BAB 12

Humor Completed 13851

Aku terjaga dari lena bila terasa ada benda yang sedang memeluk aku erat. Terkejut bukan kepalang aku bila mata aku disajikan dengan pemandangan badan seseorang. Baru aku mahu menjerit, tiba-tiba aku mendengar bunyi dengkuran halus yang menampar ubun-ubun aku. Aku mendongak sedikit. Lena betul Iqbal tidur membuatkan aku tak sampai hati untuk merungkai pelukannya. Lagipun, waktu masih awal pagi. Biarkan jelah dia tidur.

Namun, jantung aku yang sememangnya sudah berdebar semakin berdegup laju bila Iqbal tiba-tiba saja mengeratkan pelukannya di tubuh aku membuatkan aku tak jadi nak sambung tidur. Aku merenung wajahnya penuh kasih. Kening, mata, hidung dan bibirnya. Semuanya sempurna.

Kejadian yang berlaku dua minggu lepas telah aku lupakan. Shila sudah tidak mengganggu hidup aku dan aku sudah pun memaafkan Iqbal. Lagipun, aku percayakan Iqbal. Ya, aku mesti percayakan Iqbal kalau aku mahu bahagia. Bukankah saling mempercayai tu penting dalam sebuah perhubungan?

Sedang aku ralik merenung dan mengusap pipinya. Tiba-tiba saja Iqbal membuka mata. Aku tersentak. Mata Iqbal bertentang dengan mata aku. Jantung kami semakin berdegup kencang. Aku semakin gelabah. Lama mata kami berbicara, menghantar rasa yang belum mampu diluahkan.

“Auni..” Iqbal menyeru nama aku. Aku telan liur.

“Auni dah maafkan Iq?” Renungan matanya yang redup buat aku cair. Aku tersenyum nipis seraya mengangguk. Iqbal juga senyum.

“Terima kasih Auni..” Iqbal cium pipi aku buat aku tergamam.

“Sama-sama.” Aku tersipu-sipu malu.

“Abang rindukan Auni. Rindu sangat-sangat. Kenapa baru malam ni Auni datang kat Abang?” Soalnya buat aku terdiam. Abang? Apehal tiba-tiba je bahasakan diri tu Abang? Ahh.. lantaklah. Sedap pulak aku dengar. Hehe.. Gatal.

“Err..” Aku kematian kata.

“Hmm?” Iqbal tunggu aku sambung kata.

“Auni sibuk.”

“Sibuk? Alasan.” Iqbal mencebik.

“Auni..” Iqbal seru nama aku lagi. Tak bosan ke asyik sebut nama aku? Aku menyahut dalam debar.

“Yup?”

“Rambut Auni dah panjang. Abang suka.” Iqbal senyum sambil mengelus rambut aku.

“Rambut pun nak suka ke? Kelakarlah kau ni!” Aku gelak perlahan. Terasa bahagia bila Iqbal membelai aku gini.

“Siapa kau?” Soalnya tiba-tiba buat aku berhenti ketawa.

“Kau, kau la..”

“Kaula mana ni?” Iqbal angkat kening.

“Err.. Iqbal.”

“Iqbal? No, don’t call me by my name, sayang.”

“Haa? Habis tu nak panggil apa?” Makin berkerut dahi aku.

“Call me Abang.” Iqbal senyum nakal.

“Isy, tak nak lah!”

“Auni…” Aku diam bila dia sebut nama aku lagi.

“Call me Abang..”

“Tak mau lah.. Geli.” Jawapan aku buat Iqbal mendengus.

“Aqila Auni..” Iqbal seru nama penuh aku. Aku telan liur.

“Abang.” Laju aku menyebut Abang tu. Iqbal dah senyum meleret. Suka lettew.

“Thank sayang. Abang sayang Auni. Abang cintakan Auni. Sejak Auni luahkan perasaan kat Abang dulu lagi, Abang dah cintakan Auni.”

“Tipu.”

“Abang tak tipu. Betul. Abang menyesal sebab cakap Auni macam tu dulu. Abang menyesal sangat-sangat. Sebab Abang menyesal, Abang dera diri Abang sendiri. Abang bergaya macam perempuan bila tengok Auni berubah jadi lelaki. Abang tahu Auni jadi macam tu sebab Abang. At least, bila Abang dah jadi bapok, kurang sikit rasa bersalah Abang. Tapi ternyata Abang silap. Maafkan Abang..” Ada nada kesal dalam suara Iqbal.

“Auni dah maafkan Abang.”

“Betul ni?”

“Yup.. Auni dah maafkan semuanya. Dan.. Auni harap Abang maafkan semua salah Auni.”

“Sebelum Auni mintak maaf, Abang nak tanya something boleh?” Aku mengangguk.

“Siapa perempuan yang masuk rumah kita hari tu. Tak silap abang nama dia Shila. Kan?”

“Yup, nama dia Shila. Kalau Auni cakap, abang janji jangan marah Auni.” Aku menyentuh lembut pipi Iqbal. Iqbal mencapai tangan aku lalu dikucup lembut.

“Abang janji.”

“Shila tu bekas awek Auni dulu. Tapi tu dulu.. sekarang Auni dengan Shila dah takde apa-apa. Auni dah insaf.” Mula-mula Iqbal agak terkejut mendengarkan kata aku tapi akhirnya dia hanya senyum.

“Alhamdulillah.. Akhirnya, Auni Abang yang dulu dah kembali.” Katanya buat aku ketawa.

“So Abang dah maafkan Auni?” Iqbal mengangguk.

“Ya, Abang maafkan semuanya.”

“Thank you Abang!” Segera aku menghadiahkan satu ciuman di pipi Iqbal.

“Auni.. Auni cintakan Abang tak?” Aku tersenyum manja mendengarkan soalannya lalu mengangguk.

“Angguk untuk apa ni?”

“Untuk tu lah..”

“Tulah apa?”

“Err..” Aku garu kepala yang tak gatal. Kalau bab nak luah perasaan ni yang aku lemah ni. Tak pernah nak lepas. Haish.

“Aqila Auni, Abang tanya ni. Do you love me?”

“Yes, I do.. I do love you Abang. Auni cintakan Abang sangat-sangat.” Bisik aku dengan penuh menggoda.

“Abang lagi, lagi, lagi cintakan Auni..” Senyuaman menggoda terukir dibibir Iqbal. Ya Allah, apesal laki aku handsome sangat ni? Cair, cair!

Perlahan-lahan, Iqbal membawa wajahnya mendekati wajah aku. Bibir kami bertaut. Lama dan hangat. Malam itu, merupakan malam yang terindah buat aku dan Iqbal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience