BAB 6

Romance Completed 20614

“Papa.. mama.. kita orang ada news nak bagi tahu..”, kata Fuad kepada ibu bapa dan mertuanya. Sengaja dia mengajak mereka semua makan malam di restoran pada malam itu. Jari jemari Fazureen digenggamnya erat dibawah meja.

“Papa.. mama semua bakal dapat cucu..”, kata Fuad lagi. Fazureen pula tertunduk malu.

“Yes..!! Menjadi juga planning kita..”, kata Encik Rahaman kepada Encik Fauzi sambil membuat high-five.

“Hah..!! Planning..”, bulat mata Fuad dan Fazureen. Rupanya kejadian tangkap basah itu semua adalah rancangan ayah mereka bersama.

“Cis..!! Terkena lagi aku..”, kata Fazureen tiba-tiba.

Pecah tawa mereka semua yang berada di meja itu. Suara yang paling kuat sudah semestinyalah Fuad sendiri. Faham akan maksud Fazureen itu. Merintik merah muka Fazureen diketawakan oleh ibu bapa dan mertuanya.

“Reen..”, Fazureen menoleh pada Fuad.

“I love you so much. Thank you..”, ucap Fuad dalam nada yang cukup romantis. Mata mereka juga turut beradu. Dan hati mereka juga turut menyanyikan lagu yang sama – Aku cinta padamu.

———————————

“Abang..!!” jerit Fazureen dari dalam bilik. Terkocoh-kocoh Fuad berlari masuk ke dalam bilik. Hampir ketawa Fazureen melihat keadaan suaminya, dengan apron yang terikat dipinggang dan tangan yang tersarung sarung tangan ovennya. Tangan kanan memegang sudip dan tangan kiri pula memegang tudung periuk.

“Kenapa?” tanya Fuad bersama sedikit mengah.

“Rin nak muntah..” jawab Fazureen perlahan. Bulat mata Fuad mendengar kata-kata Fazureen.

“Lagi?” Fazureen menganggukkan kepalanya. Seingat Fuad, untuk pagi ini saja sudah hampir dua belas kali Fazureen muntah. Sampai lembik jadinya isterinya itu. Fuad menggeleng tak percaya.

“Betul ke? Ada lagi ke isi yang nak dimuntahkannya tu?” Fuad cuba mencari jawapan yang lebih pasti. Rasa seperti tidak dapat diterima oleh akalnya. Pagi tadi Fazureen hanya menjamah sekeping roti bersama segelas susu. Masakan dengan makanan yang sebanyak itu, Fazureen mampu untuk muntah sebanyak dua belas kali? Sungguh tak masuk dek akal.

“Abang..!! Cepatlah, Rin nak muntahlah..” marah Fazureen tiba-tiba. Rasanya sudah tidak mampu untuk dia menahan rasa loya namun suaminya itu banyak pula soalnya..

“Oh.. ya.. ya..” kelam-kabut Fuad mendekati Fazureen dan cuba untuk memapahnya ke bilik air. Tetapi, entah mengapa serasa seperti kekok dan payah benar untuk Fuad mencari posisi yang betul untuk memapah Fazureen. Seperti ada yang tidak kena.

“Abang.. kalau ya pun, letak la dulu sudip dengan tudung periuk tu. Abang nak bawak ke mana?” tegur Fazureen pula.

Opss!! Fuad hanya tersengih. Pantas dia meletakkan sudip dan tudung periuk ditangannya. Kemudian, dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Cover malu sebenarnya.

“Abang.. nak muntah dah ni..” jerit Fazureen bersama muka yang berkerut-kerut. Dengan rasa yang tidak keruan, Fuad cuba mencempung badan Fazureen. Belum separuh badan Fazureen diangkat, muntah Fazureen sudah pun selambak keluar. Habis baju dan apron Fuad.

“Opss!!”, kata Fazureen sambil tersengih.

“Alamak, apron abang. Ni last yang tinggal la sayang..” rungut Fuad perlahan sambil tersenyum sumbing. Sebelum ini sudah sepuluh apron Fuad yang terpaksa direndam.

Semuanya gara-gara terkena muntah Fazureen. Perlahan-lahan Fazureen diletakkannya kembali ke katil. Kemudian, Fuad turut melabuhkan punggungnya ke katil.

“Abang..” panggil Fazureen.

“Ape?” jawab Fuad acuh tak acuh. Fuad masih lagi sibuk membersihkan muntah Fazureen yang terlekat pada apronnya.

“Tadi abang tengah masak ya?” tanya Fazureen lagi.

“Yelah, habis abang nak buat apa lagi dengan pakai macam ni?” jawab Fuad lagi.

“Abang masak apa?” Fuad mengerutkan dahi. Banyak pula soalan Fazureen hari ini. Selalunya Fazureen jarang bertanya, dia makan sahaja apa yang disediakan Fuad untuknya.

“Goreng ikan keli..” balas Fuad ringkas.

“Oh, sebab tulah siap dengan tudung periuk semua ya, buat perisai sebab ikan tu meletup eh?” balas Fazureen pula sambil ketawa-ketawa. Fuad hanya menayang muka tak puas hati kerana ditertawakan oleh isterinya.

“Abang dah tutup api ke belum? Sebab Rin bau macam ada benda hangit je ni..” bagai disengat tebuan, Fuad berdiri.

“Alamak, ikan aku..!!”, jerit Fuad sebelum terkocoh-kocoh dia berlari ke dapur untuk melihat ikannya yang hangus rentung. Alamatnya, makan nasi bungkus lagi la hari ni, kata Fuad di dalam hati.

Fazureen hanya ketawa melihat telatah suaminya sambil menggelengkan kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience