BAB 2

Romance Completed 20614

“Apa yang kau dah buat ni, Fuad?”, tanya Encik Rahaman, papa kepada Fuad. Buntang mata Fuad tatkala dia disergah begitu sebaik sahaja dia tiba di suatu bilik yang terdapat di Pejabat Agama tersebut.

“Cepatnya papa sampai ke sini, naik private jet ke?”, sempat lagi Fuad hendak berculacon. Sengihan kelat pula sengaja ditayangkan buat ayahnya. Jegilan mata papanya cuba tidak diendahkannya. Tidak mahu suasana disitu makin tegang. Mata Fuad sempat mengerling pada seorang lagi lelaki yang seusia ayahnya yang turut berada disitu. Ayah wanita ini barangkali, telahnya.

“So, macam mana ni Bang Aji”, tanya lelaki yang tidak dikenalinya itu kepada pegawai yang ‘mencekup’ mereka tadi.

“Melihatkan kepada keadaan mereka berdua ni semasa diserbu, rasanya lebih baik mereka ini dinikahkan”

“Apa nikah?!!”, jerit wanita itu. Terkejut Fuad dibuatnya. Kuat menjerit betullah dia ni, kutuk Fuad di dalam hati.

“Reen.. kamu diam..!!”, marah lelaki itu lagi.

“Tak naklah papa.. Reen tak salah. Pihak hotel yang salah. Diorang kasi kunci bilik yang sama kat kita orang. Lepas tu kita orang pulak tak perasan. Semuanya ni salah faham je, papa, pak cik.. tok aji lebai..”, bangkang wanita itu selamba sambil tangannya membetul-betulkan rambutnya yang serabai. Isk.. rimas aku..

“Hah.. kamu Fuad, tak mahu cakap apa-apa?!”, tanya papa sinis.

“Nak cakap apa? Betullah apa yang perempuan ni cakap..”, jawab Fuad acuh tak acuh. Wah!! Memang selamba habis mereka berdua nih..

“Hmm.. kalau macam tu kita nikahkan sajalah budak berdua nih!! Konon-kononnya tak kenal.. Pihak hotel salah bagi kunci bilik… Tapi belum apa-apa jawapannya sudah sepakat. Kalau macam tu kita berbesan ajelah, Encik Fauzi..”, terbeliak mata dan terlopong mulut Fuad dan Fazureen mendengarkan usul Encik Rahaman itu. Biar betul? Ingat berjaya bela diri tadi.. Rupa-rupanya kantoi juga. Isk..

“Yelah. Nampak gayanya itulah yang terbaik buat masa sekarang nih. Kalau macam tu, saya minta pernikahannya dibuat dua hari dari sekarang boleh, Pak Aji? Sebab saya ingat nak suruh budak berdua ni ambil kursus kahwin dulu hari ni. Esok pula, kita buat persediaan apa yang patut. Walaupun, perkahwinan ini sebab tangkap basah. Tapi saya nak juga meraikannya. Almaklumlah, Reen ni anak tunggal saya”, balas Encik Fauzi panjang lebar. Pegawai yang digelar Pak Aji itu pula hanya mengangguk kepala tanda bersetuju dengan usul yang diberikan oleh papa Fazureen tadi.

“Yelah..”, kata Encik Rahaman tanda memberikan persetujuan sambil menepuk bahu Encik Fauzi. Mereka ketawa dan terus berlalu meninggalkan Fazureen dan Fuad yang terpinga-pinga. Wah!! Gembiranya mereka nak dapat menantu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience