BAB 8

Humor Completed 13851

Semua aktiviti aku sepanjang berada di Bali sudah pun di atur oleh mama, ayah dan Atok. Masuk hari ni dah dua hari aku dan Iqbal berada di Bali. Esok aku dah boleh balik ke Malaysia. Yahoo! Tak sabarnya. Rasa rimas betul bercuti kat sini dengan Iqbal ni. Tak bebas..

Oh, ye! Lupa nak cakap.. Kalau nak tahu, Iqbal tiba-tiba je dia potong rambut jadi pendek sebelum kitorang berangkat ke Bali. Entah kenapa lah dengan dia tu. Tak faham aku.

“Kau nak keluar pakai macam ni ke?” Tegur Iqbal pada aku yang tengah bersiap untuk menikmati makan malam di tepi pantai.

“Dah nampak nak tanya lagi ke? Kronik benor rabun kau ek?” Macam biasa. Ayat sarkastik dibalas aku.

“Kau tak rasa kau seksi ke pakai macam ni?”

Aku pandang diri aku dalam cermin. Seluar jeans pendek paras paha yang koyak-rabak dibahagian paha dan baju putih tanpa lengan yang berlambang tengkorak. Rambut aku pulak macam biasalah. Tetap gaya terpacak spikey cuma sekarang rambut aku dah panjang sikit sampai paras bahu.

“Apa pulak seksi, rock apa aku sekarang ni? Ini baru gaya pengkid sejati.” Aku dabik dada. Bangga. Iqbal buat muka toya. Aku mula naik geram tengok muka toya Iqbal. Eii.. rasa nak je bagi lempang sebijik.

“Kalau dah namanya perempuan, tolonglah bergaya macam perempuan. Kau ingat elok ke pakai macam ni?” Sinis Iqbal tanya aku.

“Ehh.. sibuk je dia ni. Suka hati aku lah nak pakai macam ni. Buat apa nak tutup sana, tutup sini macam perempuan? Tak lelaki langsung.”

“Masalahnya kau tu memang perempuan. Tak perlu nak lelaki sangat dalam berpakaian. Cukup sudah pakai blaus yang feminim. Sedarlah diri sikit..”

“Eleh.. kau pun sama jelah. Pakai make-up tebal berinci-inci macam pelakon opera. Apa kau ingat kau cantik sangat? Wei, jadi lelaki jelah, jangan nak jadi perempuan.”

“Dengar cakap aku, Auni. Sekarang jugak aku nak kau tukar baju, pakai pakaian yang sopan dan girly. Aku tak nak kau pakai baju macam ni.” Aik.. tiba-tiba aje Iqbal ni. Selama ni takde pun dia kisah.

“Huh, tak nak aku.”

“Pergi tukar sekarang.”

“Tak nak.”

“Aqila Auni!” Iqbal seru nama penuh aku. Merah muka dia. Huh, ingat aku takut?

“Apa? Aku cakap tak nak, tak nak lah!”

“Jangan degil, Auni. Pergi tukar!”

“Tak nak!”

“Siap kau kalau kau tak ikut cakap aku.”

“Ceh, ingat aku takut kalau kau ugut aku gitu?”

“Kau ni memang degil kan??” Iqbal menengking sebelum laju melangkah menghampiri aku. Terkejut aku bila tiba-tiba saja Iqbal menarik kasar tangan aku sebelum menolak tubuh aku ke arah katil hingga aku terbaring di atas katil.

“Wei.. apa ni!” Aku melenting. Baru mahu bangun dari katil, Iqbal sudah menindih aku. Kedua-dua tangan aku dipegangnya lalu dilekapkan ke katil.

“Kau jangan menyesal sebab tak dengar cakap aku.” Ugut Iqbal. Wajah Iqbal sangat dekat dengan wajah aku. Jantung aku dah berdegup kencang.

“Kau nak buat apa kalau aku tak nak dengar cakap kau, hah?” Aku cabar Iqbal. Geram dengan sikapnya yang lain benar sejak dua menjak ini. Cakap pun kasar macam lelaki sejati. Dah tak ada lembut-lembut lagi. Pelik.

“Kau ingat aku tak berani?” Wajah Iqbal semakin dekat dengan wajah aku.

“Kalau berani buat lah!” Tanpa banyak soal, bibir aku terus dikucup Iqbal dengan rakus. Aku terpana.

“A.. apa kau bu.. buat ni!” Aku meronta-ronta dari kucupannya. Tak rela bibir dicium kasar begitu. Aku tak nak dicium oleh si Iqbal yang aku benci ni! Namun, tanpa menghiraukan kata aku, bibir aku tetap menjadi mangsa Iqbal. Aku kelemasan dengan ciumannya.

“Iqbal tak guna! Lepaskan aku!” Jerit aku bila Iqbal berhenti dari mengucup aku.

Malangnya, Iqbal langsung tak mengendahkan jeritan aku sebelum dia mengucup leher aku pula. Berdebar-debar jantung aku. Dapat aku dengar nafas Iqbal yang tak teratur. Dia semakin kasar mencumbui leher jinjang milik aku. Aku takut. Menggeletar tubuh aku.

“Iqbal.. tolonglah. Tolong lepaskan aku..” Akhirnya, gelaran pengkid yang kebal dengan air mata yang aku pegang selama ini, hacur berkecai. Aku menangis!

Malangnya, Iqbal langsung tak menghiraukan rayuan dan tangisan aku bila dia dengan kasarnya mengoyak pakaian aku. Iqbal sudah hanyut dengan nafsunya. Akhirnya, aku hanya merelakan saja perbuatan Iqbal sebab aku dah tak berdaya untuk melawan. Aku pasrah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience