BAB 10

Romance Completed 20617

“Haikal.. tolong tengok adik tu..” jerit Fazureen dari dapur. Tangannya lincah mengacau serawa labu yang sedang menggelegak di atas dapur. Suara tingkah meningkah anak-anaknya masih lagi kedengaran.

“Haikal.. dengar tak apa yang mama cakap..” jerit Fazureen lagi apabila tidak mendapat respon daripada anaknya.
Terkedek-kedek Haikal berlari ke dapur.

“Mama, adik tak nak dengar cakap abang.. Diorang tak nak berhenti gaduh..” adu Haikal pada mamanya. Haikal menyapu saki baki losyen yang bertempek di wajahnya.

“Ya Allah, apa kena dengan muka abang ni?” tanya Fazureen. Dia mendekati anaknya lalu wajah anaknya dilap menggunakan apron yang tersangkut dipinggangnya.

“Adik ni, abang tak bagi diorang main losyen.. Habis diorang tenyeh kat muka abang..” adu Haikal lagi pada mamanya. Tersenyum Fazureen mendengar kata-kata anaknya.

“Lah.. abangkan lelaki. Takkan tak boleh nak lawan dengan adik?” soal Fazureen pula. Haikal menarik muka masam.

“Memang la abang lelaki tapi adik tu dua orang.. Bila abang tarik Fasha, Fisha gigit bontot abang.. Sakit tau mama..” ketawa Fazureen mendengar rungutan yang terbit dari bibir Haikal. Bukan pertama kali Haikal kalah pada adik-adiknya malah sudah acap kali sehinggakan seluar dalam Haikal juga pernah di’lobang’kan oleh adik-adiknya. Kenakalan Fisha dan Fasha sungguh berada di luar kawalan.

* * *
“Ya Allah.. Fisha.. apa yang anak mama buat ni?” jerit Fazureen sebaik sahaja tiba di muka pintu bilik si kembar. Fisha yang sedang enak menyuap losyen ke mulut, terhenti.

Begitu juga dengan Fasha. Terhenti pergerakkannya yang asyik menekan kepala botol losyen. Bulat mata keduanya memandang wajah mama mereka. Haikal pula hanya menyorok di sebalik badan mamanya.

“Syedap mama.. syedap..” ucap Fasha sambil mengunjukkan tangannya yang penuh dengan losyen seolah-olah ingin menyuruh mamanya turut mencuba. Fazureen menggelengkan kepala.

“Kenapalah anak mama ni nakal sangat? Tengok ni, habis comot muka-muka semua. Losyen ni bukan untuk dimakan sayang..” tegur Fazureen pada si kembar. Fasha dan Fisha hanya buat muka tak tahu. Botol losyen digenggamnya erat tatkala Fazureen cuba untuk merampas botol itu daripada anak-anaknya.

“Fisha.. lepas botol ni.. Kalau tak mama babap nanti..” Fazureen mengugut anaknya sambil mengangkat tangan seolah-olah untuk memukul. Fisha yang takut dipukul pantas melepaskan botol losyen tersebut.

“Nah.. Ambil botol losyen ni gi simpan abang..” arah Fazureen pada Haikal. Haikal hanya akur tanpa sebarang kata.

“Lepas tu ambilkan mama pampers adik.. dah penuh ni.. hai.. manalah papa pergi ni..” arah Fazureen pada Haikal sambil merungut mengenai suaminya.

“Nah mama..”

Fazureen mengangkat Fisha lalu dibaringkan sebelum pampers anaknya ditukar. Kemudian, Fazureen mengambil Fasha pula untuk ditukarkan pampersnya.
Belum pun sesaat Fazureen mengalihkan perhatiannya buat Fasha, kedengaran Haikal menjerit pada adiknya.

“Adik.. tu buku abang.. Kenapa adik gunting..?”

Haikal mengutip ‘buku’nya yang sudah hilang rupa. Cuma yang tinggal hanyalah cebisan-cebisan kertas yang berbeza-beza saiz dan bentuk.

“Habislah buku abang..” ucap Haikal sayu. Begitulah Haikal apabila berhadapan dengan adik-adiknya yang nakal. Haikal hanya akan menempik tetapi tidak sampai untuk menaikkan tangan pada adik-adiknya. Haikal begitu sayang dan kadang-kadang terlalu lebih memanjakan adik-adiknya. Sering diturutkan segala kehendak si kembar.

Fisha merangkak ke arah cebisan-cebisan kertas yang direnung Haikal. Dia mengambil beberapa cebis kertas lalu diletakkan di tapak tangan Haikal.

“Amik.. amik.. antik..” sebut Fisha dengan pelat. Dia tersenyum ke arah Haikal. Haikal menggenggam cebisan kertas di tangannya manakala tangan kirinya pula menggosok kepala adiknya dengan penuh rasa kasih.

* * *
“Sayang.. abang dah balik ni..” laung Fuad dari pintu rumah. Fazureen yang mendengar laungan dari suaminya pantas berlari turun. Namun sempat juga dia berpesan pada Haikal untuk memerhatikan adik-adiknya.

“Nah.. ni barang yang sayang pesan tadi..” Fuad menghulurkan beberapa beg plastik kepada Fazureen. Pantas Fazureen menyambut huluran plastik tersebut dan terus berlalu ke dapur. Bahan-bahan mentah yang dibeli Fuad perlu dibersihkannya terlebih dahulu sebelum dia boleh memulakan proses memasak.

Satu-satu beg plastik dibukanya. Ternganga mulut Fazureen apabila melihat isi kandungan plastik yang berada dihadapannya.

“Ya Allah.. apa yang abang beli ni?” jerit Fazureen dari dapur. Fuad yang sedang berehat-rehat diruang tamu pantas ke dapur. Wajah tidak puas hati isterinya dipandang lama. Diwajahnya pula terpancar persoalan – kenapa?

Fazureen mengeluarkan satu-satu barang yang dibeli oleh suaminya. Ada peria, ulam pegaga, lada benggala dan ikan Cencaru yang hanya ada sebelah sahaja isinya. Fuad menjenguk barang-barang yang diatur oleh Fazureen di atas meja.

“Apa yang abang beli ni?” ulang Fazureen sekali lagi.

“Yang sayang suruh beli tadilah..” jawab Fuad selamba.

“Mana ada bang.. Reen suruh beli tadi benda lain la..” rungut Fazureen. Geram sungguh rasa hatinya pada Fuad ketika ini.

Erk.. Ye ke? Fuad menelan air liur. Salah beli lagi ke?

“Reen suruh abang beli sayur petola bukan peria.. Reen nak makan ulam raja la bang, bukan ulam pegaga..” ucap Fazureen sambil menggelengkan kepala.
Fuad menggigit bibir. Ye ke?

“Abang tak tulis ke waktu Reen pesan pada abang tadi?” soal Fazureen lagi. Takut-takut Fuad menggeleng.

Aduh!! Fazureen menepuk dahinya. Setiap minggu memang begini. Ada sajalah barang yang salah dibeli oleh Fuad.

“Tapi lada tu betulkan abang beli?” tanya Fuad, cuba untuk membela diri.

“Betul apanya bang.. Tu lada benggala, Reen pesan lada burung..” Fuad hanya mampu tersengih pada Fazureen.

“Tapi fasal ikan tu Reen memang tak boleh nak complain, penat tau abang pergi dari satu kedai ke satu kedai. Semuanya tak nak jual kalau abang nak beli ikan tu just sebelah je. Ni pun sebab abang dah puas pujuk mak cik tu, baru dia setuju nak jual ikan tu pada abang. Kenapa pelik pulak cara sayang nak beli ikan tu?” tanya Fuad bodoh-bodoh.

“Abang mintak nak beli ikan Cencaru sebelah je memang la tak ada orang nak jual. Reen bukan pesan ikan yang hanya sebelah tapi nama ikan tu Sebelah la bang..” terduduk Fazureen dihadapan bahan-bahan yang dibeli oleh Fuad .Apalah nasib aku.., rungut Fazureen di dalam hati. Fuad hanya tersengih lagi..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience