BAB 1

Romance Completed 20614

Fuad tiba di Thistle Hotel, Johor Bahru tepat jam satu setengah pagi. Memandu sendiri dari Penang ke Johor menyebabkan badannya terasa sangat penat sekali. Pada mulanya, Fuad bercadang untuk menaiki kapal terbang seperti selalu. Tambahan pula arahan mengejut ayahnya itu sampai ke pengetahuannya sudah agak lewat. Namun, entah mengapa cadangannya itu ditegah kuat oleh ayahnya. Maka terpaksalah dirinya memandu seorang diri juga.

Sebaik sahaja tiba di hadapan pintu utama, Fuad terus memberhentikan keretanya lalu menyerahkan kunci kereta kepada jookey yang bertugas. Dengan langkah yang longlai Fuad menuju ke meja pendaftaran bagi mengambil kunci bilik. Mujur sahaja segala urusan pendaftaran bilik telah dilakukan oleh ayahnya. Entah apa agenda ayahnya sehingga beriya-iya menyuruhnya datang ke Johor Bharu hari ini. Secara mengejut pula tu. Katanya lagi semuanya sudah sedia. Dirinya hanya perlu mengikuti jadual yang telah disusun untuknya. Ada individu yang telah ditugaskan untuk menguruskan jadualnya di sana. Untuk melihat projek tapak masjid katanya. Pelik juga rasa hatinya. Sejak bila Rahaman Logistic and Transportation Holdings terlibat dengan projek pembinaan? Masjid pula tu?

Setelah menyebut namanya, akhirnya kunci bilik bertukar tangan. Fuad melihat nombor yang terdapat pada kad yang berada ditangannya. Suite 7034. Sebaik sahaja tiba di dalam lif, tangannya pantas menekan butang bernombor enam. Keluar sahaja daripada lif, langkah kakinya laju sahaja menuju ke bilik yang tertulis ‘Suite 7034’ pada pintunya. Pintu bilik dibuka. Tanpa membuka sebarang lampu, dengan hanya bertemankan cahaya samar biasan dari celahan pintu bilik air, Fuad membuka baju dan tinggal hanya berseluar pendek. Lalu dia terus hilang disebalik gebar yang tebal. Dendangan lagu nasyid yang semakin kuat telah mengganggu lenanya.

“Argghh!! Mana pula datangnya lagu nasyid pagi-pagi buta ni..!!”‘ marah Fuad kerana lena nyenyaknya terganggu. Tangannya yang enak memeluk sesuatu dikalihkan. Lingkaran tangan di pinggangnya juga dilepaskan. Tiba-tiba Fuad terfikir sesuatu. Eh, aku peluk apa tu, dan siapa pula peluk aku? Bantal ke? Kenapa rasa macam orang je, tak pun, hantu.. kalau tidak takkan dia boleh peluk aku.., Fuad berkira-kira sendiri. Ish.. seram pula rasa. Dengan perlahan-lahan kelopak matanya dibuka. Sedikit demi sedikit. Sebaik sahaja Fuad membuka mata, dia dapat melihat wajah seorang wanita yang tidak sampai sejengkal jarak wajah mereka.

Dalam masa yang sama, tanpa diduga, wanita tersebut juga membuka matanya. Buntang mata keduanya melihat satu sama lain. Mereka sama-sama terjerit seraya bingkas mereka duduk. Kedua-duanya pantas menarik selimut. Fuad dapat melihat wanita tersebut cuba menutupi lurah di dadanya yang mengkal akibat leher baju berbentuk-v yang agak besar. Fuad sendiri pula ingin menutup dadanya yang terdedah. Mereka terlalu taksub menarik selimut hingga ke dada tanpa menyedari selimut di bahagian kaki semakin tiada.

“Aaaah!!”, jerit wanita itu lagi apabila melihat bulu-bulu di kaki Fuad. Wa.. Aku pakai seluar pendek je semalam. Lupa. Suara jeritan wanita itu terasa membingit ditelinganya. Pantas mulut wanita itu ditekup.

“Shh..!! Bisinglah..”, marah Fuad.

“Apa kau buat kat sini?”, tanya perempuan itu sebaik sahaja Fuad melepaskan mulutnya. Wajah wanita itu kelihatan bingung.

“Aku yang patut tanya kau, apa yang kau buat kat dalam bilik aku ni? Macam mana kau boleh masuk?”, soalan wanita itu dibalas dengan soalan juga oleh Fuad.

“Eh, apa pula bilik kau. Ini bilik aku lah..!!”, jawab wanita itu tegas.

“Bilik aku..”, kata Fuad pula. Pantas tangannya mengambil kad yang diberikan oleh pekerja hotel kepadanya awal pagi tadi. Wanita itu menelek sebentar kad yang berada di tangan Fuad. ‘Suite 7034’. Wanita itu menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Eh, betullah ni bilik Suite 7034. Tapi macam mana pula boleh sama dengan nombor bilik aku. Takkanlah..? Secara tiba-tiba Fazureen bingkas seraya pergi ke meja solek untuk mengambil kunci biliknya pula. Ingin melihat, siapa yang salah sebenarnya. Fazureen bangun sambil menarik selimutnya bersama. Bimbang lelaki yang tidak dikenali dihadapannya ini melihatnya dalam gaun tidur yang sangat jarang itu. Hiss..!! Seksi..

Setelah kunci biliknya dicapai, Fazureen melangkah kembali ke arah lelaki itu. Sekali lagi Fazureen terjerit apabila melihat lelaki itu yang tidak berbaju dan hanya berseluar pendek itu. Wanita tersebut terus berselubung dalam selimut. Menutupi seratus peratus tubuhnya. Dah macam kura-kura, rupanya..

Fuad yang terkejut dengan jeritan wanita itu buat sekian kalinya, baru tersedar akan keadaan dirinya.Pantas dia terjun ke atas lantai sambil merangkak ke bahagian penyidai untuk mencapai tuala yang tersidai. Selepas mengikat tuala tersebut dengan kemas dipinggangnya, barulah Fuad mendekati wanita tersebut.

“Dah ke..?”, tanya wanita itu perlahan.

“Dah..”

“Eh, tu tuala aku lah..!”, tegur wanita itu sebaik sahaja mengalihkan selimut dimukanya.

“Habis.. kau nak aku londeh kat sini ke?”, tanya Fuad sinis. Hal tuala pun sibuk nak berkira, getus hati Fuad. Eh, aku pun ada tuala la..!

“Err.. tak pe.. tak pe.. kau pakai je..”, gelabah Fazureen mendengarkan kata-kata lelaki tersebut.

“Hah.. mana kunci engkau..?”, tanya Fuad untuk mendapatkan kebenaran. Tanpa banyak soal, wanita tersebut menyerahkan kunci padanya. Hah? ‘Suite 7034’ juga??!

Ketukan dipintu yang bertalu-talu telah menggandakan rasa terkejut di dada Fuad. Namun, rasa terkejut itu ibarat telah dikuasatigakan apabila insan-insan yang berada di hadapan pintu itu mendakwa mereka daripada Pejabat Agama, Johor Bahru.

“Ah.. sudah..”, kata hati Fuad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience