BAB 5

Romance Completed 20614

Sebulan telah berlalu.

“Weh.. minggu depan aku outstation seminggu. So, malam ni ‘hari rabu’. Ko jangan balik lambat pulak..”, pesan Fuad ringkas sebelum meletakkan telefon.

Fazureen menepuk dahinya tatkala mendengarkan pesanan dari Fuad melalui peti simpanan suara telefon bimbitnya. Adeh!! Malam ni ‘hari rabu ‘ la pulak.. Aku baru planning nak pergi enjoy dengan Sarah. Pantas diari dihadapannya dibuka dan ditandanya pangkah pada tarikh hari ini. Entah mengapa Fazureen akan menanda pada diarinya setiap kali ‘hari rabu’ menjelma.

Tiga bulan kemudian.

“Reen, hari ni kita duduk kat rumah sajalah ye. ‘Hari rabu’ in-advance. Esok aku ada kerja nak buat..”, Fazureen menggaru kepalanya. Pelik. Rasa seperti ada yang tidak kena. Serasa seperti kerap benar ‘hari rabu’ menjelma. Pantas diarinya dibuka. Silang pangkah yang berada di dalam bahagian planner di dalam diari tersebut dikiranya. Dua puluh lima silang pangkah. Eh.. Jap.. Macam mana boleh sampai dua puluh lima kali silang pangkah ni? Dalam empat bulan bukan ke hanya ada lebih kurang enam belas kali hari Rabu? Masakan pula ‘hari rabu’ mereka mencecah dua puluh lima kali??

* * *
“Weh.. Aku nak tanya sikit..”, kata Fazureen pada suatu malam ketika dia berada di bilik Fuad.

“Hmm.. apa?”, Fuad menoleh sambil melihat wajah Fazureen. Cuba untuk memberikan perhatian kepada apa yang bakal Fazureen tanyakan. Renungan lembut dari matanya menyapa wajah bersih dihadapannya.

Fazureen mengambil diari yang berada di atas meja solek, lalu diunjukkan kepada Fuad.

“Kau buka dan kiralah..”, kata Fazureen pula. Fuad membuka diari tersebut lalu diselaknya helaian muka surat yang berada di dalam diari itu. Setelah menyelak beberapa muka surat, Fuad memandang wajah Fazureen sambil mengangkat kening. Sebagai maksud Nak suruh kira apa?.

“Kiralah silang pangkah yang ada dalam tu..”, jawab Fazureen seakan dapat memahami pertanyaan bisu Fuad tadi.

“Berapa?”, tanya Fazureen setelah beberapa ketika Fuad mendiamkan diri.

“Dua puluh lima..”, jawab Fuad acuh tak acuh. Keningnya dikerutkan. Tidak faham apa maksud tanda silang pangkah itu.

“Silang pangkah ni untuk apa?”, terpacul jua soalan yang berlegar dibenaknya.

“Hari rabu”, jawab Fazureen ringkas.

“Adeh.. kantoi.. Maksudnya kau memang tanda setiap kali ‘hari rabu’ kita?”, tanya Fuad sambil menepuk dahinya. Sengihan kerang busuk pula terselit dibibirnya. Fazureen tidak faham maksud kantoi Fuad itu, tetapi kepalanya mengiyakan pertanyaan Fuad.

“Jadi kau dah sedarlah ya..”, tanya Fuad lagi.

“Apa maksud kau?”, tanya Fazureen sambil mengerutkan dahi.

“Bilangan ‘hari rabu’ kita.. lebih daripada sepatutnya..”

“Macam mana boleh jadi macam tu?”, sungguh Fazureen tidak faham.

“Reen.. aku sayang kau lah ngok..!! Sebab tu aku saja cakap ada kerja la itu ini.. Kau tak perasan ke, sejak kita kahwin mana pernah aku pergi outstation lagi?”, tanya Fuad sambil tersengih. Lega hatinya kerana dapat meluahkan apa yang terpendam di dalam hatinya sejak selepas dua minggu pernikahan mereka. Entah mengapa hatinya terpaut pada Fazureen, isterinya.

“Ya Allah.. terkena aku..”, kata Fazureen sambil menggosok kepalanya tanda tidak percaya. Dia tertipu selama ini. Isk.. aku ni..

“Sebenarnya aku plan nak bagi tau perkara ni bila kau pragnent nanti. Sebab tu banyak sangat ‘hari rabu’ kita. Hehe.. Aku risau kalau aku bagi tau awal-awal kau nak lari pulak dari aku. At least kalau dah ada baby kau memang confirm tak boleh lari..”, wah..!! licik betul perancangan si Fuad ni. Macam tak percaya Fazureen mendengarnya.

“Sejak bila kau mula suka aku?”

“Entah.. Dua minggu lepas kita nikah kot..”, jawab Fuad sambil angkat bahu.

“Kalau macam tu aku pun ada benda nak bagi tahu ni..”, Fuad mengangkat keningnya sambil tersenyum.

“Aku pragnent..”

“Hah.. Yuhuuuuuuuuuuu!!”, kata Fuad sambil terloncat gembira. Jadi juga planning aku akhirnya.. Yaaaahooooooo!! Fazureen pula hanya tersenyum melihat telatah suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience