“So, apa perancangan kau?”, tanya Fazureen sebaik sahaja Fuad melangkah masuk ke dalam bilik mereka setelah penat melayan tetamu-tetamu yang hadir pada kenduri pernikahan mereka. Kenduri pada malam ini hanyalah kenduri kecil-kecilan sahaja. Majlis resepsinya hanya akan diadakan dua bulan dari sekarang. Kata mama, bagi peluang untuk mereka berdua saling bermesraan dahulu. Huh!! Bermesraan.. “Sabarlah, bagi la aku duduk dulu. Kau ni gelojoh betullah..”, balas Fuad pula seraya melabuhkan punggungnya di atas katil yang berhias indah. Isk.. perempuan nih.. tak menyempat-nyempat.
Update 06 December 2024
2019-12-11
ok
2018-05-03
besttt
2017-11-16
best sgt2...