BAB 11

Romance Completed 20614

“Papa..” jerit Fasha dan Fisha sebaik sahaja mereka nampak kelibat Fuad melalui pintu bilik mereka yang agak terbuka.

“Hello anak papa.. main apa ni?” tanya Fuad sambil mencium kedua-dua belah pipi si kembar. Haikal hanya mencerlun matanya, cemburu. Fuad tersenyum melihat keletah Haikal.

“Abang sini.. meh papa nak peluk sikit..” pantas sahaja Haikal menghilangkan diri ke dalam pelukan papanya. Kemudian, pipi Haikal pula diciumnya.

“Jom, kita tengok tv dalam bilik papa..” ajak Fuad pada anak-anaknya. Anak-anaknya menggedik kesukaan. Bermain bersama papa mereka memang seronok. Ada sahaja aktiviti yang dianjurkan oleh papa tapi apa yang pasti seringkali aktiviti-aktiviti mereka dihalang mama.

Fuad mendukung si kembar menggunakan kedua-dua belah tangannya manakala Haikal pula bergantung dilehernya dari belakang.

“Argh!! Anak-anak papa dah berat la..” ucap Fuad seraya meletakkan anak-anaknya di atas katil.

“Hari ni anak-anak papa nakal tak? Ada buat mama marah tak?” tanya Fuad pada Fisha dan Fasha. Fasha dan Fisha hanya ketawa mendengar soalan dari papa mereka. Fuad mengalihkan pandangannya ke arah Haikal. Keningnya diangkat beberapa kali.

“Ada papa.. tadi adik makan losyen..”

“Ya Allah.. apa nak jadi dengan anak-anak papa ni..” ucap Fuad pada si kembar.

“Papa..” panggil Haikal.

“Ye kenapa?” tanya Fuad pada anaknya.

“Tadi papa pun kena marah dengan mama ya?” tanya Haikal sambil ketawa.

Shhh!! Pantas Fuad meletakkan jarinya ke bibir. Sengihan kerang ditayangkan buat tatapan anak-anaknya. Si kembar ketawa apabila melihat gelagat papa mereka.

“Oklah.. abang main dengan adik dulu. Papa nak pergi toilet jap..” ucap Fuad pada anak-anaknya.

“Ok..!!” jawab ketiga-tiganya serentak.

* * *
Lima minit kemudian, Fuad keluar dari toilet. Kelihatan anak-anaknya sedang khusyuk mengerumuni sesuatu. Kedengaran suara Haikal berbisik-bisik dengan adik-adiknya.
“Adik.. dah la.. nanti mama marah..” perlahan saja Haikal berkata. Tangannya pula cuba merampas barang yang berada ditangan Fisha. Fasha pula dengan rela hati menolong kembarnya memegang barang tersebut daripada dirampas oleh abang mereka, Haikal.

“Korang buat apa ni?” tegur Fuad secara tiba-tiba. Pantas ketiga-tiga anaknya mendongak. Terkedu Fuad melihat wajah anak-anaknya. Wajah Haikal, Fisha dan Fasha comot dengan kesan lipstick mama mereka. Aduh!! Parah.. Mahu mengamuk Fazureen kejap lagi.

“Bangun.. bangun.. pergi basuh muka sekarang.. Cepat, sebelum mama nampak..” nampaknya Fuad terpaksa bersekongkol dengan anak-anaknya sekali lagi supaya telinga mereka selamat daripada leteran Fazureen yang panjang.

“Ya Allah..” terkedu Fuad buat sekian kalinya tatkala melihat telekung Fazureen yang berada di lantai. Telekung tersebut bukan sahaja comot dengan kesan lipstick tetapi juga berlubang-lubang akibat digunting oleh anak-anaknya.

“Habislah kita..” ucap Fuad pada anak-anaknya. Fuad panik. Telekung Fazureen dicapai sebelum mereka kelam kabut cuba untuk menyembunyikan telekung tersebut.
“Abang buat apa tu?” tegur Fazureen tiba-tiba.

Opss!! Pantas Fuad menyembunyikan telekung tersebut dibelakangnya.

“Apa tu?” tanya Fazureen. Curiga. Begitu juga dengan anak-anaknya, masing-masing berwajah suspen..

“Bak sini Reen tengok,” pinta Fazureen pada suaminya. Fuad cuak. Perlahan sahaja Fuad mengeluarkan telekung Fazureen yang sudah hilang rupanya..
Bulat mata Fazureen melihat hasil seni anak-anaknya.

“Alahai.. pengsan aku..” ucap Fazureen sebelum rebah.

“Mama..!!”

”Sayang..!!”

Jerit mereka serentak apabila melihat Fazureen rebah begitu sahaja dihadapan mereka.

______

Fuad menjenguk ke bilik bacaan yang menempatkan sebuah komputer peribadi dan juga rak-rak buku bacaan. Di dalam bilik bacaan tersebut terdapat pelbagai jenis buku. Bermula daripada bahan bacaan untuk Fasha dan Fisha, Haikal serta Fuad dan Fazureen sendiri. Kelihatan Haikal sedang khusyuk bermain game Zuma sambil dikelilingi oleh adik-adiknya.

Fuad mendekati anak-anaknya. Dia menjenguk ke skrin komputer. Kelihatan markah Haikal yang semakin meningkat. Lama dia merenung ke arah markah tersebut.
“Abang, lepas ni Fisha pulak?” pohon Fisha pada abangnya. Rasanya sudah lama abangnya bermain namun masih belum mati dari tadi. Balik-balik Haikal dapat extra point sebab dapat buat rekod masa terpantas.

“Nantilah adik. Kan kita dah janji main gilir-gilir? Lepas ni kan giliran Kak Fasha dulu?” tanya Haikal pada adiknya. Dia cuba bertindak seadil mungking pada adik-adiknya namun mata dan tangannya tidak lepas dari terus memastikan guli-guli yang berwarna-warni yang keluar daripada mulut katak itu tepat mengenai sasarannya. Fisha hanya menarik muka.

“Yes!! New record lagi…” jerit Haikal kegembiraan. Dia melompat-lompat di kerusi yang didudukinya. Bangga. Tambahan pula rekod itu dilakukannya dihadapan papa mereka. Haikal menjungkit kening pada Fuad.

Fuad geram melihat wajah comel Haikal yang sibuk menjungkit kening ke arahnya. Matanya pula tidak lepas daripada melihat jumlah markah yang tertera di skrin komputer. Dia menimbang-nimbangkan sesuatu. Matanya pula meleret pada jam di dinding bilik.

“Hah, sudah-sudah! Dah berapa jam korang main ni? Dari tadi asyik main je, sampai dah panas komputer ni. Silap-silap meletup nanti. Dah pergi baca buku…” arah Fuad pada anak-anaknya sambil tangannya meraba ke belakang skrin komputer. Menunjukkan benar-benar bahawa skrin tersebut telah panas akibat terlalu lama dibuka.

Haikal, Fasha dan Fisha menarik muka masam. Dengan langkah berat mereka bangun dan meninggalkan meja komputer tersebut lalu berganjak ke meja belajar mereka yang turut berada di dalam bilik tersebut.

“Ah, tak de-tak de. Hari ni semua pergi belajar dalam bilik masing-masing. Tak pun, abang bawak adik-adik buat kerja sekolah kat ruang tamu bawah,” kata Fuad pada anak-anaknya sambil klik-klik sesuatu pada skrin komputer.

“Aik, kenapa pulak? Bukan papa cakap sebelum ni kena belajar di tempat yang sepatutnya ke?” tanya Fasha pula sambil menggaru-garu dagunya. Matanya pula dikejip-kejipkan. Seolah-olah dapat merasai sesuatu helah sedang dilakukan.

“Kakak, jangan lawan cakap orang tua. Tak baik. Berdosa. Itu pun papa ajar jugakkan?” Fuad bermain psikologi dengan anaknya, Fasha.
“Ye ke papa?” sampuk Fisha pula.

“Dah.. dah.. jangan banyak cakap. Pergi sekarang!” dengan langkah yang malas dan penuh curiga, lambat-lambat tiga beradik itu membuka langkah. Serentak. Dan bagaikan dirancang, setelah tiga langkah mereka sama-sama berhenti dan berpaling.

“Betul ke papa?” ucap ketiga-tiga beradik itu serentak.

“Sudah!!” marah Fuad sambil mengangkat tangannya gaya konon-kononnya hendak memukul. Berdecit tiga beradik itu lari menuju ke ruang tamu.
Namun tidak sampai lima minit kemudian, kepala Fuad, Fasha dan Fisha terjengul di muka pintu secara bertingkat.

“Papa…” kelam-kabut Fuad menutup skrin komputernya sebaik sahaja mendengar teguran anak-anaknya.

“Apa lagi ni?”

“Kita orang nak masuk ambil beg sekolah la papa. Tadi lupa bawa…” jawab Haikal meleret. Fasha dan Fisha pula hanya mengagguk tanda mengiyakan sahaja kata-kata abang mereka.

“Hah, gi ambil cepat. His korang ni, ada-ada je. Hmm.. abang, lepas ni keluar terus tutup pintu tu,” arah Fuad pada anaknya. Cuak juga hatinya tadi. Bimbang anak-anaknya dapat menghidu perbuatannya.

Haikal mengangguk. Selepas mengambil beg sekolah mereka, tiga beradik itu keluar dan pintu bilik ditutup. Fuad menarik nafas lega.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience