BAB 4

Humor Completed 13851

Marah sungguh aku dengan tindakan ayah, atok dan mama tempoh hari. Namun, walau besar dan luasnya marah aku kat diorang, aku tetap tak boleh lawan cakap diorang. At last, kahwin jugak aku dengan Iqbal si bapok sesat tu walau tanpa kerelaan hati aku sendiri.

Ini zaman moden bukannnya zaman Kesultanan Melayu Melaka tapi kenapa aku mesti dikahwin paksa dengan si bapok sesat tu? Kenapa?? Puas aku bangkang dan protes cakap mama, ayah dan atok sebelum ni, tapi semuanya failed bila ayah cakap, aku akan dicop sebagai anak derhaka kalau aku tak ikut kata ayah untuk kali ni.

Pilihan apa lagi yang aku ada kalau ayah dah cakap gitu? Dah lah aku ni memang dah terpesong dari fitrah, lepas tu nak pulak jadi anak derhaka. Mahu bertambah dosa-dosa aku.

Antara nak dan tak nak, akhirnya, aku tetap jalankan tanggungjawab aku sebagai anak walaupun aku masih lagi dikira sebagai seorang pengkid. Kata ayah, tujuan dan niat ayah ikhlas. Ayah nak aku kembali pada fitrah aku bila aku kahwin dengan Iqbal.

Ye, memang aku setuju dengan pandangan ayah yang satu ni. Tapi kenapa mesti Iqbal atau dengan nama glamour-nya Emma yang Ayah ambik sebagai suami aku? Lelaki lain dah pupus ke dalam dunia ni? Hmm.. Jawapan ayah senang je. Sebab aku pengkid, Iqbal ‘patah’.

So, bila si pengkid dan si ‘patah’ berkahwin, kami akan hidup saling melengkapi. Iqbal tunjukkan aku jalan yang betul untuk jadi seorang perempuan dan aku tunjukkan cara yang betul untuk Iqbal jadi seorang lelaki. Ahh.. apa punya alasan laa ayah ni? Jauh sungguh dari logik akal aku!

Hmm.. Kalau kenang pun dah tak guna. Sekarang, dah seminggu aku dan Iqbal hidup sebagai suami isteri tapi hubungan suami isteri kitorang hanya sekadar di atas nama dan kertas je. Masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri walaupun siang dan malam asyik bertekak aje.

Malah, kami tak macam pasangan kahwin paksa yang lain. Depan keluarga dan mak bapak sendiri pun selamba aje kitorang bertegang urat dan bermasam muka. Tak ada guna berlakon macam sweet couple depan family, kitorang bukan hipokrit okey..

Tengah syok termenung, tiba-tiba telefon aku berbunyi. Shila call.

“Abang.. baby rindu abang. Bila abang nak datang jumpa baby?” Rengek Shila di hujung talian.

“Sabar laa baby. Abang baru je habis majlis kahwin abang dengan si ‘patah’ tu. Nanti-nanti kita jumpa la ek, sayang?”

“Nanti-nanti tu bila, Abang? Baby dah tak tahan rindu kat Abang ni. Sampai hati abang dah tak pedulikan Baby.”

“Bukan Abang tak peduli tapi Abang busy. Baby kena faham.”

“Baby aje yang kena faham Abang. Abang tak pernah faham Baby. Dahlah Abang dah hancurkan hati baby sebab dah kahwin dengan orang lain. Siapa Baby pada Abang sebenarnya??” Tiba-tiba Shila menengking. Aku panas hati tiba-tiba.

“Baby ni kenapa? Baby ingat Abang nak sangat ke kahwin ni?? Dulu Abang dah explain kat Baby sebab kenapa Abang kena kahwin, kan? Takkan tak faham lagi!” Aku melenting.

“Abang cakap nak kahwin dengan Baby tapi kenapa last-last Abang kahwin dengan dia jugak? Mana janji Abang pada Baby dulu??” Kata-kata Shila itu buat aku sentap.

Ada satu rasa terbit dalam hati aku. Logik ke kalau perempuan dan perempuan kahwin? Impossible! Ahh.. rasa apa ini? Kenapa tiba-tiba aku rasa bersalah sebab pernah ada hubungan terlarang dengan Shila dulu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience