BAB 3

Humor Completed 13851

“Auni..” Panggil Atok dalam serak-serak. Lemah keaadaan Atok waktu itu. Aku sebak.

“Ye, Atok.” Aku mendekati Atok lalu memegang tangan Atok.

“Atok.. Atok.. nak minta.. tol.. tolong..” Terketar-ketar Atok bersuara.

“Apa dia Atok?”

“Atok.. At.. Uhuk, uhuk!” Atok terbatuk-batuk. Aku cemas. Mama dan ayah juga cemas.

“Atok sakit ni. Jangan cakap banyak sangat, nanti makin teruk.” Aku memujuk Atok. Atok hanya tersenyum. Perlahan-lahan tangannya mengusap-ngusap rambut aku yang spikey itu.

“Atok nak.. Auni ikut.. cakap.. Ayah. Atok nak.. Au.. Auni kahwin de..de..dengan Iq..” Lama aku menanti bicara Atok tamat sebelum aku tergamam.

“Tapi, Atok. Auni tak boleh. Auni tak nak..”

“Masa Atok.. dah.. tak.. lama..”

“Atok! Jangan cakap macam tu. Auni tak suka!” Aku marah Atok dengan nada perlahan. Atok tersenyum.

“Au.. ni.. Sayang.. gg.. A.. Atok?” Soalan Atok buat aku mengangguk laju.

“Sayang.. Auni sayang sangat-sangat dekat Atok.” Aku sudah sebak. Sedih melihat Atok kesayangan lemah sebegini.

“Kalau.. ma.. macam tu.. Auni.. kah.. kahw..win.. eh?”

Aku diam.

“Ini saja per.. min.. ta.. an.. ter.. akhir.. Atok..”

Air mata mula bergenang. Aku tak sanggup mendengarkan semua ini. Aku sedih tengok Atok bersusah-payah bercakap dengan aku semata-mata mahu permintaan yang satu itu ditunaikan.

Ya Allah.. Panjangkan umur Atok. Aku sayang Atok sangat-sangat. Kalau aku terima permintaan Atok yang satu ini, tolong sembuhkan Atok aku, Ya Allah.. Aku mohon..

Aku mengangguk. “Baik, Atok. Auni setuju.”

“Alhamdulillah..” Serentak ayah, mama dan Atok mengucap syukur.

Tiba-tiba Atok bangun dari pembaringan dan bersandar di kepala katil. Aku terkebil-kebil bila melihat Atok yang sudah bangun dari baring itu dan tersengih pada aku. Sihat walafiat je aku tengok Atok ni. Mama dan ayah juga sengih.

“Aik.. Atok kan sakit? Kenapa tiba-tiba sihat ni?” Innocent aje muka aku bertanya. Atok senyum manis.

“Terus Atok sihat lepas Auni setuju nak kahwin dengan Iq.” Aku terpinga-pinga. Wajah mama dan ayah aku pandang silih berganti. Sengihan juga terukir di bibir mereka.

“Apa maksud Atok?”

“Terima kasih Auni sebab setuju nak kahwin dengan Iq. Kalau ayah tak buat macam ni, ayah tahu yang Auni takkan setuju sampai bila-bila.” Tiba-tiba ayah menyampuk buat aku tersedarkan sesuatu. Aku dah terkena!

“Apa semua ni? Sampai hati ayah, mama dengan atok buat Auni macam ni??” Aku melenting.

“Auni.. Jangan marah ayah dan mama. Ini semua rancangan Atok. Maafkan Atok ek?” Selamba Atok berkata. Makin mendidih darah aku. Tapi.. untuk memarahi Atok bukanlah satu perbuatan yang aku suka. Walau macam mana marah pun aku pada Atok, aku takkan sesekali memarahinya.

Tak sangka semua ni lakonan semata-mata. Aku dah terperangkap. Ahh.. rupanya aku dah tertipu. Bang bang boom…!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience