BAB 9

Romance Completed 20614

“Astaghfirullahalazim… apa yang kamu berdua ni buat?” tegur satu suara.

Opss!! Fuad yang sedang bergomol dengan anaknya mendongak untuk melihat siapakah gerangan yang sedang bersuara itu.

“Mama..” ucap Fuad sambil tersengih. Haikal yang berada di atas badannya diangkat dan diletakkan di tepi sebelum dia bangun dan bersalam dengan ibunya.

“Haikal, salam nenek..” arah Fuad pada anaknya. Tanpa berlengah, si kecil itu pergi mendapatkan neneknya. Hajah Mariam menghulurkan tangan pada cucunya. Tubuh kecil itu didukungnya.

“Ni kenapa comot-comot ni sayang?” tanya Hajah Mariam. Haikal hanya tersengih sambil dia bermain-main dengan jarinya.

“Bau hangit apa pula ni Fuad?” tanya Hajah Mariam apabila hidungnya terbau sesuatu yang terbakar.

“Allah mama, moi Fuad..” berlari Fuad kembali ke dapur untuk melihat moi yang dimasaknya tadi bersama Haikal.

Haikal menarik nafas lega. Mujur sahaja moi yang dimasaknya tadi tidak rentung, cuma nyaris-nyaris rentung sahaja. Hajah Mariam menggelengkan kepalanya. Patutlah Fuad enggan apabila dia suruh supaya dua beranak ini makan dirumahnya selama Fazureen berada di hospital. Rupa-rupanya ada ‘projek’ sendiri, ujar Hajah Mariam sambil ketawa sendiri.

***
“Haikal, mari makan. Ajak nenek sekali,” arah Fuad pada anaknya.

“Jom nenek, jom..” ucap si kecil itu sambil menarik tangan neneknya menuju ke meja makan.

“Haikal dengan papa yang masak.. Sedap tau nek,” petah mulut Haikal bercerita pada neneknya mengenai aktiviti bersama papanya tadi. Mereka duduk di meja makan. Setelah menceduk moi untuk Hajah Mariam dan Haikal. Mereka sama-sama merasa hasil ‘air tangan’ Fuad dan Haikal.

“Ok ke sayang?” tanya Fuad. Tak sabar hendak mengetahui feedback dari anaknya.

“Sedap.. sedap..” ucap Haikal sambil bertepuk tangan. Terangkat kening Fuad mendengar pujian daripada anaknya.

“Makanlah mama..” jemput Fuad.

“Nanti, mama nak ke dapur. Ambil air dulu..” Hajah Mariam berkata sambil bergerak ke dapur.

“Ya Allah.. selambak korang masak?!” jerit Hajah Mariam dari dapur.

Fuad dan Haikal hanya tertawa sambil jari menuding ke arah satu sama lain.

***
“Hai sayang.. apa khabar?” ucap Fuad sambil mencium dahi Fazureen yang sedang berbaring di katil.

“Baik..” jawab Fazureen sambil tersenyum.

“Hai anak mama, meh sini mama nak sayang sikit..” panggil Fazureen pada Haikal. Haikal memanjat katil mamanya. Tubuh mamanya dipeluk. Fazureen mencium wajah anaknya.

“Anak mama ni nakal tak?” tanya Fazureen.

“Tak.. tak.. kan papa?” pantas Haikal menjawab. Wajah papanya direnung. Fuad hanya menggangguk. Mengiyakan saja kata-kata anaknya.

“Mama.. Haikal nak tengok adik..”

“Tu.. tapi jangan bising tau..” Fazureen menunjuk ke arah baby cot yang berada di sebelah katilnya.

Haikal cuba menjengket untuk melihat adiknya.

“Aik mama, kenapa ada dua? Same la muka baby ni?” ucap Haikal pada mamanya. Fuad mendukung anaknya supaya Haikal mudah untuk melihat adik-adiknya.

“Ni la adik Haikal. Yang ni Fasha and yang ni pulak Fisha..” beritahu Fuad pada Haikal.

“Aik? Diorang girl ek papa?”

“A’ah.. Girl..”

“Kalau macam tu nanti boleh la kita ajak adik masak sama-sama dengan kita, kan papa?” shh.. Fuad meletakkan jari telunjuknya ke bibir. Sudah diberitahu pada anaknya bahawa aktiviti mereka itu adalah rahsia mereka bersama.

“Alamak.. Haikal lupa..”

“Apa? Abang dengan Haikal masak?” terkejut Fazureen tembelang dua beranak itu pecah. Fuad dan Haikal sama-sama tersengih.

“Habislah dapur aku..” akhirnya mereka bertiga ketawa bersama-sama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience