemudian, aku merasakan usapan manis di kepala aku. Aku sedar tangan lembut itu mengelus aku dengan baik nya.

Buat seketika, aku khayal dengan elusan itu. Lembut dan tenang sangat. Sudah lama aku tak merasakan ia.

"Umi buat semua ni.. bukan sebab umi nak kamu salah faham dengan tindakan umi. Umi buat sebab umi terpaksa. Demi kebaikan kamu dan juga kebaikan kita sekeluarga."

"Tak ke.. keputusan ni macam pentingkan diri?"

"Tak ada sesiapa yang sanggup menerima kamu seadanya berbanding dia. Hanya dia aje yang sanggup nak tolong umi. Memang benda ni nampak macam pentingkan diri. Tapi umi tak putuskan seorang-seorang. Dia bersetuju."

Aku mengeluh. Apa niat dia menerima diriku sedangkan tiada yang sanggup?

"Umi yakin dia akan jaga, akan pastikan kamu baik-baik saja walaupun umi berada jauh dari kamu."

"Kalau dia tak boleh jaga Ayna, macam mana?"

"Biarlah dia bawa kamu balik ke rumah umi balik. Umi akan terima apa saja keputusan dia. Yelah.. mana ada yang sanggup terima apa adanya seseorang tu. Tapi umi berharap yang dia akan terus jaga kamu tanpa tahu erti penat lelah."

Sebak aku mendengar hal itu. Tiada yang mampu menjaga aku seperti umi dan baba menjaga aku.

"Ayna takutlah umi kalau.. dia tu jenis yang panas baran ke, perengus, kaki pukul ataupun king control. Ayna tak nak jadi macam tu."

"Janganlah fikir benda yang tak munasabah macam tu. Umi kenal dia macam mana, kenal keluarga dia macam mana. Sebab tu umi tak pernah takut untuk biar dia yang jaga kamu."

"Umi kenal dia dan mesti dia buat baik dengan umi. Macam mana kalau belakang umi.. dia lah yang paling nakal? Kasanova ke?"

Pelukan dileraikan. Dia menatap aku penuh amarah yang tak terhingga sehingga aku melihat urat di dahinya keluar.

"Umi tak nak dengar lagi apa yang kamu cakapkan ni! Tak baik tau tuduh dia sembarangan macam tu. Kita tak tahu Nayna Arissa, macam mana bakal suami kamu tu nanti."

"Ayna takut jelah umi. Takut kalau-kalau.. dia tu jenis lelaki yang macam tu. Umi pun tahu Ayna lalui trauma dalam percintaan."

"Sebab tu umi cari yang terbaik. Yang dapat merawat luka di hati kamu tu! Bukannya lelaki sembarangan. Bukan juga jenis-jenis lelaki yang kamu fikir tu. Kan ada orang cakap, jodoh yang diaturkan oleh orang tua ni lebih indah."

Aku tak percayakan kenyataan itu. Memanglah ada ramai yang bahagia dengan pilihan ibu bapa. Tapi bagi aku.. tak semudah itu cinta boleh dicapai hanya kerana yang lain memilih.

"Ceh, Ayna tak percaya lah." Kata ku yang kini mula meleraikan pegangan tangan aku dan umi tadi.

"Tak percaya sudah! Apa-apa pun, kamu tu dah nak kahwin beberapa minit lagi. Umi nak kamu fikir hal yang baik-baik je tentang bakal suami kamu tu. Dan ingat juga... lepas kahwin tanggungjawab kena terus pada suami. Tak boleh pertikaikan semua tu."

"Takkanlah 24 jam Ayna nak kena ada bawah ketiak dia. Macam mana kalau Ayna nak jumpa dengan Wani ke? Ayna dengan Wani mana boleh dipisahkan."

"Kamu jangan nak mengada! Wani tu kakak ipar kamu. Bila-bila masa je boleh jumpa dia. Dan.. kamu satu tempat kerja dengan dia. Nak dirisaukan apa lagi."

Aku tak suka hal itu juga. Aku tahu suami itu segala-galanya bagi isteri. Kenyataan bahawa isteri perlu berada dengan suami, bagiku keterlaluan. Habis, macam mana si isteri nak buat kerja atau lakukan hal yang dia suka? Takkan suami nak bantah? Di Arab juga, isteri perlu berjalan belakang suami. Mengapa bagi aku semua tu tak adil? Semoga ada penjelasan disebaliknya.

"Apa-apa pun.. dia akan jadi suami kamu. Tanggungjawab tu penting walaupun kamu.. tak pernah jumpa dia, tak pernah sukakan dia. Belajar menerima cinta atau sayang tu lepas kahwin dengan perlahan-lahan. Umi yakin yang Allah akan bukakan pintu hati kamu dan dia untuk jadi sepasang suami isteri dan kekal bahagia hingga akhir hayat masing-masing:"

"Wow! Kan bagus umi tulis novel je. Dah dapat ayat gramatis kat situ."

