BAB 12

Romance Completed 20614

Fuad melihat hakikat yang ternyata di muka skrin komputer di hadapannya. Dia menggeleng tidak percaya. Tak mungkin!

Fazureen 995,252,131 pnt.
Haikal 752,194,125 pnt.
Kakak 521,181,352 pnt.
Adik 502,285,276 pnt.
Papa 302,561,442 pnt.

“Aku last sekali?” buntang mata Fuad. Sungguh dia tak percaya. Lantas tangannya terus mencapai tetikus lalu dibawanya anak panah menuju ke satu arah. Delete score.

“Yeah!! Start semula bebeh…” ucap Fuad sambil bersuara jahat. Dengan senang hatinya dia mendaftar akaun baru dan mula mencipta rekod sekali lagi.
Ting! Tong! Ting! Tong!

Bunyi itu terus bergema diruang bilik bacaan tersebut dan Fuad kian tenggelam dalam ciptaan rekod demi rekod. Namanya terus terpahat sekali lagi di tempat pertama skor keseluruhan.

***
“Abang, adik, kenapa belajar kat sini? Bukan ke selalu papa pesan kalau nak study, study kat tempat yang sepatutnya. Kan ke papa dengan mama dah sediakan bilik bacaan?” tanya Fazureen sebaik sahaja melihat anak-anaknya yang khusyuk membuat kerja sekolah di meja ruang tamu.
Penerangan Haikal pada adik-adiknya mengenai teori penghasilan bayang-bayang terhenti seketika. Mereka bertiga menoleh serentak ke arah mama mereka.

“Papa suruh kita orang belajar kat sini, mama,” jawab Haikal.

“Eh, ye ke?” tanya Fazureen. Pelik pula rasanya. Masakan begitu sedangkan selama ini Fuad sangat menitik beratkan keselesaan tempat belajar anak-anaknya.

“Betul mama. Papa halau kita orang keluar, lepas tu papa suruh tutup pintu,” adu Fisha pula pada mamanya. Si kecil itu memang terkenal dengans sikap suka mengadu. Berbeza sungguh dengan sikap kembarnya Fasha yang lebih senang berahsia.

“Hmm… mesti ada agenda tersendiri ni,” fikir Fazureen sendiri.

“Tak pelah. Papa ada keje kot. Abang dengan adik buat kerja sekolah dulu ek? Mama nak naik atas kejap,” ucap Fazureen pada anak-anaknya sebelum menuju ke bilik bacaan yang terletak di tingkat atas.

***
Setibanya di hadapan pintu bilik bacaan, Fazureen berura-ura untuk membuka pintu bilik tersebut namun pegangan tangannya di tombol tersebut terhenti. Perlahan-lahan Fazureen menekup telinganya ke pintu. Cuba mengesan sebarang bunyi.
Ting! Tong! Ting! Tong! Zuma…

“Owh.. senyap-senyap dia main Zuma ya,” ucap Fazureen perlahan. Lantas dia terus membuka pintu bilik tersebut. Kelihatan Fuad yang sedang khuysuk melepaskan guli-guli yang berwarna-warni itu pada sasarannya. Fuad hanya memandang Fazureen yang sedang melangkah masuk dengan sekilas pandang. Kemudiannya dia terus menumpukan perhatian sepenuhnya pada katak dan guli di hadapannya.

Fazureen menjenguk ke skrin. Senyuman sinis dilemparkan. Eleh, baru sampai situ jek, ejek hati Fazureen.
Time record 01:52 Fazureen

“Wahaha… Abang tetap tak boleh beat Reen,” ucap Fazureen dengan diiringi dengan ketawa jahatnya.
Fuad menyeringai geram. Kemudian pantas dia menekan butang pause dan menekan butang record.

“Tengok, semua nama abang,” ucap Fuad dengan bangga. Jelingan sinis dihadiahkan pada isterinya. Walaupun rasa sayang masih lagi utuh, namun tidak untuk sesi ini. Kini mereka adalah musuh. Kasih sayang simpan dalam almari kejap, tekad hati Fuad.
Bulat mata Fazureen memerhatikan rekod yang tersenarai pada skrin di hadapannya.

“Abang delete rekod asal? Reen punya skor dah dekat satu juta tau!” marah Fazureen. Fuad pula menayang wajah yang tidak bersalah.

“Hah.. hah.. ha… Nasib la…” ucap Fuad pula dengan penuh nada mengejek.

“Argh! Abang ni memang tau. Reen tak pernah pun delete rekod macam ni. Tak adil la…” rungut Fazureen pula. Sungguh dia tak berpuas hati dengan tektik kotor Fuad. Ah, Fuad memang dari dulu sangat licik dengan tektik kotor. Teringat kembali bagaimana liciknya Fuad untuk terus mengikat aku disisinya, desis hati Fazureen. Fuad ni memang nak kena tau!

“Memang la Reen tak pernah delete nama abang tapi Reen, abang dengan adik selalu buat nama abang kat bawah sekali. Mana aci…” balas Fuad pula. Dia tak peduli. Apa yang dia tahu, namanya mesti berada di tangga yang teratas.

“Tengok rekod abang sekali lagi,” pinta Fazureen. Dengan bangganya Fuad menayangkan kembali rekodnya tadi.
Papa 252,129,521 pnt.

“Alah, banyak tu je ke bang? Reen boleh beat rekod abang ni dalam masa setengah jam tau. Tak kisah,” ejek Fazureen pula. Pantas Fuad mencerun marah.

“Berani la Reen jatuhkan nama abang, nanti abang delete terus dengan game-game ni sekali tau. Terus semua orang tak payah main,” ugut Fuad pada Fazureen.

“Hoh, mana aci macam tu. Dengki la abang ni…” rungut Fazureen lagi.

“Aci maci abang tak peduli. Kalau Reen nak terus main game ni, make sure nama abang ada terus kat atas takhta. Wahaha…” dengan penuh aura jahat Fuad ketawa.

“Argh!! Mana boleh macam tu!!!” jerit Fazureen. Tabiat menjeritnya itu memang tak boleh lepas. Dari bujang, kemudian menjadi isteri orang dan seterusnya kini sudah menjadi ibu kepada tiga orang anak, sikapnya itu tidak pernah berubah. Bingit telinga Fuad dibuatnya.

“Syhh!! Nanti abang dengan adik dengar…” pantas Fuad meletakkan jari ke bibir. Memberi isyarat supaya Fazureen diam.

“Nanti kantoi la…” sambung Fuad lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience