BAB 6

Humor Completed 13801

Suara azan yang sayup-sayup kedengaran buat aku terjaga. Perlahan-lahan aku menggeliat. Puas menggeliat, aku bergerak untuk bangun dari pembaringan namun terasa pinggang aku macam kena hempap dengan something. Terus mata aku yang kuyu tadi terbuka luas.

Spontan, aku pandang belakang. What? Si bapok ni tidur sebelah aku dan.. dia peluk pinggang aku??

“Tak guna!” Tanpa berfikir panjang, terus aku lolos dari pelukan Iqbal dan tendang dia sekuat hati. Tergolek-golek Iqbal atas lantai dengan kesakitan.

“Aduh.. Apesal ni woi?” Marah dia dalam keadaan mamai.

“Kurang ajar! Berani kau peluk aku?” Jerit aku sebelum aku serang Iqbal dengan serangan bantal bertubi-tubi.

“Bila masa aku peluk kau, hah? Tak hingin aku!” Iqbal menjerit seraya mengelak dari serangan aku.

“Jangan buat-buat bodoh. Kau peluk aku. Apesal kau tidur atas katil aku, hah??”

“Aku tak sanggup tidur atas lantai. Lantai sejuk.” Selamba jawapannya. Iqbal membetulkan kain pelikat yang dipakainya.

Ops. Baru aku perasan yang Iqbal sekarang dalam keadaan separuh bogel. Iqbal sedang buat free show dia punya body depan mata aku. Tak sangka betul aku si ‘patah’ ni pun pandai simpan body hot macam lelaki sejati kan.. Tergoda aku. Ehh.. apa masalah aku ni? Astagfirullah..

“Kan malam tadi aku dah cakap, jangan tidur atas katil sebab ni katil aku. Kau pekak ke?”

“No, aku tak pekak. Tapi buat-buat pekak.” Iqbal menguap.

“Habis kau bodoh sebab tak faham apa aku cakap?”

“No, I’m not. Kalau aku bodoh, mesti aku dah ikut cakap kau bila kau suruh aku tidur atas lantai. So, see. Ada tak aku ikut cakap kau tidur atas lantai? Takde kan..” Kata-kata dia buat aku bengang sebengang-bengangnya.

“Iqbal bangang, brengset!” Maki aku sepuas hati.

“Isy, isy. Tak baik maki orang. Lagi-lagi maki suami sendiri. Berdosa.” Nasihat Iqbal sambil berpeluk tubuh. Kesejukan.

“Kau bukan suami aku. Kau suami aku atas kertas je!” Jerit aku. Lancang sekali mulut aku.

“Shyy.. Kau ni jangan lah jerit pagi-pagi buta macam ni. Mati terkejut orang tengah tidur tu baru tau.”

“Suka hati aku lah. Suara aku, mulut aku jugak kalau nak jerit-jerit pun!” Aku tak mahu kalah.

“Suka hati kau lah. Dah, dah. Pergi masuk bilik air. Kita solat Subuh jemaah.” Iqbal menghanyunkan tangannya berkali-kali. Menghalau aku supaya berlalu ke bilik air. Aku terdiam. Solat jemaah? Bila aku dah jauh terpesong dari fitrah aku ini, masihkah Allah menerima solat aku? Ya Allah.. ampunkan dosa aku..

“Apesal diam? Kau tak nak solat ke?” Aku geleng kepala.

“Habis tu?” Iqbal buat muka blur. Tak lama kemudian dia tersenyum gatal dan menyambung kata.

“Oww.. Kau period eh?” Usik Iqbal buat aku mengepal penumbuk.

“Mana ada!” Aku mendekati Iqbal seraya menumbuk perut Iqbal. Balasan setimpal untuk perbuatannya.

“Adeh..” Iqbal mengerang sakit.

“Bapok gatal.” Terus aku memboloskan diri ke dalam bilik air untuk mengambil wuduk. Dan pada pagi itu, buat pertama kalinya aku dan Iqbal solat subuh berjemaah. Aku berdoa semoga Allah bukakan pintu hati aku untuk berubah dan kembali pada fitrah asal aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience