BAB 13

Romance Completed 20614

“Erm… mama… papa?” tiga kepala sudah sedia terjengul di muka pintu yang lupa ditutup Fazureen tadi.

“Erk.. Ya..” jawab Fazureen dan Fuad serentak. Dalam masa yang sama, dua pasang tangan diletakkan di muka skrin komputer tersebut demi melindungi daripada dilihat anak-anaknya.

“Papa main Zuma ya?” risik Fasha.

“Komputer tak panas ke papa? Tak meletup?” sambung Fisha pula.

“Erm.. ya.. ya.. memang panas pun sampai dah nak meletup dah. Ni yang papa nak tutup ni,” ucap Fuad sambil tersengih pada anak-anaknya. Fazureen juga turut sama tersengih kerang begitu. Tidak tahu nak kata apa apabila mereka ditangkap terang-terangan oleh anak-anak.

“Papa…” panggil Haikal.

“Err, ya…” perlahan sahaja Fuad menyahut. Sengihannya masih lagi terus ditayangkan.

“Kantoi?” tanya Haikal lagi.

“Alamak, matiLAH. Kantoi…” akhirnya pecah tawa mereka sekeluarga. Lucu apabila papa mereka kantoi begitu sahaja di depan mereka. Mama yang selama ini macam pegawai undang-undang juga turut terkantoi sama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience