Pada suatu petang, aku ke rumah ibu bapa aku. Entah apa yang mama dan ayah mahu bincangkan. Aku pun tak tahu. Katanya, ada hal penting nak dibincangkan dengan aku dan Iqbal.
“Ayah dan mama ada surprise untuk korang.” Aku dan Iqbal saling berpandangan. Ayah dan mama dah tersengih. Atok tersenyum-senyum.
“Apa dia?”
“Ayah dan mama dah tempah pakej percutian untuk korang sebagai hadiah kahwin kamu.” Mama berkata dengan gembiranya.
“Huh?” Aku dan Iqbal blur. Tak faham.
“Hujung minggu ni dari hari Khamis sampai Sabtu, Auni dan Iq akan berbulan madu di Bali!” Sambung mama lagi buat aku dan Iqbal terkejut.
“Maksud mama, honeymoon?” Iqbal menyoal. Mama, ayah dan atok mengangguk serentak.
“Tak nak lah!” Aku menjawab laju.
“Kenapa tak nak?” Dengan muka serius ayah menyoal.
“Geli lah nak honeymoon bagai. Lagi-lagi dengan si ‘patah’ ni!” Protes aku sambil berpeluk tubuh. Iqbal menjeling aku. Aku balas jelingan Iqbal dengan penuh rasa menyampah.
“Auni.. jaga mulut tu!” Mama menasihati aku. Aku mendengus.
“Ayah tak kira, ini hadiah dari mama, ayah dan atok. Nak tak nak, kamu kena pergi honeymoon ni. Muktamad!” Ayah melenting.
“Auni cakap tak nak, tak naklah!” Aku tetap degil.
“Auni.. tolong jangan degil.” Mama memujuk aku. Aku baru mahu menjawab, tiba-tiba Iqbal mencelah.
“Okey, ayah. Iq dengan Auni setuju.” Aku terkejut dengan kata-kata Iqbal.
“Woi.. Kau dah kenapa? Aku tak nak lah!” Aku menyiku lengan Iqbal. Iqbal merenung aku tajam.
“Dengar cakap aku. Aku suami kau.”
“Aku tak..” Kata-kata aku laju saja dipotong oleh Iqbal.
“Kau nak tanggung dosa sebab ingkar arahan aku ke?” Soalnya tiba-tiba buat aku terdiam. Entah kenapa sejak dua menjak ni aku jadi takut mendengarkan perkataan ‘dosa’.
“Terima kasih ayah, mama dan atok. Iq dengan Auni akan ke Bali.” Putus Iqbal buat mereka bertiga tersenyum bahagia. Aku marah Iqbal dalam hati. Eii.. geramnya aku!
Share this novel