"Orang cakap betul-betul, dia main-main pula! Umi pesan semua ni.. bukan saja-saja. Umi pesan untuk kamu tahu.. maksud tanggungjawab isteri tu macam mana. Umi dah pernah beritahu Wani, beritahu kak Natrah kamu dan umi dah beritahu kat kak Farah kamu. Mereka dapat menerima nya."

"Sepatutnya umi pesan kat anak-anak lelaki umi tu juga. Bukan dekat menantu umi je."

"Ya, umi pun dah pesan dekat diorang. Umi tak nak diorang lupa pesanan nenek kat kampung tu macam mana."

Bercakap tentang nenek aku, aku rindukan dia. Malangnya, dia tak dapat datang ke sini sebab kerja dia sebagai bidan di kampung. Khidmatnya masih diperlukan lagi walaupun di zaman moden sekarang.

Sedang kami berbual, pintu dibuka lagi. Kelihatan tiga abang aku yang segak kenakan baju Melayu warna biru laut, sesuai dengan tema keluarga mereka.

Abang aku yang sulung, Nazri seorang pilot. Abang aku yang tengah, Naim seorang arkitek dan abang aku yang ketiga, Nik seorang jurucakap yang hebat. Ketiga-tiga mereka sudah berkahwin dan Nazri dikurniakan dua orang anak. Naim dikurniakan seorang anak yang dah tiga tahun umurnya. Manakala Nik, Farah baru saja melahirkan bayi perempuan tiga bulan yang lalu.

Mereka abang yang terlebih protektif sebenarnya.

"Apa bercakap lagi dekat dalam bilik ni? Semua tetamu dah tunggu dah tu. Nanti apa pula diorang cakap?" Ujar abang long aku. Dia nampak lebih matang dalam menguruskan adik-adik dia

"Haah. Ni mesti Ayna mengada-ada, kan? Kahwin je pun. Bukannya nak pergi berperang pun." Abang Ngah aku pula jenis yang menyakat kuat.

"Entah. Gedik lah dia ni." Dengan abang cik aku lah aku selalu bergaduh.

"Abang bertiga ni kalau tak menyusahkan Ayna tak boleh ke, hah? Suka hati lah nak turun bila pun. Lebih-lebih pula nak kutuk orang."

"Kalau kau tu tak mengada macam ni, kitorang pun tak ingin lah nak naik ke tingkat atas untuk panggil pengantin terlebih mengada macam kau ni!"

"Eleh, Ayna tak suruh pun abang cik naik, kan? Yang abang cik beria-ia sangat naik dengan abang long dan abang Ngah kenapa?"

Walaupun aku dan abang cik selalu saja bergaduh dan hampir sering tak sebulu, abang cik tetap risaukan aku, sayangkan aku. Cuma.. dia tak tunjukkannya.

Aku nampak abang cik jeling kan mata dia pada aku penuh jengkel.

Hidung aku dicubit abang Ngah dan dia ketawa senang. "Kau ni apasal pakai make-up tebal sangat ni? Kau nak kahwin je tau. Bukannya nak buat pertunjukkan fesyen pun kan sini."

"Janganlah sentuh! Kan dah habis bedak dia tercabut."

"Itulah kau, fake sangat. Cuba jadi macam abang Ngah. Tak pakai apa-apa pun, Wani tetap nak kat abang tau."

Aku mencebik.

"Wani nak kat abang Ngah pun sebab dia tengok abang Ngah kat majlis kahwin abang long dulu! Kalau Ayna tak kenalkan dia dengan abang Ngah, tak adanya dia nak kan abang Ngah yang kasanova ni."

"Alah, Wani cakap.. kau nak abang Ngah kahwin, kan? Beria-ia betul."

"Wani tu.. acah-acah je lah. Dia nak ngorat abang Ngah dan mestilah dia kena gunakan alasan yang kukuh!"

Abang Ngah senyum tak percaya pada aku.

"Dahlah! Jom turun. Biar abang iringkan Ayna turun ke bawah, ya?"

Aku lihat abang long sudah berikan ruang padaku di lengannya untuk aku peluk lengan dia. Aku membuat apa yang abang long pinta.

Kami berempat turun dari tingkat atas. Aku sesekali menoleh ke belakang kerana takut aku tidak akan dapat melihat wajah umi sebaik saja aku turun. Abang cik terus menolak wajah aku dan memaksa aku menatap ke depan dengan wajah bengang dia. Aku akur dan menatap ke depan.

Apa yang aku perasan, ada seorang lelaki duduk di hadapan baba aku. Aku tidak dapat melihat wajahnya. Namun degupan jantung aku rasa lain dari yang lain. Mungkin juga kerana tatapan setiap tetamu yang ada di ruang tamu rumah agam aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience