SEMALAMAN, fikiran aku tak henti memikirkan tentang doktor baru yang akan tiba tak lama lagi.
Kenapalah fikiran aku ni asyik fikir tentang dia saja? Kenapa tak boleh untuk aku lupakan dia kerana ianya telah berlalu lebih kurang 14 tahun yang lalu? Wahai minda aku, lupakan lah kisah silam yang memeritkan itu. Sampai bila ia nak terus menyeksa diri aku?
Walaupun komputer terpasang, namun aku termenung menatap skrin kosong itu dengan berfikir lebih lagi akan hal itu.
"Doktor,"
Suara yang aku dengar membuat fikiran aku melayang pergi dan wajah Ila kelihatan.
"Doktor tak apa-apa ke? Dari tadi saya ketuk pintu, doktor tak bersuara. Saya tengok doktor ada kat dalam. Doktor ada masalah atau.. apa-apa yang tak kena ke?"
"Tak ada.. apa-apa lah. Saya cuma berangan sikit je pasal.. laporan yang saya kena siapkan ni."
Ila mengangguk mengerti.
Aku terpaksa bagi alasan sebegitu supaya dia tak syak wasangka. Lagipun ini hal peribadi aku dan tak ada orang boleh tahu akan hal ini. Biarlah aku yang menanggung masalah itu tanpa dapat bebankan orang lain. Selama ini pun aku dah bebankan umi dengan baba.
"Oh ya, Ila."
Langkah Ila terbantut apabila aku memanggilnya lagi.
"Awak... tahu kan ada doktor baru yang akan masuk ke hospital ni tak lama lagi?"
"Adalah saya dengar khabar angin."
"Bila dia datang?"
"Entahlah. Dengarnya.. lagi sebulan. Ataupun dua minggu lagi. Saya pun tak berapa tahu sangat pasal tu sebab saya bukannya jenis yang suka ambil tahu hal orang."
Nada menyindirnya buat aku. Aku tahu aku suka ambil tahu hal orang. Tapi kali ni aku buat sebab terpaksa.
"Saya minta diri dulu lah, doktor. Jumpa lagi, ya?" Dia beredar pergi.
Kalau betul lah apa yang Ila katakan, mungkin lagi dua minggu atau sebulan lagi aku akan dapat tengok muka dia dan pastikan dengan mata kepala aku sendiri, siapakah gerangan doktor baru tu? Betul ke dia merupakan orang masa silam aku?
Aku tak tahu nak buat apa kalau betul lah dia lelaki masa silam aku. Mungkin aku akan lebih terseksa berada di samping dia.
Bosan betul bila fikiran aku asyik berfikir tentang hal dia saja. Lebih baik aku ambil angin.
Aku melangkah keluar dan berjalan-jalan di sekitar koridor yang kelihatan beberapa pesakit lalu, pelawat dan para kakitangan di hospital ini. Ada yang menyapa aku dan aku balas sapaan mereka.
Namun, langkah aku terhenti di hadapan ruang lobi. Anak mata aku menatap ke arah skrin televisyen. Wajah yang sungguh aku kenal. Anak mata yang cantik, hidung yang mancung dan jawline yang tajam.
"Razif?"
Nama Razif tertiti di bibir aku. Memang dia lah orang yang aku nampak dalam kaca televisyen.
"Eh, doktor!" Ain dan seorang lagi jururawat Salma di kaunter atas menyapa.
"Doktor buat apa kat sini?"
"Saja je. Ingat nak jalan-jalan. Awak berdua dari mana?"
"Kami baru balik dari lunch. Doktor tak keluar lunch ke?"
"Saya bawa bekal hari ni."
Salma mengangguk tenang. Dia menoleh ke arah kaca televisyen. Dengan kagum nya, dia berdiri di hadapan kaca televisyen dengan anak mata penuh gembira.
Aku memandang Ain seperti ingin meminta dia menjelaskan kenapa Salma berperangai sebegitu.
"Encik Razif tu.. idola Salma sejak zaman kolej lagi."
"Idola?"
"Haah. Dulu dia satu universiti dengan pensyarah muda tu. Dia lah yang banyak tolong Salma. Tapi Salma tu je syok sendiri."
Tak aku sangka Salma mendengarnya.
"Eh, kau jaga sikit mulut kau heh?!"
"Dah memang kau syok sendiri. Bukan ke kau suka dekat Encik Razif?"
"Aku suka je. Tak ada sampai cinta. Aku tahu aku tak layak untuk dia!"
Kata-kata Salma seperti batu yang menghempap kepala aku. Rasa macam tersindir pula dengan hal itu.
"Eleh!"
Aku memandang Salma manis. "Apa yang awak suka.. pada dia?"
"Doktor nak tahu? Saya suka sebab dia ni baik. Dengan pelajar perempuan, dia jaga batas tau. Cuma.. student dekat kolej saya kata dia ni ada simpan perasaan dekat pensyarah kitorang yang namanya.. Cik Damia. Ramai yang ship diorang berdua."
Hati aku panas dengan hal itu. Memang aku dah agak yang mereka bukanlah kawan biasa. Mungkin mereka berpura-pura bergembira di majlis perkahwinan kami. Padahal hati sakit sangat-sangat.
"Bila diorang cakap diorang cuma kawan, tak ada sesiapa percaya. Encik Razif selalu je hantar Cik Damia balik ke rumah dia. Saya dengan student lain pernah terserempak dengan diorang masa kat mall. Diorang nampak.. bahagia bersama."
"Apa yang special nya pasal Cik Damia tu?"
"Entahlah. Mungkin dia cantik, pandai bergaya dan diminati pensyarah-pensyarah lain."
"Tak guna kalau rupa ada tapi otak tak ada."
Tak tahulah apa yang buat aku berani sangat cakap macam tu. Mungkin kerana terlalu marah kut?
Aku perasan wajah berkerut Salma dan Ain.
Senyum janggal aku ukirkan. "Tapi dia mesti baik, kan? Kalau tak... tak adalah Encik Razif sukakan dia."
"Memang lah dia baik. Dia sayang pelajar-pelajar dia sampai.. bawa kami keluar sama-sama bila weekend."
Dah agak dah. Mungkin betul yang Razif sukakan Damia tapi dia tak nak mengaku. Tak apa, aku akan buat dia mengaku yang dia sukakan Damia. Aku tak nak jadi penghalang sebuah kisah cinta yang tergantung.
"Tapi cara doktor bercakap ni macam.. doktor cemburu je dengan diorang? Doktor kenal ke Encik Razif dengan Cik Damia tu?"
"Err.. tak tahu lah. Saya tak kenal pun dia."
Lambat-laun, Ain dan Salma akan tahu juga siapa Razif pada diri aku.
"Betul ni?"
"Ya Allah, Ain! Manalah saya tahu dia ni siapa. Dahlah, saya nak.. teruskan perjalanan saya. Nanti saya nak kena naik atas dah."
"Kami pun nak naik juga ni. Tadi ada pesakit yang dah discharge. Keadaan bilik tu entah macam mana lah."
"Yelah."
Mereka berdua berlalu pergi.
Aku kembali menatap Razif di kaca televisyen. Aku tersenyum manis menatapnya yang sedap berucap di hadapan khalayak ramai. Begitu bersemangat dan tenangnya dia menjawab pelbagai soalan yang diajukan.
Melihat dia, hati aku tenang tiba-tiba. Aku rasa masalah yang tadi aku fikir sudah kembali hilang. Apa makna semua ni?
Siaran bertukar. Aku pun berlalu pergi. Teringat aku kata-kata Salma tadi. Tak mungkin dia akan sukakan aku. Orang yang terbaik buat dia hanyalah orang seperti Damia.
Aku kembali menyiapkan kerja aku yang tak sudah ini. Aku berjalan memeriksa pesakit di wad mereka dan menyiapkan kerja lagi.
Hari kini sudah petang. Aku masukkan kad aku pada pemasa yang ada sebagai tanda aku dah habis kerja. Aku kemudiannya menuju ke kereta untuk pulang.
Tidak aku sangka abang Ngah dengan senyuman manis menghalang pintu masuk aku.
"Abang Ngah! Abang Ngah nak ambil Wani ke?"
"Tak adalah. Wani dah balik dah tadi."
"Habistu?"
Senyuman abang Ngah buat aku pelik. Entah apa yang abang Ngah rancangkan sekarang.
"Abang Ngah akan bawa kau jumpa dengan Razif hari ni."
Aku dah agak dah. Keluhan berat aku lepaskan.
"Abang Ngah ni tak reti bahasa, heh? Kan baba, umi dan keluarga Razif dah cakap Ayna tak boleh jumpa dengan Razif sampailah waktunya. Tak lama dah abang Ngah. Lusa.. kami akan bersanding."
"Apa salahnya sebelum majlis persandingan, kau jumpa dia dulu."
"Memang salah pun! Ayna dah penat dan nak balik rehat."
"Sekejap je."
Aku mencekak pinggang menatapnya. "Kenapa abang Ngah beria-ia sangat ni? Macam abang Ngah pula isteri dia sampai mendesak Ayna suruh jumpa dia."
"Abang Ngah kesian kat kau je. Kau tak rindu dia?"
"Tak! Jangan nak jatuhkan maruah Ayna, boleh tak? Kalau baba dengan umi tahu ni, makin teruk Ayna kena marah."
"Yang tu.. kau tak payah risau! Abang Ngah uruskan semuanya. Lagipun bukan abang Ngah seorang je buat keputusan ni. Abang cik kau, abang long pun setuju. Apa-apa, kami akan cover kesalahan kau."
Kurang aku percaya dengan mereka sebab aku ada pengalaman percaya kan mereka. Akhirnya aku yang terjatuh dalam longkang sebab kata mereka ada anak kucing jatuh dan meminta bantuan aku.
Lima jari tangan kanan diangkat. "Abang Ngah janji! Kalau abang Ngah tak buat juga, abang cik ada untuk pertahankan kau dan abang long pun sanggup!"
Aku memandangnya curiga.
Tapi rasanya cadangan dia bagus juga. Aku dah lama tak jumpa dengan Razif. Macam mana nak lah rupa dia sekarang? Melebih-lebih lah pula aku ni!
"Yelah."
"Cantik!"
Aku membuka pintu kereta aku. Dihalang lagi oleh tangan abang Ngah.
"Apa ni? Lepas lah! Macam mana Ayna nak pergi kalau abang Ngah halang macam ni?"
"Kau nak pergi mana?"
"Ya Allah! Abang Ngah ni dah nyanyuk ke, hah?! Tadi cakap nak bawa Ayna jumpa dia. Abang Ngah jalan lah dulu dan Ayna ikut dari belakang."
"Kita naik kereta abang Ngah jelah. Nanti abang Ngah hantar kau datang sini balik. Ataupun.. kau ambil kereta kau lepas kau bersanding. Kau dah start cuti besok, kan?"
Aku mengangguk. "Tapi tak boleh lah!"
"Alah, kau ni! Jom. Nanti abang Ngah suruh lah abang cik ke pergi sekejap. Jom."
Ditarik tangan aku pergi ke keretanya. Susah betul lah kalau ada abang yang macam ni.
Kereta dipandu abang Ngah keluar dari perkarangan.
Aku tak suka kelajuan yang dibawa abang Ngah. Beberapa kali aku minta dia perlahankan kereta tetapi tak diendahkan nya. Makin dia mengusik aku dengan membawa kereta laju-laju dan tersedu-sedan secara sengaja.
Bila aku marah dengan teruk, dia berhenti sambil ketawa. Dipanggilnya aku sebagai PENAKUT.
Kami tiba di hadapan butik pakaian lelaki di tepi jalan. Pelik aku menatap kedai itu dan ke arah abang Ngah.
"Haih.. sempat lagi nak cari sut?"
"Bukan untuk abang Ngah lah! Untuk Razif."
Makin berkerut kening aku.
Abang Ngah mengeluh. "Lembab betul lah kau ni! Kalau kita pergi jumpa dia macam tu je, maruah kau tercalar. Nanti dia cakap kau ni terhegeh-hegeh kat dia. Jadi biarlah ada sebab kau jumpa dia. Bagi hadiah ke, makanan ke ataupun maklumat yang kau nak cakap. Abang Ngah rasa.. benda terbaik sebagai alasan, kau beli dia kemeja. Jom, abang Ngah tolong kau pilihkan."
"Cakap lah!"
"Habis, aku bersiul ke tadi?"
Aku mengekori abang Ngah menuju ke dalam butik ini.
Beberapa helai baju abang Ngah pilih. Dia mahu aku pilih baju yang sesuai dan kena dengan kerjaya Razif. Ada tiga jenis warna. Merah jambu, biru dan hijau zamrud.
Abang Ngah rasa warna biru sesuai dengan Razif. Tapi aku kata sebaliknya.
"Warna pink lagi sesuai dengan dia."
"Apasal pink pula?"
"Dia kan muka jambu." Kata aku sambil membawa baju kemeja yang aku pilih untuk Razif pergi ke kaunter.
Abang Ngah ketawa senang dengan gurauan aku itu.
Sebaik saja membayarnya, abang Ngah bawa aku ke kolej dia untuk berikan dia hadiah yang aku beli kan ini pada dia.
Kami tiba di sana.
Yang buat aku menghalang abang Ngah untuk keluar dari kereta dia, aku melihat Razif dan Damia di kereta mungkin milik Damia.
Dari bahasa badan mereka, Damia tersenyum manis, Razif membalasnya. Tangan mereka memegang tangan satu sama lain. Razif nampak bahagia begitu juga dengan Damia. Selepas beberapa minit, mereka melepaskan pegangan.
"Kau.. nak pergi tak?"
"Kita balik lah. Ayna dah letih dah ni."
"Habis, baju tu macam mana?"
"Tak apa, malam sanding nanti Ayna bagi lah kat dia. Jom balik."
Abang Ngah menurut permintaan aku.
Sepanjang perjalanan, aku tahu abang Ngah ada benda nak cakap. Tapi dia tak hiraukan hal itu.
Aku memandang ke luar jendela. Mungkin hati aku tak patut dimiliki atau dicintai sebab tak ada yang sudi menerima diriku. Mahupun Razif yang kelihatan baik. Tapi dia juga manusia biasa yang aku tak boleh lupa akan hal itu. Hati dan perasaan dia mungkin bukan untuk aku. Aku tak boleh memaksa dia menyukai aku.
Biarkan takdir menentukan hala tuju perkahwinan kami.
Share this novel