BAB 11

Humor Completed 13801

Hari sudah malam. Aku baru balik dari rumah ibu bapa aku. Saja mahu melepaskan rindu pada mama, ayah dan atok. Tak sangka bila pergi ke rumah ibu bapa aku, dapat juga aku meluahkan perasaan aku pada mama.

Aku memakirkan kereta di garaj. Aku tengok bilik Iqbal masih lagi gelap. Iqbal tak balik dari kerja lagi ke? Terus aku melangkah masuk ke dalam rumah. Aku menuju ke dapur dan menuju ke peti ais. Aku dahaga, nak minum air.

Baru nak melangkah, aku terkejut dengan bunyi pintu yang dihempas kasar. Jantung aku berdegup laju. Iqbal dah balik ke? Baguslah kalau dah balik, aku nak bincang sesuatu dengan Iqbal dan apa paling penting aku nak luahkan perasaan aku pada Iqbal. Ya, aku cintakan dia dan aku rasa aku patut bagi peluang kedua untuk Iqbal. InsyaAllah, kebahagiaan milik kami.

Terus aku melangkah menuju ke bilik Iqbal. Aku mengetuk pintu tapi tiada jawapan. Perlahan-lahan aku membuka pintu bilik Iqbal. Gelap. Laju tangan aku menekan suis lampu.

“Ya Allah!” Terkejut bukan kepalang aku bila nampak satu susuk tubuh seorang perempuan sedang menindih Iqbal. Iqbal ternyata terkejut melihat aku. Riak terpinga-pinga juga jelas terpancar di muka Iqbal. Laju aku melangkah menuju ke arah Iqbal dan perempuan itu dan sekali lagi aku terkejut melihat perempuan itu.

“Shila??” Bila aku menyebut nama Shila, terus Iqbal pandang ke arah gerangan yang menindihnya dan ternyata Iqbal juga terkejut.

“Kau siapa?” Laju Iqbal menolak tubuh Shila yang hanya memakai lingerie itu.

“Apa semua ni hah??” Aku menengking dan pandang Shila dan Iqbal silih berganti. Aku sedikit lega bila nampak Iqbal masih lagi berbaju dan berseluar lengkap walaupun Shila sudah dalam keadaan separuh bogel.

“Aku tanya, apa yang dah jadi ni hah??” Aku kembali membentak bila Iqbal dan Shila hanya diam.

“Auni.. Iq tak tahu apa-apa pun. Iq tak kenal siapa perempuan ni. Tadi Iq tidur dan sedar-sedar aje perempuan ni peluk Iq. Jujur Iq cakap, Iq ingat perempuan ni Auni. Bilik dalam keadaan gelap, Iq tak tahu..”

“Aku tak nak dengar apa-apa alasan lagi dari kau. Sampai hati kau buat aku macam ni, Iq! Aku benci kau!” Air mata sudah mengalir laju keluar dari mata aku. Hati aku hancur.

“Shila! Meh sini kau!” Kemudian, laju aku mengheret Shila keluar dari bilik dan membawanya ke pintu utama rumah aku, meninggalkan Iqbal. Jelas Shila sedang cuak dan takut.

“Kenapa dan macam mana kau boleh ada dalam rumah aku??”

“Abang.. baby.. baby tak sengaja. Baby ketuk pintu rumah tapi takde orang yang jawab. Bila baby cuba buka pintu, baby tengok pintu rumah tak berkunci. Terus aje baby masuk. Masa baby masuk, baby tengok gelap aje rumah ni. Baby naik ke tingkat atas, nak cari Abang. Baby ingatkan Abang yang tengah tidur dalam bilik tu. Baby..”

“Ooo.. jadi kau dah ceroboh rumah aku lah ni??” Tengking aku sekuat hati.

“Abang, baby masuk rumah Abang. Bukan rumah orang lain. Itu pun nak marah ke? Sampai hati abang tengking baby.”

“Itu pun nak marah? Amboi mulut kau. Banyak cantik! Kau sedar tak, sebab kau dah ceroboh rumah aku lah, kau dengan suami aku dah hampir terlanjur tahu tak? Orang yang kau tindih tadi tu bukan aku tapi suami aku! Suami aku, Shila!” Jerit aku sekuat hati.

Marah bila membayangkan kalau benda ‘itu’ yang jadi antara Iqbal dan Shila.

“Baby tahu dia suami Abang. Sumpah, baby ingat suami Abang tu Abang. Baby rindu Abang. Sebab tu baby ceroboh rumah dan masuk bilik Abang. Baby rindu nak peluk Abang. Baby rindukan kasih sayang Abang. Baby tak ada niat nak kacau suami abang pun.. Percaya lah..”

“Dah, cukup! Kau balik sekarang! Aku tak nak tengok muka kau lagi. Aku dengan kau dah tak ada apa-apa hubungan. Aku dah insaf dan aku harap kau pun insaf, Shila. Carilah lelaki sebagai pengganti aku, bukan perempuan macam aku dan kau. Fitrah perempuan bukan berpasangan dengan sesama perempuan tapi perempuan dicipta untuk berpasangan dengan lelaki. Kau ingat baik-baik!”

“Abang..”

“Dah! Jangan cari aku lagi. Sampai mati aku dan kau takkan bersama lagi. Mukatamad!”

Terus pintu utama rumah aku dihempas kasar. Aku menangis semahu-mahunya disebalik pintu itu. Aku menangis gembira kerana akhirnya aku kembali ke pangkal jalan dan aku menangis semahu-mahunya kerana aku kecewa melihatkan keadaan Iqbal dan Shila tadi walaupun aku tahu semua itu hanya sebuah insiden.

“Auni..” Aku mendongak. Iqbal sedang berdiri di hadapan aku.

“Auni.. Pasal tadi, Auni jangan salah faham. Iq betul-betul tak tahu apa yang berlaku dan Iq tak kenal pun siapa perempuan tadi.” Iqbal melangkah, cuba mendekati aku.

“Jangan dekat! Aku benci kau!” Aku mengangkat tangan. Iqbal tergamam mendengarkan kata aku.

“Tolong jangan buat Iq macam ni, Auni. Iq hanya mangsa keadaan. Maafkan Iq..” Iqbal cuba meraih tangan aku namun laju aku menepis.

“Please, Auni.. Jangan buat Iq macam ni. Jangan seksa Iq..” Lirih suaranya merayu.

“Jangan ganggu aku. Aku perlukan masa untuk tenangkan diri.” Habis berkata, segera aku bergerak meninggalkan Iqbal. Ya, aku tahu Iqbal hanya mangsa keadaan. Aku perlukan masa untuk tenangkan diri. Aku masih terkejut dengan apa yang terjadi. Lagi-lagi benda tu aku tengok dengan mata kepala aku sendiri.

**************

Bunyi guruh yang kedengaran malam itu buat aku menggigil. Aku takut dengan bunyi guruh sebab bunyinya sangat menggerunkan dan menakutkan.Ya Allah.. aku takut.

Aku menapak ke bilik Iqbal. Pintu bilik diketuk. Namun, tiada jawapan yang aku terima. Perlahan-lahan, pintu bilik dibuka. Kelihatan Iqbal tenang tidur di atas katil. Gaya sebijik macam lelaki sejati. Rambutnya yang panjang mengurai sudah lama dipotong pendek.

Make-up juga dah lama ditinggalkan. Satu perubahan yang bagus. Iqbal bukan lagi si pondan sesat seperti dulu. Iqbal sekarang dah jadi Iqbal yang aku cinta macam Iqbal lima tahun yang lepas. Alhamdulillah.. aku dan Iqbal dah berubah.

“Aaa!!” Aku menjerit tiba-tiba bila kilat sambung-menyambung diluar. Hujan pula sangat lebat waktu ini. Namun, cepat je aku tekup mulut. Bimbang Iqbal terjaga kalau terdengar aku menjerit. Perlahan-lahan aku panjat katil dan berbaring disisi Iqbal. Aku senyum. Best jugak tidur dekat dengan dia ek. Hehehe..

Gatal! Sejak bila lah aku jadi macam ni? Hmm.. aku pun tak tahu.. Perlahan-lahan aku memejamkan mata. Terasa sangat selamat bila berada disisi Iqbal membuatkan tidur aku terus lena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience