BAB 1

Humor Completed 13779

5 tahun lepas..

Auni: “Iq, Auni suka sangat dekat Iq. Iq suka Auni tak?”

Iqbal: “Tak.”

Auni: “Ala.. Iq tipu. Auni tahu Iq suka Auni kan? Kalau tak, takkan Iq selalu pergi ke mana saja Auni pergi. Kan, kan?”

Iqbal : “Auni ni kenapa? Kan Iq dan cakap Iq tak suka Auni. Maknanya Iq tak suka Auni lah.”

Auni: “Iq janganlah marah. Auni betul-betul suka Iq tau. Auni suka Iq, Auni cinta Iq..”

Iqbal : “Susah betul cakap dengan perempuan macam Auni ni. Kalau betul Iq nak suka awek pun, Iq takkan suka perempuan macam Auni. Kita kan sepupu. Lagi pun Auni sedar tak yang Auni tu tak layak untuk Iq? Auni tak cantik, tapi Iq kacak. Nanti kalau kita bercinta, mesti semua orang gelakkan kita. Habis lari semua peminat Iq.”

Auni: “Sampai hati Iq cakap macam tu. Auni cakap Auni suka dan cintakan Iq je. Bukannya Auni ajak Iq bercinta dengan Iq pun. Salah ke apa yang Auni cakap?”

Iqbal: “Memang salah! Sebab Auni tak cermin diri Auni sebelum Auni luah perasaan dekat Iq. Auni kan tahu Iq suka perempuan yang cantik dan kurus je. Tapi Auni hodoh dan Auni gemuk. Iq tak suka Auni.”

Auni: “Iq.. kenapa cakap Auni macam tu? Kejamnya..”

Iqbal: “Sudahlah Auni! Kalau Auni jumpa Iq semata-mata nak cakap pasal benda ni, baik Iq balik je. Kita hanya sepupu, Auni. Iq tak suka Auni ada perasaan kat Iq. Iq tak nak! Jangan mimpi Auni dan Iq akan bersama.”

**********************

“Ayah, tolong la jangan buat Auni macam ni, Auni tak nak lah!” Aku menghentakkan kaki sekuat hati. Biarlah orang nak cakap aku ni tak sopan atau kurang ajar tapi memang aku sangat marah sekarang ni.

“Auni.. Jaga sikit sikap kamu tu.” Tegas mama menasihati aku. Aku menjeling. Nasihat mama aku tak layan.

“Atok.. tolong lah cakap tidak dengan ayah. Tolong Auni. Auni tak nak!” Aku menggoncangkan bahu Atok aku. Sampai naik pening orang tua ni. Kali ini aku meminta tolong Atok pula supaya menolong aku memujuk ayah dari mengahwinkan aku dengan calon pilihan ayah itu.

“Auni!” Ayah melenting. Terus aku diam.

“Auni, cuba dengar dulu apa alasan ayah. Jangan nak melenting tak tentu pasal.” Nasihat mama lembut seraya mengusap-ngusap bahu ayah. Cuba meredakan amarah ayah pada aku.

“Nak dengar apa lagi ma. Ayah nak Auni kahwin dengan Iq si ‘patah’ tu. Logik ke ma? Auni tak nak kahwin dengan si ‘patah’ tu, Auni tak nak kahwin! Auni dah ada kekasih hati!” Aku menjerit sekuat hati.

“Kekasih hati kata kamu? Perempuan yang namanya Shila tu yang kau cakap kekasih hati kamu? Auni, kamu sedar tak yang kamu tu dah jauh sangat terpesong dengan fitrah? Kamu perempuan tapi kamu berlagak macam kamu tu lelaki. Bercinta dengan perempuan, buat benda sumbang dengan kaum sejenis. Nabi tak mengaku umat kalau kamu ada hubungan sejenis tahu tak!”

Ayah sudah melenting. Mama dan Atok hanya diam. Aku membalas pandangan ayah. Aku tak kira, kali ini aku perlu mempertahankan hak aku.

Mana mungkin aku nak tinggalkan Shila yang cantik dan seksi menggoda itu? Masakan kaum lelaki pun cemburu buta bila aku berjaya memiliki Shila. Takkan sesekali aku lepaskan Shila si pengarang jantung aku itu sampai bila-bila.

“Tapi kenapa mesti dengan Si Bapok Sesat tu ayah?? Iq tu lembut ayah. Auni pulak kasar. Kami tak sesuai, kami berbeza!”

“Sebab kamu berbezalah ayah nak kamu berdua kahwin. Iq yang lembut macam perempuan tu boleh ajar kamu jadi lemah-lembut dan ubah gaya kamu jadi seorang perempuan. Dan kamu yang kasar macam ni boleh ajar Iq jadi kasar macam lelaki. Iqbal dan kamu saling melengkapi. Sebab tu ayah nak jodohkan kamu berdua.”

“Alasan tak munasabah! Ah.. Auni tak kira. Auni tak nak kahwin dengan Iq si ‘patah’ tu. Auni nak kahwin dengan Shila!”

“Astaghfirullahalzim.. Auni, kamu sedar tak apa yang kamu cakap ni? Mana mungkin perempuan kahwin dengan perempuan. Berdosa! Ayah tak kira, kamu kena ikut juga cakap ayah. Bulan depan Auni mesti kahwin dengan Iq. Muktamad!”

Ayah terus angkat punggung meninggalkan aku, mama dan Atok di ruang tamu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience