BAB 8

Romance Completed 20614

EMPAT TAHUN KEMUDIAN

“Haikal” jerit Fuad dari dapur pada anaknya. Haikal yang sedang melakukan operasi ‘mengemas’ surat khabar lama papanya, lari terkedek-kedek ke dapur untuk mendapatkan Fuad.

“Papa nak buat apa, papa?” bulat mata Haikal apabila melihat keadaan dapur yang turut sedang ‘dikemaskan’ oleh papanya. Meja yang terletak diruang masak, penuh dengan pelbagai bahan masakkan.

“Kita masak, nak tak?” ajak Fuad pada anaknya.

“Nak.. nak..” Haikal menggedik keseronokkan. Sayur kacang panjang yang berada di atas meja dicapainya.

“Papa nak masak ape?” tanya Haikal lagi. Ternyata dia berasa begitu teruja dengan aktiviti yang dianjurkan oleh papanya hari ini. Fuad menggaru kepala apabila mendengar soalan daripada anaknya. Betul juga ya kata Haikal, hendak masak apa? Fuad berfikir-fikir sendiri.

“Haikal nak makan ape?” tanya Fuad pula pada anaknya.

“Asyam pedash..” jawab Haikal pelat. Pelik sungguh Fuad. Anaknya itu tidak ada masalah dalam percakapan tapi apabila tiba pada makanan kegemarannya iaitu asam pedas, mesti jadi pelat. Fuad menggelengkan kepala.

“Ok tak papa?” Haikal menarik-narik baju papanya. Tinggi harapannya agar papanya bersetuju dengan menu cadangannya.

“Er.. ok tapi papa tak pandai masak asam pedas la sayang. Mama pandai la..” jawab Fuad sambil tersengih. Pantas Haikal menarik muka, ingin merajuk. Kakinya pula sudah mula dihentak-hentak di atas kerusi.

“Ok..ok.. gini.. Kita masak moi nak? Haikal nak masukkan apa pun papa tak kisah. Nak tak?” pujuk Fuad. Bimbang anaknya itu menangis dan bakal menggegarkan seluruh kawasan perumahan itu dengan suara anaknya yang lantang. Haikal memang mewarisi sifat mamanya yang kuat menjerit.

“Yes..!!” jerit Haikal. Ternyata umpan Fuad mengena. Wajah anaknya yang mendung tadi semakin cerah.

“Ok, jap. Papa basuh beras ni dulu..” Fuad membuka tong yang menyimpan stok beras lalu menceduk dua cawan beras masuk ke dalam mangkuk. Mangkuk tersebut diunjukkan pada Haikal.

“Cukup tak Haikal?” tanya Fuad. Haikal menjenguk beras yang terdapat dalam mangkuk.

“Macam sikit je papa”

“Ye ke? Kalau macam tu kita tambah lagi sikitlah,” cekap tangan Fuad menceduk satu cawan beras lagi. Kemudian, beras itu dibawa ke sinki untuk dibasuh sebelum beras itu diletakkan di dalam periuk. Air diletakkan pada kadar sesuka hati dan kemudiannya periuk tersebut ditelakkan di atas dapur sebelum api dibuka.

“Dah ke papa?”

“Belum. Kita belum letak bahan-bahan dia lagi,” ucap Fuad pada anaknya. Fuad beralih ke meja. Dia memerhatikan barang-barang masakan yang telah dia keluarkan tadi.

“Ok. You choose. Nak masukkan ape?” kata Fuad pada anaknya.

“Ni papa..” ucap Haikal sambil menunjuk ke arah frozen vege yang berwarna-warni. Hatinya bagai teruja apabila melihat sayuran yang berwarna-warni dihadapannya.

“Ok..” pantas sahaja Fuad mengambil segengam sayur-sayuran tersebut dan mencampakkannya ke dalam periuk. Haikal bertepuk tangan apabila melihat sayuran yang berwaran-warni itu masuk ke dalam periuk.

“Next..” ucap Fuad kepada Haikal sambil mengangkat keningnya. Suka dia melihat anaknya ceria.

“Udang.. udang..” jerit Haikal lagi. Seperti tadi, pantas sahaja enam ekor udang terjun ke dalam periuk yang sedang mendidih.

“Erm.. tak payah cuci dulu ke papa?” tanya Haikal.

“Tak payah. Mama dah cuci dah hari tu..” balas Fuad selamba.

“Lagi?”

“Erm.. ni apa papa?” tanya Haikal sambil merujuk kepada kotak kuning yang sedang dipegangnya“ Kiub Pati Ayam Knorr.

“Hah!! Kiub ayam. Pandai Haikal. Papa rasa moi kita hari ni mesti sedap giller. Silap-silap lebih sedap dari yang mama masak..” ucap Fuad bangga. Seronok pula melakukan aktiviti bersama begini bersama anaknya. Mulut becok anaknya benar-benar menghiburkan. Dua biji kiub dilepaskan ke dalam periuk. Sesekali Fuad mengacau bubur nasi yang berada di dalam periuk.

“Ada lagi tak?” tanya Fuad sebaik sahaja dia berpaling ke arah anaknya. Aik? Anaknya tidak kelihatan. Mana Haikal?

“Haikal,” panggil Fuad.

“Ini pulak papa..” kata Haikal. Rupa-rupanya dia sedang menyelongkar peti sejuk mamanya. Hmm.. pasti Reen mengamuk lepas ni, Fuad ketawa di dalam hati.

“Apa pulak ni, sayang?” Fuad membelek-belek isi yang terdapat dalam plastik merah ditangannya. Ikan bilis.

“Oh, ni ikan bilis la sayang. Ok jom kita letak..”

“Papa, Haikal nak letak pulak..” pinta Haikal sambil menarik seluar papanya.

“Ok.. ok.. sayang berdiri kat sini..” ucap Haikal sambil menarik sebuah kerusi mendekati dapur.

“Tapi hati-hati tau. Panas ni..” Fuad mengingatkan anaknya.

“Ok papa..” ucap Haikal dengan senang hati. Ikan bilis pula masuk ke dalam periuk nasi mereka. Setelah memasukkan ikan bilis, Haikal mendongak ke arah kabinet yang menyimpan barang-barang kek mamanya.

“Papa, tepung pulak..” cadang Haikal lagi.

“Opss.. tepung tak boleh la sayang. Mana ada orang masak moi letak tepung.. Tepung ni orang buat macam ni..” Fuad pantas mengangkat anaknya menjauhi periuk yang panas, kemudian sedikit tepung dicalit ke hidung anaknya. Habis comot wajah Haikal. Fuad ketawa melihat wajah anaknya. Haikal yang berasa tidak puas hati kerana ditertawakan oleh papanya pantas mengambil segenggam tepung dan dicampakkan ke wajah papanya. Habis putih selepung muka Fuad. Haikal ketawa dengan gembiranya. Tidak lama kemudian, berlakulah aksi kejar-mengejar sambil berbalas baling tepung. Habis bersepah rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience