BAB 4

Romance Completed 20716

“Aku terima nikahnya Fazureen binti Fauzi dengan mas kahwinnya sebanyak seratus dua puluh ringgit, tunai..”, dengan sekali lafaz sahaja Fuad dan Fazureen kini sudah bergelar suami-isteri. Fuhh!! Fuad menarik nafas lega. Selesai juga semuanya akhirnya. Mujur juga nama si Fazureen itu pendek saja. Kalau tidak mahu terbelit lidahnya.

* * *
“So, apa perancangan kau?”, tanya Fazureen sebaik sahaja Fuad melangkah masuk ke dalam bilik mereka setelah penat melayan tetamu-tetamu yang hadir pada kenduri pernikahan mereka. Kenduri pada malam ini hanyalah kenduri kecil-kecilan sahaja. Majlis resepsinya hanya akan diadakan dua bulan dari sekarang. Kata mama, bagi peluang untuk mereka berdua saling bermesraan dahulu. Huh!! Bermesraan..

“Sabarlah, bagi la aku duduk dulu. Kau ni gelojoh betullah..”, balas Fuad pula seraya melabuhkan punggungnya di atas katil yang berhias indah. Isk.. perempuan nih.. tak menyempat-nyempat.

“Kau nak bilik asing ke?”, Fuad memulakan bicara.

“Kalau kau tak kisah..”, jawab Fazureen ringkas. Hmm.. best jugak kalau boleh dapat bilik asing. Selamat sikit aku, kata hati Fazureen sambil ketawa kecil.

“Hm.. aku ok je. Tapi kita tetap akan tunaikan tanggung jawab kita sebagai suami isteri. Ni kiranya sebagai syarat ajelah. Syarat bagi lepas tanggung jawab kau dengan aku. Ok?”, Fuad menyambung bicara.

“Maksud kau?”

“Macam ni.. Dalam kursus semalam ada cakapkan, tanggungjawab suami adalah untuk memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri. So, kita buat apa yang wajib je sebagai syarat tak senget bahu aku kat akhirat nanti”, terang Fuad panjang lebar.

“Maksudnya, kau nak suruh aku tidur dengan kau ke?”, tanya Fazureen pula. Cuba mendapat kepastian tentang maksud ayat Fuad tadi.

“A’ah, tapi sebagai cukup syarat je..”

“Aku tak faham.. Macam mana pula tu?”, tanya Fazureen sambil menggaru lehernya yang tiba-tiba terasa gatal.

“Macam ni.. hmm.. hari ni hari ape..?”, isk.. ada kaitan ke dengan hari rancangan dia ni, rungut Fazureen dalam hati.

“Rabu..”, jawab Fazureen ringkas. Hari pun tak tahu.

“Ok.. Gini.. Setiap hari rabu kau akan tidur dengan aku sebagai syarat untuk melepaskan tanggungjawab aku pada kau. Zahir dan batin. Duit sara hidup aku bagi kau dua ribu sebulan. Kira tu untuk tanggungan perbelanjaan rumahlah. Hari-hari lain kita boleh buat aktiviti sendiri.. “, terang Fuad pada Fazureen akan rancangannya.

Fazureen pula kelihatan seperti terkulat-kulat cuba untuk mencerna apa yang telah diterangkannya tadi. Logik ke?

“Hah.. ada lagi.. Dalam sebulan kau kena tidur dengan aku sekurang-kurangnya empat kali..”, tambah Fuad lagi.

“Eh.. mana boleh macam tu. Dalam sebulan paling tidak aku seminggu datang bulan. Mana boleh tidur dengan kau waktu tu..”, sanggah Fazureen pula. Boleh ke kita orang buat macam ni..

“So, aku akan bagi nafkah untuk ko bagi minggu yang ko uzur tu secara in-advace lah. Harinya biar aku saja yang pilih. Kalau aku suruh kau takut kau segan pulak nanti. Hmm.. sama gak kalau ada minggu yang aku kena pergi outstation. Semuanya akan kita selesaikan secara in-advance. Tapi kalau tak dapat jugak kira aku berhutang la dengan kau. Hmm.. macam mana.. setuju?”, tanya Fuad lagi bagi mendapatkan persetujuan daripada Fazureen.

“Perlu ke kita buat macam tu? Kalau kita buat bodoh je and hidup sendiri-sendiri tak boleh ke?”

“Masalahnya tanggungjawab tu wajib. Kau nak ke tanggung dosa free macam tu? Tak nak aku.. Dah la aku cakap kat papa yang aku dah bertaubat. Sekali kau pulak nak ajak aku buat dosa. Kau nak tanggung dosa tu kat akhirat nanti?”, tanya Fuad lagi. Fazureen hanya menggeleng.

“Hah..!! Dah tu tunggu apa lagi. Jomlah..”

“Sekarang ke?”

“Yelah.. hari ni kan hari Rabu”, kata Fuad sambil meraih tangan Fazureen sebelum lampu bilik mereka dipadamkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience